INSTITUTPENDIDIKANGURUKAMPUSPERLIS NAMA : NUR AUNI HADIRAH BINTI SAADIN UNIT : BAHASA MELAYU A TAJUK : KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU SERTA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL BMMB1104 KESUSASTERAANDANKEBUDAYAAN MELAYU
ISI KANDUNGAN Bil Isi Kandungan Halaman 1. Penghargaan 1 2. Pengenalan 2 3. Konsep Kesusasteraan Puisi Pilihan : Pantun Takrif, jenis dan bentuk (secara umum) 3-18 4. Konsep Pantun Budi Tema, jenis dan bentuk (secara terperinci) 19-21 5. Fungsi Pantun Budi 22-25 6. Manifestasi Akal Budi Pantun Budi 26-33 7. Rumusan 34 8. Rujukan 35
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. saya telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan kerja kursus pengenalan sistem ejaan jawi dan rumi ini dengan baik dan jayanya. Di sini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu saya iaitu Puan Roziah binti Ramli yang telah memberi tunjuk ajar dari masa ke masa bagi menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih tidak terhingga kepada kedua-dua orang tua saya yang telah berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini.Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya,pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ini amatlah bermakna.Sekian,terima kasih. 1
PENGENALAN 2 Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya dan ciptaan seni yang diperoleh dalam kalangan masyarakat . Oleh hal demikian, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera ini berintegrasi dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh itu, sastera telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri. Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan. Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian.
PANTUN PUISI TRADISIONAL PILIHAN 3
KONSEP KESUSASTERAAN TAKRIF PANTUN JENIS PANTUN BENTUK PANTUN 4
TAKRIF PANTUN Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama yang paling popular dan hak milik asli orang Melayu. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilainilai masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu meluahkan rasa hati, keluhan jiwa, kasih sayang, cinta, suka dan duka, sindiran serta berbagai-bagai jenis perasaan hati mereka melalui pantun. Semua perasaan ini diungkapkan dalam bentuk bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga dituturkan secara halus dalam majlis-majlis keramaian bertujuan menyatakan hajat dan sindiran. Pantun digunakan oleh orang tua untuk memberikan nasihat atau ajaran agama kepada anakanak muda dan kanak-kanak. Takrif pantun 5
DEFINISI PANTUN MENURUT PANDANGAN TOKOH-TOKOH HARUN MAT PIAH (1989) MENURUT ZA’BA Beliau memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambanglambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara pasangan pembayangpembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Pantun bermaksud sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang suratmenyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri. KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (2010) Takrif pantun 6
KONSEP PANTUN Takrif pantun Terdiri daripada beberapa rangkap Mempunyai pembayang dan maksud Tema dan persoalan amat berkait dengan kehidupan masyarakat 7
JENIS PANTUN Jenis pantun yang paling popular dan banyak digunakan ialah pantun empat kerat Jenis pantun empat kerat, jika berdasarkan isinya ialah ; 1.Pantun Kanak-kanak 2. Pantun Jenaka 3. Pantun Teka-teki 4. Pantun Bersukacita 5. Pantun Berdukacita 6. Pantun Peribahasa dan Kiasan 7. Pantun Budi 8. Pantun Nasihat 10. Pantun Kasih sayang 9. Pantun Agama 11 . Pantun Nasib 12. Pantun Adat Jenis pantun 9
Pantun orang muda sering dikaitkan dengan perasaan cinta, rindu, pilu, sedih, kecewa dan hiba. Pantun jenis ini mempunyai pemikiran dan bahasa yang indah sehingga menyebabkan seseorang mudah terpesona. Contohnya: Angin bertiup sepoi bahasa, Bintang bertabur berkelip- kelipan; Ingin bertaut dengan adinda, Adinda seorang jiwa pujaan. JENIS PANTUN Pantun juga dapat dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan maksud dan isinya seperti pantun untuk kanak-kanak, pantun untuk orang muda dan pantun untuk orang tua. Pantun kanak-kanak bertujuan memberikan hiburan kepada kanakkanak dan menggambarkan kesukaan dan keriangan mereka. Isi dalam pantun untuk generasi ini tidak mengandungi pemikiran yang tinggi dan mudah untuk difahami. Contohnya: Anak kera pandai meniti, Anak ayam disambar helang; Tidak terkira besarnya hati, Melihat ibu sudah pulang. Masyarakat Melayu juga tidak meminggirkan golongan dewasa atau orang tua. Pantun mereka lebih berbentuk budi bahasa, sopan santun, keagamaan dan juga sindirmenyindir. Contohnya: Anak Cina menjual madat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak berjual beli. Jenis pantun 8
