The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2022312410018_SITI AISHAH SAIRONI_PIMK2082M_T1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Aishah Saironi, 2023-04-02 03:17:14

2022312410018_SITI AISHAH SAIRONI_PIMK2082M_T1

2022312410018_SITI AISHAH SAIRONI_PIMK2082M_T1

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) AMBILAN OKTOBER 2022 SEMESTER 2 TAHUN 1 TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK Nama Pelajar : SITI AISHAH BINTI SAIRONI Angka Giliran : 2022312410018 No. Kad Pengenalan : 930730-10-6386 Kumpulan /Unit : PDPPPI21022 (SM) Kod Kursus : PIMK2082M Nama Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH Nama Pensyarah : USTAZ JOHARI BIN CHEK OMAR Tarikh Hantar : 31 MAC 2023 Pengakuan Pelajar Saya telah menerima maklum balas kerja kursus ini daripada pensyarah. Tandatangan : Nama : Siti Aishah Binti Saironi Tarikh : 31/03/2023


2 SENARAI KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1.0 PENGENALAN 3 2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 5 3.0 PEMBINAAN ITEM 16 4.0 PENUTUP 18 5.0 RUJUKAN 19 6.0 LAMPIRAN 20


3 1.0 PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia). Tujuan PBD ialah untuk membantu guru dalam mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran, mengetahui keberkesanan pengajaran, merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran dan mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, keobjektifan iaitu ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Yang kedua, kebolehtadbiran iaitu kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Seterusnya, kemudahtafsiran, yang bermaksud maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Dan yang terakhir, kekomprehensifan iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan antara individu. Guru menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21, serta kaedah pentaksiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan tahap penguasaan murid. Melalui aktiviti pembelajaran seperti tugasan individu atau kumpulan, perbahasan, sketsa, kerja projek, ujian, guru dapat menentukan standard prestasi yang ditetapkan dalam kurikulum. Proses merungkai merupakan proses guru menganalisis dan mengenalpasti pengetahuan atau kata nama dan kemahiran atau kata kerja yang terdapat dalam standard pembelajaran. Proses ini sangat penting bagi memberi kefahaman pada guru tentang apakah pengetahuan yang sepatutnya murid atau pelajar dapat serta apakah kemahiran yang sepatutnya murid atau pelajar kuasai selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Daripada pemahaman ini membolehkan guru-guru membuat perancangan pengajaran dengan mengambil kira pemilihan strategi, kaedah dan aktiviti yang terbaik bagi membolehkan standard pembelajaran itu mampu dicapai oleh murid atau pelajar. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang


4 produk sesuatu proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Bagi melaksanakan pentaksiran guru perlu mengikut pringkat pembinaan ujian seperti menentukan tujuan ujian, membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan banyak lagi. Oleh itu, pembinaan item JSU merupakan sesuatu yang penting sebelum guru memulakan sesuatu ujian bagi menentukan standard kandungan yang hendak diuji dan bilangan item untuk setiap standard kandungan subjek.


5 2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah kerangka taburan matriks pemberatan penilaian pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada penekanan objektif pengajaran dan kandungan isi yang di ajar. Menurut Hale (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil. Tujuan pembinaan JSU adalah untuk memastikan objektif yang ingin dicapai diukur dan dinilai, dan untuk memastikan setiap objektif yang ingin dicapai menerima penekanan yang seimbang. Hasilnya soalan yang dihasilkan tersebut mempunyai kesahan dan keutuhan untuk diuji. Rajah 1. DSKP Tingkatan 2 Pendidikan Islam.


6 Rajah 2. Isi Kandungan Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 2. Subjek yang dipilih ialah Pendidikan Islam Tingkatan 2 berdasarkan pengkhususan saya iaitu Pendidikan Islam. Dalam menyediakan JSU, saya telah merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 2 semakan 2016, Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Islam Tingkatan 2 serta Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 2 mengenai topik yang sesuai. Saya telah memilih 10 topik seperti yang tersenarai di Jadual 2. Terdapat 5 langkah dalam pembinaan JSU, langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut; LANGKAH 1: Bilangan waktu mengajar: 14 Minggu x 6 Waktu (Seminggu) = 84 Waktu Bil. Bidang Bilangan Tajuk Yang Diajar Bilangan Waktu Mengajar Bilangan Jam Mengajar (Jam) Peratus Permarkahan (%) 1 Al-Quran 3/8 43 22 22 42 x 100 = 50% 2 Hadis 1/2 4 2 2 42 x 100 = 5%


