The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiafiqah106, 2021-10-23 06:05:35

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG KE-24 2021

SK LKTP ULU DENGAR

SK LKTP ULU DENGAR
JALAN DAHLIA, FELDA ULU DENGAR

KLUANG JOHOR

kali ke-24/2021

24 OKTOBER 2021 / AHAD
2.OO PETANG
LOKASI MASING-MASING
MELALUI GOOGLE MEET

Dirasmikan oleh:
ENCIK SULAIMAN BIN RAHMAT
(Guru Besar, SK LKTP Ulu Dengar)

ISI KANDUNGAN

1. Notis Mesyuarat Agung PIBG………………………..………….. 1
2. Visi dan Misi Sekolah ……………………………………………. 2

3. Aturcara Majlis ……………………………………………………. 3

4. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -24 2021/2022............ 4

5. Senarai AJK PIBG Sesi 2020/2021……………………………... 5

6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi Kali ke 23 2020/2021……. 6-22

7. Laporan Aktiviti Bersama PIBG Sesi 2020/2021....................... 23

8. Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun Berakhir 2020...................... 24-25

9. Penyata Harta PIBG SK LKTP Ulu Dengar……………………. 26
10. Pembentangan Usul………………………………………………. 27
11. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung 2021/2022................... 28-30
12. Senarai Nama Guru SK LKTP Ulu Dengar 2021………………. 31

13. Senarai Nama Kakitangan SK LKTP Ulu Dengar 2021………. 32
14. Enrolmen Murid (PIBG) SK LKTP Ulu Dengar 2021………….. 33

15. Penghargaan............................................................................ 34

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU DENGAR

86000 KLUANG, JOHOR

JBA2043/100/9/2/1/1 ( ) Tarikh Ruj. Kami :
: 10 OKTOBER 2021
Ibubapa / Penjaga,
Ahli-Ahli PIBG,
Murid-Murid SK LKTP Ulu Dengar
86000, Kluang,
Johor.

Tuan /Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24/ 2021 SECARA DALAM TALIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK LKTP Ulu Dengar akan mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-24 secara dalam talian. Mesyuarat ini bakal diadakan pada ketetapan berikut :

TARIKH : 24 OKTOBER 2021(AHAD)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : Lokasi masing-masing menggunakan pautan
Google Meet
PERASMI : Encik Sulaiman bin Rahmat
(Guru Besar SK LKTP Ulu Dengar)

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan/puan dapat menyertai
mesyuarat berkenaan.

4. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih

“ PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SITI RASIDAH BINTI RAKIDIN)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibubapa dan Guru,
SK LKTP Ulu Dengar,
Kluang.
s.k: 1. Fail PIBG

1

VISI SK LKTP ULU DENGAR

“PENDIDIKAN
BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA

SEJAHTERA’’

MISI SK LKTP ULU DENGAR

‘’MELESTARIKAN
SISTEM PENDIDIKAN YANG

BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI

ASPIRASI NEGARA’’

2

ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24

2.00 petang : Pendaftaran Secara Online

2.15 petang : Bacaan Doa dan Selawat

2.30 petang : -Ucapan Yang Dipertua PIBG-Puan Siti Rasidah binti Rakidin
-Ucapan Ex-Officio/Perasmi -Encik Sulaiman bin Rahmat
-Kuiz Kahoot 1

2.45 petang : -Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
PIBG kali ke-23 sesi 2020/2021
-Membentang laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2020/2021
-Membentang, menerima dan mengesahkan
penyata kewangan sesi 2020/2021
-Kuiz Kahoot 2
-Membahaskan usul
-Hal-hal lain
-Kuiz Kahoot 3
-Anugerah Pencapaian Kokurikulum
-Ucapan penangguhan
-Sesi bergambar
-Bersurai

3

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24
SESI 2021/2022

1. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali
ke 23 sesi 2020/2021

2. Membentang laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2020/2021
3. Membentang, menerima dan mengesahkan penyata kewangan

sesi 2020/2021
4. Membahaskan usul
5. Hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan

4

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU DENGAR
SESI 2021/2022

EX OFFICIO : ENCIK SULAIMAN BIN RAHMAT
YANG DIPERTUA (GURU BESAR SK LKTP ULU DENGAR)

: PUAN SITI RASIDAH BINTI RAKIDIN

NAIB YANG DIPERTUA: ENCIK IDRIS BIN AHMAD

SETIAUSAHA : PUAN MASITAH BINTI MUSTAPA

BENDAHARI : PUAN FARIDAH BINTI HASSAN

AJK (GURU) :
AJK (IBUBAPA) PUAN SURAYAHANI BINTI HAMID
PUAN NORJALILAWATI BINTI JALIL
USTAZ MUHAMMAD IKHWAN KHUSAINI (PIBK)
USTAZ MOHD EFFENDY BIN AHMAD

