The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanis nasiha, 2024-06-07 03:43:11

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Potensi Kecemerlangan Murid SKNC

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-38

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 DAN MAJLIS ANUGERAH POTENSI KECEMERLANGAN MURID TARIKH: 8 JUN 2024 (SABTU) MASA: 8.00 PAGI TEMPAT: DEWAN GEMILANG DIRASMIKAN OLEH: ENCIK ABDULLAH SANI BIN JOHOR


#MESRAforEXCELLENCE ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Aturcara Majlis Kata Alu-aluan Minit Mesyuarat Laporan Kewangan Agenda Mesyuarat Pembentangan Usul Senarai Penerima Anugerah Lensa SKNC Jawatankuasa Kerja Sekalung Penghargaan


#MESRAforEXCELLENCE ATURCARA MAJLIS 7.30 pagi : Pendaftaran AJK PIBG/Ibu Bapa/Penjaga/Guru 11.30 pagi : Majlis Perasmian Penutup Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 : Ucapan aluan pengacara majlis : Bacaan Doa : Ucapan Perasmian Penutup Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 : Penyampaian Anugerah Kemenjadian dan Kecemerlangan Murid Fasa 1 : Persembahan Murid 2 : Sesi 1 Cabutan Bertuah : Penyampaian Anugerah Kemenjadian dan Kecemerlangan Murid Fasa 2 : Persembahan Murid 3 : Sesi 2 Cabutan Bertuah : Penyampaian Anugerah Kemenjadian dan Kecemerlangan Murid Fasa 3 : Sesi 3 Cabutan Bertuah : Penyampaian Sijil AJK : Penyampaian Cenderamata : Sesi 4 Cabutan Bertuah : Sesi Fotografi 8.00 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis : Persembahan Murid 1 : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 Bermula 1.30 tengahari : Bersurai


#MESRAforEXCELLENCE SITI AMINAH BINTI ROHMAT Ex Officio KATA ALU-ALUAN EX-OFFICIO Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah usaha gigih pelajar , ibu bapa dan guru guru secara bersama dan istiqamah , kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak. Justeru itu saya menyeru ibubapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan , berwibawa dan sahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan, sikap saling membantu dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan Nong Chik yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami. Akhir kalam, semoga hubungan baik antara guru dan ibu bapa terus dikekalkan demi kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan guru guru yang dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Nong Chik Kali ke38 ini. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini merupakan satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah.


#MESRAforEXCELLENCE KATA ALU-ALUAN YDP PIBG ABDULLAH SANI BIN JOHOR Yang Dipertua PIBG PIBG SK Nong Chik sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.


#MESRAforEXCELLENCE MINIT MESYUARAT MINIT MESYUARAT SEKOLAH KEBANGSAAN NONG CHIK, JOHOR BAHRU MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-37/2023 Tarikh/Hari : 20 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 08.00 pagi (Pendaftaran) 08.30 Pagi (Mesyuarat Bermula) Tempat : Dewan Gemilang, SK Nong Chik Pengerusi : Encik Abdullah Sani bin Johor (YDP PIBG SK Nong Chik) Kehadiran (Bilangan) : 120 orang Turut Hadir (Jika ada) : AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2022 / 2023 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 4. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2022 / 2023 5. Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan PIBG sesi 2022 / 2023 6. Pembentangan dan perbincangan usul / cadangan 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022 / 2023 8. Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2023 / 2024 a. Seorang Yang Dipertua. b. Seorang Naib Yang Dipertua. c. 11 orang AJK (10 orang ibu bapa dan 5 orang guru) d. 2 orang juruaudit (1 orang ibu bapa dan 1 orang guru) 9. Hal-hal lain 10. Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG sesi 2022 / 2023 11. Penutup


#MESRAforEXCELLENCE MINIT MESYUARAT 1 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022 / 2023 1.1 Ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Encik Abdullah Sani bin Johor 1.2 Encik Abdullah Sani mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini 1.3 Akhir sekali, YDP berharap semoga ibu bapa dan guru dapat memberi idea dan cadangan yang baik untuk membantu pihak sekolah demi keselesaan anak-anak murid untuk belajar di sekolah ini. 2 UCAPAN PENASIHAT PIBG 2.1 Guru Besar SKNC, Puan Esther Ponmalar A/P R.Jeyasingam sebagai Ex-Officio PIBG mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa atas penganjuran Mesyuarat Agung Kali Ke-37 ini. 2.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana sudi hadir pada mesyuarat PIBG Kali Ke-37 ini. 2.3 Guru Besar telah mengetengah dua isu yang terdapat di sekolah ini. Isu pertama adalah masalah cuaca panas dan pemakaian T-shirt di sekolah dapat diatasi. 2.4 Isu kedua pula, guru besar menyatakan kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah sedang berusaha menyediakan 1 Kelas 1 Smart TV iaitu Televisyen Pintar. Oleh itu, guru besar amat berharap agar kesepakatan ibu bapa dan pihak sekolah dapat sama-sama menyumbang dana yang dikumpul oleh pihak sekolah. 2.5 Guru besar turut menyatakan tentang kutipan bayaran tambahan persekolahan (BBP) untuk murid bukan warganegara di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM sebanyak RM 24.50. Kadar BBTP tersebut telah merangkumi kertas ujian dalaman, sukan tahunan sekolah , kokurikulum , kegiatan Pendidikan Islam/ Moral, yuran MSSM, dan Insurans Takaful. 2.6 Akhir sekali, guru besar berharap semoga ibu bapa dan guru dapat memberikan kerjasama yang baik untuk kecemerlangan murid-murid SK Nong Chik. 3 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36/2022 3.1 Pembentangan minit mesyuarat Oleh Cik Saqifah Bin Abdul Razak selaku Timbalan Setiausaha PIBG meminta merujuk muka surat 21 sehingga 29 di flipbook (Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-37) 3.1.1 Membubarkan usul PIBG kali ke-37 3.1.2 Pembubaran AJK 2021-2022 dan Pemilihan AJK 2023/2024


