The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by c20a0929, 2023-02-11 23:44:15

E-Book Pengurusan Koleksi

Pengurusan Koleksi

Keywords: Pengurusan

E-BOOK PENGURUSAN KOLEKSI AMEER AMSYAR DYG SAZWEEN MUHAMMAD ADAM KHAIRIL NAJMI


No Kandungan No Muka Surat 1. Senarai penyumbang bab I 2 Pra kata II 3. SOP pinjaman 1-2 4. SOP pembelian 3-4 5. SOP hadiah 5-6 6. SOP cari gali 7-8 7. 15 koleksi 9-23 8. Dokumentasi 24 9. Penyimpanan dan perlindungan mengekalkan artifak 25 10. Glosari 26 11. Bibliografi 27 12. Indeks 28 13. Sinopsis 29 ISI KANDUNGAN


SENARAI PENYUMBANG BAB Tajuk Penyumbang Bab Sinopsis 1.AMEER AMSYAR 15 Koleksi Glosari 2. MUHAMAD ADAM Bibliografi SOP Pemerolehan Prakata 4. KHAIRIL NAJMI SOP Pemerolehan SOP Pengurusan Koleksi di Muzium Lampiran 3. DYG SAZWEEN


Assalamualaikum w.r.t dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya penulisan ini dapat direalisasikan dan akhirnya kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kami, Pn. Nur Athmar binti Hashin kerana memberi penilaian ke atas kami dalam subjek Pengurusan koleksi SCM 3043. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan di atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami selama ini bagi meneruskan projek ini, sekali gus menyempurnakan tugasan yang amat bermanfaat ini. Selain daripada menyempurnakan tugasan yang diberi, kami juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan subjek Pengurusan Koleksi. Tanpa bantuan dan dorongan dari kalian yang turut menjadi tulang belakang kepada kami dalam memberi sokongan dan motivasi kepada kami agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguhsungguh pasti tugasan ini tidak dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan. Akhir kata, saya serta ahli kumpulan yang lain amat berharap agar projek ini dapat memberi seribu satu pengalaman dan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya golongan muda yang ingin mengambil tahu cara untuk menguruskan suatu agar dapat di jaga supaya tidak hilang ditelan dek zaman. Sekian terima kasih. PRA KATA


1. O SOP Perolehan & Pengendalian


Pinjaman Pinjaman atau sewaan kebiasaannya diperolehi dari orang perseorangan, institusi atau organisasi awam dan swasta. Selalunya, proses pinjaman atau sewaan ini dibuat bertujuan untuk dipamerkan dalam jangka waktu yang singkat sebagai contoh mengadakan pameran khas. Pinjaman juga memerlukan kertas kerja sebelum mengambil koleksi daripada pemilik. Setiap koleksi yang di bawa masuk akan dicatat sebagai rekod tahunan pemerolehan koleksi dan disimpan sebagai rujukan.


SOP Pinjaman Proses pertama akan dilakukan dengan pihak muzium akan menyelidik terlebih dahulu maklumat mengenai koleksi dan pemilik asal koleksi. Ianya termasuk koleksi perseorangan, galeri atau muzium. Pihak muzium juga akan menetapakan tujuan asal untuk meminjam koleksi tersebut, sama ada untuk pameran ataupun kajian serta merancang mengadakan pinjaman secara tetap atau sementara. Pihak muzium juga akan mengemukan surat permohonan bagi mendapatkan koleksi. Borang akuan penerimaan akan digunakan bagi mnegesahkan penerimaan koleksi. Sebelum menerima koleksi, pihak muzium akan memastikan keadaan koleksi sama seperti dalam senarai pinjaman. Jika berlaku sebarang korasakan, unit konservasi muzium akan melakukan kerja-kerja pemuliharaan koleksi tersebut.