7 3 Aqidah 2/3 8 4 4 42 x 100 = 10% 4 Feqah 2/6 21 10 10 42 x 100 = 25% 5 Sirah dan Tamadun Islam 1/4 4 2 2 42 x 100 = 5% 6 Akhlak Islamiah 1/5 4 2 2 42 x 100 = 5% Jumlah 84 42 100% Jadual 1. Wajaran peratusan untuk setiap bidang. LANGKAH 2: Bil. Bidang Tajuk / Topik Masa Untuk Mengajar 1 Al-Quran Allah SWT Pengurnia Hidayah 1 Jam Manisnya Persaudaraan 1 Jam Amanah Terhadap Harta dan Nyawa 1 Jam 2 Hadis Mencari yang Halal 1.5 Jam 3 Aqidah Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT 1.5 Jam Ketaatan Malaikat 1.5 Jam 4 Feqah Solat Berjemaah Pengikat Hati 2 Jam Solat Sunat Menampung Kefardhuaan 1.5 Jam 5 Sirah dan Tamadun Islam Wanita Suri Teladan Ummah 1.5 Jam 6 Akhlak Islamiah Masjid Destinasiku 1.5 Jam Jumlah 14 Jam Jadual 2. Masa Untuk Mengajar Topik Tertentu. Untuk langkah kedua, saya menyenaraikan topik yang akan diuji dan masa yang digunakan untuk mengajar topik tersebut. Menurut Lawrence Aloysius Aeria (2017), tajuk yang disenaraikan mesti terdapat dalam sukatan kurikulum standard mata pelajaran berkenaan. Jadual 2 menunjukkan masa pengajaran bagi 10 topik Pendidikan Islam yang dipilih dari buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 2. Jumlah masa pengajaran bagi 10 topik ini ialah 14 jam. Penciptaan jadual waktu adalah sangat penting sebelum guru memutuskan peratusan mata bagi setiap topik.


8 LANGKAH 3: Bil. Bidang Tajuk / Topik Masa Untuk Mengajar Peratus Markah Peratus Markah Muktamad 1 Al-Quran Allah SWT Pengurnia Hidayah 1 Jam 1 14 x 100 = 7.1 6 Manisnya Persaudaraan 1 Jam 1 14 x 100 = 7.1 6 Amanah Terhadap Harta dan Nyawa 1 Jam 1 14 x 100 = 7.1 6 2 Hadis Mencari yang Halal 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 10 3 Aqidah Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 8 Ketaatan Malaikat 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 4 Feqah Solat Berjemaah Pengikat Hati 2 Jam 2 13.5 x 100 = 14.8 14 Solat Sunat Menampung Kefardhuaan 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 5 Sirah dan Tamadun Islam Wanita Suri Teladan Ummah 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 Masjid Destinasiku 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 Jumlah 14 Jam 100% Jadual 3. Peruntukan Markah Bagi Setiap Topik.


9 Jadual 3 menunjukkan peruntukan markah bagi soalan yang hendak diuji berdasarkan masa pengajaran setiap topik. Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa pengiraan peratusan markah bagi bidang mengikut waktu mengajar. Walaubagaimanapun, perbundaran markah yang terdekat secara genap, kurang atau lebih telah dilakukan untuk memudahkan pembinaan item. Justeru, jumlah peratusan penambahan peratus markah muktamad bagi semua topik ialah 100%. LANGKAH 4: Bil. Bidang Tajuk / Topik Masa Untuk Mengajar Peratus Markah Peratus Markah Muktamad Soalan Objektif Soalan Subjektif Jumlah Item 1 Al-Quran Allah SWT Pengurnia Hidayah 1 Jam 1 14 x 100 = 7.1 6 2 2 4 Manisnya Persaudaraan 1 Jam 1 14 x 100 = 7.1 6 2 1 3 Amanah Terhadap Harta dan Nyawa 1 Jam 1 14 x 100 = 7.1 6 2 1 3 2 Hadis Mencari yang Halal 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 10 2 3 5 3 Aqidah Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 8 2 2 4 Ketaatan Malaikat 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 0 4 4 4 Feqah Solat Berjemaah Pengikat Hati 2 Jam 2 13.5 x 100 = 14.8 14 4 3 7 Solat Sunat Menampung Kefardhuaan 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 2 3 5


10 5 Sirah dan Tamadun Islam Wanita Suri Teladan Ummah 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 2 3 5 Masjid Destinasiku 1.5 Jam 1.5 14 x 100 = 10.7 12 2 3 5 Jumlah 14 Jam 100 20 25 45 Jadual 4. Jumlah Bilangan Item Untuk Setiap Topik. Seterusnya, Jadual 4 diatas merupakan pengiraan jumlah item setiap topik yang diuji dalam ujian yang dirancangkan. Pemilihan topik berdasarkan DSKP merupakan aspek yang menentukan bilangan item. Menurut Lawrence Aloysius Aeria (2017), hal ini penting kerana bilangan item yang sesuai dapat memastikan penginterpretasian tingkah laku calon dengan tepat. Selain tu, bidang kandungan yang mengambil masa pengajaran yang lebih banyak juga perlu dibanyakkan bilangan itemnya. Jumlah item soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.


LANGKAH 5: JADUAL SPESIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK PENDIDIKAN IS SMK METHODIS NOMBOR SOALAN TAJUK Meng SOALAN OBJEKTIF A Allah SWT Pengurnia Hidayah 1 Nyatakan maksud 1 2 Nyatakan tujuan A Manisnya Persaudaraan 3 Nyatakan maksud 1 4 Jelaskan Hikmah A Amanah Terhadap Harta Dan Nyawa 5 Nyatakan cara 6 Terangkan tindakan/ Perbuatan A Mencari Yang Halal 7 Terangkan tindakan/ Perbuatan 8 Terangkan tindakan/ Perbuatan A Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT 9 Nyatakan maksud 1 10 Jelaskan maksud


11 FIKASI UJIAN K 2023 TINGKATAN 2 SLAM ST SIBU ingati Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta KBAT Wajaran (100%) 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1