#MESRAforEXCELLENCE MINIT MESYUARAT 3.1.3 Audit Dalaman 3.1.4 Encik Mohamad Afiq Asyraf mencadangkan minit untuk disahkan dan disokong oleh Puan Siti Fatimah. 3.2 Tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan. 4 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2022 / 2023 4.1 En Muhammad Safuan Ibrahim selaku Setiausaha PIBG Setiausaha PIBG, Encik Muhammad Safuan membentangkan laporan tahunan PIBG sepanjang tahun 2022 . 4.2 Tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan 5 MEMBENTANGKAN, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 5.1 Cik Nor Asmiera Binti Fauzi selaku Naib Bendahari meminta merujuk muka surat 30-31 di buku mesyuarat bagi Laporan Penyata Kewangan Tahunan PIBG 2022. 5.2 Naib Bendahari PIBG, Cik Nor Asmiera Binti Fauzi meminta ibu bapa menyemak penyata dan bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan. 5.3 Naib Bendahari PIBG menyatakan baki dari tahun 2022 ialah sebanyak RM 7195.18 dan baki di bawa ke hadapan pada tahun 2023 ialah sebanyak RM 14866.08 5.4 Jumlah baki di bank adalah campuran bayaran keperluan dan dana pada tahun 2022. 5.4.1 Pn Nurul Hafizah mengesahkan Laporan Kewangan Penyata Tahunan PIBG 2022 dan disokong oleh Pn Mazni Binti Hashim. 6 PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL / CADANGAN 6.1 Puan Hasliza binti Mansor mencadangkan usul 14 iaitu mencadangkan sistem pengudaraan dibaik pulih dalam kelas. Terdapat kelas di mana pelajar yang duduk di dalam kelas berasa panas dan mencadangkan kipas tembok di tepi kelas menyatakan bilakah pelaksanaan perkara ini akan dilaksanakan. 6.1.1 YDP memberi respon bahawa pihak sekolah sedang menunggu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Sekiranya kelulusan diperolehi dan penambahan bekalan kuasa ditambah, pihak sekolah akan mengusahakan penambahan kipas dengan bantuan dan sokongan ibu bapa. Jika pihak ibu bapa ingin menyumbang kipas di dalam kelas adalah amat dialu-alukan.


#MESRAforEXCELLENCE MINIT MESYUARAT 6.2 Encik Fakhrul bertanya : Jika pihak ibu bapa memberi sumbangan, anak-anak akan pergi ke kelas berbeza, jadi kipas perlu dibuka semula atau dibiarkan sahaja? 6.2.1 Guru Besar memberi respon bahawa apabila kipas tembok ditanggalkan, perkara tersebut memerlukan kos pemasangan. Oleh itu, boleh ditanggalkan tetapi kos pemasangan di pihak ibu bapa. Guru besar turut mencadangkan ibu bapa juga boleh memberi sumbangan kipas diri di dalam kelas. 6.3 Encik Fakhrul turut menyuarakan cadangan mencadangkan agar murid boleh membawa kipas mini yang boleh dipegang di dalam kelas. 6.3.1 Guru Besar memberi respon bahawa kipas mini tersebut boleh dibawa tetapi sebarang kehilangan kipas tersebut, pihak sekolah tidaka kan bertanggungjawab dan ditambah respons YDP , kipas mini tersebut dibawah jagaan murid-murid dan tanggungjawab murid-murid. 6.4 Usul ke-16 ditanya semula oleh Encik Charles : Mencadangkan menambah bilangan kerusi di kantin untuk memudahkan murid makan semasa rehat serta mencadangkan agar pihak sekolah menukar waktu rehat dengan membahagikan Tahun 1 dan 2 rehat bersama kemudian tahun 3 dan 4, seterusnya tahun 5 dan 6. 6.4.1 Guru Besar memberi respon bahawa bilangan kerusi boleh ditambah tetapi penukaran waktu rehat tidak boleh kerana melibatkan penukaran jadual waktu keseluruhan oleh pihak sekolah. 6.5 Encik Charles turut mencadangkan bahawa tandas sekolah dicuci setiap hari dan turut menyuarakan pandangan untuk mengadakan tandas duduk di tanda murid-murid. 6.5.1 Guru Besar memberi respon bahawa tandas akan dicuci oleh pekerja setiap hari selepas murid pulang ke rumah. Tandas murid juga ada tandas duduk tetapi hanya di Blok C di tandas murid lelaki manakala di tandas murid lain cadangan ini akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa. 6.6 Puan Rabiatul Adawiyah mencadangkan pihak sekolah membuat pembahagian di bahagian tempat letak kereta ketika ingin menunggu murid pulang dari sekolah. 6.6.1 YDP memberi respon bahawa jalan berkongsi dengan dua buah sekolah, pagi tiada masalah tetapi pada waktu tengah hari akan ada masalah kesesakan lalu lintas. Oleh itu, pihak ibu bapa boleh berbincang dengan pihak sekolah agama tentang kemudahan tersebut kerana pihak sekolah tidak mempunyai ruangan tambahan atau kekosongan ruang bagi kemudahan tersebut. Cadangan ini juga akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa.


#MESRAforEXCELLENCE MINIT MESYUARAT 7 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022 / 2023 7.1 En Abdullah Sani mengisytiharkan pembubaraan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2022/2023 pada jam 10.00 pagi. 7.2 En Abdullah Sani telah dilantik untuk menjadi pengerusi sementara dan meminta cadangan bagi melantik Ahli Jawatankuasa yang baharu. 8 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2023 / 2024 a. Seorang Yang Dipertua. b. Seorang Naib Yang Dipertua. c. 11 Orang Ajk (10 Orang Ibu Bapa Dan 5 Orang Guru) d. 2 Orang Juruaudit (1 Orang Ibu Bapa Dan 1 Orang Guru) 8.1 Ahli Jawatankuasa dalam kalangan guru bagi tahun 2022/2023 dikekalkan sehingga ke sesi 2023/2024. 8.2 Puan Nurul mencadangkan agar En Abdullah Sani Bin Johor dikekalkan lagi sebagai Yang Dipertua PIBG dan Puan Haliza mencadangkan agar cadangan ditutup. Majoriti ahli dewan sebulat suara telah menyokong En Abdullah Sani Bin Johor sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024. 8.3 Encik Shahrizan bin Abdul Aziz mencadangkan agar Encik Najhan bin Abdul Rahim sebagai Naib Yang Dipertua PIBG dan En Ahmad Thaqif mencadangkan agar cadangan ditutup. Majoriti ahli dewan sebulat suara telah menyokong Encik Najhan bin Abdul Rahim sebagai Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024 yang baharu. Pencalonan kerusi AJK PIBG 2023/2024 8.3.1 Pn Sara telah mencadangkan Pn Nurul Affiza Binti Mohamad Razali dan majoriti ibu bapa menyokong cadangan tersebut. 8.3.2 Pn Nurul Affiza Binti Mohamad Razali mencadangkan Pn Adila Binti Hashim dan majoriti ahli dewan menyokong cadangan tersebut. 8.3.3 Encik Nazhan bin Abdul Rahim mencadangkan Encik Afiq Ashraf dan majoriti ibu bapa menyokong cadangan tersebut. 8.3.4 Encik Afiq Ashraf pula mencadangkan Encik Ahmad Thaqif dan semua ahli dewan bersetuju dan menyokong cadangan tersebut. 8.3.5 Puan Adila Binti Hashim mencadangkan Pn Mazni dan disokong oleh majoriti ibu bapa.


