KAJIAN AMALAN KITAR SEMULA DI
TAMAN IMPIAN EMAS
NAMA : ALEEYA BATRISYIA BINTI AHMAD FAISAL
TINGKATAN: 3 SAPPHIRE
NAMA GURU: PUAN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
1
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Halaman
3
1 1.0 PENGHARGAAN 4
2 2.0 PENDAHULUAN 5
3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 6-7
4 4.0 KAWASAN KAJIAN
8
4.1 Lokasi kawasan Kajian 9-18
4.2 Lingkungan Kawasan Kajian
4.3 Bentuk Muka Bumi 19
20
5 5.0 KAEDAH KAJIAN
6 6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Kekerapan penduduk di Taman Impian Emas
mengamalkan amalan kitar semula
6.2 Konsep Alam sekitar
6.3 Elemen kitar semula
6.4 Kepentingan mengamalkan kitar semula
6.5 Kesan negatif tidak mengamalkan kitar
semula
6.6 Lngkah-langkah memupuk amalan mengitar
semula dalam kalanga masyarakat
7 7.0 RUMUSAN
8 8.0 RUJUKAN
8.1 Internet
8.2 Buku
9 9.0 LAMPIRAN 21-31
2
1 0 PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi
saya, Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan projek Kajian Geografi
tempatan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah Sultan Ismail, Encik Razali bin Tamadi yang
telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini
selepas waktu sekolah.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ayah
dan ibu saya, Ahmad Faisal bin Ismail dan Wan Suraya Omar yang
memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapakn kajian ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan yang banyak memberikan
pertolongan kepada saya dalam melaksanakan kajian ini, Aisyah Qistina
binti Razalli, Nurul Farahannah binti Sallehudin dan Alisyia binti Amri.
Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada 15 responden
yang sudi disoal selidik dan memberikan kerjasama demi menyiapkan
Kajian Amalan Kitar Semula di Taman Impian Emas, Johor Bahru ini.Sekian
3
2.0 PENDAHULUAN
Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang
diarahkan oleh guru Geografi untuk dijalankan oleh setiap pelajar
tingkatan 3. Tajuk kajian lapangan saya adalah Amalan Kitar
Semula di Taman Impian Emas. Amalan mengitar semula merujuk
kepada proses mengolah semula bahan buangan untuk
menghasilkan barangan yang baru.Saya Aleeya Batrisyia binti
Ahmad Faisal, pelajar tingkatan 3 Sapphire dari SMK Sultan Ismail
telah melakukan kajian ini di kawasan Taman Impian Emas
Antara sebab utama saya memilih Taman Impian Emas sebagai
kawasan kajian kerana ia merupakan tempat tinggal saya. Hal ini
memudahkan saya mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat
untuk direkodkan dalam kerja khusus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan
dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja khusus ini
disiapkan
4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian Amalan Kitar Semula di Taman Impian Emas , saya
dapat:
I. Mendefinisikan konsep dan takrifan Kitar Semula
II. Menghuraikan latar belakang kawasan kajian
III. Menjelaskan kepentingan Amalan Kitar Semula
IV. Menganalisis kesan buruk jika tidak mengamalkan Amalan
Kitar Semula
V. Mencadangkan langkah-langkah memupuk amalan kitar
semula dalam kalangan masyarakat
5
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Impian Emas yang merupakan
sebuah taman yang terletak di daerah Johor Bahru.. Terdapat
beberapa jenis perumahan di Taman Impian Emas. Antaranya
termasuklah rumah pangsa, konduminum, rumah teres dan rumah
banglo. Taman Impian Emas terdiri daripada pelbagai kaum
seperti kaum melayu,cina dan india.
Taman Impian Emas mempunyai penduduk yang padat. Terdapat
lebih 200 orang penduduk bagi sekilometer persegi di kawasan ini.