A Solat Berjemaah Pengikat Hati 11 Nyatakan maksud 1 12 Nyatakan (syarat solat berjemaah) 13 Nyatakan hukum 1 14 Jelaskan (ciri) A Solat Sunat Menampung Kefardhuan 15 Jelaskan syarat 16 Jelaskan syarat A Wanita Suri Teladan Ummah 17 Jelaskan (ciri) 18 Nyatakan Ciri A Masjid Destinasiku 17 Nyatakan Adab 18 Nyatakan Fungsi SOALAN SUBJEKTIF B Allah SWT Pengurnia Hidayah 1 (a) Nyatakan kalimah bergaris (maksud) 2 1 (b) Nyatakan maksud dengan mengisi tempat kosong B Manisnya Persaudaraan 1 (c) Terangkan Cara B Amanah Terhadap Harta Dan Nyawa 1 (d) KBAT - (Bagaimana..) B Mencari Yang Halal 2 (a) Jelaskan maksud 2 (b) Terangkan iktibar/pengajaran 2 (c) KBAT - (Huraikan..) C Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT 3 (a) Nyatakan maksud 2


12 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 4 4 4 4 2 2 2 2 4 4 2 2


3 (b) Jelaskan bukti C Ketaatan Malaikat 4 (a) Nyatakan tugas 4 4 (b) Gariskan jawapan yang betul 4 (c) Jelaskan perbezaan 4 (d) Terangkan Hikmah D Solat Berjemaah Pengikat Hati 5 (a) Nyatakan Syarat 5 (b) Penyataan betul atau salah 5 (c) Terangkan Hikmah D Solat Sunat Menampung Kefardhuan 6 (a) Nyatakan Jenis 6 (b) Penyataan betul/ isi tempat kosong 6 (c) KBAT - (Bagaimana..) E Wanita Suri Teladan Ummah 7 (a) Jelaskan maksud 7 (b) Nyatakan Ciri 7 (c) Gariskan jawapan yang betul E Masjid Destinasiku 8 (a) Nyatakan Adab 8 (b) Jelaskan Cara 8 (c) KBAT - (Huraikan..) JUMLAH 1 ARAS REND MARKAH 4 RATIO


13 4 4 4 4 4 4 4 4 2 2 2 2 4 4 4 4 2 2 4 4 4 4 2 2 4 4 4 4 2 2 4 4 4 4 3 32 7 23 9 0 16 100 DAH SEDERHANA TINGGI 5 30 25 5:3:2


14 Bil. Bidang Tajuk / Topik Aras Kemahiran 1 Al-Quran Allah SWT Pengurnia Hidayah Mengingati Memahami Manisnya Persaudaraan Mengingati Memahami Menganalisis Amanah Terhadap Harta dan Nyawa Mengaplikasi Mencipta/KBAT 2 Hadis Mencari yang Halal Memahami Menganalisis Mencipta/KBAT 3 Aqidah Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT Mengingati Memahami Ketaatan Malaikat Mengingati Mengaplikasi Menganalisis 4 Feqah Solat Berjemaah Pengikat Hati Mengingati Memahami Mengaplikasi Solat Sunat Menampung Kefardhuaan Memahami Menganalisis 5 Sirah dan Tamadun Islam Wanita Suri Teladan Ummah Memahami Mengaplikasi Menganalisis 6 Akhlak Islamiah Masjid Destinasiku Memahami Menganalisis Mencipta/KBAT Jadual 5. Aras Kemahiran Untuk Soalan Yang Dibina Mengikut Taksonomi Bloom. Untuk langkah kelima, jadual diatas menunjukkan penentuan aras kemahiran untuk tajuk mengikut aras Taksonomi Bloom. Menurut Mahyuddin Hashim (2018), aras Taksonomi Bloom yang diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 terdiri daripada mengingati,


15 memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran Aras atau dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Tinggi (KBAT) yang akan diuji harus dipilih dan disenaraikan sebelum membina soalan ujian. Menurut Lawrence Aloysius Aeria (2017), kemahiran yang diuji harus mencerminkan pengajaran di dalam bilik darjah dan memadankan dengan perkembangan kognitif murid. Berdasakan jadual 5, dengan mempunyai ratio 5:3:2 (Rendah: Sederhana: Tinggi) ia memberikan keseimbangan aras kesukaran dalam pembinaan solan ujian. Saya memilih ratio ini kerana ujian ini akan ditadbir untuk murid berpencapaian rendah dan sederhana. Aras kesukaran item ujian merupakan aspek yang perlu diambil kira. Kesukaran item mencerminkan dan bergantung pada sasaran dan tujuan ujian dilaksanakan (Boon Pong Ying, 2017). Kesimpulannya, pembinaan JSU ini amat penting bagi memastikan kesahan guru dalam pembinaan soalan ujian dan mengubal soalan ujian secara sistematik. Selain itu, struktur JSU ini penting bagi memastikan pengagihan soalan seimbang mengikut topik dan soalan ujian yang dibina merangkumi keseluruhan sukatan pelajaran. Ini membolehkan sebarang ujian yang dijalankan dapat ditadbir secara adil dan saksama.