#MESRAforEXCELLENCE MINIT MESYUARAT 9 HAL-HAL LAIN 9.1 Jumlah sumbangan PIBG telah dicadangkan oleh En Abdullah Sani bin Johor adalah sebanyak RM 70/sekeluarga dikekalkan seperti sebelum ini. Manakala beliau mencadangkan RM30/murid bagi sumbangan keceriaan sekolah. 9.2 En Abdullah Sani membuka undian sama ada ibu bapa bersetuju untuk meletakkan sumbangan PIBG sebanyak RM70. Majoriti ahli dewan bersepakat dan sebulat suara bersetuju bahawa sumbangan pada tahun ini dikekalkan sebanyak RM70/sekeluarga. 9.3 En Abdullah Sani juga membuka undian sama ada ibu bapa bersetuju untuk meletakkan sumbangan keceriaan sekolah sebanyak RM30/sekeluarga atau RM20. Majoriti ahli dewan bersepakat dan sebulat suara bersetuju bahawa sumbangan kecerian pada kali ini adalah sebanyak RM30. 9.4 Menurut En Abdullah Sani, jumlah sumbangan ini dikekalkan seperti biasa adalah kerana pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan seperti sediakala. Oleh itu, sekolah memerlukan dana untuk melancarkan program-program yang telah dirancang. 9 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Pengerusi, En Abdullah Sani Bin Johor mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua ahli yang melantik dirinya sebagai YDP PIBG untuk sesi 2023/2024. 10.2 Beliau juga berharap agar gandingan Jawatankuasa PIBG yang baharu dapat meneruskan agenda kecemerlangan SK Nong Chik dalam melahirkan murid-murid yang unggul dalam semua bidang. Beliau juga meminta semua ahli menyokong dan membantu antara satu sama lain dalam usaha meningkatkan nama sekolah ke taraf yang lebih baik. 10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan: Disemak dan disahkan: MUHAMMAD SAFUAN BIN IBRAHIM ABDULLAH SANI BIN JOHOR. Setiausaha Agung Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa-Guru Persatuan Ibu Bapa-Guru SK Nong Chik SK Nong Chik Tarikh : 12 Jun 2023


#MESRAforEXCELLENCE LAPORAN KEWANGAN P e n y a t a K e w a n g a n PIB G S e hin g g a 3 1 Dis e m b e r 2 0 2 3


#MESRAforEXCELLENCE Laporan Kutipan Sumbangan PIBG dan Lain-lain Sehingga 23 Mei 2024 Sumbangan PIBG dan Keceriaan 2024 LAPORAN KEWANGAN


#MESRAforEXCELLENCE LAPORAN KEWANGAN Sumbangan PIBG dan Keceriaan 2024 Terima kasih kepada ibu bapa atas sumbangan yang diberikan. Semoga pihak ibu bapa terus memberikan kerjasama yang baik dalam membangunkan kecemerlangan & kemenjadian anakanak SKNC.


#MESRAforEXCELLENCE AGENDA MESYUARAT Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 4. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2023/2024 5. Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan PIBG sesi 2023/2024 6. Pembentangan dan perbincangan usul / cadangan 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 8. Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 a. Seorang Yang Dipertua. b. Seorang Naib Yang Dipertua. c. 11 orang AJK (10 orang ibu bapa dan 5 orang guru) d. 2 orang juruaudit (1 orang ibu bapa dan 1 orang guru) 9. Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG sesi 2024/2025


#MESRAforEXCELLENCE Perlu melibatkan ibu bapa atau penjaga secara langsung dengan lebih aktif dalam programprogram sekolah seperti hari sukan sekolah, hari kebudayaan, gotong royong dan programprogram lain yang melibatkan perkembangan positif anak-anak SK Nongchik. Ini secara tidak lansung akan memberi peluang kepada ibu bapa memahami situasi kepayahan dan usaha pihak sekolah dan guru dalam membina suasana pembelajaran yang madani. Jawapan: “Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan”. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan kerjasama, pelibatan dan sokongan daripada semua ibu bapa, komuniti dan NGO dalam setiap program sekolah. Pihak sekolah akan memaklumkan dari masa ke semasa program yang akan dilaksanakan kepada ibu bapa. Ibu Bapa/Penjaga: Mohd Afif Asyraf Bin Dedy Dasiano Murid: Damia Aisyah Binti Mohd Afif Asyraf (2 Cerdas) Daniel Aiman Bin Mohd Afif Asyraf (4 Bestari) Usul 1 PEMBENTANGAN USUL Usul 2 Cadangan untuk adakan almari atau apa-apa yang boleh membantu murid untuk meringankan beg. Tinggal buku aktiviti di sekolah dan bawa balik sekiranya ada kerja sekolah dan minta cikgu maklum jikalau kerja sekolah yang murid ada setiap subject. Walaupun hanya 3 atau 4 subjek, beg masih lagi berat dan kelas jauh ke belakang sekolah dan perlu naik tangga. Terima kasih Jawapan : Setakat ini tiada isu beg berat kerana jadual sudah disusun sebanyak empat mata pelajaran bagai tahap satu dan 5/6 mata pelajaran bagi tahap 2 mengikut pekeliling daripada KPM iaitu Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di Sekolah pada tahun 2018. Tiada tempat dan ruang untuk diletakkan loker di dalam kelas kerana kapasiti murid di dalam kelas ramai. Makluman kerja sekolah sentiasa dimaklumkan kepada anak-anak oleh guru-guru. Mohon ibu bapa untuk bertanyakan kepada anak-anak berkaitan kerja sekolah yang diberikan. Ibu Bapa/Penjaga: Nur Hafiza Binti Abd Aziz Murid: Amin Hayyan Bin Ahmad Azlan (1 Cerdas)


#MESRAforEXCELLENCE Mengadakan program-program Ilmiah Tambahan seperti Menghafal Surah-Surah Tertentu, Aktiviti Kerohanian Serta Bimbingan Islamik (kepada pelajar beragama islam ) kerana dengan mengadakan program-program seperti ini, kita dapat melahirkan modal insan yang berpotensi mengharumkan lagi nama sekolah. Jawapan: Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, program kerohanian telah dilaksanakan sepanjang tahun dibawah panitia pendidikan Islam. Kelas intensif tasmik kepada murid-murid telah dilaksanakan bagi membantu murid untuk mencapai 100% khatam al-quran. Ibu Bapa/Penjaga: Mohammad Isa Bin Nuhin Murid: Muhammad Uwais Bin Mohammad Isa (1 Arif) Usul 3 PEMBENTANGAN USUL Usul 4 Mengadakan kelas tambahan atau tuisyen pada waktu malam bagi murid-murid Tahap 2. Jawapan: Berdasarkan, Pekeliling KPM: Larangan Pelaksanaan Kelas Tambahan. Kelas tambahan hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kelas tambahan tidak boleh dijadikan kewajipan dan tidak boleh dilaksanakan secara berlebihan sehingga memberi tekanan kepada murid. Kelas tambahan tidak boleh dijalankan pada hari cuti umum dan cuti sekolah. Kelas tambahan perlu dijalankan dalam waktu yang munasabah, mengelakkan masa malam dan memastikan murid mempunyai masa rehat yang mencukupi. Ibu Bapa/Penjaga: Saravanan A/L Subramuniam Murid: Sashwin Saravanan (4 Cerdas) Sharwin Saravanan (3 Cerdas)


