The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nureensyahzanif, 2022-06-06 11:30:06

PENULISAN USUL FIQH (1)

PENULISAN USUL FIQH (1)

DPD10022

PENULISAN USUL
FIQH

NAMA PENSYARAH : USTAZAH HAFIZAH

AHLI KUMPULAN

NUREEN SHAUQINA NUR AMIRAH MUHAMMAD HAZIM NUR AIN
DAYANEEZ DAMIA HAIKAL SYAZWINA
17DIB21F2017
17DIB21F2053 17DIB21F2047 17DIB21F2031

PENGENALAN TAQLID

Menurut pendapat sesetengah pengkaji, zaman taqlid bermula pada pertengahan kurun ke-4
hijrah dan berakhir pada penghujung kurun ke-13 hijrah. Pada zaman tersebut,

kecenderungan semangat ijtihad di kalangan ulama fiqh telah menurun secara mendadak.
Sebaliknya tersebar secara meluas budaya taqlid dan berpegang kepada mazhab-mazhab
fiqh tertentu serta menyokong para imam ikutan mereka ( Ab Latif Muda & Rosmawati 2001 :

430 ).



Justeru, ulama yang ada pada masa itu majoritinya hanya berpegang, mengikuti dan
. mengembangkan hukum yang telah diistinbatkan oleh para mujtahid sebelumnya tanpa

berusaha untuk melaksanakan kajian baru. Hakikatnya, zaman kelesuan serta bertaqlid
kepada imam-imam mazhab tertentu menjadi meluas pada zaman tersebut kesan daripada

pengaruh politik, budaya hidup, suasana, juga disebabkan wilayah kekuasaan Islam telah
berpecah menjadi beberapa wilayah. Keadaan tersebut berterusan hinggalah tercetusnya
Perang Salib yang diketuai oleh Salahuddin al-Ayyubi yang dibangkit untuk mengembalikan
serta menyatukan semula seluruh kaum muslimin dan kekuasaan negara Islam ( Ab Latif

Muda & Rosmawati 2001 : 430 ).

DEFINISI TAQLID

Taqlid dari segi bahasa diambil daripada perkataan al-qiladah ‫القلادة‬, iaitu sesuatu yang
diletakkan di leher. Ia boleh didefinisikan sebagai kalung atau rantai yang digantung di leher (

Amir Abd Aziz 1997 : 770 ).
Manakala dari segi istilah pula, terdapat beberapa pengertian taqlid. Antaranya ialah:
1- Nukilan daripada al-Imam al-Ghazali pula mentakrifkan taqlid sebagai menerima sesuatu

pendapat tanpa mengetahui alasan atau hujah ( al-Ghazaliyy 1997 : 542 ).
2- Nukilan daripada Ibn al-Humam pula, taqlid bermaksud mengamalkan pendapat orang lain

tanpa hujah atau dalil ( Amir Abd Aziz 1997 : 770 ).
. 3- Manakala menurut jumhur ulama usul, taqlid diertikan sebagai mengikuti perkataan atau

perbuatan orang lain tanpa meneliti dalilnya atau penerimaan hukum-hukum daripada seorang
imam tertentu ( Amir Abd Aziz 1997 : 772 ).



Di samping itu juga taklid menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 : 1349 ) pula ialah:
1- Pegangan pada pendapat ahli hukum yang terdahulu.

2- Percaya sepenuhnya kata-kata orang, menurut ( meniru dan meneladani orang lain ).
3- Buta dan hanya menurut ( mengikut ) sahaja.

HUKUM TAQLID

Ulama berselisih pendapat mengenai hukum taqlid, khususnya dalam perkara yang berkaitan
dengan hukum syariat berbentuk amali yang ditetapkan menerusi dalil zanni. Penjelasan mengenai

pendapat ulama terbahagi kepada dua bahagian ( Abdul Latif Muda 2003 : 446 ) iaitu:
Pendapat Pertama: Tidak Harus Bertaqlid

Pendapat pertama ini mengatakan bahawa tidak harus bertaqlid dan wajib berijtihad. Maka, wajib
ke atas setiap mukallaf berijtihad untuk dirinya pada perkara-perkara agama dan beramal

dengannya. Pendapat ini adalah berdasarkan pendapat Zahiri, Muktazilah yang berada di Baghdad
dan sekumpulan daripada Syiah Imamiyyah ( Hassan 2002 : 543 ). Hujah mereka antaranya ialah:




a. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: (Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad), turutlah apa yang telah diturunkan
kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari

Allah.
( Surah al-‘Araf 7 : 2 )
Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah s.w.t memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w supaya
menyampaikan pesanan kepada semua umat Islam agar mengikut segala ajaran dan perintah
daripada Allah s.w.t. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa tidak harus untuk bertaqlid.

