The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Politeknik Mukah
.
Subject Nilai Masyarakat Malaysia MPU2304
.
Lecturer; Madam Ninie Amira Binti Drahim
.
Kumpulan 4
.
Nama Ahli Kumpulan
1.SHEARER LAHANG LESLEY (20DPM21F1028)
2..DIANA MINDA ANAK MANAN (20DPM21F1055)
3.JUSTINE ANAK MARCOS (20DPM21F1066)
4.PAULUS CAUNG ANAK NANANG (20DPM21F1058)
.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shearerlahanglesley, 2022-06-09 06:27:15

Cara Mengatasi Budaya Hedonisme

Politeknik Mukah
.
Subject Nilai Masyarakat Malaysia MPU2304
.
Lecturer; Madam Ninie Amira Binti Drahim
.
Kumpulan 4
.
Nama Ahli Kumpulan
1.SHEARER LAHANG LESLEY (20DPM21F1028)
2..DIANA MINDA ANAK MANAN (20DPM21F1055)
3.JUSTINE ANAK MARCOS (20DPM21F1066)
4.PAULUS CAUNG ANAK NANANG (20DPM21F1058)
.

Cara Mengatasi Budaya
Hendonisme

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
MPU2304

MADAM NINIE AMIRA BINTI
DRAHIM

Nama Ahli Kumpulan

1.PAULUS CAUNG ANAK
NANANG (20DPM21F1058)

2.JUSTINE ANAK
MARCOS (20DPM21F1066)

3,DIANA MINDA ANAK
MANAN (20DPM21F1055)

4.SHEARER LAHANG
LESLEY (20DPM21F1028)

Isi kandungan

01 PENGHARGAAN
02 OBJEKTIF
03 PENGENALAN
04 FAKTOR
05 KESAN
06 CARA MENGATASI
07 CONTOH
08 PENUTUP
09 LAMPIRAN

01
PENGHARGAAN

PENGHARGAAN:

Kami ingin merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
mereka yang telah menolong dan membantu kami dalam
menyiapkan kajian ini. Bantuan, dorongan dan tunjuk ajar
mereka telah membolehkan kami menjalankan kajian ini dengan
jayanya. Sekalung budi kepada ibu bapa kami, pensyarah
pensyarah, pensyarah Nilai Masyarakat Malaysia Puan Ninie
Amira, rakan rakan serta pihak lain yang tidak dapat saya
sertakan.

02
OBJEKTIF

OBJEKTIF:

1.Memudahkan pelajar memahami maksud
hedonism.

2.Mengenalpasti faktor cabaran budaya
hedonisme, kesan cabaran, cara mengatasi
cabaran, contoh isu cabaran yang berlaku di
Malaysia.

03
PENGENALAN

PENGENALAN

Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan
masa kini. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang
gejala hedonisme kerana ia merupakan satu perilaku ‘suh-
budaya’ yang negatif kepada masyarakat golongan remaja.

Hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup
bebas terutamanya remaja dan golongan belia sesetengah
masyarakat kita. Ia menyusup masuk secara halus tanpa
kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan kajian, budaya
hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak
era 60an lagi tetapi dalam skala yang sangat kecil. Namun
dari era joget lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang
secara senyap sehinggalah ke era musik tekno, jungle dan
sebagainya.

Kebelakangan ini, terlalu banyak diperkatakan isu
yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan
remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam membentuk
devian social tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke
atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

04
FAKTOR

5 FAKTOR CABARAN

1.Keruntuhan institusi kekeluargaan.

Permasalah rumah tangga yang berpunca daripada penceraian,
poligami dan sebagainya.

Anak- anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari
keluarga terhadap jiwa dan ‘trend’ dunia mereka.

2. Pengaruh media massa
Melalui perkembangan media massa, pengaruh
hedonisme ini dapat menular ke negara ini dengan begitu
mudah.
Konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan
kepuasan nafsu semata- mata tanpa wujudnya sebarang
perpaduan atau Batasan tertentu terutamanya ajaran
agama.

3.Kurang pegangan agama

Faktor agama penting di dalam kehidupan seorang manusia
dan apabila pegangan agama masyarakat terutamanya di dalam
diri golongan muda tidak teguh mereka tidak akan
mendapatkan ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan mereka
mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme.

5 FAKTOR CABARAN

4.Wujudnya pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian

Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah
begitu berleluasa sekarang.

Pihak berkuasa telah memainkan peranan yang penting
dalam membanteras gejala ini tetapi tidak dinafikan bahawa
masih banyak lagi di luar sana pusat hiburan seperti ini.

5.Kurang pengawalan atau pengawasan ibubapa
Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan
kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-
remaja ini untuk keluar bersiar-siar dan menghabiskan
masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat yang
boleh merosakkan akhlak para remaja.

05 KESAN

KESAN CABARAN

1.Budaya hedonisme akan menyebabkan kemakmuran dan
kesejahteraan negara semakin tergugat.

Setiap individu turut mengamalkan budaya hedonism, ianya
akan menyebabkan mereka bersikap kemewahan.
2.Statistik jenayah sosial dalam kalangan temaja dan belia
akan meningkat sekiranya budaya hedonisme semakin
menular.