Pembelian Pembelian adalah proses pemerolehan yang paling kerap digunakan di kebanyakkan galeri atau muzium. Hal ini kerana proses pembelian merupakan cara paling efektif untuk memperoleh koleksi. Menurut Unit Pendaftaran, JMM, 2012 sebanyak 95% koleksi yang terdapat di galeri atau muzium merupakan hasil daripada belian. Sesuatu proses pembelian akan dijalankan apabila Jabatan atau Muzium Negeri telah mencadangkan untuk membeli sejumlah koleksi yang telah dikenalpasti dan bersesuaian dengan tema muzium sama ada melalui penyelidikan atau penemuan dilapangan mahupun daripada pembekal. Kertas kerja akan dibuat untuk mendapatkan koleksi


SOP Pembelian Pada peringkat pertama, sebelum melakukan pembelian, pihak muzium akan meneliti terlebih dahulu masalah yang dihadapi sebelum membuat pembelian. Ianya merangkumi setiap aspek termasuklah kepentingan membeli koleksi tersebut. Sekiranya, dimuzium itu mempunyai kurang koleksi untuk dipamerkan, maka muzium akan membeli koleksi baharu. Selepas meneliti setiap masalah, perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak atasan sama ada ingin membeli atau tidak. Sekiranya mendapat kelulusan, maka kertas kerja akan disiapkan. Tujuan kertas kerja adalah untuk mebincangkan sebab-sebab koleksi ini perlu untuk dimiliki dan impaknya kepada masyarakat. Setelah kedua-dua pihak setuju, pihak muzium akan medapatkan koleksi daripada pemilik asal.


Hadiah Kaedah perolehan koleksi secara hadiah selalunya diperolehi daripada perseorangan, pembekal antik, organisasi atau institusi awam dan swasta. Muzium mendapatkan koleksi melalui pemberian hadiah daripada orang yang berkepentingan atau sebagai salah satu simbol penghargaan kepada muzium. Pemerolehan ini juga perlu melalui beberapa prosedur yang penting bagi menjaga data yang diperolehi. Pertama pihak muzium akan menerima tawaran daripada pihak tertentu. Selepas itu, pihak muzium akan melakukan semakan buku perolehan koleksi tahunan dan membuat pemeriksaan kertas perakuan. Selepas itu, pihak muzium akan melakukan semakan buju perolehan koleksi tahunan dan membuat pemeriksaan kertas perakuan. Apabila mendapat jawapan daripada pihak jawatankuasa, pihak muzium akan membuat laporan perjanjian sebagai perakuan.


Aliran dan gambar-gambar artifak tersebut diperolehi semasa membuat kajian lapangan. Artifak-artifak yang diperolehi melalui hadiah dan sumbangan daripada pihak luar terlebih dahulu akan dimasukkan dalam sidang mesyuarat dalam kalangan ahli jawatankuasa untuk tujuan perbincangan mengenali artifak tersebut. Segala maklumat dan butiran penting seperti sejarah, penemuan dan kepentingan atifak tersebut akan dibincangkan dan dikenal pasti sebelum mengesahkan penerimaan artifak-artifak tersebut ke dalam Muzium Bank Kerapu. Setelah mendapat persetujuan majoriti dan juga persetujuan daripada pihak pengarah atau timbalan pengarah muzium, pemberi hadiah ataupun sumbangan tersebut akan diberikan sijil penghargaan daripada pihak pengarah muzium sebagai tanda berterima kasih. selepas itu, artifak yang diperolehi daripada hadiah dan sumbangan akan didaftarkan secara sah di dalam muzium dan akan direkodkan untuk rujukan dan juga sebagai pendokumentasian dalam muzium tersebut. SOP Hadiah


Cari Gali Kaedah perolehan seperti ini merupakan sumber-sumber asli atau dari dalam bumi. Kaedah cari gali ini sering digunakan oleh ahli arkeologis bagi mencari artifak atau tinggalan pra sejarah. Antara artifak yang di temui melalui proses cari gali ialah seramik, logam dan tulang belulang. Sebagai contoh, tulang milik “Perak Man” di Galeri Arkeolgi Lembah Lenggong, Perak.