#MESRAforEXCELLENCE Bagi menyemarakkan Majlis Apresiasi Tahun 6, dapatlah kiranya ibu atau bapa turut serta semasa Majlis Apreasiasi tersebut pada tahun ini, sebagai kenangan terindah dan tahun terakhir bersekolah di Sek. Keb. Nong Chik buat murid tahun 6 dan ibu atau bapa. Terima kasih. Jawapan: Terima kasih atas cadangan dan sokongan pihak puan. Pihak sekolah tiada keberatan untuk melibatkan ibu bapa dalam majlis apresiasi ini sekiranya ibu bapa bersetuju dengan kos yang ditetapkan dan tiada isu yang timbul dalam mengadakan majlis ini. Pihak sekolah sangat mengalukan-alukan ibu bapa murid tahun 6 untuk mengendalikan dan menguruskan sepenuhnya majlis apresiasi tahun 6 ataupun program lain. Sekiranya ada cadangan dan penambahbaikan boleh terus berjumpa dengan Guru Besar untuk dibincangkan. Guru besar sangat berbesar hati untuk sekiranya ibu bapa tahun 6 sudi mengadakan mesyuarat tahun 6 sahaja untuk membincangkan pengisian aktiviti dan program bagi Tahun 6. Ibu Bapa/Penjaga: Nor Fadzillahwati Binti Mashuri Murid: Nur Ruzana Uzma Binti Aziz (6 Bestari) Arif Muzaffar Bin Aziz (3 Bestari) Ahmad Muhaimin Bin Aziz (1 Arif) Usul 5 PEMBENTANGAN USUL Usul 6 1. Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai program tahunan panitia Pendidikan Agama Islam. 2. Program celik huruf dan lancar membaca bagi murid- murid Tahap 1 yang lemah, yang boleh melibatkan ahli PRS Tahap 2 sebagai pembimbing rakan sebaya dengan pantauan guru pembimbing. Jawapan: Terima kasih atas keprihatinan puan. Untuk makluman, kem bestari solat sememangnya dilaksanakan pada setiap tahun. Setakat ini kem bestari solat berjalan seperti biasa. Akan dipertimbangkan dan diperhalusi oleh pihak sekolah. Setakat ini murid tahap 1 yang lemah membaca masih lagi dapat diuruskan oleh guru pemulihan dengan penggunaan modul membaca yang disediakan. Ibu Bapa/Penjaga: Nursuliana Binti Sulaiman Murid: Amirul Amin Bin Amran (2 Bestari)


#MESRAforEXCELLENCE Masalah kerosakan lock (selak) di tandas murid. Kalau boleh guna lock besi supaya tidak mudah patah atau rosak dan juga boleh tambah bilangan lampu dalam tandas murid supaya lebih cerah, memandangkan keadaan tandas yang agak gelap. Jawapan: Terima kasih atas keprihatinan puan. Telah diusahakan oleh pihak sekolah dan pemantauan kerosakan tandas sentiasa dibuat. Ibu Bapa/Penjaga: Intan Suraya Binti Noorshah Murid: Isa Bin Omar Badrin (6 Cerdas) Usul 7 PEMBENTANGAN USUL Usul 8 Minta penjaga beratur dan mengambil anak semasa waktu balik untuk mengelakkan jem di depan sekolah. Ramai yang potong line semasa menunggu dalam kereta. Jawapan: Terima kasih atas makluman pihak tuan. Mohon bantuan dan kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga untuk bertolak ansur dan bertoleransi semasa mengambil anak sangat digalakkan. Kerjasama semua pihak sangat diperlukan. Sekiranya ada dalam kalangan ibu bapa yang sudi membantu dalam proses membantu penyuraian kesesakan yang berlaku sangat dialu-alukan. Ibu Bapa/Penjaga: Akmal Afiz Bin Jemale Murid: Azhar Zahran Bin Akmal Afiz (2 Cerdas)


#MESRAforEXCELLENCE 1. Mohon pihak sekolah mengadakan lebih banyak program yang menglibatkan ibu bapa. 2. Mohon pihak sekolah alert berkenaan kedudukan ibu bapa semasa hari sukan. Sukan pada tahun lepas, kedudukan tempat duduk ibu bapa agak jauh dan sukar melihat anak-anak di tengah padang. 3. Mohon bantuan pihak sekolah untuk war-warkan group whatsapp PIBK - SKNC yang sebelum ini dikenali sebagai group KSIB bagi memudahkan jika ada sebarang program yang perlu penglibatan ibu bapa kita mudah untuk berkongsi. Jawapan: 1. Terima kasih atas keprihatinan pihak puan. Akan diusahakan oleh pihak sekolah. Terima kasih atas sokongan kepada program-program sekolah untuk program-program sebelum ini.Pihak sekolah sangat terbuka untuk ibu bapa terlibat secara langsung dengan program sekolah. Pihak sekolah sekali lagi mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan dan marilah kita sama-sama fikir apa yang boleh ibu bapa sumbangkan kepada pihak sekolah. 2. Akan ditambahbaik pada tahun ini. 3. Akan diusahakan untuk menguar-uarkan kepada semua ibu bapa bagi menggalakkan ibu bapa turut serta dalam program sekolah. Ibu Bapa/Penjaga: Nurul Aqidah Binti Abdullah Murid: Muhammad Syakir Naim Bin Mohd Farhan (4 Cerdas) Usul 9 PEMBENTANGAN USUL


#MESRAforEXCELLENCE Tidak membenarkan pihak koperasi / bookshop untuk menjual barang mainan kerana anakanak lebih tertarik beli mainan daripada makan di kantin. Malah ianya suatu pembaziran. Maaf jika tersalah kata. Jawapan: Telah diambil tindakan. Mohon ibu bapa bekalkan anak-anak dengan jumlah wang saku yang memadai dan tidak berlebihan. Ibu Bapa/Penjaga: Nor Anita Binti Mohd Ali Murid: Amanda Huwaynaa binti Ahmad Jasafin Aminudeen (4 Dinamik) Aydina Hafiyya binti Ahmad Jasafin Aminudeen (3 Dinamik) Usul 10 PEMBENTANGAN USUL Usul 11 Mengadakan sesi fotografi untuk setiap kelas dan kelab-kelab yang ada. Jawapan: Akan diusahakan dan dalam perancangan pihak sekolah. Ibu Bapa/Penjaga: Ayuziana Binti Azhar Murid: Emmet Achmad Bin Mohd Izwan Hijaz (3 Bestari)


