The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sheqa29, 2022-10-15 21:44:16

PAKAIAN TRADITIONAL

PAKAIAN TRADITIONAL

BUKU SKRAP

Pakaian tradisional

Masyarakat Malaysia

ISI KANDUNGAN

01 Ap ak ah it u p ak aian
tradisional?

02 Je nis - j e nis p ak aian
tradisional

03 P ant u n T rad isi k a m i

04 Kesimpulan

01

APAKAH ITU

PAKAIAN TRADISIONAL?

Pengenalan

Buku Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang
berbagai bentuk dan wama. dan tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu,

hinggalah kain songket di Raja yang antik

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat
daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama,

kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat
diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakalan sarta kain seperti sutera

Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini Kini, pakaian
tradisional seperti baju kebaya Melayu, san India dan cheongsam Cina masih

digunakan dengan meluas malahan etnik-etnik yang terdapat di Malaysia
turut mempunyai pakaian mereka sendin. Ikuti kupasan selanjutnya
mengenai jenis pakalan yang terdapat di Malaysia

Bermula dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Masyarakat Melayu
mempunyai pelbagai pakaian yang menjadi tradisi mereka sehingga ke hari

ini Antara pakaian yang masih di gunakan hingga ke hari ini oleh
masyarakat melayu di Malaysia ialah baju melayu bagi kaum lelaki, baju

kebaya dan baju kurung pula bagi kaum perempuan.

02

JENIS – JENIS PAKAIAN

TRADISIONAL

Kaum Melayu Kaum India

Kaum Cina Kaum Iban

Kaum Melanau Kaum Baba &
Nyonya

KAUM
MELAYU

02

JENIS – JENIS PAKAIAN

TRADISIONAL

KAUM
INDIA

KAUM INDIA

Baju tradisional untuk lelaki kaum india Dhoti merupakan
pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain

yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di
hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak
berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada

lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian

disangkukan pada bahu.

Baju tradisional untuk perempuan kaum india ialah Sari . Sari
merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah

pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari
terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga
dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima

belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati
adalah jarang dan lembut.

KAUM

Patah hati apakan daya ,
Hilang kasih cari gantinya ,

CINABerkilau samfoo tampak bergaya ,

Bergaya lagi jejaka di dalamnya

Bermain sesama bebudak sekawan
Hilang tertawa nampak bangkai
Berkilau sinar Cheongsam menawan
Alah membeli menang memakai

KAUM CINA

Baju tradisional untuk lelaki kaum cina ialah Samfoo . Samfoo
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek
Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina.

Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di
depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar.
Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia

diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian
tradisional kepada Orang Cina.

Baju tradisional untuk perempuan kaum Cina ialah Cheongsam .
Cheongsam biasa dipakai oleh wanita berketurunan Cina.

Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan
hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di

kiri dan kanannya.

KAUM
IBAN

KAUM IBAN

Baju tradisional lelaki iban terbahagi kepada dua iaitu Kain
Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat
merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara

melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini
dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan,

mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.

Baju iban untuk lelaki dandong pula merupakan kain selendang
yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar
daripada bedong.

KAUM
MELANAU

KAUM MELANAU

Pakaian traditional lelaki Melanau dari satin berwarna gelap
dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala
sengkulon dari Jawa. Selain itu , Lelaki melanau juga menggayakan
baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang
berikat selendang sifon dan kopiah. Manakala , bagi wanita kaum
melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket
Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan
dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. Wanita Melanau juga
menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju
kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada
memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan

kepih sanggul.

KAUM BABA &
NYONYA

KAUM BABA & NYONYA

Baba perempuan memakai pakaian kebaya dan kain sarong. Pakaian
ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Kebanyakan wanita
muda Baba Nyonya Melaka masih lagi memakai kebaya bermotif

indah dengan kain sarung berkerongsang rangkai serta dipadankan
dengan Kasut Manek yang cantik. Mereka akan bersanggul sama ada

sanggul satu atau bersanggul dua dengan cucuk sanggul bermotif
flora dan fauna, bergelang kaki, rantai serta gelang tangan. Sanggul
dua hanya dibenarkan untuk wanita nyonya yang belum berkahwin
sahaja. Golongan lelaki muda Baba biasanya mengenakan baju dan

kot serta berkasut kulit. Pada hari keraian mereka mengenakan
samfoo dan kasut serta topi.

03

PANTUN TRADISI

TRADISIONAL

PANTUN

Baju kurung pakaian tradisi ,
Turun-temurun bangsa melayu,
Sudah cantik bertambah seri,
Dipandang lama rasa tak jemu-
BAJU KURUNG(MELAYU)

Patah hati apakan daya ,
Hilang kasih cari gantinya ,
Berkilau samfoo tampak bergaya ,
Bergaya lagi jejaka di dalamnya
CHEONGSAM DAN SAMFOO (CINA)

Bertengek punai di pohon jati
Bersiul galak tanpa hentinya
Sari dipakai menambat hati
Apakah saudari sudah berpunya –
SAREE (INDIA)

PANTUN

Cantik dara cantik teruna
Duduk bersama di tepi jeti
Molek sekali si bunga cina
Baldu merah menawan hati
BALDU (MELANAU)

Orang hulu memalu nobat ,
Nobat dipalu kayu berangan,
Fikir dahulu sebelum buat ,
Baju iban ialah ngepan
NGEPAN ( IBAN)

Elok budi berpantun seloka
Tidak lupa warisan berzaman
Cantik sekali berseri muka
Pakai kebaya warna idaman
BAJU KEBAYA ( BABA NYONYA)

04

KESIMPULAN

This template has been created by Slidesgo

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pakaian tradisional
merupakan sebahagian daripada budaya kita
walau di mana sekali pun kita berada. Seperti

di Malaysia, pakaian tradisional
melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu

sendiri. Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum termasuk yang berada di Sabah dan
Sarawak. Jika diteliti, terdapat pelbagai jenis
pakaian yang terdapat dalam sesuatu kaum itu
sendiri. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya berbangga dengan kepelbagaian

budaya yang terdapat di Malaysia.

TERIMA KASIH !!


Click to View FlipBook Version