16 3.0 PEMBINAAN ITEM Pembinaan item ialah set soalan yang disediakan untuk tujuan menguji tahap pencapaian individu berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mengikut 6 aras kognitif dalam Taksonomi Bloom. Taksonomi Bloom terdiri daripada peringkat mengingati, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (Boon Pong Ying, 2017). Kebaikan penggunaan Taksonomi Bloom ini ialah guru dapat merancang ujian pencapaian mengikut tahap dalam Taksonomi Bloom, memberi definisi yang standard untuk menerangkan dan mengelas hasil pembelajaran serta ia juga boleh digunakan sebagai asas dalam menyatakan tingkah laku yang dikehendaki oleh pelajar. Soalan yang dibina juga adalah mengikut tahap dan berperingkat-peringkat agar pelajar mudah memahami konsep soalan. Berdasarkan tugasan PIMK2082M (Pentaksiran Dalam Pendidikan Islam Sekolah Menengah), saya perlu menyediakan satu set soalan dan rubrik/skema permarkahan yang lengkap bagi peperiksaan akhir semester merangkumi semua bidang Pendidikan Islam yang mengandungi pelbagai item soalan. Jumlah waktu menjawab ujian ialah selama 2 jam yang mengandungi jumlah item sebanyak 45 soalan terdiri daripada soalan objektif dan soalan subjektif. Secara ringkasnya, jumlah item yang telah dirangka adalah seperti dalam jadual dibawah: Jenis Item Anggaran Masa yang diperlukan Objektif: Aneka Pilihan Betul/ Salah Isi tempat kosong 1 hingga 1.5 minit untuk setiap soalan Subjektif: Jawapan pendek Respon Terbuka/Terhad 2 minit untuk setiap soalan Jumlah 2 Jam Jadual 6. Jumlah Masa Bagi Setiap Jenis Soalan. Penulisan item yang bermutu memerlukan penguasaan isi kandungan mata pelajaran dan kefahaman yang tinggi terhadap konsep pengujian agar item yang dihasilkan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur. Pembinaan item ujian biasanya mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak penelitian dan pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat mengukur kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini dengan


17 adil dan saksama. Justeru ia memberikan saya cabaran yang tinggi sebagai seorang guru baharu. Hal ini kerana, kekurangan pengalaman dalam penghasilan item memerlukan saya memahami setiap topik yang diukur dengan baik agar saya dapat menghasilkan item yang berkualiti. Oleh kerana itu, saya meneliti ciri-ciri item yang baik agar dapat membina item yang bermutu. Ciri yang pertama ialah, item perlulah mempunyai keakuran, perkara yang ditaksir (konstruk) mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum. Aspek ini sangat penting agar kesahan kurikulum item itu tidak dipertikaikan. Selain itu, item yang dibina perlu akur spesifikasi item yang dihasilkan untuk mengawal ujian dari segi idea dan kandungan. Disamping itu juga, pembinaan item yang baik perlu ada ketepatan dan kejelasan item, ia merupakan elemen yang penting agar respon atau eviden yang diberi oleh calon menepati apa yang hendak ditaksir. Tambahan, pembinaan JSU dapat menentukan keseimbangan soalan yang dibina mengikut topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Guru dapat membuat item soalan yang berpatutan dengan topik yang diajar dengan melibatkan aras-aras kemahiran yang merangkumi aras mudah, sederhana dan tinggi. Oleh kerana itu, JSU merupakan panduan utama kepada saya untuk membentuk soalan secara terancang dan sistematik. Setelah JSU digubal, pembinaan item ujian dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut proses pembinaan item yang betul. Disamping itu juga, saya menyediakan skema jawapan untuk item yang dibina kerana ia merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru guru. Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator) yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kepada kriteria yang jelas dan khusus. Selain itu juga, standard rubrik membolehkan guru menilai berdasarkan kriteria tertentu, membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan lebih telus.


18 4.0 PENUTUP Setiap pentaksiran ujian yang dilaksanakan perlulah melalui proses yang betul agar penghasilan item ujian itu bagus dan boleh dipakai guna. Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Boon et al. (2017), pentaksiran merupakan bahagian utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah pentaksiran menggambarkan proses berterusan yang merangkumi pengumpulan, pengiterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat mengenai prestasi murid supaya dapat membantu guru dalam membuat keputusan. Bagi menghasilkan pentaksiran yang bagus, guru perlu mengikut prosedur yang betul dan teliti agar pentaksiran yang ditadbir memberi kesan kepada nilai pencapaian murid dalam sesuatu subjek. Hal ini kerana, pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000 pula, pentaksiran didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pelajar sering melihat pentaksiran sebagai instrumen yang memacu pembelajaran. Justeru, pembinaan ujian yang baik dapat memberi motivasi untuk terus belajar dengan lebih bermatlamat dan berkesan.


19 5.0 RUJUKAN Abang. S. (2022). Tajuk 5: Analisis Item dan Interprestasi Data. Copyright@stanleyabg2022. Ashvini Velayudham. (2021, Mei 10). Prinsip Pembinaan Item. Retrieved from Academia.edu: https://www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (April 2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tingkatan 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Boon Pong Ying. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamal Azmi Zainol. Pembinaan Item Ujian. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lawrence Aloysius Aeria . (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak . (2013). Buku Panduan Pembinaan Item. Ipoh: Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak .


