The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by einapyan81, 2022-08-25 01:10:14

PERKHIDMATAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

PERKHIDMATAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

SISTEM PERTUKARAN GURU ONLINE

SYARAT PERTUKARAN (PEMOHON)

1. Pemohon perlu mendaftar untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan
sebelum membuat permohonan.

2. Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali dalam setiap sesi permohonan.
3. Pemohon tidak dibenarkan membuat pengemaskinian setelah menghantar borang

permohonan.
4. Pemohon perlu membuat permohonan lain pada sesi berikutnya setelah gagal

pada sesi sebelumnya.
5. Pemohon hanya boleh membuat permohonan dalam tempoh sesi permohonan

yang ditetapkan.

https://epgo.moe.gov.my

PENDAFTARAN MURID KE TAHUN SATU
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2023/2024

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 untuk sesi

persekolahan 2023.
3. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 untuk sesi

persekolahan 2024.
4. Permohonan dibuat secara online di laman sesawang https://public.moe.gov.my.
5. Tempoh permohonan bermula 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022.

PROSES PERTUKARAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH

1. Dapatkan borang pertukaran sekolah PUA 275 di sekolah semasa.
2. Lengkapkan borang PUA 275 serta hantar kembali borang tersebut beserta sijil lahir

murid ke sekolah semasa untuk pengesahan Guru Besar atau Pengetua.
3. Dapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua dan cop sekolah semasa.
4. Hantar borang permohonan bersama salinan dokumen murid ke Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD) mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan.
5. Pihak PPD akan menyemak penempatan bagi sekolah yang dipilih. jika terdapat

kekosongan, permohonan pertukaran sekolah berjaya dilakukan.
6. Sekiranya tiada kekosongan, semakan akan dibuat pada pilihan sekolah kedua.

PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

1. Terdapat 13 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidkan
Malaysia di Pejabat Pendidikan Daerah Machang.

2. Menggunakan kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK).
3. Kohort umur murid di tadika swasta 4+ dan 5+ tahun.

KAEDAH PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS
PRASEKOLAH KPM MELALUI DUA CARA

Dalam Talian (online)

1. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun
sebelumnya.

2. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my/

3. Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian
hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.

4. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen
berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak
sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.

5. Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang
eprasekolah sebagai panduan.

Manual

1. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun
sebelumnya.

2. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin
dimohon.

3. Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari
laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

4. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan
hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

PENGURUSAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM
A) SYARAT AM

1. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu.

2. Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2022.

3. Lulus mata pelajaran Sejarah.

B) SYARAT KHAS

1. Bidang Sains : Tiga Kepujian dengan jumlah gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata
pelajaran.

2. Bidang Sains Sosial : Tiga Kepujian dengan jumlah gred tidak melebihi 12 unit bagi
3 mata pelajaran.

3. Bidang Agama : Mendapat sekurang-kurang Gred D bagi mata pelajaran Bahasa
Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab DAN Tiga Kepujian
dengan jumlah gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran.


Click to View FlipBook Version