The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wahidabalqiss99, 2022-12-19 11:39:13

BURUNG GAGAK DAN KETITIR

BURUNG GAGAK DAN KETITIR

BURUNG GAGAK
DAN BURUNG
KETITIR

NUR WAHIDAH BALQIS BINTI SUHAIZAN
271745


Di hujung sebuah
kampung, terdapat
sebuah hutan yang tebal
dan indah. Di dalam hutan
tersebut, terdapat
banyak binatang yang
tinggal bersama-sama.
Mereka hidup aman dan

damai.


v .

Di dalam hutan itu terdapat dua sahabat baik iaitu
gagak dan ketitir. Banyak binatang suka melihat
mereka berkawan baik. Ketitir dan gagak tidak
pernah bergaduh. Mereka selalu terbang
bersama-sama mencari makanan


Pada suatu hari, gagak pergi ke rumah ketitir
untuk mengajaknya mencari makanan. Gagak
membuka pintu rumah ketitir tetapi, ketitir tiada

di rumah. Gagak berasa sangat gelisah.


Gagak pergi mencari ketitir tetapi tidak menjumpai
ketitir. Gagak berehat di sebatang ranting pokok
kerana penat. Semasa berehat, merpati menyapa
gagak “hai gagak, kenapa awak kelihatan sedih?”

Tanya merpati. Gagak menjawab “aku mencari
ketitir” gagak menjawab.


Selepas itu, merpati teringat bahawa dia
telah ternampak ketitir telah ditangkap oleh
seorang lelaki. Merpati memberitahu kepada
gagak tentang apa yang telah terjadi kepada

ketitir.


Burung gagak berasa sangat terkejut lalu pergi ke rumah lelaki
yang telah menangkap ketitir. Sampai di sana, Gagak ternampak

ketitir berada di dalam sangkar yang cantik. Di dalam sangkar
tersebut, terdapat makanan dan air yang bersih untuk ketitir.


Burung gagak terbang ke sangkar ketitir. Gagak bertanya
kepada ketitir “apa yang telah terjadi pada engkau?”. Ketitir
menjawab “lelaki tersebut telah menangkap aku kerana dia

terdengar suara aku bernyanyi-nyanyi di dalam hutan”.


Burung gagak berkata bahawa ketitir bernasib baik kerana
memiliki bulu yang cantik serta pandai menyanyi. Gagak

berkata dirinya bernasib malang kerana makan sisa sampah,
berwarna hitam dan mempunyai suara yang tidak merdu


Burung gagak berkata “engkau tidak perlu terbang merata-
rata untuk mencari makanan kerana semua disediakan”.
Ketitir menjawab “cuba awak fikir, awak akan tahu siapa

yang malang”. Burung gagak terbang semula ke dalam hutan.


Semasa di dalam hutan, gagak terdengar burung lain
berborak. Dia mendengar bahawa burung tersebut

berasa sangat gembira kerana mereka dapat terbang
bebas. Burung gagak berasa sangat sedih kerana telah

berkata ketitir beruntung.


Pada keesokan harinya, gagak meneruskan
aktiviti biasa iaitu mencari makanan. Burung
gagak menolak sampah-sampah dan menjumpai

setongkol jagung bakar lalu memakannya


selepas itu, gagak pergi melawat ketitir. Sampai di sana,
ketitir melihat kawannya sedih lalu bertanya “kenapa

engkau sedih gagak?”. Lalu gagak menjawab “aku berasa
sedih dan menyesal kerana telah berkata engkau
beruntung”.


Ketitir berkata “walaupun suara aku merdu, tetapi aku
ditangkap kerana suara aku”. Ketitir menambah “lihatlah
engkau, meskipun engkau berwarna hitam, engkau dapat
terbang bebas bersama-sama dengan binatang yang lain di
hutan”. Kata-kata ketitir telah membuatkan gagak berasa insaf.


Sejak itu, gagak sentiasa ingat kata-kata ketitir.
Hari-hari gagak akan melawat burung ketitir. Mereka
masih berkawan baik meskipun burung ketitir berada

di dalam sangkar.


Burung gagak akan membawa rakan burung yang lain untuk
melawat dan menggembirakan ketitir. Mereka masih

bersahabat baik meskipun mereka tidak dapat terbang
bersama-sama. .


Pengajaran : kita mestilah
bersyukur dengan apa yang

dimiliki.


Click to View FlipBook Version