:
ENCIK KAMISAN BIN SEPAT (BIRO SUKAN)
ENCIK KHAIRUL BIN KAMARUDIN (BIRO SUMBER ALAM)
PUAN NORAZLINA BINTI JELANI (BIRO KEROHANIAN)
PUAN AIDAH BINTI KHAMIS (BIRO PENDIDIKAN)
PUAN FAUZIAH BINTI ISMAIL (BIRO KEBAJIKAN)

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
ENCIK AZHAR BIN ABDULLAH
ENCIK MOHD NOOREMIE BIN JUMARI

5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK LKTP ULU DENGAR
86000 KLUANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-23 SESI 2020/2021

Tarikh:
8 Mac 2020 (Ahad)

Masa:
9.00 pagi

Tempat:
Dewan Sejahtera
SK LKTP Ulu Dengar

6

SK LKTP ULU DENGAR, KLUANG
MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU KALI KE- 23
TAHUN 2020

Tarikh/ hari : 8 MAC 2020/ AHAD

Masa : 9:00 PAGI

Tempat : DEWAN SEJAHTERA, SK LKTP ULU DENGAR

Pengerusi : ENCIK AZHAR BIN ABDULLAH

Kehadiran(Bilangan) : 118 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : 1.Tuan Haji Musa bin Marzuki
(Penghulu Mukim Kluang )

2.Tuan Mohd Shaharin bin Mahassan
(Pengurus FELDA Ulu Dengar)

3. Encik Sulaiman bin Rahmat
(Ex-Officio PIBG)

7

1 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua ahli
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Ulu Dengar kerana
dapat menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali
Ke-23 ini.
1.2 Menjemput Ustaz Hanizad bin Ramlan untuk mengetuai bacaan doa.

2 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (Encik Azhar bin Abdullah)
2.1 Yang Dipertua mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengacara
majlis, yang berbahagia Tuan Haji Musa bin Marzuki (Penghulu Mukim
Kluang), Encik Mohd Yussry bin Mahat (Penolong Pegawai Daerah Unit
Kewangan),Tuan Pengurus Felda Ulu Dengar Encik Mohd Shaharin bin
Mahassan , Yang berusaha Ex- Officio Encik Sulaiman Bin Rahmat
(Guru Besar SK LKTP Ulu Dengar), Encik Azli Bin Samad (Guru
Penolong Kanan Kurikulum), semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan guru-
guru SK LKTP Ulu Dengar, anak-anak dan sahabat handai yang
dirahmati, tahniah dan terima kasih kerana dapat hadirkan diri dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 23 ini.
2.2 Bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya
kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG
ini yang sering dilaksanakan pada setiap tahun.
2.3 Terima kasih diucapkan kepada ibubapa atas komitmen yang
ditunjukkan dalam menjayakan aktiviti sekolah. Semoga dengan
kehadiran ibu bapa dapat membantu pihak sekolah mencapai misi dan
visi yang telah ditetapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada AJK
PIBG yang sentiasa berusaha memberi yang terbaik dalam setiap
aktiviti sekolah yang disertai.
2.4 Yang Dipertua menyeru ibubapa memberikan sokongan terhadap
program yang dianjurkan oleh pihak kementerian seperti ziarah cakna
demi mengatasi masalah ponteng di kalangan murid-murid sekolah.

8

2.5 Yang Dipertua juga menyeru pihak ibubapa berhubung terus dengan
pihak sekolah sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan
persekolahan anak-anak.

2.6 Yang Dipertua mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih
dan memohon maaf andai ada tersilap kata sepanjang berkhidmat
sebagai Yang Dipertua PIBG SK LKTP Ulu Dengar.

3 UCAPAN EX-OFFICIO PIBG (Encik Sulaiman bin Rahmat)

Assalamualaikum WBT, Salam Kemakmuran Johor.

3.1 Ex-Officio mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis.
Selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Musa bin
Marzuki (Penghulu Mukim Kluang) selaku jemputan khas, pada hari
ini, Encik Mohd Shahrin bin Mahassan, Pengurus Felda Ulu Dengar,
Yang Berusaha YDP PIBG Encik Azhar Bin Abdullah serta barisan
ahli jawatankuasanya, guru- guru penolong kanan dan barisan guru,
para ibubapa yang dihormati sekalian. Terima kasih kerana
menjadi ibubapa yang cemerlang.

3.2 Ex- Officio juga ingin memanjatkan rasa syukur pada petang yang
indah ini dan menghulurkan sejambak terima kasih kerana akhirnya
dapat juga diadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 23 SK LKTP Ulu
Dengar. Ianya merupakan program tahunan sekolah kita dalam
membantu kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita. Mesyuarat
ini juga merupakan agenda PPD di mana ia mesti diadakan sebelum
31 Mac setiap tahun seiring dengan pekeliling SPI bilangan 5.