Pantun jenaka mempunyai unsur jenaka atau lucu yang berfungsi sebagai hiburan. Pantun jenaka mempunyai unsur-unsur pemikiran yang tersusun yang mengandungi pengajaran , nasihat dan sindiran di dalamnya yang disampaikan dalam bentuk jenaka. 2. Pantun Jenaka Contoh pantun : Orang rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang, Hilang semangat penghulu itik; Melihat ayam lumba berenang. Pantun Kanak-kanak Pantun kanak-kanak digunakan kanak-kanak ketika bermain atau ketika bergurau senda. Pantun ini bersifat memberi hiburan atau saling usikmengusik. 1. Contoh pantun : Dari Ambun hendak ke Perak, Singgah sebentar ke Semarang; Si Jibun mencari kerak, Hitam hidungnya mencari arang. Tujuan penggunaan pantun teka-teki ialah untuk berseronok dengan menduga seseorang. Pantun teka-teki yang memerlukan jawapan merupakan alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan atau membina kemahiran berfikir dengan cepat dan tepat. 3. Pantun Teka-teki Contoh pantun : Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? JENIS PANTUN Jenis pantun 10
Pantun berdukacita pula mempunyai tujuan yang bertentangan dengan pantun bersukacita. Isi pantun ini menggambarkan perasaan sedih seseorang kerana ditinggalkan orang tersayang. 5. Pantun Berdukacita Contoh pantun : Buah peria ditimbang kati, Dijual bersama buah ara, Pergimu tiadalah berganti; Tinggallah saya berdukalara. Pantun bersukacita dicipta untuk bersukaria atau untuk tujuan berseronok. Contohnya, berbalas-balas pantun yang bertujuan untuk memberikan hiburan. 4. Pantun Bersukacita Contoh pantun : Benih buah dari kota, Mari ditanam di tepi telaga Alangkah gembira tiada terkata; Dikurnia tuah tak terduga. Pantun jenis peribahasa pula mudah dikenali iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasaperibahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun kias dan ibarat pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. 6. Pantun Peribahasa Contoh pantun : Buah teratak bertangga tiga, Tangga menghala permatang berlembah; Kalau tidak berada-ada, Masakan tempua bersarang rendah. JENIS PANTUN Jenis pantun 11
Pantun nasihat senang untuk dikenali kerana menyampaikan maksud dalam bentuk teguran atau nasihat. Pantun jenis ini bertujuan untuk memberi nasihat atau pengajaran . 8. Pantun Nasihat Contoh pantun : Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Pantun budi bertujuan menyatakan tentang amalan berbudi yang wajar diamalkan oleh orang Melayu. 7. Pantun Budi Contoh pantun : Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah; Budi yang baik dikenang juga. Pantun agama juga mudah dikenali kerana isinya yang bersifat memberi nasihat. Pantun jenis ini memberi nasihat atau teguran ke arah melakukan perbuatan yang baik. 9. Pantun Agama Contoh pantun : Bakar gaharu dalam taman, Asamkan karat si pisau raut; Kalau berguru salah pedoman, Sesat di darat karam di laut. JENIS PANTUN Jenis pantun 12
Pantun jenis ini biasanya digunakan oleh orang muda yang berdagang atau merantau. Isi yang cuba disampaikan tentang untung nasib ketika berdagang atau untuk menggambarkan rasa sedih tentang nasib yang dialami. 11. Pantun Nasib Contoh pantun : Pandan tumbuh ditepi gua, Diambil orang untuk jamu; Badanlah lama tidak bersua, Bilalah kita harus bertemu. Pantun berkasih sayang digunakan untuk menyampaikan perasaan cinta, kasih atau sayang antara pasangan kekasih atau suami isteri. 10. Pantun Kasih Sayang Contoh pantun : Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. Isi yang cuba disampaikan dalam pantun adat adalah lebih mendalam atau serius berbanding pantun-pantun lain. Pantun ini membicarakan persoalan tentang adat yang berkaitan dengan normanorma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. 12. Pantun Adat Contoh pantun : Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda, Kalau berkenan masuklah meminang; Tanda diri beradat budaya. JENIS PANTUN Jenis pantun 13