#MESRAforEXCELLENCE Pemantaun disiplin murid-murid di sekolah (bully, harassment,moral) Jawapan: Terima kasih atas keprihatinan puan. Pemantauan disiplin sentiasa dipantau oleh Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Program pencegahan telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Tindakan dan konsultasi telah dibuat bersama murid-murid dan ibu bapa yang terlibat dalam usaha memerangi dan mencegah masalah disiplin yang berlaku. Ibu Bapa/Penjaga: Luut Jabir Ram S/O Saurie Ram Murid: Aebeer Soufeeyah Binti Luut Jabir Ram (1 Dinamik) Usul 12 PEMBENTANGAN USUL Usul 13 Keselesaan untuk murid di dalam kelas, dewan dan juga tandas harus dinaik taraf. JAWAPAN: Akan diusahakan. Namun, sekiranya ada penyertaan dan sumbangan khusus daripada ibu bapa sangat dialu-alukan untuk keselesaan bilik darjah. Peruntukan tandas telah diberikan oleh pihak kementerian dan tandas telah dibaikpulih sepenuhnya. Laporan kerosakan tandas sentiasa dibuat oleh pihak sekolah dan telah dipanjangkan kepada pihak PPD. Ibu Bapa/Penjaga: Ryana Binte Kamaruddin Murid: Muhammad Hayden Bin Mohd Yazid (1 Arif)


#MESRAforEXCELLENCE Saya cadangkan pembelian buku sekolah untuk tahun depan buat sebelum cuti sekolah bermula. Ini kerana kita boleh membuat persediaan buku dan sampul buku awal bagi tidak kelam kabut seminggu sebelum cuti sekolah berakhir. Jawapan: Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak sekolah akan berbincang dengan pihak pembekal. Namun, ianya bergantung kepada pihak pembekal. Ibu Bapa/Penjaga: Mohammed Rafi Bin Sulaiman Murid: Damia Izarra Rafi Binti Abdur Rahman (5 Cerdas) Usul 14 PEMBENTANGAN USUL Usul 15 Penambahan kipas di bilik darjah. Jawapan: Akan diusahakan. Namun, sekiranya ada penyertaan dan sumbangan khusus daripada ibu bapa sangat dialu-alukan untuk keselesaan bilik darjah. Untuk pengetahuan tuan, sekolah mempunyai masalah dari segi penyelenggaraan pendawaian. Namun, dari segi permohonan telah dibuat kepada pihak JKR dan masih menunggu kebenaran dan kewangan daripada pihak KPM. Ibu Bapa/Penjaga: Mohammad Norhaziq Bin Dulkanit Murid: Nursyaza Binti Mohammad Norhaziq (4 Dinamik) Muhammad Hadif Arif Bin Nohammad Norhaziq (1 Bestari)


#MESRAforEXCELLENCE Ibu bapa harus memberi peluang kepada anak untuk berdikari dalam menerima maklumat terutamanya berkenaan kerja sekolah dan tidak membiarkan anak terlalu bergantung kepada info kelas melalui group telegram kelas. Jawapan: Terima kasih tuan kerana memahami beban tugas guru. Mohon bantuan daripada ibu bapa untuk sentiasa bertanya khabar kepada anak-anak berkaitan tugasan yang diberikan oleh guru. Ibu Bapa/Penjaga: Hairul Azwani Bin Aziman Murid: Hairul Fareeq Bin Hairul Azwani (2 Cerdas) Hairul Feeras Bin Hairul Azwani (6 Cerdas) Usul 16 PEMBENTANGAN USUL Usul 17 Cadangan saya, ibu bapa bekerjasama sebagai jurulatih atau pengajar pasukan bola sepak sekolah. Jawapan: Pihak sekolah sangat mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai kemahiran dan pengalaman sebagai jurulatih untuk membantu pihak sekolah demi kemenjadian murid. Ibu Bapa/Penjaga: Syed Azizul Hakim Bin Syed Hanif Efendi Murid: Sharifah Nabiha Binti Syed Azizul Hakim (4 Dinamik) Sharifah Nadiya Binti Syed Azizul Hakim (6 Bestari)


#MESRAforEXCELLENCE Usul 18 PEMBENTANGAN USUL Usul 19 1. Cadangan lain untuk mengelakkan kesesakan waktu pulang sekolah. 2. Cadangan pemilihan YDP dan AJK PIBG akan datang tidak ada kaitan hubungan dengan cikgu sekolah. Jawapan: 1. Terima kasih atas keprihatinan tuan. Pihak sekolah telah berbincang dengan ketiga-tiga buah sekolah berdekatan berkaitan dengan isu kesesakan ini. Pihak sekolah telah mengambil beberapa inisiatif bagi mengelakkan kesesakan. Namun, pihak sekolah memohon kerjasama daripada semua ibu bapa untuk samasama bantu, bertolak ansur dan bertolerasi untuk mengelakkan kesesakan. (Rujuk jawapan usul 8) 2. Pemilihan jawatankuasa PIBG mengikut perlembangaan PIBG berdasarkan keputusan majoriti undian semasa mesyuarat agung PIBG yang diadakan. Ibu Bapa/Penjaga: Umar Bin Kooba Murid: Nur Damia Insyirah Binti Umar (5 Bestari) 1. Mengadakan tuisyen atau kelas tambahan berbayar bermula Dari Tahun 3 hingga Tahun 5 bagi subjek-subjek teras. 2. Mengadakan bengkel bimbingan penulisan karangan dan karangan Bahasa Inggeris bagi memantapkan penguasaan murid dalam penulisan karangan. Jawapan: 1. Berdasarkan, Pekeliling KPM: Larangan Pelaksanaan Kelas Tambahan, kelas tambahan hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan daripada pihak sekolah dan ibu bapa. 2. Program pemantapan Bahasa Inggeris setiap tahun dilaksanakan kepada murid-murid oleh Panitia Bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Ibu Bapa/Penjaga: Mohd Nor Najib Bin Nayan Murid: Adam Aryan Bin Mohd Nor Najib (5 Cerdas) Ariqa Fatina Binti Mohd Nor Najib (3 Bestari)