3.3 Tujuan mesyuarat PIBG diadakan ialah bagi mewujudkan
permuafakatan dan persefahaman bersama antara pihak sekolah dan
komuniti setempat. PIBG turut mempunyai peranan melengkapkan
prasarana dan kondisi sekolah.

3.4 Majlis mesyuarat Agung PIBG sekolah amat bermakna kerana pihak
sekolah dapat berjumpa dan berbincang tentang kemajuan masa
depan anak-anak.

9

3.5 Ex –officio berharap semoga mesyuarat ini menjadi medan
perbincangan usul-usul untuk meningkatkan pembangunan sekolah.
Antara keberhasilan dan kemenjadian murid yang difokuskan di
sekolah ialah 1M1S, pendidikan berteraskan minat dan pendidikan
berautoriti. Antara kemahiran yang perlu diterapkan kepada murid
ialah daripada 3M kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan
menaakul.

3.6 Murid-murid juga dididik lebih kepada pembentukan nilai-nilai murni,
peradaban dan akhlak. Prestasi murid pula ditaksir melalui
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), PAJSK, Ppsi dan UPSR, di mana
pentaksiran ini lebih holistik dan bermakna.

3.7 Peperiksaan bagi Tahap 1 telah dimansuhkan, di mana digantikan
dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang bersifat keseluruhan.
Prestasi setiap murid adalah bergantung kepada tahap penguasaan
(Band 1-6) di mana penilaian dilakukan secara lebih menyeluruh dan
nilai-nilai murni menjadi asas kepada pembentukan sahsiah murid.
Murid yang mencapai Tahap Penguasaan 1-3 (faham) dan Tahap
Penguasaan 4-6 (kuasai).

3.8 Kaedah pembelajaran adalah lebih kepada didik hibur (Fun learning),
kuiz, permainan, main peranan, bercerita, projek mudah dan pidato
serta aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

3.9 Kecemerlangan adalah bermula di rumah, di mana ibubapa
bertanggungjawab menentukan keperibadian murid-murid . Anak-
anak perlu dididik dengan nilai-nilai murni di rumah.

3.10 Sekolah bakal mewujudkan Anugerah Anak Yang Baik. Antara
kriteria pemilihan penerima anugerah adalah murid yang solat lima
waktu, menghormati ibu-bapa dan menghormati guru. Anak-anak
yang ini akan keluar dan menjadi anak-anak yang kuat menghadapi
cabaran terutama cabaran media sosial. Jadi ibubapa perlu turut
sama mengambil tanggungjawab ini dan tidak hanya melepaskannya
kepada pihak sekolah. Begitu juga dengan pihak PIBG kerana
pemuafakatan akan membawa berkat.

10

3.11 Baru-baru ini sekolah telah mencapai keputusan UPSR 2019 yang
boleh dibanggakan kerana 3 mata pelajaran telah mendapat
kelulusan 100% iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan
serta Sains. Pencapaian ini adalah standing dengan sekolah-
sekolah lain.

3.12 Bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan beberapa
program peningkatan UPSR telah dirancang dan mula dilaksanakan
antaranya ialah :
a) Kelas Tambahan-telah mula dijalankan dari bulan Februari
b) Dialog Prestasi
c) Ceramah Motivasi
d) Cakna Gempur
e) Bengkel Menjawab Soalan
f) Perkampungan UPSR

3.13 Pihak sekolah telah berusaha mencorakkan sekolah agar menjadi
„second home‟ kepada murid-murid. Bilik darjah perlu ceria mengikut
konsep PAK21. Ini penting kerana murid berada di sekolah dalam
jangkamasa yang lama iaitu dari 7.20 pagi hingga 1.10 petang. Oleh
Itu, sekolah perlu berada dalam keadaan kondusif dan ceria. Untuk
makluman perasmi sekolah ini tidak pernah dicat semenjak tahun
penubuhannya iaitu 1994 . Oleh itu pihak sekolah memohon agar
pihak perasmi meluluskan peruntukkan agar bangunan ini dicat
baru.

3.14 Ibubapa digesa untuk menghantar anak-anak ke sekolah mengikut
masa yang telah ditetapkan. Di samping itu pihak sekolah juga
berharap agar ibubapa dapat memantau kerja sekolah dan jadual
waktu anak-anak agar anak-anak tidak terbeban membawa buku
berlebihan ke sekolah. Di samping itu, ibubapa turut diminta
membantu anak-anak menghafal sifir bagi menjayakan „Program
Bijak Sifir‟ anjuran sekolah.

3.15 Akhir kata Ex-Officio berharap AJK yang bakal dilantik nanti dapat
bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan program-
program yang bakal dirancang.