BENTUK PANTUN Bentuk pantun Pantun tidak berkait Pantun berkait Pantun dua kerat Pantun empat kerat Pantun enam kerat Pantun lapan kerat Pantun sepuluh kerat Pantun dua belas kerat Bentuk pantun 14
Contoh pantun dua kerat Buah kelulut buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Contoh Pantun Empat Kerat Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di pulau angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa Belayar perahu membawa kuini, Ke Tanjung Jati mengadap paduka, Bunga kemboja sembah berkarang; Kalaulah tahu jadi begini, Tidaklah hati dibawa berduka, Ku pilih sahaja orang lain. Dini hari melawat pusara, Bawa merbah bersama emas, Nenas terletak tepi belanga, Belanga China bersalut arang; Benihku cari disemai mesra, Semaian bercambah menjelma tunas, Kemudian subur indah berbunga, Malangnya bunga di getu orang. Contoh Pantun Lapan Kerat Contoh Pantun Enam Kerat Pantuntidakberkait : Bentuk pantun 15
Pantuntidakberkait : Baju dastar kesumba, Seluar gunting petani, Jahitan nyonya kampung Erah, Di hilir pasar Kampung Melaka, Singgah di rumah nahkodanya; Batang emas dahan suasa, Buahnya intan dengan padi, Bunga diisap burung merak, Pipit hendak hinggap di rantingnya, Adakah boleh saya yang punya? Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi Dibawa sultan dari Judah, Padi jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. Contoh Pantun Dua Belas Kerat Contoh Pantun Sepuluh Kerat Bentuk pantun 16
Pantun berkait adalah pantun yang disusun secara berangkai. Pantun jenis ini membawa maksud bahawa baris kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam setiap rangkap akan diulang semula sebagai baris pertama (pembayang) dan ketiga (maksud) bagi rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama dan ketiga dalam rangkap pertama, serta baris kedua dan keempat rangkap terakhir yang tidak berulang. Proses mengarang pantun jenis ini memerlukan ketelitian supaya kesinambungan pembayang dan maksud yang disampaikan tampak lancar. Pantun berkait mempunyai lebih daripada dua rangkap. Pantun jenis ini bermacam tema seperti juga pantun empat kerat. Pantunberkait : Contoh: Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah; Budi yang baik dikenang juga. Gunung daik bercabang tiga, Tampak jauh dari seberang, Budi yang baik dikenang juga; Khidmat bakti disanjung orang. Tampak jauh dari seberang, Tegak berdiri bagai raksasa, Khidmat bakti disanjung orang; Orang berbudi kita berbahasa. Bentuk pantun 17
Bentuk pantun BENTUK PANTUN Rima akhir a-b-a-b (sama). Sempurna dari segi maknanya. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang, dua baris akhiran dikenali sebagai maksud. Karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa yang indah. 18
PANTUNBUDI PANTUN PILIHAN 19
PANTUNBUDIPILIHAN Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Puas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. 20
KONSEPATAUTEMA PANTUNDIATAS: Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa. JENIS PANTUNDI ATAS Pantun Budi BENTUK PANTUNDI ATAS Ada pembayang dan maksudnya. Berisi empat baris setiap rangkap. Bilangan katanya empat hingga lima patah kata sebaris. Bentuknya terikat. 21
Alat pendidikan Pengetahuan dan pengalaman berkaitan hidup berbudi diterjemahkan dalam pantun untuk mendidik khalayak sebagai panduan dan pedoman hidup tanpa mengira kedudukan/status. Pantun sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir,kiasan atau berterusterang. pengajaran berkaitan kepentingan hidup berbudi disampaikan secara halus dan tersirat. Pantun yang sarat dengan unsur pendidikan dan pengajaran (didaktik) berupaya membangunkan minda masyarakat untuk mempratik perlakuan baik tersebut. Fungsi Pantun : Fungsi Sastera Melayu 22
ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN Sastera secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Pantun di atas mampu memberikan nasihat kepada seseorang untuk melakukan kebaikan dengan berbudi kepada orang lain. Malah ia juga menasihatkan seseorang yang telah menerima budi agar sentiasa mengenang dan menyanjung pihak yang telah berbudi kepada dirinya. Nasihat diterima secara rela tanpa dipaksa kerana khalayak merasakan nasihat melalui pantun boleh diterima dengan baik melalui susunan kata-kata indah. Kesedaran tentang nasihat dalam pantun mampu memujuk sesiapa sahaja yang berhati keras sekalipun. 1 2 3 4 5 Fungsi Pantun : Fungsi Sastera Melayu 23