Golongan remaja mudah terdedah kerana tidak dapat
mengawal nafsu dengan baik.

Sanggup melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sah untuk
mencari wang seperti penipuan.

KESAN CABARAN

3.Budaya hedonisme akan menyebabkan generasi muda
pada masa kini lupa akan matlamat hidup yang sebenar.

Hedonisme menilai kebaikan hanya berdasarkan kepada
keseronokan semata-mata.

Penganut budaya ini turut lupa akan matlamat hidup yang
sebenar.
4.Budaya hedonisme menyebabkan kadar pengangguran
semakin meningkat.

Budaya hedonisme menyebabkan remaja kerap mengejar
kemewahan dan tidak mahu bekerja dalam jangka masa yang
Panjang dan letih.

Remaja sedang belajar turut akan lupa akan matlamat
hidup mereka dan mengabaikan pelajaran mereka.

KESAN CABARAN

5.Budaya hedonisme melahirkan manusia yang keras
hati, menolak kebenaran dan sentiasa berada dalam
kesesatan.

Kemewahan menjadikan hati manusia menjadi kasar,
hilang kepekaan dan merosakkan fitrah manusia.

Golongan yang hidup mewah itu tertipu dengan nilai-
nilai yang palsu dan nikma-nimat yang fana.

06
CARA
MENGATASI

CARA MENGATASI

1. Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-
anak mereka. Dari masa ke semasa, ibu bapa perlu mencari
tahu tentang keberadaan anak-anak mereka dan apakah yang
dilakukan oleh anak-anak mereka semasa berada di luar
rumah.

2. Ibu bapa juga harus mendidik anak mereka dari kecil
tentang budaya-budaya yang tidak bermanfaat di luar sana.
Mengajar mereka tentang kebaikan dan keburukan sesuatu
perkara supaya anak-anak lebih memahami cara hidup di
luar dan tidak mudah dipengaruhi rakan-rakan sebaya yang
tidak membawa manfaat di dalam hidup.

CARA MENGATASI

3.Seseorang individu juga haruslah bijak dan berhati-hati
dalam memilih teman. Kita boleh berkawan dengan sesiapa
sahaja, namun bukan semua orang boleh menjadi kawan
kita. Lingkungan pergaulan dapat mempengaruhi
keperibadian serta gaya hidup seseorang maka dari itu kita
haruslah mempunyai kebijaksanaan dalam memilih kawan.

4.Mendekatkan diri dengan didikan agama dan menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul Bersama yang
berpengetahuan dan orang yang arif tentang ilmu agama.

5.Melarikan diri dari persekitaran yang merosakkan diri, jika
kita berada di dalam persekitaran yang manusia tidak
berakhlak, kita perlu jauhkan diri untuk mengelakkan dari
kita terus rosak.

07
CONTOH ISU

5 CONTOH ISU CABARAN
YANG BERLAKU DI MALAYSIA.

1.Seramai 28 pelanggan lelaki dan lima pelanggan wanita
ditangkap kerana telah melakukan Tarian ‘panas’ di pub rimba.

2.Menonton filem 18 ke atas.

3.Masalah segelintir ibubapa yang mempunyai kurang
pengetahuan tentang pengambilan dadah.
4.45 remaja di Kuala Lumpur dicekup kerana telah

mengikuti pesta dan menari dalam keadaan mabuk.
5.Bilangan pelajar IPT ditangkap kerana

menyalahgunakan dadah semakin meningkat.

08
KESIMPULAN /
PENUTUP

KESIMPULAN/PENUTUP

Kesimpulan, keseronokan sebagai asas utama kehidupan. Konsep kebaikan
dan kebahagian yang dibawa oleh hedonisme hanya berasaskan kepada
keseronokan duniawi serta penumpangnya kepada kebendaan semata-mata.
Konsep keseronokan, kenikmatan dan kelazatan Berjaya mempengaruhi
masyarakat dalam pelbagai adegan perbuatan yang merosakkan masyarakat.
Hasil daripada buah fikiran para hedonis telah diimplementasi sepenuhnya
oleh golongan masyarakat pada hari ini terutama golongan remaja.
Kehidupan mereka yang bersifat individualistic dan materialistic ini dipenuhi
dengan berpoya-poya, menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan, minum
arak, berzina dan sebagainya dengan hasrat untuk mencapai satu matlamat
iaitu mengecap keseronokan, kebahagian dan kenimatan duniawi.

09
RUJUKAN

RUJUKAN

a)http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/punca-berlaku-
budaya-hedonisme.html

b)http://commonrepo.um.edu.my/12613/4/Page%2049-58.pdf

c)http://guruppkn.com/contoh-hedonism

d)http://hedonisme-nmm-
2020.blogspot.com/2020/03/hedonisme.html

e)file://C:/Users/Users/Downloads/19525.pdf
https://online.fliptml5.com/kawhk/kcix/#p=6

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
and includes icons by Flaticon, and infographics & images by
Freepik


Click to View FlipBook Version