The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku 2 Baca ikut suku kata bersama cikgu umi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36391439, 2021-03-31 22:44:21

Buku 2 Baca ikut suku kata bersama cikgu umi

Buku 2 Baca ikut suku kata bersama cikgu umi

Mari baca ikut suku kata
Bersama Cikgu Umi

Buku 2
Baca ikut suku kata

Buku 2 belajar ikut suku kata... mengandungi
perkataan kvkvk dan kvkkv. Buku ini adalah
merupakan sebahagian daripada aktiviti bacaan
yang dapat dilakukan oleh murid-murid dalam
usaha untuk mempertingkatkan penguasaan
kemahiran membaca. Buku ini khusus untuk murid-
murid Pemulihan Khas , pra dan Tahun 1. Aktiviti
bacaan ini adalah kesinambungan daripada

buku 1 baca ikut suku kata.

Perkataan kvkvk & kvkkv

Mari eja, sebut dan baca...

Ini gincu kakak.
Gincu kakak warna merah.
Kakak sapu gincu pada bibir.
Bibir kakak jadi merah.
Saya suka lihat wajah kakak.

Ini adik saya.
Adik saya comel.
Adik saya ada botol susu.
Adik hisap susu dalam botol.
Botol susu adik warna biru.

Lembu ini besar.
Lembu ada empat kaki.
Pak Mat kejar lembu.
Lembu ini lari bawah pokok.
Lembu ini amat marah.

Emak beli macam-macam
jenis sayur.
Saya suka makan
sayur kubis dan salad.
Saya juga suka makan
sayur lobak merah dan
lobak putih.

Ini adik saya.
Saya pimpin adik.
Kami mahu pergi ke sekolah.
Kami pergi jalan kaki.
Kami bawa beg sekolah.
Kami amat suka hati.

Abah beli berus cat.
Abah beli cat.
Abah cat rumah guna berus cat.
Abah cat rumah warna merah.

Ibu masak ketam.
Ketam ada sepit.
Ibu masak bubuh cili.
Cili rasa pedas.
Saya suka makan ketam masak lemak
cili padi.

Adik lihat katak.
Adik lihat katak masuk dalam kotak.
Mata katak itu merah.
Adik takut akan katak.
Adik peluk emak.

Najib bina kolam.
Kolam ini besar.
Najib bela ikan dalam kolam.
Najib letak batu putih tepi kolam ikan.

Ini kasut sukan.
Amin beli kasut sukan baharu.
Kasut Amin warna merah.
Amin letak kasut atas rak kasut.

Ini kapak datuk.
Datuk bawa kapak pergi ke hutan.
Kapak ini tajam.
Datuk belah kayu guna kapak.

Nenek bela itik di sawah.
Di sawah ada tiga ekor itik.
Itik ini makan dedak .
Itik juga boleh bertelur.
Kami pergi jumpa nenek di sawah.

Kakak ada gitar.
Kakak suka petik gitar.
Cikgu muzik ajar kakak petik gitar.
Kakak hiburkan adik.
Adik suka hati.

Bas ini besar.
Bas ini ada empat tayar.
Tayar bas ini juga besar.
Bapa pandu bas ini.
Bapa bawa kami jalanjalan.

Siput rasa lapar.
Siput pergi cari makan.
Siput jalan lambat.
Siput telah penat.
Siput rehat bawah pokok.
Tikus gelak lihat siput.

Ini mesin basuh baju.
Guna mesin basuh dapat jimat masa.
Badan kita tidak penat.
Saya basuh baju guna mesin basuh.

Ini panda.
Badan panda besar.
Bulu panda warna putih dan hitam.
Panda suka makan buluh.
Panda hidup tempat sejuk.
Panda ini comel.

Rumah ini besar.
Rumah ini rumah papan.
Rumah ada pagar kayu.
Di tepi rumah ada pokok.
Pokok itu pokok jambu.

Kamal tanam pokok betik.
Kamal petik betik.
Kamal belah betik.
Rasa betik ini manis.
Betik ada biji.
Biji betik warna hitam.

Ini madu lebah.
Madu rasa manis .
Emak letak madu dalam botol.
Saya suka minum madu .
Semut pun suka madu.

Ini nanas.
Dina beli lima biji nanas.
Nanas muda rasa masam.
Nanas masak rasa manis.
Dina minta nenek tanam pokok nanas.

Ini rumah datuk saya.
Rumah datuk warna merah.
Datuk ada bela biri-biri.
Datuk juga bela ayam.
Datuk beri ayam dan biri-biri makan.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
JADUAL WAKTU GURU SIRI 4 2021
Next Book
Արտակ Համբաձումյան Սպասիր ինձ Տեր - Artak Hambarcumyan- Spasir indz ter