Proses pertama adalah dengan mengenalpasti tapak bagi proses cari gali. Sebuah unit ditugaskan untuk membuat lawatan bagi mendapatkan gambaran awal menegenai tapak yang bakal dijadikan tapak ekskavasi dengan melalukan tinjaun awal. Di bawah Akta Warisan Kebangsaan 645, pihak penyelidik akan memaklumkan kepada pegawai daerah bahawa kawasan ini akan dijadikan sebagai tapak untuk proses cari gali. Pihak penyelidik juga akan membuat permohonan lessen ekskavasi bagi tujuan penggalian. Sekiranya semasa proses cari gali dijalankan, pihak penyelidik menjumpai artifak ianya hendaklah di bawa ke makmal dan didaftarkan bagi tujuan konservasi. Ianya juga turut diletakkan tagging agar mudah di uruskan sebelum di hantar ke muzium. Selepas proses konservasi, artifak yang dijumpai akan dipamerkan dimuzium mengikut standard yang ditetapkan. SOP Cari Gali


2.0 15 Koleksi


1. No Pendaftaran Mz (KN) 313:85 2. Nama Artifak Topi British Adviser (Mr Tony Churchill) 3. Cara Perolehan Hadiah 4. Tempat Pameran Muzium Perang (Bank Kerapu) 5. Diskripsi Artifak ini dipamerkan secara terbuka di ruangan dengan bersuhu bilik. Artifak ini mempunyai kesan kekuningan, artifak ini digunakan oleh Mr Ton Churchill.


1. No Pendaftaran Mz (KN) 235:81 2. Nama Artifak Replika Bom Little Boy 3. Cara Perolehan Beli 4. Tempat Pameran Muzium Perang (Bank Kerapu) 5. Diskripsi Artifak ini telah dijatuhkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Sebuah bom uranium buatan manusia. Bom ini telah dibawa masuk di pesawat B-29 Superfortress.


1. No Pendaftaran Mz (KN) 9:84 2. Nama Artifak Lampu Kapal / Tongkang 3. Cara Perolehan Beli 4. Tempat Pameran Muzium Perang (Bank Kerapu) 5. Diskripsi Artifak ini dipamerkan secara terbuka dan bebas disentuh oleh pelawat. Terdapat kekerasan pada artifak ini akibatnya ianya diperbuat daripada besi.


1. No Pendaftaran Mz(KN) 218:82 2. Nama Artifak Serampang Ikan (Mata 3) 3. Cara Perolehan Beli 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat di Raja Kelantan) 5. Diskripsi Artifak ini merupakan alat untuk menangkap ikan pada zaman itu. Pada hujung pisau tersebut bermata 3. Artifak ini dipamerkan di dalam ruangan berkaca dan pada suhu yang sesuai untuk artifak.


1. No Pendaftaran Mz (KN) 92:88 2. Nama Artifak Lembing Mata Dann Latang 3. Cara Perolehan Beli 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat di Raja Kelantan) 5. Diskripsi Artifak ini di jadikan sebagai senjata kepada masyarakat pada zaman itu. Hal ini kerana, hujung pada mata lembing itu ada tajam dan berbahaya.


1. No Pendaftaran M2(KN):236:82(1/2) 2. Nama Artifak Lembing Daun Buluh 3. Cara Perolehan Pembelian 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat di Raja Kelantan) 5. Diskripsi Lembing ini merupakan alat peperangan. Lembing ini disimpan didalam bekas pameran bagi mengelakan sentuhan.


1. No Pendaftaran M2(KN):52:83 2. Nama Artifak Pedang Tun 3. Cara Perolehan Pembelian 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat di Raja Kelantan) 5. Diskripsi Digunakan untuk memancung kepala. Alat ini disimpan didalm bekas pameran.


1. No Pendaftaran MZ(KN) : 301:81 2. Nama Artifak Embes 3. Cara Perolehan Pembelian 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat di Raja Kelantan) 5. Diskripsi Penyambung Landasan Kereta Api. Dipamerkan secara terbuka.