Pendapat Kedua: Harus Bertaqlid
Pendapat ini mengatakan harus bertaqlid, sama ada orang awam atau mereka yang mampu berijtihad. Ini
merupakan pendapat Abu Yaakub Ishaq ibn Makhlad al-Marwizi al-Naisaburi. Menurut pendapat Muhammad ibn al-
Hasan al-Shaibani al-Hanafi, harus hukum bertaqlid bagi orang alim kepada mereka yang lebih alim daripadanya.
Namun, orang alim tidak harus bertaqlid kepada orang yang setaraf dengannya dari sudut ilmu ( Abdul Latif Muda

2003 : 447 ).
Selain itu, ulama yang mengharuskan taqlid mengatakan tidak semua manusia mempunyai ilmu pengetahuan yang

tinggi. Untuk itu, bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan tersebut hendaklah bertaqlid kerana mereka
tidak berupaya memahami nass dan tidak dapat mengistinbat hukum sendiri ( Abdul Latif Muda 2003 : 448 ).
Mereka berpendapat sedemikian dengan membawa dalil antaranya ialah:
i. Firman Allah s.w.t:



Maksudnya: Bertanyalah kamu ( wahai golongan musyrik ) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika
kamu tidak mengetahui.
( Surah al-Nahl 16 : 43 )



Ayat ini jelas menunjukkan bahawasanya diperintahkan orang yang tidak mengetahui supaya bertanya kepada
mereka yang lebih mengetahui. Orang yang tidak mengetahui iaitu muqallid akan bertanya kepada orang yang
lebih mengetahui. Selain itu, orang yang jahil juga dikehendaki bertanya kepada yang alim mengenai perkara yang

tidak diketahuinya. Ini menunjukkan bahawa hukum taqlid itu diharuskan.

LAPANGAN TAQLID

Seterusnya perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan lapangan taqlid. Hukum-hukum
syariat serta lapangan yang harus atau tidak harus bertaqlid dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu
taqlid dalam akidah dan taqlid pada furu’ fiqhiyyah ( Abd Latif Muda & Rosmawati 2001 : 433 ).
i. Taqlid Dalam Akidah
Iaitu perkara yang berkaitan dengan akidah seperti mengenal Allah s.w.t serta perkara yang sememangnya
perlu diketahui oleh setiap mukallaf. Ulama berselisih pendapat tentang hukum bertaqlid dalam hal seperti ini
iaitu:
1. Tidak harus bertaqlid
Jumhur ulama tidak mengharuskan bertaqlid dalam urusan berkaitan dengan akidah. Setiap individu wajib
berpegang dengan pegangan yang kukuh berdasarkan penelitian dan pengkajian, iaitu bukan atas dasar
kesamaran atau mengikuti orang lain semata-mata ( Abd Latif Muda & Rosmawati 2001 : 433 ). Di antara hujah
jumhur ialah:
a.Mengkaji dan meneliti dalil-dalil adalah wajib hukumnya sedangkan bertaqlid bererti meninggalkan tuntutan
wajib, oleh itu ia tidak harus. Hal ini berdasarkan dalil naqliyy, antaranya:


Firman Allah S.W.T


‫اَاْلْلَباِۙب‬ ‫َواَاْلْرِض َواْخِتاَل ِف اَّلْيِل َوالَّنَه اِر ٰاَلٰيٍت ُاِّلوىِل‬ s‫ت‬iِli‫و‬hٰ ‫ٰم‬b‫َّس‬e‫ال‬rg‫ِق‬a‫خْل‬nَ t‫ي‬iْn‫ِف‬y‫ّن‬aَ‫ِا‬
Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan malam dan siang terdapat
tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. ( Surah al-Imran 3 : 190 ) Ayat di atas menunjukkan bahawmengkaji
dan meneliti kejadian alam diwajibkan bagi orang yang berakal. Oleh itu, wajib bagi mereka berpegang dengan
kukuh berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat dan ia tidak harus untuk bertaqlid.