#MESRAforEXCELLENCE Teruskan aktiviti yang boleh membina minda murid. Jawapan: Terima kasih atas sokongan pihak puan. Program yang membina kemenjadian murid sentiasa dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ibu Bapa/Penjaga: Zuliana Binti Zainal Abidin Murid: Muhammad Rifqi Bin Anuar (6 Dinamik) Usul 20 PEMBENTANGAN USUL Usul 21 Penambahbaikan makanan di kantin sekolah sangat diharapkan. Apabila waktu rehat mohon guru lepaskan pelajar keluar pada waktu yang tepat sebab apabila lambat keluar, makanan di kantin habis dan kadang-kadang tak sempat makan. Risau anak-anak kelaparan sementara tunggu waktu balik sekolah. Harap maklum. Terima kasih cikgu. SKNC the best. Jawapan: Telah dibincangkan dalam mesyuarat kantin bersama pengusaha kantin dan pihak pengusaha telah ambil maklum. Ibu Bapa/Penjaga: Saptuyah Binti Kassim Murid: Ammar Muazzam Bin Dahlan (6 Cerdas) Ameer Mukhreez Bin Dahlan (4 Bestari)


#MESRAforEXCELLENCE PEMBENTANGAN USUL Terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan usul dan cadangan bagi membantu pihak sekolah dalam membangunkan prestasi dan kecemerlangan anak-anak. Kami berharap agar ibu bapa terus memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah.


#MESRAforEXCELLENCE KEHADIRAN TERBAIK 1 CERDAS 1. ADAM FIRAS BIN SALEHUDIN 2. AISYAH EL HUMAIRA BINTI SHAFIE 3. ALEESYA SAFIYA BINTI MOHD FAIRUS 4. AMMAR YUSUF BIN NUR ASYRAF 5. ANNAS BIN MOHD FAIRUZ 6. AYDEN HAMKA BIN MOHD ARBAIN 7. KHAIRUL UMAR BIN KHAIRUL NOORAZMI 8. MUHAMMAD ALI YUSUFF BIN ALI JEFFREY 9. RIZQ NURNADZMEIN BIN MOHD NAJIB 10. NUR ERYNA AMNI BINTI MOHAMAD SUPIAN 11. SITI AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD AZMI 1 DINAMIK 1. ADAM ZUHAIYR BIN MOHD FA'EIZ 2. MUHAMMAD DZAKWAN AISY BIN MOHAMAD HAZRI 3. MUHAMMAD FAIZ BIN FARIDZUL 4. MUHAMMAD IZZ ZAFRAN BIN RUHAIZAN 5. NUR SYAHIDAH ZULAIKHA BINTI SUFIAN 6. RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD HAFIZ 7. THAQIF AMMAR BIN MOHAMED AZHAR 1 BESTARI 1. HASYA IRDINA SAFIYYAH BINTI MOHD HASRUL 2. MARIAH SAFIYYA BINTI KHAIRUL SIDIQ 3. MUHAMMAD FAQIH BIN MOHAMAD RIZAM 4. MUHAMMAD FATIHURAHMAN BIN AZLAN 5. MUHAMMAD QAID BIN MOHD ARBAIN 6. MUHAMMAD QAYL DARWISY BIN MUHAMAD SYAFIQ 7. SUVETHASRI A/P PARAMASIVAM SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TAHUN 1 2024/2025


#MESRAforEXCELLENCE KEHADIRAN TERBAIK 1 ARIF 1. AISYAH NABILA BINTI MOHAMED BADRUL HISHAM SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TAHUN 1 2024/2025 MURID SAHSIAH TERBAIK TAHUN 1 2024 SITI AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD AZMI 1 CERDAS NUR SYAHIDAH ZULAIKHA BINTI SUFIAN 1 DINAMIK MARIAH SAFIYYA BINTI KHAIRUL SIDIQ 1 BESTARI MUHAMMAD QHALIF UMAR BIN MUHAMMAD NORSHAFIQ 1 ARIF


#MESRAforEXCELLENCE SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 1 2023/2024 1 CERDAS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 1 DINAMIK BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 1 BESTARI BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN : HASYA ERYNA SOFIA BINTI MOHD HASRUL : AMANI MARISSA BINTI MUHAMAD NOR RAZEEN : NATRAH AMINAH BINTI MUHAMMAD NAJHAN : SHUVIR ELDEN ELANGO : MUHAMMAD DAYYAN AL HAQ BIN KHAIRUL SYAFIQ : ZANDEN RISHI SARAVANAN : DANIEL AIMAN BIN MOHD AFIF ASYRAF : MUHAMMAD ZAINULRASYAD BIN MOHD ARIFFIN HAKIM : MUHAMMAD AMMAR SYAHMI BIN MOHAMMAD IKBAL : MUHAMMAD AMMAR SYAHMI BIN MOHAMMAD IKBAL : MUHAMMAD IMAN AZRY BIN MOHD FITHRY FAZHRUL : AHMAD FALIQ BIN AHMAD THAQIF : HANAN AZZAHRAH BINTI MOHD SHARIZAN : AISYAH NUHA ZAHIRAH BINTI KHAIRUL SIDIQ : HANAN AZZAHRAH BINTI MOHD SHARIZAN - : NIK ABDULLAH AMZAR BIN NIK MOHD FAZIRI : NURAISYA SAFIYA BINTI MOHD NURIQBAL : MUHAMMAD UMAR THAQIF BIN MUHAMAD FAIS : MUHAMMAD AARIZ MIKAEL BIN MOHD SUHAIMI : DHIA ZARA ARYSSA BINTI EDDY ROHAIZAT : THAQIF ABYAN BIN AFIQ AFHAM : MUHAMMAD AHNAF DAHIN BIN MOHD SHAHRIZAL : NUR ARISSA SOFIA BINTI ABDUL RAHMAN : MUHAMMAD NUR FAIQ BIN MOHAMAD SHUKOR - : ARISHA QAISARA BINTI MOHD AIZUDDIN : MUHAMMAD AMMAR ABID BIN SHAHNIZAN : NUR SYAHIRA BINTI MUHAMAD HAPIZ : MUHAMMAD FAZRUL HAQIEF BIN MUHAMMAD EDDLY


