Bab 19 RUMUSAN
Perniagaan Burger..................... telah mengamalkan konsep andaian, prinsip dan
batasan perakaunan berikut dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan :
(sila pilih mana-mana tiga andaian)
1. Prinsip Kos
Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah dinilai dan direkodkan dalam
Penyata Kedudukan Kewangan berdasarkan harga sebenar atau kos asal
pembelian, bukannya nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan.
Contoh urus niaga :
Lengkapan berjumlah RM................... pada 31 Mac 2021 tetap direkodkan
amaun RM............... ke dalam Penyata Kedudukan kewangan pada 31 Mac
2021 walaupun harga nilai pasaran semasa telah menurun.
2. Wang Sebagai Ukuran
Semua urus niaga direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM). Ini selaras
dengan konsep Wang Sebagai Ukuran.
Contoh Urus niaga : ( sila pilih mana-mana urus niaga dan berserta dengan
tarikh)
Contoh cikgu chan : Pada 1 Mac 2021, membayar lesen perniagaan untuk
tempoh enam bulan sebanyak RM240. Dengan itu, Perniagaan saya akan
merekodkan amaun RM240 ke dalam akaun perniagaan saya iaitu akaun lesen
perniagaan yang dianggap sebagai Wang Sebagai Ukuran.
Contoh yang lain : Pada 15 Mac 2021, Membayar upah kepada pembantu kios
secara tunai sebanyak RM980. Dengan itu, Perniagaan saya akan merekodkan
amaun RM980 ke dalam akaun perniagaan saya iaitu akaun upah yang dianggap
sebagai Wang Sebagai Ukuran.
3. Ketekalan
Prinsip ketekalan memastikan wujudnya konsistensi dalam prosedur perakaunan
yang digunakan oleh perniagaan saya dari satu tempoh perakaunaan ke tempoh
perakaunan yang lain.
Contoh : Penggunaan kaedah susut nilai bagi Lengkapan pada 31 Mac 2021
ialah kaedah atas kos, akan digunakan konsisten sehingga 31 Februari 2022.
4. Pengiktirafan hasil dan belanja
Semua hasil (belum terperoleh atau belum terima) dan semua belanja (prabayar
atau belum bayar) perlu diambil kira ketika menyediakan Penyata Kewangan
pada akhir tempoh perakaunan.
Ini adalah untuk membolehkan kita mengetahui lebihan sebenar yang dijana
oleh kelab sepanjang tempoh perakaunan.
Contoh : (sila rujuk 2.5 Pelarasan dan pilih antara maklumat tambahan dari item
belanja prabayar atau dua item belanja belum bayar atau satu item hasil belum
terima)
Contoh cikgu chan: komisen belum terima pada 31 Mac 2021 ialah RM200.
Dengan itu, komisen terima sebenar ialah RM200 iaitu hasil sebenar perlu rekod
ke item hasil di akaun untung rugi ; dan manakala komisen belum terima iaitu
RM200 perlu rekod ke item aset semasa di Penyata Kedudukan Kewangan.
(sila guna soalan sebenar yang anda gunakan)
5. Tempoh Perakaunan
Ini membolehkan pembahagian operasi dan aktiviti perniagaan kepada tempoh
masa yang ditentukan oleh Perniagaan Burger ..................... untuk tujuan
pelaporan.
Contoh : Tempoh perakaunan Perniagaan Burger................... ialah setahun iaitu
bermula 1 Mac 2021 hingga 28 Feb 2022. Tempoh rekod perakaunan ialah
sebulan iaitu daripada 1 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses p&p selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen
di dalam EMK dalam projek Prinsip Perakaunan saya adalah seperti berikut:
1. Bahasa
Perniagaan .......................... sentiasa menggunakan Bahasa pengantar iaitu Bahasa
Melayu berkomunikasi dengan kawan saya semasa membuat membincangkan
projek Prinsip Perakaunan, saya juga akan berkomunikasi dengan cikgu saya, iaitu
En. Chan Kam Chiang semasa membentangkan hasil kerja tugasan saya bagi setiap
bab dengan penggunaan Bahasa Melayu.
2. Keusahawanan
Saya dapat menerapkan elemen keusahawanan dalam projek Prinsip Perakaunan
dengan mengamalkan ciri keusahawanan seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu
idea ke pasaran. Ini penting apabila saya bercita-cita menjadi seorang peniaga,
seorang pengurus atau seorang usahawan, saya perlu mengamalkan ciri
keusahawanan dengan menyediakan Penyata Kewangan dengan betul dan tepat
kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran. Misalnya saya dapat
mengemukakan laporan Kelab Penyata Kewangan yang betul dan tepat mengikut
Akta Pertubuhan.
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
Saya telah mengamalkan penggunaan komputer dalam menyediakan semua bab
dalam tugasan projek. Ini akan menambahkan kemahiran dan mengukuhkan
pengetahuan dalam bidang TMK saya.
4. Nilai Murni
Saya juga mengamalkan nilai murni dalam tugasan saya. Setiap bab adalah hasil
kerja saya sendiri tanpa meniru serta sentiasa mendapat bimbingan khas daripada
guru saya untuk menjayakan tugasan saya. Saya juga mengamalkan sikap bantu
membantu kepada kawan saya yang minta pertolongan apabila mereka tidak faham
projek tugasan.
5. Pendidikan Kewangan
Saya juga mengamalkan elemen Pendidikan Kewangan dalam tugasan saya supaya
dapat berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan
pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal
kewangan secara bertanggungjawab. Misalnya saya membuat pengiraan dalam
tafsiran analisis nisbah dengan betul dan tetap dan tidak mengelirukan.