The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faziman, 2021-07-11 23:41:17

BUKU SKRAP SAINS FATHI

BUKU SKRAP SAINS FATHI

BUKU SKRAP
SAINS

FLORA DAN FAUNA
TERANCAM

FATHI MUAYYAD BIN FAHRUZZIHAN

6 CEMERLANG

Spesis haiwan terancam

SELADANG

Nama spesis : Seladang

Nama saintifik : Bos Gaurus

Jenis haiwan : Mamalia

Habitat : Hutan Tropika

Seladang atau nama saintifiknya, Bos gaurus merupakan mamalia darat
kedua terbesar di Malaysia selepas gajah. Biasanya, spesies ini tinggal di
hutan Tropika atau mendiami kawasan hutan tanah pamah.

Usia matang seladang yang berada dalam kurungan adalah sekitar dua tahun
empat bulan. Di habitat asal, pembiakan spesies ini berlaku sepanjang tahun
walaupun terdapat tempoh kemuncak antara bulan Disember dan Jun.

Harimau Malaya

Nama spesis : Harimau Malaya

Nama saintifik : Panthera tigris jacksoni

Jenis haiwan : Karnivor

Habitat : Semenanjung Malaysia

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) merupakan salah satu subspesies
harimau belang yang masih wujud di dunia dan hanya terdapat di
Semenanjung Malaysia.

Spesies karnivor ini hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau
masih beranak kecil. Proses mengawan berlaku sepanjang tahun dan
menghasilkan dua atau tiga ekor anak.

Daripada sembilan subspesies harimau belang di dunia, tiga daripadanya
telah diisytiharkan pupus.

AXOLTL

Nama spesis : Axoltl

Nama saintifik : Ambystoma mexicanum

Jenis haiwan : Ampibia

Habitat : Tasik di Mexico

Axolotls berumur panjang, haiwan ini boleh hidup selama 15 tahun dengan
memakan moluska, cacing, larva serangga, krustasea, dan beberapa ikan. ia
juga terkenal dalam perdagangan akuarium dan dimakan, axolotl panggang
dianggap makanan istimewa. Di negara Mexico, haiwan ini semakin menyusut
jumlahnya. ia dianggap sebagai spesies yang terancam.

TENUK

Nama spesis : Tapir

Nama saintifik : Tapirus indicus

Jenis haiwan : Mamalia

Habitat : Hutan hujan asia tenggara dan Malaysia

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat
asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan.

Tenuk ini merupakan haiwan vegetarian, makan pucuk yang lembut serta
daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30
spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berjenti
sejenak untuk makan serta mengambil perhatian terhadap bau jejak yang
ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini. Bagaimanapun, apabila diancam
atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga
mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam

KONGKANG

Nama spesis : Kongkang

Nama saintifik : Nycticebus pygmaeus

Jenis haiwan : Mamalia

Habitat : Borneo dan selatan Filipina di Asia Tenggara

Kongkang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen
pemburuan. Kongkang merupakan maserba yang memakan daging apabila
berpeluang, biasanya memakan serangga, siput, mengkarung, burung kecil,
telor, dan haiwan bertulang belakang yang lain. Dengan gerakan perlahan dan
senyap, mereka mengendap mangsa dan menangkapnya dengan menyambar
menggunakan kedua belah tangan. Apabila daging tiada, mereka makan buah,
daun muda, dan getah pokok. Kadar metabolis kongkang adalah 40% lebih
rendah berbanding anggaran berasaskan saiz. Kongkang merupakan
poligami dan membiak sepanjang tahun. Selepas tempoh gestasi sekitar 190-
hari, kongkang betina melahirkan seekor (atau jarang sekali dua) anak.

TUMBUHAN
TERANCAM

POKOK BAKAU

Nama : Pokok Bakau

Nama saintifik : Avicennia spp

Kawasan : Berpaya, muara sungai

Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di
muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau
terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-
api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia
spp. dan Berus Bruguiera spp.

Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau
Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk
pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem
penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20
hingga 30 tahun.

BUNGA PAKMA

Nama : Refflesia

Nama saintifik : Rafflesia arnoldii

Kawasan : Berpaya, muara sungai

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah

kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga

agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun

untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi

menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari
tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang
kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan
perumah. Hal ini menunjukkan bahawa rafflesia ialah sejenis parasit yang ia
tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi
tersebut daripada perumahnya, yang mana perumahnya juga ialah tumbuh-
tumbuhan lain

PERIUK KERA

Nama : Periuk Kera

Nama saintifik : Nepenthes spp

Kawasan : Melata sekitar Malaysia

Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar
Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .

Pokok ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan
kekurangan nitrogen. Ia merupakan pokok maging yang
memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk
membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.

Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok
memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk
periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna
yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara
sesetengah merupakan epifit (epiphytic).

POKOK CENGAL

Nama : Pokok Cengal

Nama saintifik : Neobalanocarpus heimii

Kawasan : Hutan hujan ntropika dan Khatulistiwa

Cengal merupakan salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang dihasilkan
dari pokok Cengal, dan dikategorikan sebagai kayu balak, keras, padat, tahan
lama, mahal dan berkualiti paling tinggi. Kayu Cengal adalah antara kayu
termahal dalam pasaran kayu kayan dunia. Untuk pengetahuan, pokok kayu
Cengal yang terbesar di dunia terletak di Taman Negara Malaysia dan secara
purata ia bersaiz 11 pemeluk orang dewasa.

Cengal dikategorikan sebagai kayu terkeras yang tahan lama, dan memiliki
ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu. Ketahanan
kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi
kayu teras. Oleh kerana kualitinya yang baik dan berharga tinggi, ia menjadi
buruan para pembalak. Kini, Cengal merupakan kayu yang jarang ditemui dan
ia merupakan kayu yang dilindungi oleh Jabatan Hutan Negara.


Click to View FlipBook Version