#MESRAforEXCELLENCE SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 2 2023/2024 2 CERDAS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2 DINAMIK BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2 BESTARI BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN : AISY NUR HAYFA HUMAIRAH BINTI MOHD ZAKI : VITURSHANT SHALNESH : NOR KAYLA REEFQA BINTI MOHAMAD NAZRI : JAYDEN NIHAL SARAVANAN : WAN SHIFAA SHAZANA BINTI WAN SHUKRAN : VISHAKAN A/L BATHMANABAN : MUHAMMAD SYAHID ZIYAD BIN SUFIAN : ADRAA DHIYA SOFEA BINTI MOHD FA'EIZ : NASYRAH HANI BINTI AMIRUL HADI : MUHAMMAD ARYAN ZIYAD BIN JULIS : PUTRA AL ZAR AKIF BIN ABDUL AZIZ : UMAAR BIN MOHD FAIRUZ : AURIS DARDA'IL BIN ABDUL GHAFAR CHE PIN : AISHA AL HUMAIRA BINTI MUHAMMAD WAFI : MUHAMMAD HANIEF BIN MOHAMMED HAFIZ - : AYDINA HAFIYYA BINTI AHMAD JASAFIN AMINUDEEN : NUR AMANINA HANIS BINTI AZRUL MAHAMI : SITI NADHIRA BINTI ROSLI : MUHAMMAD FAYYADH ARYAN BIN FARIQ : ARIQA FATINA BINTI MOHD NOR NAJIB : ARIQA FATINA BINTI MOHD NOR NAJIB : NUR ALESHA ZAHRA BINTI MOHD NURHISHAM : EMMET ACHMAD BIN MOHD IZWAN HIJAZ : ADAM ZIQRI BIN MUHAMMAD AMINUDDIN - : NUR JANNAH BINTI MOHD ALIAS : NUR ALESHA ZAHRA BINTI ZULKEFLI : AMMAR AZHARI BIN AMIRUDDIN : MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD FARID


#MESRAforEXCELLENCE SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 3 2023/2024 3 CERDAS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 3 DINAMIK BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 3 BESTARI BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN : HASANAH AFRINA BINTI KHAIRUL REDZUAN : AISHA ALEENA BINTI AIMAN : RANESSH A/L SHANMUGANATHAN : RANESSH A/L SHANMUGANATHAN : HANNAH SOFEA BINTI MOHD HAFFIZ : SHARRVIN ELVAN ELANGO : AISHA ALEENA BINTI AIMAN : UMAR BIN HAFIZAL : AINUL MARDHIAH BINTI MUHAMMAD SHAMSUL AMIN : SYAZAN ADRIAN ISKANDAR BIN SULEIMAN ISKANDAR : AZHAD LUTFI BIN ANNAZ : NUR ALEEYA UMAIRAH BINTI MOHD SHUKRI : NURFATINAH EL ETRAH BINTI SHAFIE : MUHAMMAD NUR ALI BIN MAHATHIR : AZHAD LUTFI BIN ANNAZ - : MUHAMMAD HADIF BIN HERMANYUZI : NURSYAZA BINTI MOHAMMAD NORHAZIQ : SHARIFAH NADIYA BINTI SYED AZIZUL HAKIM : MUHAMMAD AMMAR AMSYAR BIN MOHD IZHAR : MUHAMMAD ADAM HARITH BIN HERRY : EMRAN AZIZ BIN ELMI SHAH : ADAM REZQI BIN BADRUL HISHAM : NUR SAFFIYYA ATHIRA BINTI MOHD SHAHZUAN : AMMER MUKHREEZ BIN DAHLAN - : DAMIA AISYAH BINTI MOHD AFIF ASYRAF : DHIA IZZ SYAFIRA BINTI MOHAMAD FAIEZ : ADRIANA ZULAIQHA BINTI IWAN FASHRIQ : MUHAMMAD ZAIM HARRAZ BIN MOHD NAZRIE


#MESRAforEXCELLENCE SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 4 2023/2024 4 CERDAS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEJARAH 4 DINAMIK BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEJARAH : ADAM ARYAN BIN MOHD NOR NAJIB : AFFAN AISH BIN AIMAN : MOHAMAD SHAQUILLE AREAN BIN MOHAMAD NAZRI : RAYYAN DANISH GHAM : MUHAMMAD EISLAM BIN MOHAMMAD ELMI : CHARRUN A/L NANTA KUMARAN : AFFAN AISH BIN AIMAN : NUR HAFIZAH BINTI MOHAMMAD MOHSEIN : NADHIRA AL BAKISH BINTI AHMAD ROZAINI : MUHAMMAD EISLAM BIN MOHAMMAD ELMI : MUHAMMAD IZZUL IMAN BIN MOHD AZRI : SAIDATULAKMA BINTI AFIZAN : NURFATIN QAIRINA BINTI MOHD YUSFAIRUZ : NURFATIN QAIRINA BINTI MOHD YUSFAIRUZ : MUHAMMAD HAZEEQ BIN MOHD SAZA HAFIZZUL : MUHAMMAD AMIRUL MUSTAQIM BIN YUSMAZUKI : NUR ALIYAH ZAHRAH BINTI SHAHRUL ANUAR - : FAHIM SYAHMI BIN LOQMAN HAKIM : ERYNA BINTI MOHD ARIFF : NUR QAIRINA NABIHAH BINTI MOHD FAIZAL : MUHAMMAD FIRAS BIN MOHAMAD AMIR FAHD : FAHIM SYAHMI BIN LOQMAN HAKIM : MUHAMMAD AMIRUL MUSTAQIM BIN YUSMAZUKI


#MESRAforEXCELLENCE SENARAI PENERIMA ANUGERAH NAMA PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 4 2023/2024 4 BESTARI BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEJARAH : MUHAMMAD NUR QABIR BIN HADI SUNARTO : MUHAMMAD HADZRAN HARSLIN BIN MUHAMMAD HARIS : HAZIMAH BINTI HELMY : SYAWAL BIN SAMIR : NUR RAISHA AQILAH BINTI MOHD FAIZ - : SYAWAL BIN SAMIR : MUHAMMAD NUR QABIR BIN HADI SUNARTO : NUR MEDINAH SOFEA BINTI MOHD ARIFFIN : MUHAMMAD WAFI AJMAIN BIN GHAZALI : AHMAD ADAM WAFIQ BIN ABDUL RAHMAN : MUHAMMAD HARITH RYZQIN BIN MOHAMAD NOR EFENDY


#MESRAforEXCELLENCE SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 5 2023/2024 5 CERDAS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEJARAH 5 DINAMIK BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEJARAH : AKID AISY BIN ABDULLAH : NUR NABILAH BINTI MOHAMMAD MOHSEIN : MUHAMMED HAZIQ NAIM BIN MUHAMMED NAZRI : ISA BIN OMAR BADRIN : EZZAL ZULHARITH BIN ZAIRILAMRI : TANISHKAH RAVI KUMAR : AHMAD HASIF BIN AHMAD THAQIF : MUHAMMED HAZIQ NAIM BIN MUHAMMED NAZRI : EZZAL ZULHARITH BIN ZAIRILAMRI : RIZQ NURNAZRIN BIN MOHD NAJIB : RAJA FIRDAUS AFIQ BIN RAJA FUAD : HAIRUL FAREEQ BIN HAIRUL AZWANI : FAIQAH BINTI MUHAMMAD HANIS : MARSHA DAMIA BINTI MOHAMMAD SHAHDAUS : NUR KAMILIA NATASYA BINTI MOHD KHAIRUL : ARIQ ZAYYAN BIN AINULARIFIN : NUR AUNI DAFINA BINTI ABD RAHIM - : HUSNA FAQIEHAH BINTI MOHAMMED HAFIZ : NUR DAMIA WAFIQAH BINTI MUHAMAD ROZEB : ADELIA KHAIRINA BINTI AHMAD ZAMRI : MUHAMMAD NUFAIL AMSYAR BIN MOHD RAZALI : FA'ID WARITZ DASZLLY BIN ZAHARUDIN : FAIQAH BINTI MUHAMMAD HANIS


