ISI KANDUNGAN 1
2
Aturcara Majlis 3
Dari Tinta Yang Di Pertua PIBG 5
Sekapur Sireh Tuan Guru Besar 6
Agenda Mesyuarat Agung PIBG 7
Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 8
Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2022/2023 10
Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Agung PIBG 17
Minit Mesyuarat Agung kali ke-33 2021/2022 19
Penyata Kewangan Tahun Sesi 2021/2022 21
Laporan Unit Kurikulum 22
Laporan Unit Hal Ehwal Murid 23
Laporan Unit Kokurikulum
Sekalung Penghargaan
ATURCARA MAJLIS
2.00 PETANG
Pendaftaran
2.30 PETANG
Ucapan Alu-aluan Pegerusi Majlis
Bacaan Doa | [Ustaz Fikri Hakim bin Abd Latif]
Ucapan YDP PIBG | [Encik Harun bin Hashim]
Ucapan Guru Besar | [Puan Rosnita binti Abdul Wahab]
Ucapan Perasmian | [Encik Hairudin bin Ahmad
Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Pekebun-pekebun Kecil
Daerah Kampung Gajah ]
Cabutan Bertuah Sesi 1
3.30 PETANG
Rehat
Cabutan Bertuah Sesi 2
3.45 PETANG
Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023
Cabutan Bertuah Sesi 3
4.30 PETANG
Bersurai
1
DARI TINTA YANG
DI PERTUA PIBG
Encik Harun bin Hashim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt yang mana dengan
keizinanNya dapat sekali lagi pada petang ini untuk kita bersama-sama
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung Sesi 2022/2023. Mudah-
mudahan dengan kehadiran kita pada hari ini akan memeriahkan lagi
majlis dan dapat memilih serta dapat membuat keputusan yang terbaik.
Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon berbanyak kemaafan kepada
pihak sekolah mahupun kepada ibu bapa, yang mana mungkin selama
saya memimpin PIBG ini, mungkin terdapat banyak kelemahan dan
kekurangan serta tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Sekali lagi
saya memohon kemaafan. Saya akui itu adalah kelemahan dan
kekurangan saya dan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada guru-guru dan juga ahli jawatankuasa dalam PIBG yang mana
mereka banyak membantu saya. Sekali lagi terima kasih saya ucapkan.
Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf jika terdapat kekurangan
dan kelemahan semasa saya menerajui PIBG selama ini. Harapan saya
semoga PIBG dan SK Balun Bidai akan lebih berjaya di masa depan.
Sekian, wassalam.
Terima kasih.
2
SEKAPU1R SIREH
SEULAS PINANG
Puan Rosnita binti Abdul Wahab
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T, terlebih dahulu saya
ingin merakankan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada JK
PIBG sesi 2021/2022, guru-guru, ibu bapa, penjaga serta semua ahli
komuniti masyarakat di SK Balun Bidai atas komitmen dan kerjasama
yang diberikan kepada pihak sekolah serta dapat menghadirkan diri
dalam Mesyuarat Agung PIBG bagi Sesi 2021/2022.
Tahun 2021 kita terus berhadapan dengan saat yang begitu sukar
apabila seluruh dunia masih berhadapan dengan pandemik Covid 19
termasuklah di negara kita. Manakala Tahun 2022, pandemik semakin
beransur pergi dan memberi sinar baru kepada semua terutamanya
murid-murid. Pembelajaran bersemuka dibenarkan serta aktiviti mula
dilakukan secara perlahan lahan dengan mematuhi SOP yang ada.
Kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid telah berubah dan
sangat mencabar, namun guru-guru masih bersemangat untuk terus
mendidik anak bangsa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua
guru yang telah berusaha keras untuk terus melaksanakan tanggunjawab
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran dalam
memberikan yang terbaik kepada murid-murid. Kini, setelah 2 tahun
lebih kita berjuang melawan pendamik, kita masig teruskan perjuangan
untuk memastikan anak anak kita tidak tercicir dalam pembelajaran
mereka. Peranan ini bukan hanya melibatkan guru, malahan juga
ibubapa serta masyarakat sekitar.