11

3.16 Ucapan ex-officio diakhiri dengan serangkap pantun.
Buah salak di dalam kantung,
Buahnya elok isinya kelat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

4 UCAPAN PERASMIAN : Tuan Haji Musa bin Marzuki
(Penghulu Mukim Kluang)

4.1 Perasmi mengucapkan kata alu-aluan kepada Penolong Pegawai
Daerah iaitu Encik Mohd Yussry bin Mahat, Tuan Guru Besar selaku
Ex-Officio SK LKTPUlu Dengar, Encik Sulaiman Bin Rahmat,
Pengurus FELDA Encik Mohd Shaharin bin Mahassan, YDP PIBG
Encik Azhar Bin Abdullah, barisan guru SKUD, AJK PIBG dan ibu
bapa yang dihormati.

4.2 Perasmi mengucapkan salam perkenalan kepada ibubapa murid-
murid SKUD.

4.3 Perasmi memberitahu bahawa untuk mewujudkan suasana kondusif
di sekolah perlu ada kerjasama ibubapa dan pihak sekolah di samping
usaha yang gigih dan mantap daripada semua pihak.

4.4 Kehadiran ibubapa ke mesyuarat ini boleh dikatakan hebat kerana
seimbang antara kehadiran ibu dan bapa. Ada sekolah terpaksa
mengadakan mesyuarat PIBG secara bergabung dengan sekolah-
sekolah lain kerana menghadapi masalah kehadiran yang tidak
memberangsangkan.
Tahniah! kepada tuan puan.

12

4.5 Pada minggu lepas perasmi telah dijemput sebagai VIP di program
anjuran Kolej Komuniti Mentari, sebuah kolej yang menyediakan
kursus peringkat sijil dan diploma untuk pelajar-pelajar. Ibubapa
seharusnya tidak melepaskan peluang supaya anak-anak tidak
ketinggalan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Yuran pengajian kini bukan lagi satu masalah kerana terdapat
pelbagai biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak-pihak
tertentu.

4.6 Selain itu terdapat juga Kolej McDonald yang menaja pelajar-pelajar
yang kurang berkemampuan. Tempat tinggal yang kondusif juga turut
disediakan oleh pihak kolej. Justeru itu, pihak ibubapa, penjaga harus
mengambil peluang ini dan jangan biarkan anak-anak keciciran dalam
pendidikan serta kurang peluang dalam pasaran kerja.

4.7 Penubuhan L.K.T.P (FELDA) adalah kerana Melayu sering
ketinggalan satu masa dahulu, tapi malangnya kita kini seperti mahu
dijajah semula, Oleh itu kita perlu sentiasa membina, menjaga dan
memelihara negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan.

4.8 Perasmi juga menyeru pelantikan AJK PIBG sewajarnya diberikan
kepada golongan ibubapa muda agar dapat memberikan idea-idea
baru yang segar. Bagi golongan yang berusia 50 ke atas sewajarnya
menjadi pembantu bagi memantapkan PIBG.

4.9 Jika penduduk Felda Ulu Dengar mempunyai produk-produk setempat
yang boleh dipasarkan ke pasaran luar, pihak pejabat Penghulu
Mukim Kluang sedia membantu dari segi pemohonan dana yang
bersesuaian.

4.10 Pihak PIBG perlu tahu cara mencari dana dari pihak luar bagi
membantu pembangunan sekolah.

4.11 Akhir kata dengan lafaz „Bismillahirahmannirahim‟ perasmi
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 ini.

13

5 ANUGERAH KEMENJADIAN SEKOLAH
5.1 Sofbal
5.2 Koperal TKRS

6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
6.1 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-22 YANG LALU.
6.1.1 Dibentang oleh Encik Azhar bin Abdullah
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Siti Rasidah binti Rakidin
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Baharudin bin Ahmad

Perkara Berbangkit:
Encik Kamisan bin Sepat bertanyakan mengenai penggunaan Dana
Kecemerlangan Felda sebanyak RM4000.00 (para 8.1) .Encik Azhar
menerangkan bahawa wang tersebut telah diagih-agihkan kepada murid-murid
tahun 6 2018 sebagai hadiah galakan UPSR semasa Hari Anugerah
Cemerlang 2019 yang lalu.