ISU ISU BERKAITAN
TAQLID

Seterusnya perbahasan lanjut berkaitan dengan taqlid dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i) Terikat dengan mazhab tertentu

Ulama berselisih pendapat berkenaan permasalahan sama ada seseorang individu itu terikat atau tidak terikat dengan mazhab
tertentu. Pendapat-pendapat ini dapat dibahagikan kepada tiga antaranya ialah pendapat pertama mengatakan bahawa wajib
terikat sepenuhnya dengan mazhab tertentu. Pendapat kedua pula mengatakan tidak wajib terikat dengan mazhab tertentu

manakala pendapat ketiga mengatakan harus terikat jika mereka belum beramal dan tidak harus terikat sekiranya mereka
sudah beramal. Antara hujah pendapat-pendapat mereka ialah ( Hassan 2002 : 549 ):

1. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa wajib terikat dengan mazhab tertentu kerana mereka beriktikad bahawa
mazhab yang diikuti itu adalah benar, maka wajib ke atasnya berpegang dengan kehendak iktikadnya.

2. Sebahagian pula berpendapat tidak wajib bertaqlid kepada mazhab tertentu di dalam kesemua masalah, malah harus
bertaqlid kepada mana-mana mujtahid yang dikehendaki. Jika seseorang beriltizam dengan mazhab tertentu seperti mazhab
Hanafi atau Syafie, tidak semestinya seseorang itu kekal dengan mazhab itu selama-lamanya, malah harus mereka berpindah
dari mazhab tersebut kepada mazhab yang lain kerana tidak wajib ke atas mereka kecuali perkara yang diwajibkan oleh Allah

s.w.t dan RasulNya.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Bertanyalah kamu ( wahai golongan musyrik ) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak

mengetahui.



( Surah al-Nahl 16 : 43 )
Ayat ini menunjukkan bahawasanya Allah s.w.t mengarahkan kepada sesiapa yang tidak tahu supaya bertanya kepada yang

lebih mengetahui. Ini menunjukkan bahawasanya manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu alim dan jahil. Yang jahil
dikehendaki bertanya kepada yang alim mengenai perkara yang dia tidak ketahui mengenainya. Ini bermakna, harus bagi

seseorang yang tidak mengetahui itu bertaqlid.

PEMBAHAGIAN TALFIQ

Talfiq boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:
i) Memilih hukum-hukum secara keseluruhan untuk beramal, mengetahui dan berasa selesa dengan melihat

dalil yang lebih rajih tanpa mengambil kira juzu’-juzu’ hukum tersebut dan implikasi yang mungkin timbul
daripada beramal dengannya pada peristiwa-peristiwa yang berlainan. Bagi yang mengharuskan taqlid

sebegini, tiada sebarang syarat diletakkan untuk diamalkan.
ii) Memilih hukum-hukum untuk beramal dengannya pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Bahagian kedua
inilah yang dilarang oleh sebahagian ulama kerana talfiq akan terealisasi dengan menghimpun dan memakai

dua pendapat yang berbeza pada sesuatu kes pada satu masa yang sama. Misalnya, berwuduk dengan
menerima pakai pendapat sebahagian mujtahid pada perkara yang sah wuduk dan menerima pakai pendapat

mujtahid yang lain pada perkara yang membatalkannya, lalu bersolat dengan wuduk tersebut.