Taman Impian Emas merupakan petempatan bandar kerana
kawasani ini mempunyai kemudahan asas yang pelbagai dan
kawasan kediaman ini berciri moden.Manakala,pola petempatan
Taman Impian Emas ialah petempatan berkelompok. Kawasan
perumahan, perkilangan dan bangunan-bangunan terletak secara
berkelompok dan terancang di sesuata kawasan.
Di samping itu,ciri-ciri budaya yang terdapat di Taman Impian
Emas adalah seperti masjid,kuil,sekolah, dan jalan raya. Ciri-ciri
Fizikalnya pula adalah hutan dan juga mempunyai tanah yang
beralun dan kontur kerana terdapat padang golf
6
4.1 PETA KAWASAN KAJIAN
7
5.0 KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah yang telah saya gunakan sepanjang
menjalankan ini.
Kaedah tersebut ialah:
1) Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian secara langsung di
kawasan kajian untuk melihat cara peduduk di kawasan
Taman Impian Emas melestarikan amalan kitar semula
serta melihat jenis-jenis bahan yang dikitar semula oleh
penduduk di Taman Impian Emas
2) Kaedah Soal Selidik
Soal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan borang soal
selidik kepada 15 orang responden yang terpilih untuk
mendapatkan makluamat tentang kekerapan penduduk di
kawasan ini mengamalkan kitar semula. Di samping itu,
aedah ini juga digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang keefisien penduduk di kawasan ini dalam
mengamalkan kitar semula serta pendapat responden
tentang kelebihan mengamalkan kitar semula terhadap
tempat tinggal.
3) Kaedah Rujukan
Saya telah merujuk Internet serta buku-buku rujukan yang
lain untuk mendapatkan maklumat tambahan yang
diperlukan dalam kerja lapangan ini
8
6.0 HASIL KAJIAN
Kekerapan penduduk di Taman Impian Emas
mengamalkan kitar semula
Kekerapan Bilangan
Setiap hari 3
Kadangkala 4
Jarang 6
Tidak pernah 2
JUMLAH 15
Kekerapan penduduk di Taman Impian Emas
mengamalkan kitar semula
7
6
5
4
3
2
1
0 Kadangkala jarang Tidak pernah
Setiap hari
9
TAFSIRAN GRAF
Graf diatas menunjukkan kekerapan penduduk di Taman Impian
Emas mengamalkan kitar semula. Berdasarkan graf majoriti
penduduk Taman Impian Emas melakukan kitar semula adalah
jarang iaitu seramai enam orang penduduk.Diikuti seramai empat
orang penduduk Taman Impian Emas mengamalkan kitar semula
adalah kadangkala.Seramai tiga orang penduduk pula mengamalkan
kitar semula setiap hari.Berdasarkan graf, jumlah terendah
tercatat iaitu dua orang penduduk yang tidak pernah
mengamalkan kitar semula.
Ramai penduduk di Taman Impian Emas jarang mengamalkan kitar
semula kerana mereka hanya melakuakan kitar semula sekali
dalam sebulan untuk mengumpulkan sisa yang digunakan dalam
bulan tersebut.Manakala terdapat sedikit jumlah penduduk Taman
Impian Emas yang tidak melakukan amalan kitar semula kerana
sifat malas dan tidak mengambil endah tentang kepentingan alam
sekitar.
Kesimpulannya, Penduduk Taman Impian Emas mempraktikkan
amalan kitar semula di tempat tinggal mereka. Majoriti jarang
mengamalkan kitar semula dan sekumpulan sahaja yang tidak
mengamalkan amalan kitar semula di tempat tinggal mereka
10
6.2 KONSEP KITAR SEMULA
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula
barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan
baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai
diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan
sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan
pefceiaraf daf iefgurafgkaf peibazhraf’
Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah
kertas,plastik,besi,aluminium dan getah. Brang seperti botol kaca
boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
Dalai perkataaf recycle “re” ierujuk uftuk ielakukaf sekalh lagh
“cycle” ierujuk kepada pushfgaf. Oleg yafg deiekhaf, “Khtar
seiula” ierujuk kepada ieletakkaf sesuatu dalai khtaraf.
Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian
menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang
memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk
kegunaan kita.
11
6.3 ELEMEN KITAR SEMULA
Kitar semula merangkumi 3R iaitu:
REDUCE(kurangkan)
Kurangkan bahan yang boleh menyebabkan sampah seperti
beg plastik dan bekas polisterina. Sebaliknya beli barag yang
menggunakan bungkusan yang boleh diguna lama agar dapat
mengurangkan sisa pepejal dan meminimumkan penggunaan
sumber semula jadi
REUSE (guna semula)
Menggunakan semula bekas atau barang yang boleh diguna semula
seperti bekas minuman, surat khabar atau dermakan sahaja
majalah,buku dan pakaian
RECYCLE (kitar semula)
Menghasilkan barangan baru yang berguna dengan menggunakan
barang sedia ada seperti penghasilan kraf tangan dan baja
kompos
12
6.4 KEPENTINGAN MENGAMALKAN KITAR
SEMULA
MENGURANGKAN PENCEMARAN
Bahan-bahan atau barangan terpakai tidak akan dibuang tempat
yang sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak
berada di tempat pelepusan sampah boleh menjejaskan kesihatan
dan keselamatan orang yang menetap berhampirannya. Hal ini
demekian kerana,Sampah yang berlonggok di dalam tong sampah
atau tapak pelupusan sampah akan menjadi tumpuan haiwan
pembawa penyakit dan berbahaya seperti nyamuk,tikus,ular dan
lipas.
Tamsilnya, bahan buangan domestik akan menarik perhatian tikus
kelaparan dan pembuangan tayar terpakai akan menjad pusat
pembiakan nyamuk kerana terdapat takungan air daripada hujan
di dalamnya. Oleh yang demikian, masyarakat harus menyahut
seruan kerajaan untuk melakukan kitar semula yang dapat
dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti gotong-royong.
Amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran terutama
apabila sisa diurus dengan sistematik
MENJANA PENDAPATAN
Dengan mengitar semula sisa makanan dapat menghasilkan baja
kompos, secara tidak langsung ini boleh menjadi sumber
pendapatan kepada masyarakat yang mengamalkan kitar semula.
Sampah yang berlonggok di dalam tong sampah atau tapak
pelupusan sampah boleh menyebabkan pencemaran
Selain itu, amalan kitar semula juga dapat menjimatkan kos
perbelanjaan pelepusan sampah. Perkara ini lebih menjimatkan
berbanding usaha menyenggelara tapak pelepusan sampah yang
makin meningkat di negara ini. Oleh itu, caj untuk pelupusan sampah
akan dikurangkan selain dapat meningkatkan ekonomi negara agar
setaraf dengan negara maju yang lain.
13
Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan plastik yang
menggunakan petroleum yang djumpai melalui hasil cari gali dasar
laut dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan berlaku ancaman
kepada hidupan akuatik
PERSEKITARAN LEBIH SIHAT
Melalui amalan kitar semula dapat mengurangkan sampah,
seterusnya dapat mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih
dan selesa untuk dihuni. Secara tidak langsung dapat mengawal
penyakit daripada merebak.
MENJIMATKAN SUMBER SEMULA JADI
Sumber semula jadi dapat dijimatkan melalui kitar semula.