Tindakan: Setiausaha

14

6.2 MEMBENTANG DAN MELAPOKAN AKTIVITI YANG
MELIBATKAN DANA PIBG BAGI SESI 2019
(SUMBANGAN KELUARGA DAN HASIL SAWIT)

6.2.1 Dibentang oleh YDP Encik Azhar Bin Abdullah
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Fazidah binti Ajis
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Noraini binti Yahya
*Lampiran diedarkan.
Tindakan: Setiausaha

6.3 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN
KEWANGAN BERAKHIR (31 DISEMBER 2019)

6.3.1 Dibentang oleh YDP Encik Azhar Bin Abdullah
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Norazlina binti Jelani
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Rohaya binti Yaakob
*Lampiran diedarkan.
Tindakan: Bendahari

15

6.4 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL
6.4.1 Usul daripada Encik Mohd Hafiz bin Abdul Halim
6.4.1.1 Kelas Tambahan Bahasa Inggeris untuk tahun 1-5

Encik Azli GPK Pentadbiran menjelaskan sekolah
menghadapi kekangan untuk menyediakan guru-guru, tetapi
sekolah menyokong jika pihak PIBG menyediaan guru dari
luar untuk kelas berkenaan.
Puan Setiausaha menambah jika mencari guru luar mohon
dapatkan guru terlatih daripada KPM kerana mereka
menguasai sukatan pelajaran terkini.
6.4.1.2 Mewujudkan Hari Bahasa Inggeris
Encik Azli menjelaskan program itu sememangnya telah
dijalankan di sekolah. Sebagai contoh, dalam sebulan ada 1
minggu perhimpunan mingguan akan dijalankan dalam
Bahasa Inggeris.
6.4.1.3 Mewujudkan Kelab Sukan Sekolah
Encik Azli menjelaskan perkara tersebut telah sedia wujud
dalam program 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Tuan Guru Besar
sendiri merupakan Pengerusi Teknik ke MSSM bagi sukan
Badminton.

Tindakan: Setiausaha

16

6.4.2 Usul Daripada Puan Aidah binti Khamis
6.4.2.1 Menambah Kerusi Plastik Untuk Kegunaan Dewan

Puan Aidah mencadangkan pungutan dana secara wakaf
dilakukan bagi pembelian kerusi plastik untuk kegunaan
dewan.
Encik Mohd Hafiz bin Abdul Halim mencadangkan agar
kerusi berkualiti tinggi daripada jenama 3 V dan seumpama
dengannya sahaja yang akan dibeli untuk tujuan wakaf.
Cadangan dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Setiausaha PIBG akan menyediakan surat bagi pungutan
dana wakaf.

Tindakan: Setiausaha

6.4.3 Usul Tergempar
6.4.3.1 Encik Mohd Hafiz bin Abd Halim meminta pihak sekolah

memohon daripada majlis bandaran garis putus-putus
(lintasan belang) di hadapan sekolah dan papan tanda untuk
murid-murid melintas untuk tujuan keselamatan murid-murid
melintas jalan.
Encik Azli menjelaskan permohonan berkenaan boleh
dilakukan. Encik Azli juga mengambil kesempatan
mengingatkan ibubapa agar menghantar anak-anak
ke sekolah di pintu pagar sahaja dan jangan masuk ke
kawasan sekolah.

Tindakan: Setiausaha

17

7 PEMBUBARAN AHLI PIBG SESI 2019
7.1 YDP telah membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2019 secara
rasminya dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh ahli
mesyuarat.

7.2 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
Ahli mesyuarat sebulat suara melantik Encik Azhar Bin Abdullah
sebagai Pengerusi Sementara.
Mesyuarat diteruskan oleh Encik Azhar Bin Abdullah bagi
melaksanakan agenda seterusnya.

8 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2020/2021
8.1 Jawatan YDP PIBG:

8.1.1 Calon Lantikan : Encik Azhar Bin Abdullah
Dicadangkan oleh: Encik Baharuddin bin Ahmad
-Encik Azhar bin Abdullah menarik diri daripada
pencalonan

8.1.2 Calon Lantikan Pertama: Puan Siti Rasidah binti Rakidin
Dicadangkan oleh : Puan Nurul Farahida binti Md. Nor
Disokong oleh : Puan Misladiana binti Paiman.

Calon Lantikan Kedua: Encik Idris bin Ahmad
Cadangan oleh : Puan Siti Hamadihana binti Hamidon
Disokong oleh : Encik Khairul bin Kamarulzaman
Cadangan ditutup : Puan Rosmawati binti Tumin
Disokong oleh : Encik Kamisan bin Sepat

Puan Siti Rasidah binti Rakidin telah dipilih secara undian
majoriti ahli mesyuarat.

18

8.2 Jawatan NYDP PIBG:
Encik Idris bin Ahmad secara automatik dilantik secara
sebulat suara oleh ahli mesyuarat sebagai NYDP PIBG SK
LKTP Ulu Dengar bagi sesi 2020/2021.
Puan Siti Rasidah binti Rakidin telah diminta oleh Encik
Azhar untuk mempengerusikan agenda mesyuarat yang
seterusnya.