Begitu juga talfiq akan menjadi kenyataan apabila beramal pada satu-satu peristiwa, pandangan kedua akan
menjadi kenyataan. Sebagai contoh, seorang wanita yang baligh bernikah tanpa wali dengan mengikut

mazhab Hanafi, kemudian suami kepada wanita tersebut menceraikan isterinya dengan lafaz ba’in menurut
mazhab Hanafi tetapi taqlid kepada mazhab Syafie dalam masalah ini dan menganggap lafaz talak ini hanya

talak raj’iyy lalu dia rujuk tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru.
Walau bagaimanapun, jika dia tidak beramal dengan kedua-dua pendapat ini sekaligus tetapi secara
berasingan tanpa kesan daripada pendapat yang pertama, maka tidak dinamakan talfiq. Begitu juga beramal
dengan kedua-dua pendapat tetapi pada peristiwa yang berlainan, turut tidak dinamakan talfiq ( Muhammad

Adib bin Samsudin t.th : 11 ).

SYARAT TALFIQ

Biarpun terdapat golongan ulama memberi kelonggaran kepada muqallid beramal dengan mazhab lain dan talfiq,
tetapi talfiq perlu memenuhi syarat-syarat yang tertentu. Antaranya: ( Abd Latif Muda & Rosmawati 2001 : 431 )
a) Menurut Imam al-Qarafi: Amalan tersebut tidak membawa kepada perkara tidak sah atau batal menurut semua

ulama mazhab dan mujtahid yang diikutinya. Ini bermaksud tidak boleh amalan itu telah disepakati oleh ulama
tentang batalnya, sama ada daripada mazhab yang diikutinya ataupun mazhab yang mereka berpindah kepadanya.



b) Hendaklah dua atau lebih pendapat yang diamalkan itu tidak menimbulkan kesan kepada hakikat amalan yang
satu. Contohnya, seseorang berwuduk dengan mengikut mazhab Syafie, namun kes membatalkan wuduk mereka
berpegang dengan mazhab Hanafi yang mengatakan bahawa tidak batal wuduk jika bersentuhan antara lelaki dan
perempuan ajnabi. Kemudian mereka berpegang pula dengan mazhab Syafie bahawa keluar darah daripada anggota

badan tidak menyebabkan batalnya wuduk. Dalam keadaan ini, amalan yang dilakukannya tidak diterima di sisi
kedua-dua mazhab tersebut. Ini kerana dalam mazhab Syafie, wuduk seseorang lelaki terbatal apabila tersentuh

antara lelaki dan perempuan ajnabi. Manakala dalam mazhab Hanafi, terbatal wuduk disebabkan keluar darah
daripada badan. Justeru itu, wuduk seseorang yang bertalfiq seperti itu tidak dikira kerana tidak boleh bercampur
antara mazhab dalam ibadat. Oleh yang demikian, sembahyangnya juga tidak diterima kerana wuduknya itu tidak

sah.



c) Talfiq diharuskan ketika dalam keadaan darurat dan terdesak, seperti yang terdapat dalam mazhab Maliki juga
sebahagian ulama mazhab Hanafi. Oleh itu, talfiq hanya diharuskan atas dasar rukhsah dalam urusan syariat yang

diberikan bukan sewenang-wenangnya, tetapi ketika keuzuran yang berat dan waktu tertentu.

PERBEZAAN TAQLID DAN ITIBBA'



• Dari segi istilah:
DEFINISI TAQLID



- Menerima sesuatu pendapat tanpa mengetahui alasan.
• Dari segi bahasa: - Mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah atau
- Daripada perkataan al- dalil.
qiladah ((‫القلادة‬, iaitu sesuatu
yang diletakkan di leher. • Dari segi istilah :
- Mengikuti pendapat orang lain dengan mengetahui
- Kalung atau rantai yang dasarnya atau mengikuti pendapat dalam sesuatu
urusan dengan mengetahui dalilnya sama ada daripada
digantung di leher. al-Quran dan al-Sunnah.
DEFINISI ITTIBA' - Mengikuti setiap yang diperintahkan oleh Allah s.w.t
• Dari segi bahasa: serta meninggalkan setiap yang ditegah oleh Allah s.w.t
- Mengikut dan menurut. seperti yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

JENIS JENIS TAQLID

1)Taqlid yang umum :


Seseorang yang berpegang pada suatu mazhab tertentu dan ia mengambil rukhsoh-
rukhsoh dan azimah-azimah dalam semua urusan agamanya. (Muhammad Salih al-
‘Uthaimin 2001 :135).
Para ulama berbeza pendapat di dalam masalah ini. Di antara mereka ada yang
berpendapat wajibnya hal tersebut disebabkan menurut mereka bahawa orang-orang
mutakhirin tidak mampu untuk berijtihad. Di antara mereka ada yang berpendapat
seseorang yang bertaqlid pada mazhab tertentu adalah haram kerana apa yang ada
padanya dari keharusan yang mutlak dalam mengikut orang lain selain daripada Nabi
. Muhammad s.a.w (ibid).