Untuk muncul sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang,
seluruh warga SKBB mestilah bangkit semuala dan bekerja keras bagi
memastikan kemenjadian murid direalisasikan serta sekolah berkualiti
dizahirkan. Doa dan harapan saya, guru-guru terus cekal dalam
menjalankan amanah mereka, ibubapa penjaga terus memberi sokongan
kepada sekolah dan pihak komuniti masyarakat yang turun padang
membantu prasarana serta fasiliti sekolah agar suasana kondusif dapat
diwujudkan.
3
SEKAPUR SIREH
SEULAS PINANG
Puan Rosnita binti Abdul Wahab
Justeru, saya amat berharap agar kita semua, bersedia melakukan
transformasi minda dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi
diri supaya lebih bersedia menghadapi cabaran bidang pendidikan di
negara kita. Saya sangat yakin dan percaya bahawa dengan dedikasi,
usaha yang bersunguh-sungguh, amalan kerja berpasukan serta
komitmen yang tinggi di kita semua, pasti mampu mengharungi
persaingan dan cabaran pendidikan bagi merealisasikan harapan
menjadikan SKBB sebuah sekolah yang terbilang.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak warga SKBB supaya sentiasa ingat kepada kata-kata
keramat ini “tiada siapa yang dapat mengubah diri kita, melainkan diri
kita sendiri”. Lantaran itu, untuk menempa kejayaan kita perlu membuat
perubahan besar dalam diri kita untuk sentiasa melakukan yang terbaik
bukan untuk dipuji atau disanjungi oleh insan lain, tetapi untuk
kepuasan dan kenikmatan diri kita sendiri. Jika kita bersama memikul
tanggungjawab, segala yang berat menjadi ringan, segala yang sukar
menjadi mudah, segala yang pahit menjadi manis, segala yang suram
pasti akan menjadi indah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala
usaha yang kita lakukan dan memberikan ganjaran terbaik buat kita
semua.
Sekian.Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
#KitaBuatKitaDapat
#SekolahKitaTanggungjawabKita
#KitaBerubahKitaTransform
4
agenda
mesyuarat agung
pibg
Sesi 2022/2023
1. Ucapan
1.1 Ucapan yang Dipertua PIBG
1.2 Ucapan Penasihat PIBG merangkap Guru
Besar SKBB
1.3 Ucapan Perasmian
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Sesi
2021/2022
3. Perkara Berbangkit
4. Agenda
4.1 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan
yang berakhir pada 31 Disember 2020
4.2 Laporan Setiap Unit
- Kurikulum
- HEM
- Kokurikulum
4.3 Pembubaran AJK 2021/2022
4.4 Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2022/2023
4.5 Menerima dan Membahaskan Usul
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan
5
AHLI JAWATANKUASA
PIBG
Sesi 2021/2022
PENASIHAT
PN ROSNITA BINTI ABDUL WAHAB
YANG DIPERTUA
EN HARUN B HASHIM
NAIB YANG DIPERTUA
PN FARIDAH HANOM BT ABDULLAH SANI
SETIAUSAHA
PN ZALIDA BINTI ZAKARIA
BENDAHARI
EN FIKRI HAKIM B ABD LATIF
AHLI JAWATANKUASA:
AJK GURU
HJ KHAIROL ANUAR B AHMAD
PN NORLELA BT KASIAR@MAHPOZ
EN RIDZUWAN B MUHAMMAD
PN MAZUIN BT MUSTAFA
CIK HAJAH ZAWAWI BT IDRIS
PN CHE BUNGA BT ABDUL RAZAK
EN AZNAN B NURI
CIK NUR SHUHADA BT MOHD RAMLI
AJK IBU BAPA
PN RATNA WATI BT ROSLAN
EN MOHD GHAZALI B MOHD SHAFII
PN MASNINA BT SULIMAN
PN ERMY FARIZA BT SALIHODIN
PN SAZILA BT SAMSURI
PN SITI AISYAH BT MOHD SALLEH
PEMERIKSA KIRA-KIRA 6
PN ZAIYURA BT ISMAIL
EN MOHD KHUSHAIRI B GHAZALI
PELANTIKAN AHLI
JAWATANKUASA PIBG
Sesi 2022/2023
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AHLI JAWATANKUASA:
AJK IBU BAPA