8.3 Jawatan AJK PIBG 2020/2021:
8.3.1 Encik Kamisan bin Sepat:

Dicadang oleh : Ustaz Muhd Ikhwan bin Khusaini
Disokong oleh : Encik Mohd Nooremie bin Jumari
8.3.2 Encik Khairul bin Kamaruddin:
Dicadang oleh : Puan Siti Hamadihana binti Hamidon
Disokong oleh : Puan Rosmawati binti Tumin
8.3.3 Puan Aidah binti Khamis:
Dicadang oleh : Puan Masitah binti Mustapa
Disokong oleh : Encik Mohd Effendy bin Ahmad

19

8.3.4 Puan Fauziah binti Ismail:
Dicadang oleh : Puan Farahida binti Md. Nor
Disokong oleh : Puan Surayahani binti Hamid

8.3.5 Puan Norazlina binti Jelani:
Dicadang oleh : Puan Farahida binti Md. Nor
Disokong oleh : Encik Mohd Effendy bin Ahmad
Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara untuk melantik
AJK yang dicadangkan.

8.4 Pemeriksa Kira-kira
8.4.1 Encik Nooremie bin Jumari:

Dicadang oleh : Encik Mohd Hamsah bin Saram
8.4.2 Encik Azhar bin Abdullah:

Dicadang oleh : Puan Surayahani binti Hamid
Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong untuk melantik pemeriksa
kira-kira yang dicadangkan.

20

8.5 AJK Guru
Pihak sekolah telah membuat perbincangan dan telah mem
buat keputusan bagi mengekalkan AJK yang sedia ada
iaitu:
Setiausaha PIBG : Puan Masitah binti Mustapa
Bendahari PIBG : Puan Faridah binti Hassan
AJK : Encik Mohd Ikhwan Khusaini (PIBK)
: Puan Surayahani binti Hamid
: Encik Mohd Effendy bin Ahmad
: Puan Nor Jalilawati binti Jalil

9 HAL –HAL LAIN
Encik Azli menerangkan bahawa satu program kolaborasi iaitu
perkhemahan bersama 6 buah sekolah di daerah Kluang bakal
dianjurkan selepas Peperiksaan UPSR.

21

10 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG (Puan Siti Rasidah
binti Rakidin)

10.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi
menghadirkan diri dalam mesyuarat kali ini.

10.2 Memohon tunjuk ajar daripada semua guru dan AJK dan
semoga dapat bekerjasama dalam membangunkan murid-
murid dan sekolah.

10.3 Mengharapkan kerjasama guru-guru dan ibu bapa untuk
memajukan sekolah ini. Berjanji akan mencuba cara terbaik
demi kejayaan PIBG dan sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MASITAH BINTI MUSTAPA) (SITI RASIDAH BINTI RAKIDIN
Setiausaha PIBG Yang di Pertua PIBG
SK LKTP Ulu Dengar
SK LKTP Ulu Dengar

Tarikh : 17 Mac 2020

22

LAPORAN AKTIVITI BERSAMA PIBG
DAN AKTIVITI SEKOLAH DI BAWAH
DANA TABUNG SUMBANGAN KELUARGA
& TABUNG PERTANIAN 2020/2021

BIL AKTIVITI TARIKH

1 Menyiapkan Susur Gajah (Fasa Akhir) May 2020

2 Mesyuarat AJK Bil 1 21 Jun 2020
3 Gotong Royong Persiapan Pembukaan 26 Jun 2020

Semula Sekolah Pasca Covid 10 Ogos 2020
4 Pemasangan papan paparan L.E.D

5 Pembinaan Pondok Pengimbas Suhu dan Ogos 2020
Nursery Bunga September 2020

6 Aktiviti Mengecat Untuk Keceriaan Sekolah

7 Mesyuarat AJK Bil 2 4 September 2020

8 Pembelian Kerusi Dana Wakaf 10 Oktober 2020

9 Penyerahan Pelitup Muka Sumbangan NGO 16 Oktober 2020
Bidadari Selatan

10 Penerimaan Sumbangan Pokok Bunga Untuk Oktober 2020
Nursery Sekolah

11 Penerimaan Kerusi Dana Wakaf 26 Oktober 2020

12 Jualan Buku Secara Pandu Lalu 24 -28 Januari 2021

13 Penyampaian Sumbangan Keperluan Harian 4 Februari 2021
Untuk Ibubapa/Penjaga Pesakit Kronik 16 Februari 2021

14 Mesyuarat AJK pemilihan Bantuan Awal
Persekolahan

15 Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 24 Februari 2021
(Fasa 1)

16 Mesyuarat AJK Bil 3 12 Oktober 2021

23

PENYATA ALIRAN TUNAI
BAGI TAHUN BERAKHIR 2020
(JANUARI HINGGA DISEMBER)