2)Taqlid yang khusus :



Seseorang mengambil pendapat tertentu dalam hal tertentu, maka ini dibolehkan jika dia lemah
atau tidak mampu untuk mengetahui yang benar melalui ijtihad, sama ada lemah secara hakiki

atau ia mampu tetapi dengan kesulitan yang sangat (ibid).

PERBEZAAN DASAR-DASAR TAQLID DAN
ITTIBA’

DASAR TAQLID
• Taqlid berlaku pada dua tempat:
1) Sekiranya muqallid ( orang yang bertaqlid ) itu seorang awam yang tidak dapat mengenal pasti sesuatu

hukum dengan sendiri.
2) Sekiranya seseorang mujtahid ( orang yang berijtihad ) itu menghadapi sesuatu masalah yang
memerlukan penyelesaian segera dalam keadaan dia tidak sempat membuat kajian, tetapi dengan bersyarat.

• Menurut pendapat yang rajih, dibolehkan bertaqlid berdasarkan kepada dua perkara iaitu:
i. Orang yang tidak mempunyai ilmu.

ii. Seseorang awam itu tidak mampu mengistinbat hukum syarak melalui dalil-dalilnya.

.

DASAR ITTIBA’
• Dalam al-Quran, terdapat banyak petunjuk nass yang mengajak supaya mengikut setiap yang

diperintah dan menjauhi setiap yang ditegah.



• Allah s.w.t menyeru umatnya supaya merujuk setiap permasalahan berpandukan kepada al-Quran
dan al-Sunnah yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t.



• Orang yang bertaqlid atau muqallid boleh beramal dengan salah satu daripada dua pendapat atau
berpegang dengan mana-mana mazhab jika mereka tidak mampu mengeluarkan hukum sendiri.

KESIMPULAN TAQLID

Taqlid bukanlah ittiba’, kerana ittiba’’ ialah jika seseorang mengikuti perkataan orang lain yang
nampak kesahihan perkataannya, dan taqlid adalah jika seseorang mengikuti perkataan orang
lain dalam keadaan tidak tahu dari segi makna perkataannya. Para imam melarang para
pengikutnya bertaqlid dan memerintahkan mereka agar selalu ittiba’.
Dalam masalah talfiq, tidak harus dan ditegah daripada bertalfiq jika perkara- perkara atau
perbuatan itu boleh membawa kepada kepada keruntuhan asas- asas syariah dan
menghapuskannya. Jika sebaliknya maka diharuskan bertalfiq untuk memberi kebahagiaan
kepada manusia di dunia dan akhirat dengan mempermudahkan manusia dalam soal ibadat dan
menjaga kepentingan manusia dalam soal muamalah.
. Allah s.w.t mengharuskan kepada umatnya yang tidak mampu untuk berijtihad seperti orang

awam supaya bertanya kepada orang lebih mengetahui ( mufti ) untuk mendapatkan sesuatu
kebenaran. Fatwa yang dikeluarkan daripada mufti itu mesti diterima pakai tanpa mengambil kira
fatwa tersebut bersumber daripada mana-mana mazhab.
Dabit atau kawalan yang menjadi perkiraan kepada pengharusan atau pengharaman taqlid ialah
setiap yang membawa kepada pengukuhan syariat Islam dan memelihara setiap tuntutan syariat
serta yang mendatangkan kebahagiaan kepada manusia, maka talfiq adalah harus bahkan
dituntut. Manakala, setiap talfiq yang menjurus kepada melemahkan agama dan mendedahkan
syariat kepada kelemahan, maka talfiq itu adalah haram.

SEKIAN
. TERIMA

KASIH


Click to View FlipBook Version