4.2 Kurikulum
4.2.1 Rancangan Pengajaran Individu (RPI) perlu dibahagikan
kepada semua guru. Mohon Penyelaras RPI berbincang
dengan PK PPKI untuk menyediakan senarai nama MBK
mengikut guru bimbingan masing-masing. Setelah itu, guru-
guru pembimbing perlu menghubungi ibu bapa MBK untuk
menetapkan matlamat jangkapanjang anak masing-masing.
Tindakan: Penyelaras RPI
4.2.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI) akan diuruskan oleh Cik Nur
Syairah dan Pn Nurul Fatimah. Inklusif penuh seramai 9 orang
dan inklusif separa seramai 23 orang. Tahun 2021 diharapkan
ada peningkatan kepada 70% penglibatan MBK dalam PPI. Cik
Nur Syairah akan mengeluarkan senarai nama guru resos untuk
tindakan semua guru PPKI. Seterusnya guru resos akan
memantau perkembangan kurikulum dan sahsiah anak didik
masing-masing di aliran perdana.
Tindakan: Penyelaras PPI
4.2.3 PK PPKI mohon Panitia Bahasa PPKI dan guru PSS PPKI
mencuba untuk menghasilkan perpustakaan buku digital
mengikut tahap MBK untuk Program Nilam PPKI.
Tindakan: Panitia Bahasa dan Guru PSS
4.3 Hal Ehwal Murid
4.3.1 PK PPKI mohon semua guru kelas mengemaskini maklumat
MBK di dalam sistem APDM. Tarikh masuk sekolah pada 20
Januari 2021. Jumlah MBK 52 orang. BAP mohon semua guru
tingkatan menyerahkan senarai nama murid yang layak kepada
Pn Rom Rafidah (AJK Kebajikan) dan kemudian diserahkan
kepada SU HEM untuk semakan bersama PK PPKI sebelum
diserahkan kepada SU HEM sekolah.
Tindakan : SU HEM PPKI & Guru Tingkatan
4.3.2 Guru data PPKI Puan Nurul Symiza dan Cik Siti Nasuha perlu
mengemaskini data PPKI untuk tahun 2021. Mohon guru data
menyediakan senarai nama MBK mengikut kelas.
Tindakan : Guru Data PPKI
4.3.3 Guru matapelajaran diminta untuk membuat persediaan untuk
Peperiksaan Pertengahan Tahun seperti ditetapkan dalam
takwim sekolah.
Tindakan: Semua guru
4.4 Kokurikulum
4.4.1 Semua guru perlu melakukan persediaan untuk
penglibatan MBK. e-Mahabbah pada Jun 2021 (Pn Nurul
Symiza), Olahraga (Pn Syarifah Nor ‘Aisyah), Karnival e-
kemahiran 14 Julai 2021 (Pn Maryati), Karnival e-inovasi 14 Jun
2021 (En Khairil) dan e-agronori pengakap 26 Ogos 2021 (Pn
Fatimah). Guru lain akan sama-sama membantu menjayakan
setiap pertandingan.
Tindakan: Semua guru PPKI
4.4.2 PK PPKI memaklumkan Pengetua mencadangkan untuk
mengadakan aktiviti kokurikulum secara PdPR. Cadangan
masa yang dipersetujui pada hari Rabu pukul 2 hingga 4
petang. Jadual akan disediakan oleh SU Kokurikulum. Setiap
unit perlu berbincang dengan guru penasihat yang terlibat.
Tindakan: SU Kokurikulum PPKI
5.0 Pembentangan Kertas Kerja
Tiada
6.0 Hal-Hal Lain
5.1 PK PPKI mengingatkan semua guru untuk melengkapkan Buku Rekod
Mengajar dan dihantar di Bilik Gerakan pada 19 Februari 2021.
Tindakan: Semua Guru PPKI
5.2 Semua guru perlu mengisi pelaporan PdPR JPN 2.0 sebelum pukul 6 Petang
dan pelaporan peringkat sekolah setiap kali tamat sesi PdPR.
Tindakan: Semua Guru PPKI
7.0 Penutup.
7.1 PK PPKI mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PPM yang sudi
meluangkan masa menghadiri mesyuarat secara maya pada kali ini.
Makluman
7.2 Mesyuarat disudahi dengan Tasbih Kafarah dan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.
Makluman
Disediakan oleh,
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
SMK Seri Keramat