INSTRUMEN PERPADUAN pantun tersebut mengajar manusia supaya mengamalkan perbuatan menolong orang lain atau dengan kata lain berbudi kepada rakan. Pantun di atas boleh menjadi pendorong seseorang supaya berbudi kepada orang lain. Dorongan berbudi sesama masyarakat ini wujud kerana masyarakat sangat menghargai jasa orang lain. Fungsi Pantun : Fungsi Sastera Melayu 24
HIBURAN Kadangkala pantun di atas boleh digunakan ketika melagukan sesuatu irama yang diiringi dengan bunyi-bunyian seperti gendang dan tiupan serunai. Selain memberi nasihat, pada masa yang sama mampu menghibur khalayak melalui keindahan susunan kata dan maksud pantun. Ia menjadi suatu selingan pengucapan, malah kadangkala menjadi gurauan. Mungkin kepentingan pantun budi berada di luar konteks hiburan. Namun secara universalnya, pantun mampu menghiburkan khalayak apabila diucapkan kerana kesan penghargaan kepada pihak yang mengucapkan pantun itu. Sehingga kini fungsi pantun sebagai hiburan kian menyerlah kerana pantun mampu dilagukan atau dinyanyikan. Fungsi Pantun : Fungsi Sastera Melayu 25
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. 1. Menjengah ke pembayang pantun bagi tingkap papan kayu persegi, sampan sakat di Pulau Angsa ini merujuk kepada rumah api yang terdapat di Pulau Angsa manakala sampan sakat pula bermaksud kapalkapal atau sampan yang digunakan oleh para nelayan, lanun-lanun atau kegiatan yang berasaskan laut. 2.Menurut Khairul Azran Hussin (2015), rumah api yang terdapat di Pulau Angsa sering menjadi tempat persinggahan bagi mereka yang melalui Pulau Angsa terutama lanun-lanun kerana mereka hendak mencari bekalan air dan makanan. 3.Malah lanun-lanun ini juga tidak mengancam keselamatan penjaga rumah api malah apabila lanun-lanun ini melalui Pulau Angsa, mereka bersikap ramah dengan mengangkat tangan sebagai tanda hormat.Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat mementingkan sifat berbudi bahasa ketika masuk atau melewati kawasan orang. Manifestasi akal budi dalam Sastera Melayu 26
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. 4. Beralih kepada maksud pembayang pantun indah tampan kerana budi, tinggi darjat kerana bahasa ini menjurus kepada kita akan terlihat cantik dan indah bukan kerana rupa semata-mata tetapi kerana kebaikan yang kita lakukan. Dalam pada itu, imej negara kita juga akan meningkat dan keselamatan negara juga akan terjamin apabila kita mengamalkan kesantunan berbahasa kerana dapat mengelakkan berlakunya salah faham yang mencetuskan pergolakan kesejahteraan negara. 5. Pantun bagi rangkap ini boleh ditakrifkan sebagai masyarakat yang memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa melambangkan identiti sesebuah bangsa. Manifestasi akal budi dalam Sastera Melayu 27
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Puas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. 1. 2. Nanas berbau harum apabila masak. Oleh itu, nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi, yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. 3. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri. 28
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Puas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. 4. Ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas cara nasihat disampaikan agar masyarakat memandang tinggi akan nilai budi kerana kalau diperbadingkan nilai budi itu lebih tinggi berbanding emas tetapi pemahaman konsep itu dijelmakan dalam pembayang yang membuat bandingan antara nanas dan ubi. Nanas mempunyai tarikan dalam aspek warna dan rasanya yang manis. Namun dalam konteks keperluan hidup, ubi lebih bermanfaat berbanding nanas. Begitulah diumpamakan antara emas dan budi. 29
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Dalam bahagian pembayang pantun, pemantun memilih pisang emas untuk dibawa belayar kerana pisang boleh dijadikan makanan yang membekalkan tenaga dengan cepat. 1. 2. Sifat pisang emas yang akan masak sebiji demi sebiji menyebabkan pisang boleh disimpan untuk dimakan untuk esoknya. 3. Walaupun pisang ini diberi nama pisang emas tetapi pisang tidak perlu disimpan di dalam peti seperti emas yang berharga. Pisang emas ini juga tidak perlu diperam selain sifat fizikalnya yang cantik dan sesuai untuk dijadikan buah tangan. 30