ITEM ALIRAN TUNAI AKTIVITI SEKOLAH DEBIT KREDIT
(RM) (RM)

Hasil Pertanian JUMLAH 11881.26
Sumbangan PIBG 3800.00
Kertas Ujian 2240.00
17921.26

1. Hasil Pertanian (410.00)
Program Kerjasama UTHM (1200.02)
Upah Pintu Pagar (350.00)
Upah Buat Jalan (411.60)
Upah Tuai (688.80)
Baja dan Upah Baja (300.00)
Potong Pelepah (2000.00)
Persediaan Covid (398.00)
Pembinaan Tempat Pendaftaran (778.00)
Projek Nursery Tanaman (443.00)
Penyelenggaraan Elektrik (685.00)
Projek Mengecat Bangunan Sekolah (115.00)
Jamuan AJK 7779.42
JUMLAH 4101.84
BAKI
(200.00)
2. Sumbangan PIBG JUMLAH (360.00)
Softball Daerah BAKI (1000.00)
Softball Negeri (150.00)
Sukan Tahunan Sekolah (1245.00)
Bola Baling Zon 2955.00
Mesyuarat Agong PIBG 845.00

24

PENYATA ALIRAN TUNAI
BAGI TAHUN BERAKHIR 2020
(JANUARI HINGGA DISEMBER)

3. Kertas Ujian (672.50)
Peperiksaan Setengah Tahun 672.50
JUMLAH 1567.50
BAKI

Baki sehingga 31 Disember 2020 RM6514.34

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh:

(FARIDAH BINTI HASSAN) (NOOREMIE BIN JUMARI) (AZHAR BIN ABDULLAH)
Bendahari Kehormat, Pemeriksa Kira-kira 1, Pemeriksa Kira-kira 2,
SK LKTP ULU DENGAR SK LKTP ULU DENGAR SK LKTP ULU DENGAR

25

PENYATA HARTA PIBG SK LKTP ULU DENGAR

BIL PERKARA JUMLAH
1 Pokok kelapa sawit 150 batang
2 Khemah (kanopi)
3 Meja banquet 2 unit
4 Meja plastik (peperiksaan) 2 unit
5 Kerusi plastik (warna coklat) 30 unit
6 Tong Lembaran Kerja Sekolah 38 unit
7 Kerusi dana wakaf (warna putih) 12 unit
8 Papan Paparan L.E.D 151 unit
9 Tong Air Cuci Tangan 1 unit
6 unit

26

PEMBENTANGAN USUL

1. Nama : Puan Suzanah binti Zakariah
No Kad Pengenalan : 830526-01-6238

Usul
Semasa waktu balik, murid-murid keluar dari sekolah diharap
pegawal keselamatan jaga murid-murid yg berkeliaran main di tepi
jalan sebelum menunggu ibu bapa atau penjaga mengambil murid-
murid

2. Nama : Puan NurAsmahani Binti Yahya
No Kad Pengenalan : 910413-01-5714

Usul:
Di sini saya ingin mencadangkan bagi kelonggaran pemakaian
uniform sekolah. Sekiranya sekolah akan dibuka dalam masa
terdekat. Sebagai contoh dibenarkan untuk memakai baju sukan
sekolah. Bagi mengganti permasaalahan baju uniform rasmi sekolah
yang tidak muat.

27

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE–24 SESI 2021/2022

Ex-Officio : Encik Sulaiman bin Rahmat
(Guru Besar SK LKTP Ulu Dengar)
Yang di Pertua
Naib Yang di Pertua : Puan Siti Rasidah binti Rakidin
Setiausaha : Encik Idris bin Ahmad
: Puan Masitah binti Mustapa
Bendahari (Setiausaha PIBG SK LKTP Ulu Dengar)
: Puan Faridah binti Hassan
(Bendahari PIBG SK LKTP Ulu Dengar)

VIP
Encik Sulaiman bin Rahmat
Puan Siti Rasidah binti Rakidin

Encik Azli bin Samad
Encik Mohd Idris bin Ahmad
Encik Mohd Hamsah bin Saram
Puan Suriyawati binti Malek

JEMPUTAN

Puan Masitah binti Mustapa
Puan Faridah binti Hassan
Encik Mohd Effendy bin Ahmad

PENGACARA MAJLIS DAN GOOGLE MEET
Puan Mahayran binti Mustaffa

Puan Siti Hamadihana binti Hamidon

28

BACAAN DOA DAN SELAWAT
Ustaz Muhammad Ikhwan Khusaini bin Mokhtar

PENDAFTARAN (GOOGLE FORM)
Ustaz Muhammad Ikhwan Khusaini bin Mokhtar

Puan Norazlina binti Jelani

BUKU PROGRAM (ANYFLIP)
Puan Suzi binti Ahmad

Puan Siti Nurafiqah binti Sarman
Puan Aidah binti Khamis

BORANG USUL (GOOGLE FORM)
Puan Mahayran binti Mustaffa
Puan Fauziah binti Kamis

BANNER (DIGITAL)/ PA SISTEM
Encik Hishamuddin bin Salim

KUIZ KAHOOT
Puan Siti Hafizah binti Abdul Rauf
Puan Nur Farah Diyana binti Hamizan