PEMERIKSA KIRA-KIRA
7
JAWATANKUASA
INDUK & PELAKSANA
Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022/2023
PENASIHAT
PN ROSNITA BINTI ABDUL WAHAB
PENGERUSI
EN HARUN B HASHIM
NAIB PENGERUSI
PN FARIDAH HANOM BT ABDULLAH SANI
SETIAUSAHA
PN ZALIDA BINTI ZAKARIA
BENDAHARI
EN FIKRI HAKIM B ABD LATIF
Pengerusi Majlis
[Encik Mohd Shafiq bin Shamsuddin]
Bacaan Doa
[Ustaz Fikri Hakim bin Abd Latif]
P e n d a f
t a r a n
[Puan Nur Syamera
binti Mohd Hizan
Puan Faridah Hanom bt Abdullah Sani]
Jemputan & Protokol
[Puan Rosnita binti Abdul Wahab
Encik Harun bin Hashim & semua Guru Kanan]
Buku Program & Surat Jemputan
[Puan Zalida bt Zakaria
Puan Anis Farhanah binti Romli
Encik Muhammad Izzudin bin Rosli]
Pencatat Minit | [Puan Nazurah binti Mohd Darus
Puan Mazuin binti Mustafa]
8
JAWATANKUASA
INDUK & PELAKSANA
Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022/2023
Pencatat Minit
[Puan Nazurah binti Mohd Darus
Puan Mazuin binti Mustafa]
Persiapan Tempat
[Tuan Haji Khairol Anuar bin Ahmad
Encik Zulhelmi bin Arshad
Encik Mohd Fauzi bin Samsuri
Encik Mohd Ghazali bin Mohd Shafii]
Persiapan Dewan
[Encik Ridzuwan bin Muhamad
Puan Che Bunga binti Abdul Razak
Puan Noriah binti Abu
Puan Masnina bt Suliman
Puan Zaiyura binti Ismal]
Cabutan Bertuah & Cenderamata Perasmi
[Puan Izzatul Nur Husna binti Ah Suhairi
Puan Norlela binti Kasiar
Puan Ermy Fariza binti Solih-odin]
Jamuan
[Cik Zawawi binti Idris
Puan Norirdawati binti Ahmad Nasaruddin
Puan Rosnah binti Otor
Puan Ratna Wati binti Roslan]
9
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-33
Sesi 2022/2023
TARIKH : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
9.30 pagi
MASA : Lokasi masing-masing (Google Meet)
50 orang ibu bapa
TEMPAT : 14 orang guru
KEHADIRAN :
AGENDA 1 UCAPAN
1.1 EN HARUN BIN HASHIM (YDP PIBG)
1.1.1 Beliau mengucapkan kesyukuran kerana berjaya
mengadakan satu agenda penting tahunan PIBG
iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33.
1.1.2 Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa atas
kepercayaan sepanjang beliau menjadi YDP di
sekolah ini
1.1.3 Mesuarat Agung PIBG sangat penting kerana
menjadi tempat ibu bapa/penjaga serta guru dapat
berbincang mengenai pelajaran anak-anak.
1.1.4 Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk
membangunkan kecemerlangan,akademik dan
sahsiah anak-anak.
10
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-33
Sesi 2022/2023
1.2 PUAN ROSNITA BINTI ABDUL WAHAB (GURU BESAR)
1.2.1 Beliau mengucapkan rasa syukur yang tidak
terhingga atas limpah kurnia dan inayahNya dapat
menjalankan mesyuarat Agung PIBG.
1. 2.2 Beliau memperkenalkan diri dan mengucapkan selamat
berkenalan kepada semua ibu bapa di SK Balun Bidai
1.2.3 Mula berkhidmat di SK Balun Bidai pada 1 September
2021.
1.2.4 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
AJK PIBG yang telah bertungkus lumus menjayakan
mesyuarat agung pada tahun ini
1.2.5 Kerjasama ibu bapa dan guru sangat penting bagi
memastikan pembelajaran berkualiti untuk
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti.
1.2.6 Beliau berharap ibu bapa sentiasa memantau
pembelajaran anak-anak sewaktu PDPR agar tidak
berlaku keciciran.
1.2.7 Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya ada pihak
pihak dan komuniti yang boleh menyumbangkan
idea,kepakaran,emahiran,tenaga dan juga dana kepada
pihak sekolah.
