Cadangan program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/ LETS READ TOGETHER FOR TEN MINUTES merupakan satu program kali ke -10 diadakan di seluruh Malaysia. Program ini telah bermula dari tahun 2014. program ini merupakan Langkah membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit). Ia juga sebagai sokongan daripada perpustakaan awam negeri bersama-sama kerajaan meningkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat. Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara iaitu pada 18 MEI 2023 mengikut ketetapan MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) dengan konsep Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit. 1. Sebagai usaha ke arah membudayakan inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang releven dalam Pendidikan selepas waktu persekolahan. 2. Mewujudkan sinergi yang cekap antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia dengan Jabatan Pendidikan dan agensi lain di peringkat negeri dan nasional dalam merangka proses pembelajaran sepanjang hayat yang holistic. 3. Melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak, mentaati agama dan berkemahiran yang tinggi.
10.55pagi - Semua warga sekolah bersedia di lokasi masing-masing dengan bahan bacaan. 11.00 pagi - Program Membaca akan dimulakan serentak 11.10 pagi - Program Membaca selesai 11.15 pagi - Sesi PdP/ aktiviti masing-masing diteruskan seperti biasa. Pengerusi : Encik Ag Judin bin Ag Piut (Guru Besar) Naib Pengerusi I : Puan Herimah binti Nasip (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi II : Puan Zuráin Abdullah (PK HEM) Naib Pengerusi III : Encik Mohd Nizam bin Matusin (PK Kokum) Setiausaha : Puan Alsiah binti Amirussin (Guru GPM) Jurufoto : En Suria Azanie (Penyelaras ICT) Dokumentasi : Pn Siti Arnizah binti Arusin (SU Kurikulum) Kawalan Murid : Semua guru