The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ESEI KUMPULAN ( BINAAN AYAT)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ATHIRAH BINTI RAMLI, 2019-03-26 09:35:03

PENGENALAN SINTAKSIS

ESEI KUMPULAN ( BINAAN AYAT)

4.0 Binaan Ayat
4.1 Definisi Binaan Ayat
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2013), setiap pembentukan ayat dalam
sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Setiap binaan ayat yang
dibina ini mestilah mempunyai makna. Pekara ini dijelaskan lagi menerusi buku
Tatabahasa Asas (2016) yang menjelaskan bahawa binaan ayat merupakan susunan
kata, frasa atau klausa yang gramatis dan yang bermakna. Contohnya,

1) Gelombang haba membawa maut
2) Maut membawa gelombang haba

Ayat \Gelombang haba membawa maut mempunyai susunan kata yang tepat
berbanding dengan ayat maut membawa gelombang haba, ayat ini tidak dikategorikan
sebagai binaan ayat kerana susunan katanya yang yang tidak tersusun dan gramatis.
Oleh itu,bagi memastikan susunan kata dalam binaan ini tersusun, maka wujudlah
bentuk binaan ayat yang terdiri daripada subjek + prediket yang bakal diterangkan di
dalam subtopik bentuk ayat.

4.2 Bentuk Binaan Ayat
Bentuk binaan ayat di dalam bahasa Melayu terdiri daripada subjek dan prediket.
Bahagian di dalam bentuk binaan ayat ini mempunyai fungsi yang tersendiri di dalam
ayat, misalnya menurut buku Tatabahasa Dewan (2013), bahagian subjek membawa
maksud judul atau unsur yang diterangkan, manakala bahagian prediket pula ialah
unsur yang menerangkan subjek. Unsur subjek kebanyakkannya terdiri frasa nama,
sekiranya subjek yang hadir di hadapan ayat ialah frasa adjektif maka ayat tersebut
tidak diterima sebagai sebagai ayat, kerana tidak terdiri daripada frasa nama. Bentuk
binaan ayat ini dapat dijelaskan menggunakan formula di bawah;

SUBJEK + PREDIKET
(S) + (P)

4.3 Struktur Ayat

Struktur ayat yang tersusun terdiri daripada subjek dan prediket. Subjek dan prediket
ini dikenalpasti menerusi teknik pemenggalan ayat iaitu penggunaan tanda miring ( / )
sebagai pemisah antara subjek dan prediket. Teknik pemenggalan ini telah digunakan
di dalam buku Tatabahasa Dewan (2013) dan buku Tatabahasa Asas (2016), bagi
menunjukkan pemisahan antara frasa subjek dan frasa prediket. Contohnya;

Subjek Najwa bermain badminton
Najwa Najwa / bermain badminton

Prediket
bermain badminton

Penggunaan teknik pemenggalan ini telah menjadikan struktur ayat yang
mengandungi subjek dan prediket mudah untuk dikenalpasti. Hal ini kerana, unsur
subjek hanya akan menerangkan berkaitan dengan kata nama sahaja dan diikuti dengan
unsur prediket yang menerangkan subjek, sekiranya struktur ayat tersebut di dalam
susunan ayat biasa.

Selain daripada susunan ayat biasa, yang bentuknya terdiri daripada subjek dan
prediket, struktur ayat juga boleh disongsangkan, namun struktur binaan ayat tersebut
haruslah mengekalkan struktur subjek dan prediket. Ayat songsang mempunyai struktur
binaan yang didahului oleh prediket dan subjek. Misalnya;

Sususan biasa (S) + (P)
Lelaki itu / beberbaju putih.
Susunan songsang (P) + (S)

Berbaju putih / lelaki itu.