1. No Pendaftaran M2(KN) 189: 82 2. Nama Artifak Bekas Habuk Rokok 3. Cara Perolehan Pembelian 4. Tempat Pameran Muzium Bank Kerapu 5. Diskripsi Disimpan didalam bekas pameran. Ianya digunakan untuk meletakkan habuk rokok.


1. No Pendaftaran MZ(KN) 246:83 2. Nama Artifak Alat pemadam api 3. Cara Perolehan Pembelian 4. Tempat Pameran Muzium Perang Bank Kerapu 5. Diskripsi Untuk memadamkan api sekiranya berlakunya kebakaran


1. No Pendaftaran Tidak Dinyatakan 2. Nama Artifak Kain Cindai 3. Cara Perolehan Tidak Dinyatakan 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat di Raja Kelantan) 5. Diskripsi Kain cindai ini dipamerkan didalam bekas pameran dan dipamerkan dengan cara digantung. Hal ini bagi mengelakkan, berlaku kerosakkan pada kain akibat lipatan. Antara kesan kerosakkan lain seperti koyakkan dan warna yang luntur.


1. No Pendaftaran Tidak Dinyatakan 2. Nama Artifak Mesin Taip Kepunyaan AlMarhum Sultan Muhamad II (1918-1920) Sultan Terengganu ke-12 3. Cara Perolehan Pinjaman 4. Tempat Pameran Muzium Negeri Terengganu 5. Diskripsi Koleksi ini diperolehi secara pinjaman. Koleksi ini di simpan didalam bekas pameran untuk mengelakkan sentuhan fizikal. Kerja-kerja pemeliharaan juga turut dijalankan seperti kerja-kerja pembersihan bagi megelakkan berlakunya kerosakkan.


1. No Pendaftaran Tidak Dinyatakan 2. Nama Artifak Dedalu Hijau Tumbuh Atas Seduduk Putih 3. Cara Perolehan Hadiah 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat di Raja Kelantan) 5. Diskripsi Kedua-dua tumbuhan sukar ditemui. Ianya boleh dijadikan ubat pengasih. Koleksi ini diperolehi secara hadiah. Koleksi ini disimpan bersama gel celica untuk menjaga kelembapan.


1. No Pendaftaran M2KA5: L22/ 83 (1/2) 2. Nama Artifak Keris Bugis 3. Cara Perolehan Pembelian 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat diRaja Kelanta) 5. Diskripsi Keris Bugis ini diperoleh secara belian. Usia keris ini 38 tahun. Hulu keris ini lebih bulat dan lebih tajam untuk membezakan dengan keris Semenanjung.


1. No Pendaftaran M2(KN): 81: 85 2. Nama Artifak Pedang Punjab 3. Cara Perolehan Pembelian 4. Tempat Pameran Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat diRaja Kelantan) 5. Diskripsi Pedang Punjab ini dibuat pada tahun 1985, dan berusia 38 tahun. Pedang ini dipamerkan didalam bekas kaca untuk mengelakkan sentuhan fizikal oleh pengunjung.


3.0 Dokumentasi


Pendokumentasian merupakan satu laporan bertulis yang menghuraikan setiap perincian dan maklumat berkaitan dengan apa-apa idea yang dihasilkan. Dokumentasi ini penting sebagai rujukan pada masa akan datang kerana ianya akan mengelakkan daripada berlakunya kesalahan sewaktu melakukan sesuatu perkara. Pengurusan ini dilakukan pada setiap artifak-artifak yang diterima masuk dalam sebuah muzium ataupun sebuah galeri. Beberapa prosedur dan langkah dalam pengurusan konservasi yang perlu dilaksanakan bermula daripada penyelidikan terhadap koleksi sebelum diterima masuk ke dalam muzium. Langkah ini diikuti oleh langkah seterusnya iaitu perolehan koleksi yang mempunyai beberapa kaedah iaitu seperti perolehan melalui hasil jumpaan daripada lapangan, perolehan melalui pinjaman, perolehan melalui pembelian dan seterusnya perolehan melalui hadiah dan sumbangan. Seterusnya, koleksi-koleksi artifak yang diperolehi ini akan didaftarkan dan didokumentasikan sebelum melalui proses konservasi. Setelah proses konservasi dilakukan, penstoran atau pameran akan dilakukan terhadap koleksi artifak. Dokumentasi