DOKUMENTASI/SIARAYA
Encik Mohd Hazir bin Mustaffa

Puan Suzi binti Ahmad
Encik Khairul bin Kamaruddin

29

JAMUAN
Puan Wahidahyu binti Mizan
Puan Midah binti Ahmad Hudzori

PENYEDIAAN TEMPAT
Puan Norjalilawati binti Jalil

Pekerja Swasta
HADIAH

Puan Surayahani binti Hamid
Puan Nur Farah Diyana binti Hamizan

ANUGERAH KOKO
Puan Surayahani binti Hamid
Ustaz Hanizad bin Ramlan

30

SENARAI NAMA GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU DENGAR

TAHUN 2021

BIL NAMA JAWATAN
1. En. Sulaiman bin Rahmat Guru Besar

2. En. Azli bin Samad PK Pentadbiran

3. En. Mohd Hamsah bin Saram PK Hal Ehwal Murid

4. Pn. Suriyawati binti Malek PK Kokurikulum

5. En. Hishamuddin bin Salim Guru Penolong
6. Tn. Haji Hanizad bin Ramlan Guru Penolong
7. En. Muhd Ikhwan Khusaini bin Mokhtar Guru Penolong
8. Pn. Suzi binti Ahmad Guru Penolong

9. Pn. Nur Farah Diyana binti Hamizan Guru Penolong
10. Pn. Faridah binti Hassan Guru Penolong

11. Pn. Surayahani binti Hamid Guru Penolong
12. Pn. Norjalilawati binti Jalil
13. Pn. Mahayran binti Mustaffa Guru Penolong
14. Pn. Masitah binti Mustapa (Guru Prasekolah)
15. Pn. Siti Nurafiqah binti Sarman
16. Pn. Siti Hafizah binti Abdul Rauf Guru Penolong
17. Pn. Wahidahyu binti Mizan (Guru Kelas Tahun 1)
18. Pn. Siti Hamadihana binti Hamidon
Guru Penolong
(Guru Kelas Tahun 2)

Guru Penolong
(Guru Kelas Tahun 3)

Guru Penolong
(Guru Kelas Tahun 4)

Guru Penolong
(Guru Kelas Tahun 5)

Guru Penolong
(Guru Kelas Tahun 6)

31

SENARAI NAMA KAKITANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU DENGAR

TAHUN 2021

BIL. NAMA JAWATAN

1. Pn. Naz Erdawati binti Selamat Pembantu Tadbir

2. Pn. Midah binti Ahmad Hudzori Pembantu Pengurusan
Murid

3. En. Mohd Hazir bin Mustafa Pembantu Operasi

4. En. Nor Azan bin Darman Pengawal Keselamatan

5. En. Zulhisham bin Othman Pengawal Keselamatan
6. Cik Intan Masdiana binti Jailani Pengawal Keselamatan
7. Cik Nursyaza Liyana binti Baharin Pengawal Keselamatan
8. En. Masudi bin Kasbi Pembersihan Swasta
9. En. Redzuan bin Jais Pembersihan Swasta
10. En. Abd. Rahman bin Jajari Pembersihan Swasta
11. Pn. Rozita binti Sainoh Pembersihan Swasta
12. Pn. Aminah binti Mosman Pembersihan Swasta

32

ENROLMEN MURID (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU DENGAR

TAHUN 2021

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

1 18 5 23

2 16 6 22

39 11 20

4 13 13 26

5 10 8 18

6 14 15 29

JUMLAH 80 58 138

33

PENGHARGAAN

Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada:
*Encik Sulaiman bin Rahmat

(Guru Besar SK LKTP Ulu Dengar)
*Yang Di Pertua Dan AJK PIBG SK LKTP Ulu Dengar

*Guru-guru Penolong Kanan SK LKTP Ulu Dengar

*Guru Dan Kakitangan SK LKTP Ulu Dengar

*Ibu bapa/ penjaga

Dan Kepada Semua Pihak Yang Telah Memberikan
Sumbangan Idea, Tenaga & Material Secara Langsung
Atau Tidak Langsung, Bagi Menjayakan Majlis Mesyuarat

Agung PIBG Kali Ke - 24 Sesi 2021/2022
Hanya Allah S.W.T Sahaja Yang Akan Membalas Budi

& Jasa Kalian.

Terima Kasih.

34

SEKIAN

35


Click to View FlipBook Version