4.4 Binaan struktur subjek dan prediket

Binaan struktur subjek dan prediket terdiri daripada binaan frasa nama dengan frasa

nama, frasa nama dengan frasa sendi nama, frasa nama dengan frasa kerja, serta

frasa nama dengan frasa adjektif. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), frasa ialah binaan

yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk

menjadi unit yang lebih besar.

i. Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)

Frasa nama merupakan frasa yang mempunyai inti yang terdiri daripada kata

nama, iaitu struktur subjek dan prediketnya terdiri daripada kata nama sahaja.

Contohnya;

Penyakit jantung pada usia muda

FN FN

(S) (P)

Penyakit jantung pada usia muda

ii. Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FSN)
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2016), frasa sendi nama merupakan frasa
yang mempunyai inti yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang turut
diikuti oleh frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama.
Contohnya;

Dasar penghapusan budaya dan asimilasi menyebabkan mereka merantau ke

Barat seperti Perancis, Kanada serta Amerika Syarikat (AS)

FN FSN FN
(S) (P) (P)

Dasar penghapusan Barat seperti Perancis,
budaya dan asimilasi ke Kanada serta Amerika
menyebabkan mereka
merantau Syarikat (AS)

iii. Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja adalah frasa yang intinya terdiri daripada kata kerja yang
menerangkan perbuatan. Contohnya;
Polis tahan penganjur pertandingan memancing

FN FK
(S) (P)
tahan penganjur pertandingan
Polis memancing

iv. Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif ialah frasa yang intinya yang terdiri daripada kata adjektif yang

dikenali sebagai kata sifat. Contohnya;

Golongan perokok berisiko tinggi menghidap kanser kolon

FN FA

(S) (P)

Golongan perokok berisiko tinggi menghidap kanser
kolon

v. Subjek + Prediket + Adjung
Selain subjek dan prediket struktur binaan ayat juga boleh ditambah dengan
adjung. Menurut Ra’in Shaari (2019), adjung merupakan kata yang berfungsi
sebagai penerang kepada prediket. Kehadiran adjung ini boleh digunakan atau
digugurkan. Hal ini demikian kerana, unsur adjung ini bukanlah formula umum
di dalam struktur binaan ayat. Contohnya;

Klinik dan hospital mula dipenuhi pesakit saban waktu sama ada bayi,

kanak-kanak mahupun warga emas

S P Adjung

(S) (P) (A)

Klinik dan hospital Mula dipenuhi saban waktu sama ada
pesakit bayi, kanak-kanak
mahupun warga emas

4.6 Aktiviti
1)

Struktur Binaan
Ayat

XY

Berdasarkah rajah di atas, bina ayat bagi struktur binaan ayat yang diwakili
oleh;
X:
Y:

2)
Kanak-kanak itu bermain buaian.

Ayat di atas menunjukkan satu struktur binaan ayat yang lengkap. Tulis

semula ayat di atas dan lakukan bagaimana pembahagian subjek dan prediket
berlaku.

3) Berikut merupakan ayat yang terdiri daripada pelbagai struktur binaan ayat.
Tuliskan struktur binaan ayat bagi setiap ayat di bawah ;

Ayat Pola ayat
(? + ?)
I. Gadis itu cantik
II. Ibu Amin jururawat

III. Buku itu di atas meja
IV. Ahmad membaca buku

4.7 Latihan - (BAHAGIAN B)

a) Susun semula perkataan di bawah menjadi pola ayat yang dikehendaki oleh soalan.
Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberi tanpa menambah
perkataan lain.

I. sasa lelaki itu bertubuh

mengejar
https://www.you

Pola ayat : Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

II. rakan-rakannya pergi kakak
Melaka

bersama ke

Pola ayat : Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FSN)

III. Keluarga Tok Ahmad sedang bergotong royong sempena kenduri kesyukuran
cucunya

cucunya sempena Tok Ahmad keluarga
kesyukuran bergotong-royong kenduri sedang

Pola ayat : Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)

b) Berdasarkan pola ayat yang diberikan, bina ayat berdasarkan pola ayat tersebut
I. Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FSN)

II. Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)


Click to View FlipBook Version