The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirahmed95, 2021-11-18 21:04:10

Buletin MPKL Edisi 3-2021 Flipbook

Buletin Edisi 3-2021

Buletin

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

EDISI 3 / 2021 EDARAN PERCUMA

MAJLIS
ULANG TAHUN PERTAMA
PENGISYTIHARAN MPKL

Berita lanjut di muka surat 3

Operasi
Pematuhan

SOP PPN

Muka Surat 10

Majlis Penyerahan Lawatan Tapak
Bantuan Makanan Perkuburan BSP Dan
Majlis Perbandaran
Klang Group
Ampang Jaya
Muka Surat 3
Muka Surat 6
Laman Rasmi MPKL
www.mpkl.gov.my

KUALA LANGAT INDAH, HARMONI & BESTARI

Buletin MUKA SURAT AMALKAN SOP COVID-19
DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA
2ISI KAMNDUNPGAKN L
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT MEMAKAI PELITUP
MUKA
- Isi Kandungan / Sidang Redaksi 2
IMBAS KOD QR
- Majlis Penyerahan Bantuan Makanan 3
Klang Group PENJARAKAN
FIZIKAL 1 METER
- Majlis Penyerahan Bakul Makanan & Bendera 4
Malaysia PERIKSA SUHU
BADAN
- Hebahan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 5
PENGGUNAAN
- Lawatan Tapak Perkuburan BSP Dan Majlis 6 HAND SANITIZER
Perbandaran Ampang Jaya

- Majlis Perasmian Program Publisi� Awam, Draf 7
Perancangan Tempatan

- Majlis Bacaan Yasin Ulang Tahun Pertama 8

- Kombo MPKL 9

- Operasi Langgar Prosedur Operasi Standard 10
- Hebahan SOP Pemulihan Fasa 1

- Operasi Sita Halangan 11

- Operasi Langgar Prosedur Operasi Standard 12
- Operasi Sitaan Penjaja

- Kerja-Kerja Pemasangan Papan Tanda 13
“DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI KAWASAN
INI”
- Operasi Menyita Bun�ng Haram

- Pelaksanaan Program MPP 14-15

- Penutup 16

SIDANG REDAKSI

PENAUNG PENGARANG

DATO’ AMIRUL AZIZAN BIN DATO’ SRI ABD. RAHIM, D.I.M.P PUAN NURFADHILAH BINTI JALALUDIN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT PENOLONG PENGARANG

PENASIHAT ENCIK MUHAMMAD NAFIS ASYRAF BIN RAMLI
RAJA NURFARHANIM BINTI RAJA HASSANUDDIN
TPr. HAJI ARPAAII BIN HAJI SANAT, A.M.S., P.P.T., P.K.T.
TIMBALAN YANG DIPERTUA JURUFOTO
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
ENCIK MUHAMMAD NAFIS ASYRAF BIN RAMLI
KETUA PENGARANG YM RAJA MOHD HAFIZ BIN RAJA BULAT
ENCIK AHMAD AZAMUDDIN BIN MD ARIS
ENCIK HISHAMUDDIN BIN ISMAIL, P.P.T

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN MAKANAN

KLANG GROUP

Pada 12 Ogos 2021 Majlis Perbandaran Kuala Langat menerima bantuan makanan
sebanyak 300 bakul oleh Klang Group untuk diagihkan kepada mangsa Covid-19.
Bantuan makanan ini diagihkan kepada penduduk sekitar Kuala Langat tidak mengira
lapisan masyarakat. Pemberian bekalan asas makanan ini bukti masih ada
pihak yang prihatn terhadap masalah dan beban masyarakat. Pemberian bantuan ini
diharap sedikit sebanyak dapat memudahkan serta meringankan semula beban masyarakat
di daerah Kuala Langat ini.

Buletin 3

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Majlis Penyerahan

BAKUL MAKANAN & BENDERA MALAYSIA

Program Penyerahan Bakul Makanan Fasa 2 dan Penyerahan Bendera Malaysia Semangat
Kemerdekaan oleh Yang Amat Dihormati Tengku Mohamed Alhaj bin Tengku Harun, Y.A.D.
Tengku Pengawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat merangkap
Ahli Majlis Zon 7, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kepada Pengerusi dan
Ketua-Ketua Taman Bandar Saujana Putra, Taman Desa Komandol dan Kampung Jaya
Sepakat.
Program ini telah diadakan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 12.00 tengahari bertempat
di Perkarangan Surau Al Ikhlas SP3, Bandar Saujana Putra.
Program bakul Makanan Fasa Ke 2 ini bertujuan bagi meringankan beban kepada warga
di bawah MPP Zon 7 yang terjejas semasa pandemik COVID-19 ini dan penyerahan
Bendera Malaysia untuk dikibarkan di Taman masing-masing bagi menyemarakkan
semangat kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun.