4.0 Penyimpanan dan perlindungan mengekalkan artifak


Penyimpanan bekas pameran Penstoran Meletakkan tagging pada artifak Prosedur Operasi Standar (SOP) Pengurusan Koleksi Di Muzium


A Artifak : Karya citptaan manusia zaman dahulu yang diperolehi melalui galian. B Budaya :Cara kehidupan manusia yang di amalkan seharian antara kelompok. K Kurator : individu yang bertanggungjawab menjaga muzium. Konservasi: Pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan . Konsevator : Individu yang bertanggungjawab dan memulihara artifak. M Muzium :Tempat yang memyimpanan khazanah dan mempamerkan khazanah. P Perak Man : Rangka tulang manusia yang berasal dari zaman batu era Paleolitik. S Sumber : Nilai potensi yang dimiliki oleh sesuatu unsur dalam kehidupan tertentu. Glosari


Bibliografi Buku Plan Strategik 2018-2022, Muhamad Syawali Bin Haji Badi, Kearah Menjana Transformasi Muzium Kamus Kamus Dewan Bahasa, 2000, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Laporan Tahunan Laporan Tahunan Jabatan Muzium Malaysia 2021, Darniza Binti Daud, Unit Pembangunan Pengurusan Koleksi 1. 2. 3.


I n d e k s A r t i fa k A k t a B e l i a n B u g i s C e l i c a C i n d a i H a d i a h K e r i s K a i n O p e r a s i P e m b e l i a n P i nj a m a n S e w a a n ABCHKOPS


Biodata Penulis


BIODATA PENULIS Dilahirkan pada 11 Disember 2000 di Hospital Besar Kota Bharu Penulis telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Sam, Kuala Krai, Kelantan dari tahun 2007 sehingga 2012 Telah mendapat pengajian tahap menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai, Kelantan dari tahun 2013 sehingga 2017 dan menyambung pelajaran dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2019 dalam aliran sastera Pada tahun 2020, penulis berjaya mendapat tempat di Universiti Malaysia Kelantan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian. MUHAMMAD ADAM BIN YA'ACOB Lahir pada 12 Februari 2000 di Kuala Lumpur. Merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di Pusat Tingkatan Enam Seri Sentosa. Penulis masih menyambung pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dan merupakan pelajar bagi ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang sastera AMEER AMSYAR BIN MOHD GHAZALI


Lahir pada 22 November 2000 di Hospital Besar Kuala Terengganu Merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia Penulis masih menyambung pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dna merupakan pelajar bagi ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang sastera KHAIRIL NAJMI BIN AZMAN Lahir pada 5 Mei 2000 di Hospital Kinabatangan Sabah. Penulis berasal daripada Bumi Borneo iaitu Sabah tercinta. Selain itu, penulis telah menghabiskan pra-diploma di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi. Kini, penulis masih meneruskan pengajian di Institusi pengajian tinggi awan iaitu Universiti Malaysia Kelantan DYG SAZWEEN BINTI AWANG AZIZ


Sebuah buku E-Book yang memberi pengenalan mengenai cara-cara Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai pengurusan koleksi di muzium. Dalam penulisan ini, terdapat 15 koleksi yang dipilih didalam penulisan buku E-Book ini. Koleksi ini diperoleh daripada beberapa muzium. Didalam EBook ini juga mempunyai penerangan mengenai beberapa proses untuk mendapatkan koleksi sehingga kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan. SINOPSIS


Click to View FlipBook Version