20 6.0 LAMPIRAN SOALAN YANG DIBINA


21 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK/2023 TINGKATAN 2 ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. 4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-20 20 B 1 20 C 2-3 20 D 4-5 20 E 6-7 20 Jumlah 100 NAMA :………………………..……………………………………………………….. KELAS :................................... Disediakan oleh; Disemak oleh; (SITI AISHAH BINTI SAIRONI) (KHAIRUL BARIAH HASSAN) Guru Pendidikan Islam Tingkatan 2 Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Methodist Sibu SMK Methodist Sibu Disahkan oleh: Chen Yushen Ketua Bidang Kemanusian Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.


22 BAHAGIAN A 20 MARKAH JAWAB SEMUA SOALAN Soalan 1 hingga soalan 20 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B,C dan D. Hitamkan jawapan yang tepat pada ruangan jawapan yang disediakan. 1. Ayat 8 surah Ali Imran adalah berkaitan __________. A rahmat B hidayah C rezeki D taubat 2. Apakah tujuan Allah SWT memberikan hidayah dan rahmat kepada manusia? A Supaya manusia lebih bersyukur B Agar manusia kekal dalam keimanan C Untuk meningkatkan keimanan manusia D Agar manusia lebih mengenal Allah SWT 3. Jelaskan maksud berpegang dengan tali Allah SWT? A Berpegang teguh dengan ajaran Islam B Islam agama fitrah C Berpegang teguh dengan pegangan hidup D Sabar dalam menghadapi ujian 4. Berikut, merupakan hikmah persaudaraan dalam Islam, kecuali A Memupuk kasih sayang B Membentuk keluarga bahagia C Membawa kepada pepecahan dan pergaduhan D Membentuk masyarakat yang Bersatu padu 5. Antara berikut, yang manakah pengurusan harta secara batil? I Riba’ II Berkerja secara halal III Bersedekah IV Rasuah A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV 6. Membunuh diri merupakan perbuatan: A Yang disayangi Allah SWT B Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak


23 C Perbuatan tidak menghargai harta D Perbuatan tidak menghargai nyawa 7. Antara berikut, yang manakah perbuatan haram dilakukan oleh orang Islam? I Minum arak II Makan ayam III Makan makanan yang bersih IV Berjudi A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV • Tidak mahu menerima kebenaran al-Quran. • Hidup dalam kejahilan. 8. Pernyataan di atas merujuk kepada contoh _____________. A hati yang rosak B hati yang bersih C mengambil makanan yang halal D mengambil makanan yang syubhah 9. Apakah maksud al-Qawiy dari segi bahasa? A Yang berkuasa B Yang Maha Kuat C Yang menentukan D Yang Maha Pemurah 10. Mengazabkan sesiapa yang melakukan dosa dengan azab yang sangat pedih menunjukkan Allah SWT bersifat ____________. A al-Ghaniy B al-Razzaq C al-Qadir D al-Qawiy 11. Apakah maksud berjemaah dari segi bahasa? A Berkumpul B Bersama-sama C Beramai-ramai D Mengikut imam 12. Antara berikut, yang manakah syarat solat berjemaah? I Kedudukan makmum di sebelah imam II Makmum berniat mengikut imam III Makmum mengetahui pergerakan imam IV Makmum bergerak sebelum imam


24 A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV 13. Apakah hukum solat berjemaah bagi individu? A Wajib B Sunat Muakat C Fardhu Kifayah D Harus 14. Berikut merupakan ciri keutamaan menjadi imam kecuali A Pemimpin B Lebih merdu suaranya C Lebih tua D Lebih tinggi darjatnya 15. Bilakah solat sunat rawatib boleh dilakukan? A Selepas solat tarawih B Sebelum solat tarawih C Sebelum atau selepas solat fardu D Sebelum dan selepas solat hajat Dilakukan dalam bilangan ganjil iaitu 3 rakat 2 salam hingga 11 rakaat 6 salam. 16. Pernyataan di atas merujuk kepada solat sunat _____________. A witir B dhuha C tarawih D rawatib Tokoh X • Digelar At-Thahirah. • Berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. • Wafat ketika usia 67 tahun. 17. Tokoh X ialah A Sayidatina Aisyah B Sayidatina Fatimah C Sayidatina Khadijah D Sayidatina Sumaiyah 18. Pernyataan berikut benar tentang Sayidatina Aisyah kecuali A rajin bertanya dan selalu ikuti majlis ilmu. B menguasai ilmu al-Quran, hadis, bahasa Arab, syair dan perubatan.


25 C mendapat didikan sempurna daripada ayahandanya dan Nabi Muhammad. D bijak bertindak dan memberi kata-kata semangat kepada Nabi Muhammad. 19. Apakah adab yang perlu diamalkan semasa keluar masjid? A Niat beriktikaf. B Membaca al-Quran. C Mendahulukan kaki kanan. D Memberikan salam kepada orang yang berada berdekatan. 20. Antara berikut, yang manakah fungsi masjid? I Tidur II Aktiviti kemasyarakatan III Tempat beribadat IV Bersembang A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN BAHAGIAN A ARAHAN: HITAMKAN RUANGAN JAWAPAN YANG DIPILIH 1. A B C D 11. A B C D 2. A B C D 12. A B C D 3. A B C D 13. A B C D 4. A B C D 14. A B C D 5. A B C D 15. A B C D 6. A B C D 16. A B C D 7. A B C D 17. A B C D 8. A B C D 18. A B C D 9. A B C D 19. A B C D 10. A B C D 20. A B C D 20