#MESRAforEXCELLENCE SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN TAHUN 5 2023/2024 5 BESTARI BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEJARAH 5 ARIF BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL BAHASA ARAB PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEJARAH : MUHAMMAD ALIF MUSTAQIM BIN MD FUHAD : HAFIZAH KHAIRIAH BINTI AZMI : MUHAMMAD QALEEF BIN SOLEHIN : AHMAD TAUFIQ HARRAZ BIN AHMAD HAIRUL'ADHA : NUR FARISYA IZARA BINTI MUHAMAD FAIRUS : - : RAUDAH WIDAD BINTI KHAIRUL REDZUAN : NUR FARISYA IZARA BINTI MUHAMAD FAIRUS : HAFIZAH KHAIRIAH BINTI AZMI : MUHAMMAD NORWAFI BIN NORSHAH RIZAD : MUHAMMAD ALTAMIS FIRAS BIN RAHIMUDDIN : ARSYAD SAFIY BIN AHMAD RUKHAIMIE : MUHAMMAD ADIB HARIZ BIN MOHD AZAWARI : MUHAYMIN AZAD BIN ABDUR RAHMAN : NUR QASEH AL ZAHRA BINTI ABDULLAH : MUHAMMAD ADIB HARIZ BIN MOHD AZAWARI : NUR UMAIRAH SYAHMINA BINTI MUHAMAD FAIS - : AHMAD AMSYAR BIN AHMAD AKASHAH : NUR QASEH AL ZAHRA BINTI ABDULLAH : NUR UMAIRAH SYAHMINA BINTI MUHAMAD FAIS : MUHAMMAD RAYYAN MIKHAIL BIN ABDUL RAZZAQ : SYED ADLAN FAKRULRAZI BIN SYED KHAIRULAZAM : MOHAMAD AQLAN BIN MOHD ADIB


#MESRAforEXCELLENCE LENSA SKNC


#MESRAforEXCELLENCE LENSA SKNC


#MESRAforEXCELLENCE JAWATANKUASA KERJA JAWATANKUASA INDUK Penasihat Cikgu Siti Aminah Rohmat (Guru Besar SKNC) Pengerusi En Abdullah Sani Johor (YDP PIBG) Naib Pengerusi En Muhammad Najhan Abdul Rahim (NYDP PIBG) Cikgu Zarina Zainal (GPK Kurikulum) Cikgu Mohd Sharizan Abdul Aziz (GPK Hal Ehwal Murid) Cikgu Mohamad Suhaidi Ab Halim (GPK Kokurikulum) Setiausaha Cikgu Muhammad Safuan Ibrahim Naib Setiausaha Cikgu Saqifah Abdul Razak Bendahari Cikgu Haryati Othman Naib Bendahari Cikgu Nor Asmiera Fauzi JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID


#MESRAforEXCELLENCE JAWATANKUASA KERJA Protokol, Dewan & Hiasan Pentas • Cikgu Muhammad Aizat Bin Azmi (K)- Kerusi & Peralatan • Cikgu Ismail Salam • Cikgu Idham Hakimi Hamdan • Cikgu Siti Nur Sa’aidah Binti Subri (K) – Hiasan Pentas • Cikgu Rozana Binti Radzuan • Cikgu Syafiqah Bazli • Cikgu Nabilah Yahaya Banner dan Juru Gambar • Cikgu Muhammad Safuan Bin Ibrahim (K)-Banner • Cikgu Luqman Hakim Kamil (K)-Juru Gambar Sambutan • Cikgu Siti Aminah Rohmat • En Abdullah Sani Johor • En Muhammad Najhan Abdul Rahim • Cikgu Zarina Zainal • Cikgu Mohd Sharizan Abd Aziz • Cikgu Mohamad Suhaidi Ab Halim Pendaftaran • Cikgu Hafizatul Salwana Mohd Subari (K) • Cikgu Nor Linda Sairan Pencatat Minit Mesyuarat • Cikgu Suria Abdullah Sangguro (K) • Cikgu Nurzafirah Mahmud PA Sistem & Teknikal • Cikgu Muhammad Farid Hasan (K) • Cikgu Haizullizan Amaran Urusetia / Surat / Laporan • Cikgu Muhammad Safuan Ibrahim (K) Buku Mesyuarat & Program • Cikgu Anis Syahirah Saiful Bahrin (Buku Program) • Cikgu Nur Hanis Nasiha Azhar (Buku Mesyuarat) • Cikgu Rashwini A/P Selbakumar (Usul) Juruacara & Bacaan Doa • Cikgu Muhammad Syazwan Mohd Razi (K) • Cikgu Nor Aslah Aris • Cikgu Khairul Zulfaqar Mohd Salim (Doa) AJK Jamuan VIP, Guru & Ibu Bapa • Cikgu Nurul Azmina Azmi (K)- VIP • Cikgu Norhaizah A.Hamid • Cikgu Yasmin Amirah Yuslee • Cikgu Nur Azlivinia Adzanan (K)-Ibu Bapa/Guru/Murid • Cikgu Fatin Nur Aida Hasbullah • Cikgu Nurul Ain Mohd Jalani Flow Manager • Cikgu Mohd Syahreen Mohd Puad (K) Pengurus Peserta • Cikgu Tuan Mohd Kamal Tuan Wil (K) • Cikgu Mohd Amar Rahymee Mohd Anuar • Cikgu Masniza Husna Samsulkamal • Cikgu Nabilah Aisar Baharudin Pengurus Peserta • Cikgu Tuan Mohd Kamal Tuan Wil (K) • Cikgu Mohd Amar Rahymee Mohd Anuar • Cikgu Masniza Husna Samsulkamal • Cikgu Nabilah Aisar Baharudin Roadshow • Cikgu Sa'duddin Ab Samad – (K) • Cikgu Saqifah Abdul Razak


#MESRAforEXCELLENCE SEKALUNG PENGHARGAAN Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman, Kandungan budi junjungan kasih, Kekal cemerlang sepanjang zaman. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang ke-38 dan Majlis Anugerah Potensi Kecemerlangan Murid SK Nong Chik 2024 Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version