Buletin

4 MPKL
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

HEBAHAN SOP
PELAN PEMULIHAN NEGARA

FASA 1

Pada 28 Julai 2021 Majlis Perbandaran Kuala Langat telah menjalankan aktiviti Hebahan
Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 .Hebahan telah dilakukan di kawasan
tumpuan awam iaitu di Pasar Borong, Pasar Raya dan sekitar Kuala Langat.
Berdasarkan kepada pemantauan, terdapat kawalan keluar/masuk pelanggan di
kawasan premis dengan penjarakan 1 meter,kemudahan pendaftaran melalui
aplikasi MySejahtera dan pendaftaran secara manual turut disediakan kepada
pelanggan. Bersama kita putuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid-19

Buletin 5

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

LAWATAN TAPAK PERKUBURAN BSP DAN
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Pada 30 September 2021, lawatan tersebut telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato Amirul
Azizan bin Dato Sri Abd Rahim, Yang Dipertua MPKL, Yang Amat Dihormati Tengku
Mohamed Alhaj bin Tengku Harun, Y.A.D Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya,
Orang Besar Daerah Kuala Langat, Yang Berusaha Tuan Haji Arpaaii bin Haji Sanat,
Penolong Setiausaha MPKL, Pengarah-Pengarah Jabatan MPKL. Dalam sesi lawatan
tersebut, pihak MPKL telah mendengar penerangan berkaitan pengurusan kubur
di kawasan Kawasan MPAJ.
Pihak Pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Langat ingin merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Ampang Jaya kerana telah sudi menerima lawatan daripada pihak
pengurusan MPKL.

Buletin

6 MPKL
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Majlis Perasmian

PROGRAM PUBLISITI AWAM,
DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Pada 29 September 2021, Program Publisiti Awam yang dijalankan ini adalah bertujuan
untuk memberi pemahaman dan peluang kepada semua pihak untuk menyemak,
meneliti dan memberi maklum balas ke atas kandungan laporan dengan mengemukakan
pandangan dan cadangan tersebut melalui borang yang telah disediakan. Orang
Ramai di jemput hadir secara fizikal atau melayari laman sesawang yang disediakan
bagi memberikan pandangan, cadangan atau bantahan.

Buletin 7

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

MAJLIS BACAAN YASIN
ULANG TAHUN PERTAMA

Pada 9 September 2021, Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengadakan majlis
kesyukuran bersempena sambutan ulangtahun perbandaran yang pertama. Majlis tersebut
telah dihadiri secara maya oleh seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
dan Ahli-ahli Majlis.Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Tuan Haji Fauzi bin din. Pada majlis
tersebut turut diadakan penyampaian “goodies” kepada semua ketua dan pengarah jabatan.
Pada sesi penyampaian amanat oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Dato’ Amirul Azizan bin Dato’ Sri Abdul Rahim, beliau mengajak semua warga kerja agar
terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Kuala Kangsar dan berusaha
untuk mencapai lebih banyak lagi kecemerlangan.

Buletin

8 MPKL
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

MPKL

Buletin 9

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

OPERASI LANGGAR
PROSEDUR OPERASI

STANDARD

Pada 1 Ogos 2021, Operasi Langgar Prosedur Operasi
Standard telah dilancarkan di kawasan Bandar Saujana
Putra oleh Penguatkuasa Cawangan Bandar Saujana
Putra. Jika didapati bersalah, Notis kesalahan di
bawahAkta 342 (A249731) akan dikeluarkan mengikut
kesalahan Sek. 16 (1), Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998. Antara
kesalahan yang didapati ialah Enggan mematuhi
arahan yang dikeluarkan oleh ketua pengarah ( tidak
memakai pelitup muka ).

10 Buletin OPERASI PEMANTAUAN SOP DAN
OPERASI HALANGAN KAKILIMA
MPKL
Pada 24 September 2021 yang lalu, Pegawai Penguatkuasa
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Cawangan
Bandar Saujana Putra telah mengadakan Operasi
Pemantauan SOP dan Operasi Halangan Kakilima
di premis-premis makanan sekitar Bandar Saujana Putra.
Hasil pemeriksaan ke atas 6 buah premis makanan
mendapati masih ada pelanggaran SOP yang telah
ditetapkan. Pegawai Penguatkuasa telah mengeluarkan
10 notis kesalahan atas pelbagai kesalahan.

Kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh peniaga
adalah menjalankan perniagaan tanpa lesen MPKL,
Kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-
Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian
MDKL 2007, sebanyak 3 notis kesalahan dikeluarkan.
Kesalahan meletakkan meja dan kerusi di kaki lima kedai
tanpa permit, kesalahan dibawah Seksyen 46 (1)(d), Akta
133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 sebanyak 5
notis kesalahan yang dikeluarkan. Kesalahan-Kesalahan
lain adalah seperti tidak memakai apron, kesalahan dibawah
UUK 8(5), Undang-Undang Kecil Pengedalian Makanan,
sebanyak 2 notis kesalahan dikeluarkan

OPERASI SITA HALANGAN

Pada 18 September 2021, Operasi Sita Halangan telah dilancarkan di kawasan
Bandar Saujana Putra oleh Penguatkuasa Cawangan Bandar Saujana Putra. Antara
tindakan yang dilakukan ialah menyita sebuah kenderaan yang menyebabkan halangan
di petak letak kereta. Jika didapati bersalah, pesalah didakwa di bawah Sek. 46 (1), (a),
Akta 133 .