Contohnya dengan mengitar semula kertas kita dapat
menjimatkan sumber hutan.Kita perlu sedar bahawa kitalah
sebernanya yang mengancam sumber yang bernilai ini. Misalnya,
Malaysia mengimport lebih daripada 25000 tan kertas setiap
bulan untuk menghasilkan produk kertas demi menampung
permintaan tempatan
MENGURANGKAN KESAN RUMAH HIJAU
Dengan mengitar semula sisa domestik dapat menegelakkan
daripada pembakaran terbuka yang menyumbang kepada
pelepasan gas-gas rumah hijau
14
6.5 KESAN TIDAK MENGAMALKAN KITAR
SEMULA
PENAMBAHAN GAS RUMAH HIJAU
Bumi telah melalui pelbagai perubahan cuaca, hampir
semuanya disebabkan proses evolusi semula jadi yang
berlaku selama berjuta-juta tahun. Walaubagaimanapun,
disebabkan Industri Revolusi dan pembakaran bahan api
fossil, ia kini berubah. Kini, manusia menjadi penyumbang
utama kepada kepanasan planet. Kebanyakannya
disebabkan gas rumah hijau adalah daripada gas carbon
dioksida dan gas metana yang terhasil daripada kilang
industri,penjanaan elektrik, asap kenderaan dan
sebagainya.Oleh itu, kita disarankan untuk mengamalkan
kitar semula kerana ia terbukti dapat mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau.
KEHABISAN BAHAN API FOSSIL
Bahan api fossil wujud dalam lingkungan 359 hingga 299 juta tahun
lalu. Pakar Sains mengangarkan dalam 2050 atau waktu terdekat
itu, bahan api fossil tidak akan lagi wujud . Kilang menggunakan
bahan api fossil untuk menghasilkan nylon dan plastik. Oleh itu, jika
manusia tidak mula mengamalkan kitar semula bahan api fossil
akan kehabisan begitu sahaja dan tidak dapat digunakan oleh
genersai akan datang. Dengan mengitar semula plastik dapatlah
membantu mengurangkan penggunaan bahan api fossil.
15
PEMULIHARAAN SUMBER SEMULA JADI
Misalnya pada tahun 2013, usaha amalan kitar semula telah
mengelakkan jumlah sebanyak 87.2 juta tan sisa buangan
daripada pergi ke pusat pelupusan sampah yang sekali gus
menyimpan 186 juta tan metrik gas rumah hijau daripada
mencemarkan lagi alam sekitar. Tamsilnya, kita sebagai
masyarakat yang bermuafakat haruslah mengambil inisiatif
untuk melakukan usaha-usaha mengitar semula supaya dapat
membantu menjimatkan sumber semula jadi bumi yang makin
kehabisan dan dapat melambatkan pemanasan global.
16
6.6 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN KITAR
SEMULA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Pada zaman pascamodenisasi ini, penggunaan teknologi dalam
melupuskan sisa buangan yang susah untuk dilupuskan amatlah
disarankan. Contohnya, di Denmark mereka menggunakan alat
incinerator iaitu alat untuk memproses sisa melalui proses pembakaran
seperti plastik,beg plastik dan bateri. Incinerator telah membantu
melupuskan 28% daripada jumlah sisa keseluruhan di Denmark
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan
sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk
membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar,
mereka perlulah mempunyai kesedaran.Untuk memupuk kesedaran di
kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-
sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk
sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran
pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya
kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah
tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan
yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Selain itu, pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa . Contohnya,surat khabar,televisyen
dan radio.
17
PERTANDINGAN
Pertandingan mengumpul jumlah kitar semula terbanyak dapat
dipertandingkan antara sekolah, sesuatu institusi atau perjiranan.
Dengan ini wujudlah sifat daya saing yang tinggi untuk menang.Dengan
ini, kita akan bersungguh-sungguh mengumpulkan bahan terbuang yang
dapat dikitar semula . Tanpa sedari kita juga telah bantu membersihkan
alam sekitar kita
Pertandigan melukis poster yang berkaitan kitar semula juga adalah
idea yang baik. Ia buka sahaja memberi kesedaran kepada peserta
sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai ke orang ramai.
Pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan
kesedaran kepada orang ramai.
PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya
pendedahan media massa tentang isu pelupasan sisa yang tidak
terurus, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani
masalah tersebut.Semua pihak dapat mengambil bahagian dalam
menyebarkan isu ini di media massa.Contohnya, kalangan pengguna
media sosial seperti instagaram,twitter,facebook dan sebagainya
manakala pihak media boleh menyarankan dan menyebarkan melalui
temu bual dengan pakar dan menunjukkan proses mengitar semula
secara terperinci melalui siaran televisyen.
