PERSEDIAAN KE
SEKOLAH MENENGAH
Unit Bimbingan Kaunseling SK Tun Hussein Onn
16/12/2020 Cikgu Hawati 1
Sekolah menengah banyak
cabaran rintangan dan
pengaruh. Kamu harus pandai
membuat keputusan,berhadapan
dengan cabaran serta jangan
biarkan perkara negatif
mempengaruhi kamu.
Jangan tersilap aturan,
suasana di sekolah menengah
banyak mempengaruhi
MASA DEPAN KAMU
16/12/2020 Cikgu Hawati 2
9
Persediaan ke
Sekolah Menengah
Cari maklumat tentang sekolah yang
akan dimasuki
Tetapkan matlamat
Bersedia dari segi fizikal dan mental
Cepat sesuaikan Diri
Jauhi kumpulan yang bermasalah di
sekolah
Kena pasti rakan yang sesuai dijadikan
sahabat
Kenali guru dan kuasai subjek yang
diajar
Segera melaporkan sekiranya anda
dibuli
Perlu pandai bezakan perkara positif &
negatif
16/12/2020 Cikgu Hawati 3
1.
Cari maklumat tentang
sekolah yang akan dimasuki
“ Dapatkan maklumat awal tentang
sekolah baharu seperti lokasi,
pengangkutan ke sekolah, kedudukan
kelas,bilik-bilik khas & kemudahan
asas yang ada di sekolah
berkenaan”.
16/12/2020 Cikgu Hawati 4
2.
Tetapkan Matlamat
“ Suasana di sekolah menengah lebih
mencabar, kamu perlu lebih berdikari
dalam segala hal.Kamu juga perlu ada
matlamat atau sasaran yang jelas
untuk dicapai semasa di sekolah
menengah. Contoh menetapkan
sasaran kerjaya yang diingini di masa
hadapan. Ini penting bagi
membolehkan kamu memberi fokus
matapelajaran yang diperlukan
dengan kerjaya berkenaan”.
16/12/2020 Cikgu Hawati 5
3
Persediaan dari segi mental dan
fizikal
“ pembelajaran di sekolah menengah”
1.Matapelajaran lebih banyak
2.Matapelajaran baharu
3.Kepelbagaian aktiviti Kokurikulum
“kamu perlu bijak membahagikan masa
agar tidak ketinggalan dari rakan-
rakan yang lain.
16/12/2020 Cikgu Hawati 6
4
Cepat sesuaikan diri dengan
suasana baru
Kamu perlu:
1.Tinggalkan sikap keanak-anakan
2.Tinggalkan budaya “suap” oleh guru.
Kamu perlu mencari sendiri
penyelesaian masalah dalam
pembelajaran.
3.Belajar buat nota sendiri, jangan
mengharapkan nota @ jawapan
diberikan oleh guru.
16/12/2020 Cikgu Hawati 7
5
Jauhi kumpulan yang
bermasalah di sekolah
Dimana- mana sekolah akan ada
kumpulan pelajar yang sering memberi
masalah kepada pihak sekolah serta
memberi pengaruh negatif kepada
murid-murid lain. Kamu perlu
menjauhkan diri @ tidak bercampur
dengan kumpulan ini.
16/12/2020 Cikgu Hawati 8
6
Kenalpasti rakan yang sesuai
dijadikan sahabat.
1. Seawal bulan pertama
persekolahan kamu akan
berkenalan dengan rakan-rakan
baharu (rakan selain dari SKTHO).
1. Dalam tempoh ini berkawanlah
dengan semua orang dan cuba
kenal pasti rakan yang boleh
memberi pengaruh positif kepada
kamu, dan jadikan dia sahabat
kamu..
16/12/2020 Cikgu Hawati 9
7
Kenali guru dan cuba kuasai
matapelajaran yang diajar.
Kenali sikap, cara berkomunikasi, cara
dia berinteraksi dengan kamu di kelas
Supaya kamu lebih selesa mengikuti
pembelajaran oleh guru berkenaan.
Berkomunikasi dengan cara yang
beradab bertingkah laku dengan
sopan kerana guru-guru di sekolah
menengah tidak akan melayan sikap
keanak-anakan kamu lagi
16/12/2020 Cikgu Hawati 10
8
Segera melaporkan sekiranya
diganggu @ dibuli
Melaporkan kepada guru sekiranya
kamu dibuli. Jangan ambil tindakan
sendiri @ mengajak kawan membalas
dendam terhadap pembuli. Atau
jangan mengambil sikap
“mendiamkan diri” , kerana takut
dengan pembuli. Sikap sebegini akan
menyebabkan kamu secara berterusan
akan diBULI.
16/12/2020 Cikgu Hawati 11
9
Perlu pandai bezakan perkara
positif & negatif
Kamu perlu tinggalkan budaya..
“ kawan suruh cikgu”
“saya ikut dia cikgu”
“dia ajak cikgu”
“ dia yang ajar cikgu, saya buatlah”
“Kalau saya tak ikut..dia tak nak
kawan” cikgu
Ikut untuk perkara baik, sahaja.
16/12/2020 Cikgu Hawati 12
Tahun ini masa
bersama kamu tidak lama,
tidak banyak kenangan , tidak
banyak aktiviti dibuat bersama.
Cikgu harap masa dan kenangan yang
sedikit itu tetap mengembirakan
kamu semua.
Selamat membuat persediaan ke
sekolah menengah. Jaga diri,jaga
peribadi, jaga nama baik mak & ayah
jaga masa depan kamu.
KAMU yang menentukan
Masa depan kamu, bukan mak
@ ayah, mahupun cikgu.Kami
hanya tunjukkan laluan
untuk kamu.
16/12/2020 Cikgu Hawati 13
Mohon maaf andai ada yang cikgu
perkatakan menguris hati kamu.
BEBEL tandanya ambil peduli
JELING tandanya melarang
MERAJUK tandanya jangan kamu ulangi
DENDA tandanya ingatan
MARAH tandanya sayang
“hanya untuk kebaikan diri kamu”
Daaaaa..
Ada rezeki kita jumpa lagi
16/12/2020 Cikgu Hawati 14