1.2.8 Kemudahan logistic yang baik juga dapat memberi
keselesaan keoada murid untuk belajar dengan seronok
1.2.9 Sekolah akan mula dibuka secara berperingkat
mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula
dengan Prasekolah iaitu pada 1 November
2021.Manakala untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan
diumumkan dari semasa ke semasa 11
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-33
Sesi 2022/2023
1.3 .EN ABU HANIPAH BIN MAIN (WAKIL PPD)
1.3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG
SK Balun Bidai kerana sudi menjemput wakil dari PPD untuk
merasmikan Mesyuarat Agung pada kali ini.
1.3.2 Peranan dan penglibatan PIBG dan PIBKS sangat diperlukan
untuk memacu kemajuan pihak sekolah.
1.3.3 Bersyukur dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana dapat
berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG SKBB pada tahun ini.
1.3.4 Tuan PPD mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah
berdasarkan laporan PDPR bermula dari 27 Julai 2021 hingga 8
Oktober 2021 peratus kehadiran murid PDPR tidak kurang dari
97% .Ini menunjukkan ibu bapa memberi komitmen yang baik
dalam memantau PDPR anak-anak di rumah.
1.3.5 Pengoperasian semula sekolah akan bermula dengan prasekolah
kerana Perak telah beralih ke Fasa 3.
1.3.6 SK Balun Bidai merupakan satu-satunya sekolah SKM
di Perak Tengah yang termasuk dalam penggiliran kerana
mempunyai murid lebih dari 150 orang termasuk prasekolah.
1.3.7 Pihak sekolah akan membuat persiapan pembukaan sekolah
kerana murid prasekolah akan hadir secara bersemuka bermula
1 November 2021.
1.3.8 Penglibatan dan sokongan PIBG/PIBKS yang positif akan dapat
melahirkan sekolah yang berkualiti dan murid yang berjaya.
1.3.9 Akhir ucapan,beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih dan
berdoa agar murid-murid berjaya pada masa akan datang.
12
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-33
Sesi 2022/2023
AGENDA 2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT AGUNG 2020/2021
2.1 Pn Zalida bt Zakaria membentangkan minit mesyuarat Agung sesi
2020/2021 yang lalu.
Cadangan disahkan :Pn Ermy Fariza binti Solih- Odin
Disokong oleh : Pn Zaiyura binti Ismail
AGENDA 3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 10.2 Meletakkan papan maklumat di depan
pagar sekolah. Pihak sekolah akan mengambil tindakan secepat
mungkin untuk meletakkan papan maklumat di depan pagar sekolah
AGENDA 4 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN
PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2019
4.1 En Fikri Hakim b Abd Latif membentangkan Penyata Kewangan
yang berakhir 31 Disember 2020 untuk disahkan.
Cadangan disahkan : Pn Masnina Binti Suliman
Disokong oleh : Pn Sazila bitni Shamsuri
AGENDA 5 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/ 2021
5.1 En Khairol Anuar bin Ahmad,selaku pengerusi sementara
mengisytiharkan pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi
2021/2022.
5.2 Setelah dibuat undian ,sebulat suara bersetuju jawatankuasa yang
lama dikekalkan.
13
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-33
Sesi 2022/2023
AGENDA 6 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2022
6.1 Rujuk muka surat 6
AGENDA 7 MENCADANG DAN MENERIMA USUL
7.1 En Khairul Anuar bin Ahmad membentangkan usul dari pihak
sekolah.
i) Sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi satu keluarga. Usul
diterima sebulat suara. Jumlah kutipan adalah sebanyak RM
50.00 bagi setiap keluarga.
AGENDA 8 HAL-HAL LAIN
8.1 Pn Rosnita binti Abdul Wahab membentangkan SOP
pembukaan sekolah
8.1.1 SK Balun Bidai merupakan satu-satunya sekolah SKM yang
menjalankan penggiliran kerana jumlah murid melebihi 150
orang.
8.1.2 Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan
A dan Kumpulan B.
8.1.3 Sewaktu Kumpulan A bersemuka di sekolah,murid Kumpulan
B akan belajar secara kendiri di rumah
8. 1.4 Fasa 3 Negeri Perak akan bermula pada 18/10/2021. Ini
bermakna murid prasekolah akan memulakan
sesi persekolahan pada 1 November 2021 tanpa penggiliran.