26 BAHAGIAN B 20 MARKAH JAWAB SEMUA SOALAN 1 (a) Susun ayat dengan urutan yang betul. ُوَبَنا ل ِز ْغ قُ َنا ِم َر _______ ن َّبَنا ََل تُ َو َه ْب لَ َو َّها ُب )٨ ) ل ْ ن َت ٱ َ َّن َك أ ِ _______ۚ إ (Surah Ali Imran : 8) Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT sahaja yang berhak memberi hidayah kepada hambaNya. Pilih jawapan yang betul bagi potongan ayat di bawah. Anda dikehendaki menulis huruf A atau B sahaja di dalam ruangan jawapan yang disediakan. No. Potongan ayat Jawapan (i) ُدن َك َر ْح َمة َّ ل َه َدْيتَنَا (ii( ِذْ بَ ْعَد إ (2 Markah) (b) Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul. mutlak rahmat berdoa berusaha (i) Orang Islam hendaklah banyak _______________ supaya ditetapkan hati dalam hidayah. (ii) Umat Islam perlu _______________ untuk memiliki hidayah daripada Allah SWT. (2 Markah) (c) Terangkan cara mengukuhkan persaudaraan melalui hati dan lisan. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (4 Markah) (B) (A)


27 (d) Anda telah dilantik sebagai bendahari kelas. Bagaimanakah anda melaksanakan tugas supaya selari dengan ajaran Islam? Nyatakan hujah anda. (KBAT) _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (4 Markah) 2 (a) Sabda Rasulullah SAW: Hadis di atas menerangkan supaya manusia mencari yang halal dan menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan haram. Berdasarkan hadis di atas, jelaskan maksud syubhah. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (2 Markah) (b) Terangkan dua pengajaran hadis di atas. 1. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (2 Markah)


28 Ali selalu minum air minuman yang dibawa oleh Abu tanpa minta izin, kerana beliau beranggapan Abu mengizinkannya. (c) Huraikan tingkah laku Ali mengikut syariat Islam. (KBAT) ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (4 Markah) BAHAGIAN C 20 MARKAH JAWAB SEMUA SOALAN 3 (a) Terangkan maksud Allah SWT bersifat al-Qadir dan al-Qawiy? ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (2 Markah) (b) Jelaskan dua bukti Allah SWT bersifat al-Qadir selain Allah SWT berkuasa mencipta langit. 1. _______________________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________________ (4 Markah) 4 (a) Nyatakan empat tugas lain bagi malaikat. 1. _______________________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________________ 3. _______________________________________________________________________ 4. _______________________________________________________________________ (4 Markah) (b) Garis jawapan yang betul bagi pernyataan di bawah. (i) Menyampaikan wahyu kepada para rasul. (Izrail / Jibril) (ii) Menjaga syurga. (Ridwan / Malik) (iii) Mencatat amalan baik manusia. (Atid / Raqib) (iv) Meniup sangkakala. (Israfil / Munkar) (4 Markah)


29 (c) Jelaskan dua perbezaan antara malaikat dengan manusia. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (4 Markah) (d) Terangkan dua hikmah manusia beriman kepada malaikat. 1. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (2 Markah) BAHAGIAN D 20 MARKAH JAWAB SEMUA SOALAN 5 (a) Nyatakan dua syarat menjadi imam. 1.________________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________________ (2 Markah) (b) Tanda (/) bagi pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah tentang solat berjemaah. No. Pernyataan (/) atau (x) (i) Makmum masbuk hendaklah berdiri selepas imam memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal. (ii) Imam hendaklah diutamakan dari kalangan yang belum berkahwin. (iii) Makmum hendaklah mengetahui pergerakkan imam. (iv) Jarak di antara saf terakhir di dalam masjid dengan saf pertama di luar masjid tidak boleh melebihi 150 meter (300 hasta). (4 Markah)


30 (c) Terangkan dua hikmah solat berjemaah. 1. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (4 Markah) 6 (a) Nyatakan dua jenis solat sunat rawatib. 1.________________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________________ (2 Markah) (b) Pilih jawapan yang betul bagi pernyataan di bawah. Witir Qabliyah Rawatib Tarawih Ba’diyah (i) Solat sunat menghidupkan malam Ramadan. _____________ (ii) Solat sunat yang dilaksanakan sebagai penutup bagi solat malam.____________ (iii) Solat sunat yang mengiringi solat fardu._____________ (iv) Solat sunat dua rakaat dengan satu salam sebelum solat fardu. _____________ (4 Markah) (c) Bagaimanakah anda hendak memastikan amalan solat sunat dapat dilakukan secara istiqamah dalam kehidupan seharian? (KBAT) ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (4 Markah)


31 BAHAGIAN E 20 MARKAH JAWAB SEMUA SOALAN 7 (a) Jelaskan maksud gelaran yang diberikan kepada Sayidatina Aisyah r.a. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (2 Markah) (b) Nyatakan dua sifat utama Sayidatina Fatimah r.a sebagai seorang anak kepada Nabi Muhammad SAW. 1.________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (4 Markah) (c) Garis jawapan yang betul di dalam kurungan. (i) Sayidatina Khadijah sentiasa memberi (sokongan / harapan) penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW seperti menyediakan bekalan kepada Baginda sewaktu du Gua Hira’. (ii) Sayidatina Aisyah meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai (bidang / tajuk). (iii) Kita hendaklah mencontohi Sayidatina Fatimah yang berjaya (membesarkan / mendidik) anak-anaknya menjadi Muslim yang soleh. (iv) Sayidatina Sumaiyah menjadi contoh dalam mempertahankan (akhlak / akidah) dan sanggup menggadaikan nyawanya demi Islam. (4 Markah) 8 (a) Nyatakan dua adab ketika berada di dalam masjid. 1.________________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________________ (2 Markah) (b) Jelaskan dua cara mengimarahkan masjid. 1.________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________


