BIDANG FEQAH :
PELAJARAN 12
Disediakan oleh:
USTAZAH HAFIZAH HANAFI
VICTORIA INSTITUTION
UNIT 1: PERKAHWINAN
UNIT 1: PERKAHWINAN
MAKSUD PERKAHWINAN: Akad yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki dan perempuan menurut hukum syarak
DALIL : surah an nur ayat 32
maksudnya:” dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan
kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba2 kamu lelaki
dan perempuan”
HUKUM BERKAHWIN
HARUS HARAM MAKRUH
Tiada desakan Bertujuan untuk Mempunyai keinginan
atau halangan menzalimi atau untuk berkahwin tetapi
untuk berkahwin memudaratkan
tidak mampu
SUNAT pasangan memberikan nafkah
Mempunyai untuk pasangannya
keinginan untuk HUKUM seperti menghidap
berkahwin dan BERKAHWIN
mati pucuk atau
mampu berpenyakit
menyediakan nafkah
WAJIB
zahir dan batin Bimbang akan terjerumus ke dalam
kemaksiatan sekiranya tidak
berkahwin dan mampu untuk
memberikan nafkah zahir dan batin
HIKMAH PERKAHWINAN
1. Memenuhi tuntutan batin yang merupakan fitrah manusia
2. Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala sosial yang boleh
mencemarkan maruah
3. Memelihara keturunan yang baik untuk generasi akan datang
4. Mewujudkan ketenangan jiwa melalui hubungan cinta yang halal
5. Menghindari perbuatan seks secara bebas yang boleh membawa jangkitan penyakit
6. Menjalinkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua belah keluarga suami dan isteri
GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
HARAM HARAM
SELAMA- SEMENTARA
LAMANYA
HARAM SELAMA-LAMANYA
KETURUNAN PENYUSUAN PERSEMENDAAN
- Ibu - Ibu susuan - Ibu tiri dan ke atas
- Nenek dan ke atas - Ibu bagi ibu susuan dan - Ibu mentua( nasab atau
- Anak perempuan
- Cucu perempuan ke atas keturunan)
- Adik beradik perempuan - Ibu bagi suami ibu susuan - Anak tiri apabila ibunya
seibu sebapa atau sebapa dan ke atas telah disetubuhi
atau seibu - Anak-anak ibu susuan - Menantu perempuan
- Anak perempuan daripada - Adik beradik susuan
adik beradik lelaki atau - Anak saudara daripada dan ke bawah
adik beradik perempuan
sama ada seibu sebapa, adik beradik susuan
seibu , sebapa - Adik beradik ibu susuan
- Ibu saudara - Adik beradik bagi suami
- Nenek saudara
ibu susuan
HARAM SEMENTARA
- Mengahwini perempuan yang ada hubungan nasab dengan
isteri dalam satu masa
- Perempuan yang masih isteri orang
- Perempuan musyrik sehingga dia masuk Islam
- Isteri yang telah di talak tiga sebelum dia berkahwin kemudian
bercerai dan habis tempoh iddah dengan suami baru.