8.1.5 Apabila Negeri Perak memasuki Fasa 4, murid tahap 1 akan
hadir selepas 2 minggu bermulanya Fasa 4. Manakala murid
Tahap 2 akan bersekolah dua minggu selepas tahap 1
bersekolah.
8.1.6 Bagi murid yang belajar kendri di rumah,guru-guru
matapelajaran akan bekalkan Modul pembelajaran
148.1.7 Sesi persekolah pada tahun ini akan dilanjutkan sehingga
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-33
Sesi 2022/2023
8.1.8 Murid wajib memakai penutup muka sepanjang
berada di sekolah.
8.1.9 Murid akan makan didalam kelas semasa waktu
rehat dibawah pengawasan guru.
8.1.10 Murid yang bergejala tidak dibenakan datang ke
sekolah.
8.1.11 Murid yang tiada pakaian sekolah dibenarkan
memakai pakaian yang sesuai dan sopan.
8.1.12 Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada
guru kelas sekiranya anak mereka tidak hadir.
8.2.1 Puan Norlela bt Kasiar (Guru Kanan HEM)
memaklumkan pemberian vaksin dos pertama
untuk murid Tahun 6 telah dibuat. Pemberian dos
kedua ialah pada 20 Oktober 2021. Syarat
pemberian vaksin ialah murid mesti genap umur
12 tahun.
8.2.2 Beliau turut mencadangkan hasil projek ubi kayu
sekolah dijual kepada guru dan AJK PIBG.
8.3.1 En Harun bin Hashim mencadangkan sekolah
menyediakan spray gun untuk sanitasi bilik darjah.
8.3.2 Beliau juga mengingatkan semua ibu bapa
turut serta dalam bacaan Yassin dan tazkirah
yang diadakan pada setiap hari Jumaat
bermula pada piluk 8.30 pagi secara Google Meet.
15
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-33
Sesi 2022/2023
AGENDA 9 UCAPAN PENANGGGUHAN
9.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG (En Harun b Hashim)
9.1.1 .1 Mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana
telah menjayakan mesyuarat agung pada kali ini.
9.1.2 Ucapan terima kasih juga atas kerjasama guru-guru dan
ibu bapa yang diberikan sepanjang beliau menjadi Yang
Di Pertua PIBG. Beliau berharap agar SKBB akan terus
cemerlang di masa akan datang
9.1.3 Berharap ibu bapa dapat berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam menjayakan semua aktiviti.
9.1.4 Memohon maaf sekiranya ada kekurangan di sepanjang
beliau mengendalikan mesyuarat ini buat pertama kalinya
secara maya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari .
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
Zalida Harun
(Zalida binti Zakaria ) (Harun b Hashim)
Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG
16
PENYATA KEWANGAN
PIBG SKBB Sesi 2021/2022
17
PENYATA KEWANGAN
18
LAPORAN KURIKULUM
19
LAPORAN KURIKULUM
20
LAPORAN hal ehwal
murid
Tahun 2021
1. Enrolmen murid 137
2. Peratus Kehadiran 95%
3. SSDM. Amalan Baik/Tabung Budi 3040 rekod 86 sahsiah
Terpuji
4. BAP 128 orang
5. RMT 37 orang
6. Prog Susu Sekolah 35 orang. 2 menolak atas sebab
kesihatan.
7. Kwapm /eKasih -68 orang
8. Maipk 15 orang
9. Test kit Covid 19- 100set
10. Vaksin 5tahun -11 tahun. 17 orang
Pngk
BAP RM3000 dan kebawah.
RMT/PSS RM930atau perkapita RM141.00
21
LAPORAN
KOKURIKULUM
22
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 Sesi
2022/2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih atas kehadiran,kerjasama serta sumbangan yang
telah diberikan kepada
En Hairudin Bin Ahmad- Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi
Pekebun-Pekebun Kecil Daerah Kg Gajah Bhd
En Mohd Hafiszul bin Ahmad Hamdan-Penolong Pegawai
Pendidikan Perak Tengah
SM Azahari bin Daud- Pegawai Perhubungan Sekolah
Imam dan Ketua Kampung
AJK PIBG SK Balun Bidai
Perniagaan Maju Edar Sdn.Bhd
Pembekal Sahabat Abadi
Yanzie Enterprise
Z&Z Force Sdn.Bhd
Semua Warga SK Balun Bidai
Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini
23
catatan
24