32 2.________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (4 Markah) (c) Kebanyakan masjid hanya dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja manakala remaja hanya hadir ke masjid pada bulan Ramadan sahaja. Mengapakah situasi ini berlaku? Kemukakan hujah anda. (KBAT) ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ (4 Markah) KERTAS SOALAN TAMAT


33 SKEMA JAWAPAN/ RUBRIK PEMARKAHAN


34 SMK METHODIST SIBU PERATURAN PEMARKAHAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (2023) PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 BAHAGIAN A 1 B 11 A 2 B 12 B 3 A 13 B 4 C 14 D 5 D 15 C 6 D 16 D 7 D 17 C 8 A 18 D 9 B 19 D 10 D 20 B


35 BAHAGIAN/ SOALAN JAWAPAN MARKAH BAHAGIAN B Bidang Al-Quran : Allah SWT Pengurnia Hidayah 1 (a) Pilih jawapan yang betul bagi potongan ayat di bawah. i. B ii. A [2x1m=2m] (b) Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul. i. berdoa ii. berusaha [2x1m=2m] Bidang Al-Quran : Manisnya Persaudaraan (c) Cara mengukuhkan persaudaraan melalui hati dan lisan: 1. Hati: Ikhlas, tidak ada sesuatu kepentingan melainkan mentaati perintah Allah SWT dan Rasul. 2. Lisan: Ucapan salam, setiap kali bersua muka dan hendak berpisah hendaklah memberikan dan menjawab salam. *jawapan lain yang berkaitan dan munasabah [2x2m=4m] Bidang Al-Quran : Amanah Terhadap Harta dan Nyawa (d) Cara melaksanakan tugas sebagai bendahari mengikut ajaran Islam: (KBAT) - Amanah terhadap tanggungjawab yang ditugaskan. (1m) - Hal ini kerana Islam menggalakkan sifat Amanah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. (1m) - Sebagai bendahari, sifat amanah ini akan memupuk nilainilai murni yang lain seperti menjaga duit-duit yang dikumpul dengan jujur dan sebaik mungkin. (1m) - Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim, kita perlulah menerapkan sifat amanah dan tanggungjawab dalam memikul apa-apa tugasan. (1m) [4x1m=4m] Bidang Hadis : Mencari yang Halal 2 (a) Jelaskan maksud syubhah. - Maksud syubhah ialah sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram. [1x2m=2m] (b) Terangkan dua pengajaran hadis di atas. 1. Menjauhi perkara-perkara yang haram 2. Berusaha untuk menghindari perbuatan yang syubhah. [1x2m=2m]


36 (c) Huraikan tingkah laku Ali mengikut syariat Islam. (KBAT) - Ali perlu meminta izin dahulu daripada Abu sebelum minum air tersebut. (1m) - Hal ini kerana mengambil barang tanpa izin adalah haram mengikut syariat Islam. (1m) - Jika perkara ini diteruskan oleh Ali, ianya boleh melemahkan akal akibat memakan makanan yang haram. (1m) - Kesimpulannya, kita perlulah meminta izin daripada empunya minuman tersebut agar segala ilmu yang kita pelajari mudah difahami. (1m) [4x1m=4m] BAHAGIAN C Bidang Aqidah : Kekuatan & Kekuasaan Allah SWT 3 (a) Maksud Allah SWT bersifat al-Qadir dan al-Qawiy. - Maksud Allah SWT bersifat al-Qadir ialah Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak dan ilmu-Nya (1m) manakala al-Qawiy bermaksud Allah SWT yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna (1m). [1x2m=2m] (b) Dua bukti Allah SWT bersifat al-Qadir selain Allah SWT berkuasa mencipta langit. i. Allah berkuasa mencipta langit dan bumi. Allah berkuasa mencipta dan menghancurkan segala yang ada dilangit dan dibumi. ii. Allah berkuasa mengurniakan mukjizat kepada Nabi dan Rasul. Contohnya mukjizat terbesar kepada Rasulullah ialah Al-Quran. [2x2m=4m] Bidang Aqidah : Ketaatan Malaikat 4 (a) Empat tugas lain bagi malaikat. 1. Menanggung Arasy 2. Mendoakan kesejahteraan dan keampunan kepada orang Islam yang taat. 3. Bertasbih kepada Allah SWT 4. Menghamparkan sayap kepada orang yang menuntut ilmu. 5. Membebaskan kebaikan ke hati manusia. [4x1m=4m] (b) Garis jawapan yang betul bagi pernyataan di bawah. i. Jibril ii. Ridwan iii. Raqib iv. Israfil [4x1m=4m] (c) Dua perbezaan antara malaikat dengan manusia. Malaikat [4x1m=4m]


