The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-40405219, 2021-02-25 00:31:26

kontigensi - untuk ibu bapa (2)

PELAN KONTIGENSI



PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH



SK TUN HUSSEIN ONN


1 Mac 2021:(Prasekolah,Tahun 1 dan 2)


8 Mac 2021: (Tahun 3,4,5 dan 6)





UNTUK MAKLUMAN & TINDAKAN :

GURU-GURU SK TUN HUSSEIN ONN

KAKITANGAN SOKONGAN

IBU BAPA/PENJAGA MURID

MURID-MURID

PELAWAT








































1

OBJEKTIF






 Memberi maklumat awal kepada semua pihak yang
terlibat tentang pengurusan kemasukkan semula

murid ke sekolah.




 Memberi maklumat tatacara mengikut SOP
kemasukkan semula murid ke sekolah.




 Memastikan pengurusan dan perancangan pihak
sekolah serta pihak ibu bapa lebih lebih teratur dan

lancar.








































2

PERANAN PENTADBIR




 Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat

untuk beroperasi.



 Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang

hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat.



 Memastikan keselamatan & kesihatan murid

diutamakan melalui penjagaan kebersihan mengikut

sop dan penjarakan sosial.



 Memberi penerangan dan pendidikan yang

berterusan penularan COVID 19, penjagaan
kesihatan dan penjarakan sosial.




PERANAN IBU BAPA




 Memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat

& tiada menunjukkan gejala awal COVID19 sebelum

hadir ke sekolah.



 Membantu dan memantau anak-anak belajar

mengikut kemampuan ibu bapa di rumah.



 Memberi galakan kepada anak-anak untuk belajar.











3

MAKLUMAT PENTING




Waktu Persekolahan



Prasekolah:

Isnin - Khamis: 7.20 pagi -12.00 tengah hari
Jumaat:7.20 pagi -11.50 tengah hari






Tahap 1 : Tahun 1, 2 dan 3

Isnin : 7.20 pagi -1.20 tengah hari

Selasa - Khamis : 7.20 pagi-12.50 tengah hari
Jumaat :7.20 pagi - 11.50 tengah hari




Tahap 2:Tahun 4, 5 dan 6

Isnin - Khamis: 7.20 pagi-1.20 tengah hari
Jumaat: 7.20 pagi-11.50 tengah hari






Kedai buku sekolah beroperasi

Isnin-Khamis:8.00 pagi-1.30 petang

Jumaat:8.00 pagi- 12.00 tengah hari















4

LOKASI PENTING :

1. Pintu Pagar

SK Tun Hussein Onn mempunyai 3 laluan keluar masuk:



i. Pintu Pagar A:

Dibuka pada jam 6.30 pagi - 8.00 pagi. Pintu ini digunakan

untuk guru, kakitangan sokongan, pelawat ,ibu bapa
dan murid lewat (hadir selepas jam 7.30 pagi).

Lokasi : berhadapan pondok pengawal keselamatan &

Dewan Lestari SK Tun Hussein Onn.



ii. Pintu Pagar B:

Dibuka pada jam 6.30 pagi - 7.30 pagi. Laluan untuk semua

murid yang hadir dan pulang dengan menaiki bas sekolah,
van, jalan kaki, berbasikal dan kereta.

Lokasi : berhadapan Dewan Dato Johari



iii.Pintu Pagar C: dibuka pada pukul 6.30 pagi - 7.30 pagi

Laluan untuk murid yang hadir dan pulang dengan motorsikal

dan berjalan kaki.






iv.Dewan Lestari SK Tun Hussein Onn
Lokasi: di Bangunan Pentadbiran berhadapan pondok

pengawal keselamatan.




v.Dewan Dato Johari @ Dewan Perhimpunan Rasmi
Lokasi: Berhadapan Pintu Pagar B.



5

GAMBAR LOKASI PENTING






















PINTU PAGAR A


Laluan untuk guru, kakitangan sokongan, ibu/bapa, pelawat dan murid yang
lambat (hadir ke sekolah selepas jam 7.30 pagi)




























PINTU PAGAR B



Laluan keluar dan masuk murid yang menaiki
bas sekolah,van,kereta, basikal dan jalan kaki.Pintu pagar B akan dibuka jam
6.30 pagi -7.30 pagi setiap hari. Bagi pelajar yang TERLEWAT (hadir selepas jam
7.30 pagi), gunakan Pintu Pagar A untuk masuk ke kawasan sekolah.





6

GAMBAR LOKASI PENTING

























PINTU PAGAR C

Laluan keluar dan masuk murid berjalan kaki dan motorsikal.
Pntu pagar C akan dibuka jam 6.30 pagi -7.30 pagi setiap hari. Bagi pelajar yang
TERLEWAT (hadir selepas jam 7.30 pagi), gunakan Pintu Pagar A untuk masuk

ke kawasan sekolah.



























DEWAN LESTARI SKTHO


Dewan terbuka berhadapan Pintu Pagar A






7

GAMBAR LOKASI PENTING






















Dewan Dato Johari



Dewan perhimpunan






































8

TATACARA PENGGUNAAN LALUAN MASUK




1. Pintu Pagar A



Laluan guru, kakitangan sokongan, ibu bapa dan pelawat)




i. Dibuka setiap masa dikawal selia oleh pengawal keselamatan
bertugas.




ii. Guru, kakitangan sokongan , ibu bapa dan pelawat

diwajibkan memakai pelitup muka.



ii. Guru dan kakitangan sokongan perlu menggunakan aplikasi

Mysejahtera, diambil suhu dan disanitasi oleh pengawal
keselamatan bertugas sebelum dibenarkan ke pejabat.




iii. Pelawat/ibu bapa/ penjaga murid yang mempunyai urusan
dengan pihak sekolah juga akan diambil suhu, disanitasi serta

direkodkan kehadiran & tujuan di buku pelawat oleh pengawal

keselamatan bertugas sebelum dibenarkan berurusan dengan
pihak sekolah.




















