Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua
patah kata dasar atau lebih untuk membentuk kata
baharu yang menghasilkan satu makna tertentu.
Kata majmuk boleh terdiri daripada kata nama, kata
adjektif, dan kata kerja.
Kata majmuk dieja secara terpisah dan bercantum.
Kata majmuk dieja terpisah kecuali kata majmuk
yang telah mantap ejaannya.
Kata majmuk terbahagi kepada:
➢ Kata Majmuk Bebas
➢ Kata Majmuk Istilah Khusus
➢ Kata Majmuk Kiasan
➢ Kata Majmuk Mantap
Kata majmuk boleh terdiri daripada kata
nama, kata adjektif, dan kata kerja.
Contoh Kata Nama Majmuk
❖ balai polis
❖ tong sampah
❖ kek coklat
Contoh Kata Adjektif Majmuk
❖ aman damai
❖ kuning langsat
❖ panas terik
Contoh Kata Kerja Majmuk
❖ temu bual
❖ ubah suai
❖ tunjuk cara
Kata majmuk bebas ialah dua kata dasar yang
dirangkaikan untuk membentuk satu perkataan baharu
yang ditulis secara terpisah.
Kedua-dua perkataan membawa makna tersendiri.
Contoh kata majmuk bebas:
➢ hujan + panas = hujan panas
➢ tengah + hari = tengah hari
➢ kereta + api = kereta api
➢ jam + dinding = jam dinding
➢ balai + polis = balai polis
➢ kereta + bomba = kereta bomba
➢ pasar + malam pasar malam
➢ jalan + = jalan raya
➢ kasut + raya = kasut sukan
➢ rumah + sukan = rumah tamu
tamu =
Kata majmuk istilah khusus terdiri daripada rangkai kata
yang digunakan untuk merujuk kepada istilah-istilah
tertentu dalam sesuatu bidang ilmu dan ditulis secara
terpisah.
Kata majmuk istilah khusus lazimnya digunakan dalam
bidang Sains, Matematik, Geografi, dan lain-lain.
Contoh kata majmuk istilah khusus:
➢ jangka lukis
➢ tabung uji
➢ ukur lilit
➢ isi padu
➢ cari gali
➢ kertas kerja
➢ segi tiga
➢ hak milik
➢ reka bentuk
Kata majmuk kiasan terdiri daripada dua rangkai
kata atau lebih yang membawa maksud kiasan. Kata
majmuk kiasan mempunyai makna yang berlainan
daripada erti perkataan yang membentuknya.
Kata majmuk kiasan juga dikenali sebagai simpulan
bahasa dan ditulis secara terpisah.
Contoh kata majmuk kiasan:
➢ durian runtuh
➢ panjang tangan
➢ alas perut
➢ kakibangku
➢ buah hati
➢ ayam tambatan
➢ tulang belakang
➢ bertikam lidah
➢ rambang mata
➢ mulut murai
Kata majmuk mantap ialah dua perkataan yang
ditulis secara bercantum sebagai satu perkataan.
Kata majmuk mantap ialah perkataan yang sudah
mantap penggunaannya.
Terdapat 15 kata majmuk mantap:
antarabangsa
sukarela
jawatankuasa
matahari
tandatangan
kakitangan
warganegara
kerjasama
beritahu
pesuruhjaya
suruhanjaya
tanggungjawab
setiausaha
olahraga
bumiputera
1 . Bagi penggandaan kata majmuk, hanya perkataan
hadapan sahaja yang boleh digandakan.
Contoh:
➢ rumah rehat
• rumah-rumah rehat ( / )
• rumah rehat-rumah rehat ( X )
2. Bagi kata majmuk mantap, penggandaan
melibatkan keseluruhan perkataan.
Contoh:
➢ setiausaha
• setiausaha-setiausaha ( / )
• setia-setiausaha ( X )
3. Bagi kata majmuk kiasan, penggandaan berlaku
bagi seluruh kata majmuk kiasan.
Contoh:
➢ anak emas
• anak emas-anak emas ( / )
• anak-anak emas ( X )
Kata majmuk boleh menerima imbuhan awalan,
akhiran dan apitan. atau
1. Imbuhan Awalan
• Ditulis secara terpisah.
• Contoh:
kemas kini - dikemaskini
kenal pasti - mengenal pasti
2. Imbuhan Akhiran
• Ditulis secara terpisah.
• Contoh:
daya serap - daya serapan
daya tekan - dayatekanan
3. Imbuhan Apitan
• Ditulis secara bercantum
dirapatkan.
• Contoh:
kemas kini - dikemaskinikan
kuat kuasa - penguatkuasaan