Buletin 11

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

OPERASI LANGGAR PROSEDUR OPERASI STANDARD

Pada 17 Julai 2021, Operasi Langgar Prosedur Operasi Standard telah dilancarkan
di Syarikat Kurier yang terkenal. Penguatkuasa telah mengeluarkan notis kesalahan
di bawah Akta 342 (A 249728), Sek. 25, Akta Pencegahan dana Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1998. Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mematuhi SOP PKP 3.0
iaitu pemilik premis gagal melaksanakan penjarakan sosial.

OPERASI SITAAN PENJAJA

Pada 27 Julai 2021, Operasi Sitaan Penjaja telah dijalankan oleh Penguatkuasa MPKL.
Hasil daripada operasi ini penguatkuasa menyita barang basah dan buah yang dimiliki oleh
pemilik warga asing. Antara tindakan yang telah dilakukan ialah merobohkan struktur tapak
penjaja dan menyita khemah.

12 Buletin

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Kerja-Kerja Pemasangan Papan Tanda
“DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI KAWASAN INI”

Pada 25 Ogos 2021, Kerja-Kerja Pemasangan Papan Tanda “DILARANG MEMBUANG
SAMPAH DI KAWASAN INI” oleh Kejuruteraan MPKL di Taman Perwira Telok Datok .
Seramai 3 Orang kakitangan MPKL yang telibat dalam operasi ini dengan kerjasama
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MPKL.

Operasi Bersepadu
Pembersihan
Kawasan

Pada 28 September 2021, Operasi
Bersepadu Pembersihan Kawasan telah
dijalankan oleh Cawangan Bandar
Saujana Putra, Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Kesihatan Persekitaran dan
Syarikat KDEB di sekitar Bandar
Saujana Putra. Operasi ini membersihkan
lorong belakang premis yang boleh
dijadikan tempat pembiakkan jentik-
jentik nyamuk aedes.

Buletin 13

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

AKTI VITI/PROGRAM MPP

MPP ZON 4 - 7 JULAI 2021 MPP ZON 4 - 27 OGOS 2021 MPP ZON 4 - 27 SEPTEMBER 2021

SUMBANGAN BANTUAN KHAS COVID-19 HARI MERDEKA DAN MAKANAN SUMBANGAN MASKS DAN HAND SANITIZER

TENGAHARI PERCUMA KEPADA SMK TELUK PANGLIMA GARANG

MPP ZON 19 - 17 OGOS 2021 MPP ZON 19 - 4 SEPTEMBER 2021 MPP ZON 19 - 22 SEPTEMBER 2021

PROGRAM EDARAN JALUR GEMILANG SEMPENA PROGRAM EDARAN BUNGKUSAN MAKANAN SUMBANGAN KEWANGAN KEPADA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2021 KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN MANGSA KEBAKARAN KEDAI MAKANAN

MPP ZON 20 MPP ZON 21 - 1 JULAI 2021

AGIHAN BANTUAN COVID-19 SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS COVID-19

14 Buletin

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

AKTI VITI/PROGRAM MPP

MPP ZON 21 - 31 JULAI 2021 MPP ZON 21 - 11 SEPTEMBER 2021 MPP ZON 24- 31 OGOS 2021

PENYERAHAN SUMBANGAN AHLI KELAB PROGRAM KOMUNITI SIHAT PROGRAM KEMASYARAKATAN

MOTO KLASIK SUMBANGAN TABLET KPD PELAJAR MISKIN

MPP ZON 24- 19 SEPTEMBER 2021 MPP ZON 24- 26 SEPTEMBER 2021

PROGRAM PENGAGIHAN KUIH BULAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

Buletin 15

MPKL

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

SKUAD PANTAS

2 JULAI 2021 3 JULAI 2021 9 JULAI 2021
PROGRAM BANTUAN MAHASISWA SELANGOR POKOK TUMBANG DI BANDAR MAHKOTA POKOK TUMBANG DI KELANANG

(PAKEJ KITA SELANGOR 2.0) DI KAJANG

31 JULAI 2021 3 OGOS 2021 4 SEPTEMBER 2021
POKOK TUMBANG DI TAMAN SERI BANTING POKOK TUMBANG DI SUNGAI JAROM POKOK TUMBANG DI KAMPUNG BATU LAPAN

12 SEPTEMBER 2021 26 SEPTEMBER 2021
OPERASI PEMANTAUAN DI MORIB POKOK TUMBANG DI BUKIT CHANGGANG

Penerbitan buletin ini dikhususkan kepada pembaca Sektor Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan,
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara dan edaran secara percuma.
Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam buletin ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan

disiarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit.
Diterbitkan Oleh :

JABATAN KORPORAT DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 3187 2825 / 2732 / 8957 / 1743 Faks : 03 3187 9304
E-mel : [email protected] , [email protected] Laman Sesawang : www.mpkl.gov.my


Click to View FlipBook Version