9

TATACARA PENGGUNAAN LALUAN MASUK



2. Pintu Pagar B




Laluan masuk murid yang hadir dan pulang dengan menaiki bas

sekolah, van, berjalan kaki, berbasikal dan kereta.



i. Semua murid di wajibkan memakai pelitup muka



i. Pintu Pagar B dibuka pada jam 6.30 pagi - 7.30 pagi.




ii. Murid yang hadir awal @ sebelum jam 7.00 pagi, perlu

berkumpul di Dewan Dato Johari mengikut penjarakkan
sosial yang telah ditetapkan sehingga suhu diambil,

direkodkan dan disanitasi oleh guru bertugas.



i. Murid yang hadir jam 7.00 pagi akan di sanitasi di pintu

pagar oleh kakitangan sokongan.



v. Kemudian murid perlu beratur dalam penjarakan 1 meter

untuk diambil dan direkodkan suhu oleh guru bertugas

harian. Murid masuk ke kelas melalui laluan sehala yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.




vi. 4 orang guru akan ditugaskan setiap hari untuk mengambil

dan merekodkan suhu murid.





10

TATACARA PENGGUNAAN LALUAN MASUK



2.Pintu Pagar C

Laluan masuk murid yang hadir dan pulang dengan motorsikal

dan berjalan kaki.



i. Semua murid diwajibkan memakai pelitup muka.




ii. Pintu Pagar C dibuka pada jam 6.30 pagi-7.30 pagi.



iii. Murid yang hadir awal @ sebelum jam 7.00 pagi, perlu

berkumpul di Dewan Dato Johari mengikut penjarakkan

sosial yang telah ditetapkan sehingga suhu diambil,
direkodkan dan disanitasi oleh guru bertugas.




iv. Murid yang hadir jam 7.00 pagi akan di sanitasi di pintu
pagar oleh guru bertugas.




v. Kemudian murid perlu beratur dalam penjarakan 1 meter
untuk diambil dan direkodkan suhu oleh guru bertugas

harian. Murid masuk ke kelas melalui laluan sehala yang

telah ditetapkan oleh pihak sekolah






















11

PENGUMUMAN PAGI




i. Murid berada di dalam kelas mengikut penjarakan sosial

dan memakai pelitup muka.



ii. Pengumuman pagi tentang norma baharu sekolah dan

menangani covid 19 akan dibuat selepas bacaan doa oleh
guru bertugas harian.




WAKTU REHAT

3 jadual waktu rehat
9.00 pagi-9.20 pagi :Tahun 1 dan 4

9.30 pagi-9.50 pagi:Tahun 2 dan 3

10.00 pagi-10.20 pagi:Tahun 5 dan 6



i. Murid akan makan di dalam kelas masing-masing.




ii. Murid Tahun 1-4:Makanan yang telah ditempah oleh ibu
bapa akan dihantar ke kelas masing-masing oleh pekerja

kantin sekolah.



iii. Murid Tahun 5 & 6:Makanan yang telah ditempah oleh ibu

bapa akan diambil oleh ketua & penolong kelas di kantin.



iv. Tempahan makanan dibuat melalui guru.




i. Bayaran boleh dibuat melalui anak tuan/puan kepada

guru kelas.



ii. Murid hendaklah membasuh tangan sebelum dan selepas



12

di tempat yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan

penjarakan sosial yang telah ditetapkan.



vi. Guru bertugas akan berada di setiap kelas bagi memantau

pematuhan sop oleh murid sewaktu rehat .








PERGERAKKAN MURID




i. Hanya seorang murid dibenarkan keluar untuk ke tandas

pada satu-satu masa.



ii. Murid tidak dibenarkan berjalan secara berdua keluar

dari kelas.



iii. Pergerakan murid adalah dalam 1 barisan dengan

penjarakan 1 meter dan diiringi oleh guru apabila perlu ke
bilik khas seperti pusat sumber, surau,makmal komputer,

makmal sains serta bilik rekabentuk dan teknologi.
























13

WAKTU BALIK




i. Murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) akan pulang 10 minit

lebih awal dari waktu persekolahan biasa iaitu:

Isnin : 1.10 tengah hari.
Selasa-Khamis:12.40 tengah hari

Jumaat:11.40 pagi



ii. Murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) akan pulang 10 minit lebih
awal dari waktu persekolahan biasa iaitu:

Isnin – Khamis:1.10 tengah hari

Jumaat:11.40 pagi.


iii. Penyuraian murid mengikut kelas, lokaliti dan pergerakan

murid diuruskan oleh guru subjek terakhir.



iv. Guru bertugas khas dan pengawal keselamatan akan
bertugas di Dewan Dato Johari serta pintu pagar B untuk

memastikan pergerakan murid teratur dan mengikut sop.


v. Guru bertugas khas juga akan bertugas di pintu pagar C

bagi memastikan pergerakan murid yang menggunakan

laluan berkenaan teratur dan mengikut sop.





















14

vi. Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah,

sekiranya ibu bapa/penjaga tiada di luar pagar sekolah.

Murid perlu menunggu ibu bapa di dalam kawasan
sekolah mengikut sop yang telah ditetapkan.




vii. Ibu bapa TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam kawasan
sekolah untuk mengambil anak masing-masing.























































15


Click to View FlipBook Version