18
7.0 RUMUSAN
Daripada kajian ini, saya mendapati amalan kitar semula di sekitar
Taman Impian Emas, Johor Bahru. Johor agak mengalakkan sebilangan
kecil penduduk Taman Impian Emas menjadikan kitar semula sebagai
amalan setiap hari.
Saya mendapati faktor kemudahan tidak banyak mempengaruhi amalan
kitar semula di taman ini.Terdapat sedikit sahaja tong sampah kitar
semula yang disediakan yang tidak mencukupi dan terletak di kawasan
yang tidak strategik.
Perkembangan amalan ini juga dapat dikaitkan dengan faktor
kesedaran penduduk.Tidak ramai penduduk yang menyedari bahawa
amalan kitar semula dapat menyelamatkan ruang untuk manusia di bumi
selain dapat mengurangkan pencemaran alam.Hal ini seharusnya,diambil
berat oleh kerajaan dan langkah baharu yang berkesan perlu
dilaksanakan supaya dapat memupuk kesedaran penduduk agar
mengamalkan kitar semula.
19
8.0 RUJUKAN
Buku
Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek,
2018, Geografi Tingkatan 3 KSSM,Malaysia: Ims Books Trading Sdn.Bhd
Huzail Hussin,2021, Revisi Poket Geografi PT3 , Ilmu Bakti Sdn.Bhd
Orang Sumber
Alisyia binti Amri , 15 tahun, 1 Jalan Seri Impian 3 Taman Impian Emas
81300 Skudai Johor Bahru, Johor
Nurul Farahnnah binti Sallehuddin, 15 tahun, 22 Jalan Seri Impian 5 Taman
Impian Emas, 81300 Skudai Johor Bahru, Johor
Internet
http://www.googlemaps.com/Taman-Impian-Emas
http://munis2582.bllogspot.com/p/langkah-langkah.html?m=1
https://online.anyflip.com/tmeaj/kbrb/mobile/index.html
https://sciencing.com/effects-not-recycling-4827369.html
http://kitarsemulakekalhijau.blogspott.com/2017/05/kepentingan-
kitar-semula-kepada-manusia.html
https://www.scribd.com/document/416133732/Kepentingan-amalan-
kitar-semula
20
9.0 LAMPIRAN
Pemerhatian
1)
Tong kitar semula yang terletak di sebelah Surau Al-Fateh.Tong ini
merupakan satu-satunya tong kitar semula yang terdekat di
kawasan perumahan di kawasan Impian Emas. Membuktikan,
kekurangan kemudahan untuk amalan kitar semula di Taman Impian
Emas.
2)
Saya bersama orang sumber, Nurul Farahannah memerhatikan
kegiatan amalan kitar semula di sekitar perjiranan Impian Heights,
Taman Impian Emas
21
3)
Saya bersama orang sumber,Alisyia Amri memerhatikan kegiatan
amalan kitar semula oleh penduduk di sekitar Impian Heights Taman
Impian Emas.
4)
Kotak-kotak yang diasingkan oleh seorang penduduk Impian Emas
supaya mudah dikutip dan diasingkan oleh lori sampah
22
5)
Sisa plastik dan kotak yang tidak dibuang dengan betul telah
memburukkan perjiranan Impian Heights.
6)
Kotak yang dibuang begitu sahaja di depan rumah oleh seorang
penduduk Impian Emas.Kotak tidak diasingkan dengan betul
23
7)
Plastik dan botol minuman yang dibuang di kaki lima Taman Impian Emas
. Ini menganggu keselesaan penduduk yang sedang bersiar-siar.
24
Borang soal selidik yang telah dijawab
Responden 1
25
Responden 2
26
Responden 3
27
Responden 4
28
Responden 5
29
30
31