PUSTAKA ZAABA
SK DATUK HAJI BAGINDA
MERLIMAU MELAKA.
Nabi Luth A.S
Nabi Ismail A.S
Nabi Ishak A.S
SILA CATATKAN DALAM IQ NILAM
[7/25] - Nabi Luth ‘Alaihissalam
1) Nabi Luth berasal daripada Babylon (Iraq) di tanah kelahiran bapa
saudaranya nabi Ibrahim. Semasa dalam perjalanan nabi Ibrahim berhijrah
bersama keluarganya dari Iraq ke Syria ke Palestin yang turut disertai oleh
nabi Luth, Allah telah memerintahkan nabi Luth untuk pergi ke sebuah kota
bernama Sodom utk menjalani misi yang paling mencabar iaitu berdakwah
kepada orang-orang Sodom supaya bertaubat dan kembali ke jalan Allah.
2) Kota Sodom terletak di sempadan Jordan dan Palestin yang sekarang
dikenali sebagai Laut Mati atau ‘The Dead Sea’. Pada masa itu, Laut Mati
merupakan sebuah tanah rata dan Kota Sodom ini menjadi tumpuan para
pengembara dan pedagang yang datang untuk berdagang. Kota tersebut
pesat namun penuh dengan rasuah dan ketidakjujuran. Kemungkaran
berlaku berleluasa sehinggakan Allah menggunakan perkataan-perkataan yg
paling hina untuk menerangkan kaum Luth (penduduk Sodom) di dalam Al
Quran.
3) Kaum ini melakukan segala jenis jenayah seperti merompak, membunuh,
dan kaum Luth adalah kaum yang pertama sekali melalukan kegiatan
homoseksual (perkataan ’sodomy’ berasal daripada nama kaum ini).
Teruknya akhlak mereka ini sehingga mereka bangga dengan status LGBT dan
melakukan maksiat songsang di khalayak ramai adalah normal bagi mereka.
4) Nabi Luth berhijrah dan menetap di Kota Sodom. Berkali-kali nabi Luth
mengajak kaumnya untuk bertaubat dan kembali kepada fitrah. Namum
kaum terkutuk ini benci dengan dakwah nabi Luth sehingga menyuruh
baginda diam dan dilarang bercakap dengan sesiapa pun. Nabi Luth
bersumpah kepada Allah bahawa baginda tidak terlibat dan tidak akan sama
sekali terjebak dengan kegiatan kaumnya. Mereka terasa hina dengan
sumpah nabi Luth itu seolah-olah baginda berlagak suci. Kemudian mereka
mengugut nabi Luth. Jika baginda tidak berhenti berdakwah, mereka akan
menghalau keluarga nabi Luth keluar dari kota Sodom.
5) Nabi Luth tidak menghiraukan ugutan kaumnya dan terus-terusan
berdakwah. Nabi Luth berpesan, takutlah dengan hukuman Tuhan! Sehingga
sampai satu masa kaum itu mencabar baginda, “Bawakan hukuman tuhanmu
sekarang! Buktikan kepada kami!” Maka Allah pun menurunkan
kemurkaannya. Allah menghantar tiga malaikatnya yang menyerupai tiga
pemuda yang sangat tampan.
6) Selingan: Ketika tiga malaikat ini ke kota Sodom, mereka ke rumah nabi
Ibrahim terlebih dahulu. Nabi Ibrahim tidak kenal siapakah tiga pemuda ini
namun disebabkan baginda sangat menghormati tetamu, nabi Ibrahim
menghidangkan makanan yang sedap-sedap daripada sapi yang
disembelihnya. Apabila Nabi Ibrahim makan, tiga tetamunya tidak menyentuh
makanan tersebut. Nabi Ibrahim mula berasa hairan.
7) Kemudian mereka berkata, “Jangan takut, kami adalah malaikat yang
dihantar oleh Allah”. Dan mereka menyampaikan berita gembira bahawa Siti
Sarah, isteri nabi Ibrahim yang mandul, sedang mengandungkan anak kedua
nabi Ibrahim iaitu nabi Ishak (anak pertamanya ialah nabi Ismail dari isteri
keduanya Siti Hajar). Dan mereka juga memberitahu bahawa mereka akan ke
Sodom untuk memusnahkan kaum Luth atas perintah Allah.
8) Nabi Ibrahim resah kerana risaukan anak saudaranya, nabi Luth dan
berdoa agar Allah menyelamatkan nabi Luth sekeluarga.
9) Dari jauh, anak perempuan nabi Luth ternampak tiga pemuda tampan tadi
memasuki kota Sodom. Dia terus berlari pulang ke rumah dan memberitahu
bapanya. Nabi Luth bertemu dengan tiga pemuda itu dan cuba memujuk
mereka untuk patah balik semula namun ditolak.
10) Oleh itu, Nabi Luth membawa mereka ke rumahnya secara sembunyi
kerana bimbang kepada pemuda tampan tersebut dek kerana maksiat
songsang sangat berleluasa pada ketika itu.