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. 5. Dalam bahagian maksud pantun pula frasa “hutang emas boleh dibayar” pemikiran Melayu menunjukkan kita perlu melangsaikan semua hutang-hutang jika kita berhutang. Frasa “hutang emas” juga merujuk kepada material yang dimiliki seseorang di dunia ini. Sedangkan frasa “hutang budi dibawa mati” merujuk kepada kebaikan yang kita hulurkan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. 4. Mengapa pula harus ‘pisang emas yang dibawa belayar? Apakah pula kaitannya antara ‘pisang emas-belayarhutang emas-hutang budi?’ Pada satu sisi telah dijelaskan bahawa ‘pisang’ adalah simbol kemiskinan dan kekayaan. Orang miskin terpaksa belayar di atas kapal kepunyaan orang kaya untuk membayar hutangnya. ‘Belayar’ adalah simbol sekaligus adalah indeks pada kekayaan. Orang akan belayar mencari kekayaan. Orang kaya akan belayar untuk mencari kekayaan dan kekuasaan. 31
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. 1.Perkaitan pembayang pantun ini sangat jelas sebenarnya. Gunung Daik ini menjadi penanda kepada pedagang untuk ke Pulau Lingga. Dalam perjalanan ke Pulau Lingga pedagangpedagang mesti melalui Pulau Pandan. 2. Pulau Pandan dan Gunung Daik sememangnya menabur budi kepada pedagang-pedagang dari Melaka ke Pulau Lingga. 3. Pedagang-pedagang yang ingin ke Pulau Lingga haruslah melalui Pulau Pandan yang berada di tengah laut dan menggunakan Gunung Daik sebagai penanda supaya tidak sesat untuk sampai ke destinasi iaitu Pulau Lingga. 4. Nama Pulau Pandan dan Gunung Daik sering disebutsebut oleh pedagang untuk berdagang ke Pulau Lingga. 5. Samalah maksud pantun ini iaitu orang yang berbudi akan setiasa di kenang walaupun sudah meninggal dunia. 32
MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN PILIHAN Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. 6. Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang jua: meski jasad manusia sudah tidak berbentuk lagi, jika manusia ini pernah melakukan budi baik maka orang lain pasti masih mengingat budi baiknya itu. 33
RUMUSAN 34 Kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya. Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat. Ringkasnya, kesusasteraan Melayu ini ada pelbagai cabang yang perlu diketahui dan dikuasai oleh masyarakat Melayu khususnya, sebagai bekalan kepada anak bangsa pada generasi akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekiranya ilmu kesusasteraan ini terus dibiarkan hanyut ditelan arus pemodenan masa, maka ia pasti akan dilupakan dan sudah tentu keaslian sastera yang perlu dikekalkan akan lenyap begitu sahaja. Tegasnya, walaupun masih banyak bentuk karya sastera Melayu yang ada, tetapi masyarakat juga perlu memainkan peranan penting bagi menilai hasil karya itu sendiri agar akal budi masyarakat Melayu yang sepatutnya dikekalkan akan terus terjamin.
RUJUKAN 35 Inspirasi hidupku. (2015, December 1). Pengenalan, Ciri-ciri pantun, fungsi-fungsi pantun, jenis-jenis pantun. http://annyeongbahasakebangsaan.blogspot.com/2015/12/pengenalan.html Adenium 2. (2019, Januari 23). Bentuk dan ciri-ciri pantun. https://harumceria.wordpress.com/2019/01/23/bentuk-dan-ciri-ciri-pantun/ Mizan Yusof. (2017, Julai 21). Kenapa pisang emas yang dibawa belayar bukan pisang berangan atau pisang tanduk ?. https://www.belangtarung.com/2017/07/kenapa-pisang-emas-yang-dibawa-belayar.html Arty. (2009, Oktober 31). Koleksi pantun budi. http://malay-arts.blogspot.com/2009/10/koleksi-pantunbudi.html Mohd Nazuandi. (2012, September 9). Apa itu pantun?. http://cikgunazuandi.blogspot.com/2012/09/apaitu-pantun.html MBi. (2010, September 22). Fungsi pantun dalam masyarakat melayu tradisional. http://retibasa.blogspot.com/2010/09/fungsi-pantun-dalam-masyarakat-melayu.html Azman, Mohd Nazri, Shamsudin, Haji Abdul Rani & Hasnah. (2022). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Sekian terimakasih Segala kelebihan itu datang daripada Allah, Segala kekurangan itu datangnya daripada saya sendiri Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugasan diberi, Di lain masa bersua lagi. 36