RUKUN NIKAH
1.Bakal 3. wali 5. Lafaz akad
suami nikah ( sighah)
4. Dua orang iaitu ijab dan
2.Bakal saksi
isteri qabul
SYARAT RUKUN NIKAH
1. BAKAL SUAMI: lelaki yang dikahwini oleh seseorang
perempuan
SYARAT BAKAL SUAMI
- Islam
- Lelaki yang telah dikenalpasti
- Bukan mahram kepada bakal isteri seperti mahram nasab ,
penyusuan atau persemendaan
- Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah
- Tidak mempunyai empat orang isteri pada 1 masa
2. BAKAL ISTERI: Perempuan yang dikahwini oleh seseorang
lelaki
SYARAT BAKAL ISTERI
-Islam
-perempuan yang dikenalpasti
-bukan mahram kepada bakal suami seperti mahram
nasab, penyusuan atau persemendaan
-bukan dalam keadaan ihram haji dan umrah
- Bukan isteri orang atau dalam iddah talak raj’i
3. WALI: Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin
perempuan SUSUNAN WALI
SYARAT WALI WALI MUJBIR
- Bapa
- Islam - Datuk sebelah bapa dan ke atas
- Lelaki
- Baligh WALI BUKAN MUJBIR
- Berakal - Adik beradik lelaki seibu sebapa
- Adil( tidak melakukan dosa besar - Adik beradik lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki seibu
atau dosa kecil secara berterusan)
- Merdeka sebapa
- Tidak dalam ihram haji atau umrah - Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa
- Tidak dipaksa mewalikan - Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa
- Tiada penyakit yang mencacatkan - Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
fikiran seperti nyanyuk/gila - Bapa saudara sebelah bapa sebapa
- Mampu memelihara dan - Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa seibu
menguruskan harta sebapa
- Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa
sebapa
- Wali hakim
SEBAB-SEBAB PERPINDAHAN WALI NASAB KEPADA WALI
HAKIM
1. Tidak mempunyai wali nasab
2. Wali nasab berada jauh melebihi dua marhalah
3. Wali hilang dan tidak dapat dikesan
4. Saudara baharu ( muallaf) yang tiada wali nasab yang layak
5. Anak tidak sah taraf
6. Wali dalam ihram haji atau umrah
7. Wali enggan mewalikan pernikahan
8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan tersebut dan tiada wali lain
yang setaraf ( sepupu lelaki yang akan mengahwini sepupu perempuan)
4.DUA ORANG SAKSI
MAKSUD SAKSI: orang yang menyaksikan dan boleh mengesahkan akad
nikah
SYARAT SAKSI :
Islam
Lelaki
Baligh
Berakal
Adil
Pandangan yang baik
Penglihatan yang baik
merdeka
5.LAFAZ AKAD NIKAH( SIGHAH)
MAKSUD: ijab ( lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakilnya)
Qabul ( lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau
wakilnya)
Contoh : “ aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku….” (IJAB)
“ aku terima nikahnya anak perempuanmu… “ ( QABUL)
SYARAT LAFAZ AKAD NIKAH ( SIGHAH)
1. menggunakan lafaz “ kahwin” atau “ nikah” atau terjemahan yang tepat
daripada kedua-duanya
2. lafaz ijab dan qabul perlu jelas dan bukan qiasan
3.ijab dan qabul hendaklah berturutan dan tidak diselangi dengan perkataan lain
4.lafaz akad nikah hendaklah berkuatkuasa serta merta kesannya
5.kelayakan wali dan bakal suami berkekalan sehingga selesai akad.
6.tidak dibataskan dengan tempoh masa.
PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
CIRI-CIRI PEMILIHAN CALON MERISIK DAN MEMINANG
SUAMI ISTERI
MAKSUD MERISIK: proses sebelum meminang untuk
- Penghayatan mengenal pasti status bakal isteri.
agama yang baik
- akhlak yang mulia MAKSUD MEMINANG: Lamaran seorang lelaki kepada
- keturunan yang baik seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri menurut
- Sekufu. uruf setempat.
- Pasangan yang
sihat. HUKUM MELIHAT PEREMPUAN YANG HENDAK DIPINANG:
- Rupa paras yang Sunat
baik.
ANGGOTA YANG HARUS DILIHAT:
-muka
-kedua tapak tangan
MAHAR
MAKSUD MAHAR: pemberian yang bernilai atau faedah wajib diberikan oleh
suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah
HUKUM MAHAR: Wajib
HUKUM MENYEBUT MAHAR: Sunat
QADAR MAHAR: tidak mempunyai kadar yang tertentu, dan tidak semestinya
dalam bentuk tunai.
BENTUK MAHAR: sesuatu yang bernilai atau berfaedah, sah dijadikan mahar
seperti duit dan emas
WALIMATUL URUS
MAKSUD : Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan
HUKUM : sunat muakad
TUJUAN PENGISYTIHARAN :
- Mensyukuri nikmat Allah atas perkahwinan yang didirikan
- Merapatkan hubungan silaturrahim
- Menghebahkan perkahwinan kepada masyarakat untuk menghindarkan
sebarang fitnah
HUKUM MEMENUHI UNDANGAN WALIMAH:
- Fardhu ain
TAMMAT