11 ) Isteri nabi Luth ialah seorang musyrik yang tidak percaya kepada dakwah
suaminya. Apabila isteri baginda melihat tiga pemuda tersebut di rumahnya,
dia memberitahu orang ramai untuk datang melihat.
12) Kemudian para lelaki daripada kaum itu datang beramai-ramai dan
mengetuk pintu rumah nabi Luth. Nabi Luth berkata, “Jangan kamu
malukan aku di depan tetamuku!” Nabi Luth berkata “Berkahwinlah
dengan anak-anak perempuanku!”
13) Mereka menjawab, “Kau tahu kami tidak berminat dengan anak
perempuanmu dan kau mengetahui apa yang kami mahukan” Rujuk Al
Quran (11:79). Nabi Luth berkata lagi, “Kalaulah aku ada kekuatan untuk
menentang kamu, atau mempunyai penyokong-penyokong yang kuat” rujuk
Al Quran (11:80).
14) Kemudian tiga pemuda tadi berkata kepada nabi Luth bahawa mereka
sebenarnya malaikat yang diutus Allah untuk membinasakan kaum Luth.
Mereka menyuruh nabi Luth membawa keluarganya lari daripada kota itu
pada waktu malam dan jangan seorang pun toleh ke belakang; kecuali
isterinya. Rujuk Al Quran (11:81).
15)Salah seorang malaikat tadi adalah Jibril. Jibril membuka pintu rumah
nabi Luth dan sepantas angin memukul seluruh kaum Luth lalu mereka
menjadi buta. Kemudian nabi Luth sekeluarga lari dari kota Sodom. Allah
menurunkan tiga malapetaka kepada kaum nabi Luth.
16) Pertama: Keesokan paginya, datang bunyi kuat yang amat dahsyat yang
dipanggil As-Saihah. Kuatnya bunyi itu sehingga bergegarnya tanah. Bunyi ini
lah yang Allah turunkan untuk membinasakan kaum Thamud sebelum ini.
17) Kedua: Jibril kembali ke bentuk asalnya dan menggunakan hujung
sayapnya, dia telah mengangkat seluruh kota Sodom ke langit dan
menterbalikkannya dan ia jatuh ke bumi.
18) Ketiga: Kemudian Allah menurunkan batu-batu berapi menghujani kota
Sodom - Rujuk Al Quran (11:82). Dan setiap batu itu bertanda nama setiap
org kaum Luth yang akan ditimpanya - rujuk Al Quran (11:83).
19) Maka hilanglah sebuah lagi kaum dan kotanya sekali di bumi Allah,
akibat mencabar kemurkaanNya. Allah kemudian menjadikan Laut Mati di
tempat asal kota Sodom sebagai peringatan kepada manusia tentang apa
yang telah terjadi kepada kaum Lut.
20) Nabi Luth pergi berjumpa bapa saudaranya, Nabi Ibrahim untuk
menceritakan apa yang telah berlaku namun nabi Ibrahim telah pun
mengetahuinya. Nabi Luth meneruskan hidupnya berdakwah kepada orang
ramai supaya sentiasa beriman kepada Allah.
Karya asal: Sharifah Syazreen Syed Agail &Syed Muzzamil Syed Anuar.
[8/25] - Nabi Ismail ‘Alaihissalam
1) Kalian boleh rujuk semula kisah tersebut yang menceritakan bagaimana
nabi Ismail dan ibunya ditinggalkan di tengah tanah tandus kemudian
dibesarkan oleh kaum Jurhum, kemudian disembelih bapanya sebagai
korban namun digantikan tempatnya dengan seekor kambing, dan
seterusnya membantu bapanya membina Kaabah.
2) Nabi Ismail tinggal di Mekah di kalangan kaum Jurhum yang berbangsa
Arab. Nabi Ismail bukan orang Arab tetapi baginda dibesarkan oleh orang
Arab. Nabi Ismail sangat fasih berbahasa Arab dan baginda disenangi
masyarakat setempat. Ketika dewasa, nabi Ismail berkahwin dengan seorang
wanita dari kalangan kaum Jurhum.
3) Suatu hari, nabi Ibrahim datang ke Mekah untuk menziarahi anaknya nabi
Ismail. Baginda pergi ke rumah nabi Ismail dan isteri nabi Ismail telah
membuka pintu dan memberitahu suaminya tiada di rumah. Isterinya itu
tidak mengenali siapa orang tua yang datang itu. Nabi Ibrahim bertanya
kepada wanita itu bagaimana keadaan nabi Ismail dan kehidupan mereka
sekeluarga.
4) Isteri nabi Ismail pun menceritakan bahawa mereka hidup susah, nabi
Ismail tidak memberi makan yang cukup dan mengadu pelbagai perkara
tentang suaminya.