37 - Dicipta daripada cahaya. - Tidak berjantina. - Memiliki sayap - Tidak bernafsu. Manusia - Dicipta daripada tanah. - Berjantina. - Tanpa sayap. - Bernafsu seperti kahwin. (d) Dua hikmah manusia beriman kepada malaikat. 1. Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. 2. Menggalakkan seseorang supaya sentiasa memperbanyak amal soleh. 3. Menjadikan seseorang sentiasa berwaspada. *jawapan lain yang berkaitan dan munasabah [2x1m=2m] BAHAGIAN D Bidang Feqah : Solat Berjemaah Pengikat Hati 5 (a) Dua syarat menjadi imam. 1. Boleh membaca al Fatihah dengan bacaan yang betul. 2. Imam lelaki semua makmum, imam perempuan hanya untuk makmum perempuan sahaja. 3. Makmum menyakini sahnya solat imam. [2x1m=2m] (b) Tanda (/) bagi pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah tentang solat berjemaah. i. / ii. X iii. / iv. / [4x1m=4m] (c) Dua hikmah solat berjemaah. 1. Melahirkan masyarakat berdisiplin dan patuh arahan pemimpin (1m) kerana melazimkan diri mengikut segala pergerakan imam (1m). 2. Menyatukan hati umat islam (1m) kerana sentiasa solat dalam saf yang teratur. 3. Melatih diri menjadi pemimpin yang berkualiti (1m) kerana mengikut kaifiat solat berjemaah yang betul (1m). 4. Ganjaran pahala dengan kelebihan 27 kali ganda (1m) berbanding solat bersendirian (1m). *jawapan lain yang berkaitan dan munasabah [2x2m=4m]


38 Bidang Feqah : Solat Sunat Menampung Kefarduan 6 (a) Dua jenis solat sunat rawatib. 1. Qabliyah (sebelum) 2. Ba’diyah (selepas) [2x1m=2m] (b) Pilih jawapan yang betul bagi pernyataan di bawah. i. Tarawih ii. Witir iii. Rawatib iv. Qabliyah [4x1m=4m] (c) Bagaimanakah anda hendak memastikan amalan solat sunat dapat dilakukan secara istiqamah dalam kehidupan seharian? (KBAT) - Saya akan melakukan solat sunat secara satu persatu tetapi konsisten. (1m) - Seperti cuba melazimi amalan solat sunat rawatib dahulu sama ada sebelum atau selepas solat fardu. (1m) - Ini penting bagi mengelakkan seseorang pada awalnya baru bersemangat ingin mengamalkannta merasa lelah yang kemudiannya semangat itu kembali luntur dek tiada istiqamah dalam diri. (1m) - Kesimpulannya, keikhlasan melakukan amalan sunat dapat membantu menyempurnakan solat fardu kerana ia kunci kita menjadi Mukmin yang dikasihi Allah. (1m) [4x1m=4m] BAHAGIAN E Bidang Sirah & Tamadun Islam : Wanita Suri Teladan Ummah 7 (a) Maksud gelaran yang diberikan kepada Sayidatina Aisyah r.a ialah - As-siddiqah – wanita yang berkata benar. - Humairah – putih kemerah-merahan. *salah satu jawapan [1x2m=2m] (b) Dua sifat utama Sayidatina Fatimah r.a sebagai seorang anak kepada Nabi Muhammad SAW. 1. Kasih dan taat kepada ayahandanya (1m). Beliau menguruskan makan dan minum ayahandanya selepas kematian ibunya (1m). 2. Redho dan tabah terhadap perkara yang berlaku pada anggota keluarganya (1m). Beliau tabah menghadapi kehidupan yang serba kekurangan (1m). [2x2m=4m] (c) Garis jawapan yang betul di dalam kurungan. i. Sokongan ii. Bidang iii. Mendidik iv. Akidah [4x1m=4m]


39 Bidang Akhlak Islamiyyah : Masjid Destinasiku 8 (a) Dua adab ketika berada di dalam masjid. 1. Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. 2. Duduk dengan tertib menghadap kiblat. 3. Menjaga ketenteraman masjid. 4. Memperkatakan sesuatu yang berfaedah. *jawapan lain yang berkaitan dan munasabah [2x1m=2m] (b) Dua cara mengimarahkan masjid. 1. Menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu dan berazam untuk datang lagi ke masjid (1m). Solat berjemaah merupakan fardu kifayah yang menunjukkan pentingnya masjid kepada umat islam sebagai satu tempat ibadat (1m). 2. Mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat semua lapisan masyarakat (1m) seperti sukan dan riadah (1m). 3. Tempat belajar membaca al-Quran dan tafsir. 4. Mewujudkan bilik bagi musafir. *jawapan lain yang berkaitan dan munasabah [2x2m=4m] (c) Mengapakah situasi ini berlaku? Kemukakan hujah anda. (KBAT) - Keadaan ini berlaku kerana kurangnya ilmu agama dalam diri para remaja (1m) yang lebih terdedah kepada hiburan. (1m) - Kesannya, mereka menganggap hanya bulan Ramadan sahaja bulan untuk beribadat. (1m) - Kesimpulannya, kita hendaklah sering berkunjung ke masjid sama ada dalam bulan Ramadan atau tidak. (1m) [4x1m=4m] Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, SITI AISHAH BT SAIRONI KHAIRUL BARIAH HASSAN CHEN YUSHEN Penyelaras Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2 Ketua Panitia Pendidikan Islam Ketua Bidang Kemanusiaan


Click to View FlipBook Version