5) Kemudian nabi Ibrahim berkata, “Baiklah, kirimkan salamku kepada
nabi Ismail dan pesan kepadanya untuk menukar bendul pintu rumah.” Dan
nabi Ibrahim pun pulang sebelum sempat isteri nabi Ismail tanya siapakah
baginda.
6) Apabila nabi Ismail pulang ke rumah, baginda dapat merasakan
bapanya ada datang ke rumahnya maka baginda bertanya kepada
isterinya. Isterinya berkata, ya ada orang tua telah datang dan memesan
untuk menukar bendul pintu rumah.
7)Nabi Ismail pun berkata, “Ya itu bapaku. Dia telah memesan untuk
menceraikan kamu. Biar aku hantar kau pulang kepada keluargamu.”
8) Kaum Jurhum sangat menghormati para nabi dan mereka percaya
apabila nabi Ibrahim berpesan untuk melakukan sesuatu pasti ada sebab
yang munasabah.
9) Tidak lama selepas itu, mereka mengahwinkan nabi Ismail dengan
seorang lagi wanita dari kaum Jurhum.
10) Nabi Ibrahim datang lagi ke Mekah untuk menziarahi anaknya. Kali ni
isteri kedua nabi Ismail yang menyambut dan dia pun tidak mengenali
bahawa itu adalah bapa mertuanya.
11) Nabi Ibrahim bertanya soalan yang sama, bagaimana keadaan nabi
Ismail dan bagaimana kehidupan mereka sekeluarga. Isteri nabi Ismail
menjawab, semuanya baik-baik sahaja dan tiada keluhan seterusnya.
12) Nabi Ibrahim berkata, “Kirimkan salamku kepada Ismail dan pesan
kepadanya untuk kekalkan bendul pintu rumah yang sekarang.” Dan nabi
Ibrahim pun pulang sebelum sempat isteri nabi Ismail bertanya siapakah
baginda.
13) Apabila nabi Ismail pulang ke rumah, sekali lagi baginda dapat
merasakan bahawa bapanya ada datang ke rumahnya maka baginda
bertanya kepada isterinya.
14)Isterinya berkata, “Ya ada orang tua telah datang dan memesan untuk
kekalkan bendul pintu rumah yang sekarang”. Nabi Ismail pun berkata, “Ya
itu bapaku. Dia telah memesan supaya jangan menceraikan kamu.”
15 ) Nabi Ismail dan isterinya melahirkan keturunan kacukan Arab yang
berpanjangan sehingga lahirnya nabi Muhammad.
9) Pengajaran yang boleh diperoleh adalah seburuk mana pun pasangan
kita, bersyukurlah dan jangan menceritakan keburukan mereka kepada
orang lain.
Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.
[9/25] - Nabi Ishak ‘Alaihissalam
1) Nabi Ishak dilahirkan di Palestin dan dibesarkan oleh ibu bapanya, nabi
Ibrahim dan Siti Sarah.
2) Kelahiran Nabi Ishak merupakan keajaiban Allah kerana baginda lahir
ketika ibu bapanya sudah sangat tua (Nabi Ibrahim berusia 120 tahun dan
Siti Sarah 90-an) dan Siti Sarah merupakan wanita yang tidak boleh
melahirkan zuriat.
3) Ketika Allah menghantar tiga malaikat kepada nabi Ibrahim untuk
menyampaikan bahawa mereka diutuskan untuk membinasakan kaum
Luth, Allah menerangkan di dalam al-Quran bahawa Siti Sarah tertawa
kerana akhirnya sesuatu akan berlaku kepada kaum Lut dan kemudian
tiga malaikat tersebut turut menyampaikan berita gembira bahawa Siti
Sarah sedang mengandungkan nabi Ishak.
4) Ishak atau Isaac bermaksud “yang membawa gelak tawa” sempena
gelak tawa Siti Sarah tadi.
5) Seperti nabi Ismail, nabi Ishak menjadi penyambung legasi bapa
mereka dalam menyebarkan kebaikan melalui agama Islam.
6) Nabi Ishak menyerahkan seluruh hidupnya sebagai seorang nabi yang
memperjuangkan agama Allah.
7) Nabi Ismail melahirkan keturunan kacukan arab sehingga lahirnya nabi
Muhammad.
8) Manakala nabi Ishak pula melahirkan nabi Yaakub yang melahirkan 12
orang anak (termasuk nabi Yusuf) yang membentuk 12 bani Israel.
Daripada bani Israel lahirlah kebanyakan nabi seperti nabi Musa, Isa,
Harun, Daud dan Sulaiman.
9) Nabi Ishak wafat di Khaleel, Palestin seperti bapanya.
Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.
Terima kasih kerana
membaca.
Jangan lupa untuk membuat catatan ke dalam
Iq Nilam.
Pastikan anda membuat sinopsis cerita untuk
meningkatkan pemahaman anda.
Membaca
Jambatan
Ilmu.
Puan Hazatuladawia Habu Hassan.
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda.
#PerintahKawalanPergerakan
#DudukdiRumah
#COVID-19