H20A2A1L2/21A202T2 UJU PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
SBLM 1023
PENGANTAR PENULISAN
NOR HAFIDAH BINTI
KIBURAMHIMPULAN 3
PENERBIT (KUMPULAN 3)
NUR ZAKIAH BINTI WAN AZAHARI
273809
NUR AIN BINTI MUSTAFA
285867
MAIZATUL NADIA BINTI MAZLAN
280154
NUR SYAFEEZA ATIQAH BT NASIR
271800
SIEW SI KEY
271399
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Nur Ain Binti Mustafa sebagai wakil
Kumpulan 3 ingin memanjatkan rasa
setinggi-tinggi syukur kepada-Nya
kerana terus memberi ilham kepada kami
semua dalam menyiapkan tugasan
ketiga ini iaitu tugasan E-Majalah ini. Dan
tidak lupa juga kepada tenaga pengajar
kami, Puan Nor Hafidah Binti Ibrahim yang
telah memberikan segala tunjuk ajar
beliau sepanjang menyiapkan tugasan
ini. Disini juga saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih terhadap rakan
sekumpulan saya, Zakiah, Maizatul,
Syafeeza dan Key yang sentiasa
berusaha untuk memastikan tugasan E-
Majalah ini berjaya dihasilkan tepat pada
waktunya. segala kerja yang telah
diagihkan dapat disiapkan dalam masa
yang ditetapkan tanpa ada sebarang
masalah.
Tema yang telah dipilih oleh kumpulan saya adalah tema pendidikan. Mungkin
ramai yang ambil remeh tentang isu pendidikan di Malaysia ini, tambahan pula
dengan isu Pandemik Covid-19 yang telah merebak di Malaysia setahun lalu
telah banyak memberi perubahan terhadap sistem pendidikan di Malaysia.
Namun, ia bukan lah sebagai satu penghalang untuk pendidikan di Malaysia
untuk terus maju. Segala langkah dan strategi telah dilakukan oleh pihak
berwajib untuk memastikan pendidikan di Malaysia tetap maju.
Akhir kata, marilah kita sama-sama membantu pihak berwajib dalam
memastikan pendidikan di Malaysia terus maju untuk bersaing dengan negara
luar yang lain. Marilah kita berpegang kepada satu kata hikmah yang berbunyi
"Belajar tidak akan membuat kita terus berjaya, namun orang yang berjaya
adalah orang yang terus berlajar."
KANDUNGAN
4.0STRATEGI SISTEM PENDIDIKAN
NEGARA SEWAKTU COVID19
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 3
3.0 CABARAN PENDIDIKAN SEMASA 4-5
COVID-19
5.0 7
HARAPAN BEBERAPA PIHAK
TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN MALAYSIA
6.0 RUMUSAN 8
9.0 RUANGAN IKLAN 11
7.0 8.0
RUANGAN KREATIF BERITA SEMASA
PELAJAR BERKAITAN
PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia
Dasawarsa ini, pendidikan merupakan "Pendidikan 1.0 Pengenalan
salah satu bidang yang boleh dikatakan adalah senjata
sensitif bagi sesebuah negara kerana
dengan adanya bidang pendidikan ini paling
ianya mampu mengubah corak dan mematikan di
senario yang dipaparkan oleh politik dan dunia, kerana
juga sosial negara. Bidang berkaitan
pendidikan ini sememangnya penting dengan
kepada rakyat kerana dengan adanya pendidikan, anda
pendidikan maka akan terlahirlah rakyat dapat mengubah
yang mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi. Selepas hadirnya dunia"
kemerdekaan di Tanah Melayu pada 1957,
negara ini merupakan sebuah negara - Nelson Mandela
yang baru dan pada ketika itu jugalah
titik permulaan bagi negara ini
mengukuhkan tahap pendidikan supaya
ianya sentiasa selari dengan dengan
matlamat perpaduan nasional.
Pendidikan sememangnya penting bagi
memastikan generasi pada masa hadapan akan
sentiasa bersedia dan juga mampu mentadbir
negara dengan sangat baik. Semua lapisan
rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan
yang selayaknya. Pelbagai langkah yang telah
diambil oleh kerajaan dalam memastikan setiap
rakyat di negara Malaysia ini mampu untuk
meneruskan pendidikan yang sedang dijalani
sehingglah ke peringkat yang lebih tinggi.
Pendidikan juga merupakan salah satu aspek yang
sangat berkait rapat dengan kejayaan seseorang
rakyat. Hal ini kerana, kemana-mana sahaja
tempat yang dituju sudah semestinya tahap
pendidikan yang akan dipertanyakan oleh orang
disekeliling. Pendidikan merupakan salah satu
hala tuju kejayaan seseorang rakyat disebabkan
oleh rakyat akan menggunakan ilmu pengetahuan
yang ada untuk mengecapi sesebuah kerjaya yang
diidamkannya. Benarlah kata orang “menuntut
ilmu biarlah sampai ke negeri China” yang
bermaksud menuntutlah ilmu sejauh mana ilmu
itu berada kerana dengan adanya ilmu seseorang
itu tidak akan pernah rugi.
"Sesiapa yang inginkan
dunia hendaklah dia
mempunyai ilmu,
sesiapa yang inginkan
akhirat. hendakalah dia
mempunyai ilmu,
sesiapa yang inginkan
kedua-duanya, maka
hendaklah dia
mempunyai ilmu"
- Imam Syafie
2.0 OBJEKTIF 2. Menjelaskan
usaha yang
1. Untuk menjelaskan
diambil oleh pihak
cabaran yang dihadapi
dalam pendidikan pada berkenaan untuk
zaman kini.
menaik taraf
sistem pendidikan
3. Untuk menitik
beratkan ilmu
pendidikan dalam
diri manusia.
3.0 Cabaran Pendidikan
Semasa Covid-19
3.1 Pembelajaran secara atas talian
Baru-baru ini, penularan wabak Covid-19 telah melanda ke seluruh dunia dan
telah menyebabkan semua individu menghadapi kesukaran untuk
menyesuaikan diri dalam norma baharu. Penularan wabak ini juga telah
meninggalkan pelbagai impak atau kesan dalam sektor-sektor yang memainkan
peranan penting dalam negara seperti ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, sektor pendidikan juga merupakan sektor yang paling
terjejas semasa penularan selain ekonomi kerana pendidikan melibatkan semua
pendidik dan pelajar di dalam negara Malaysia.
3.1.1 Ketiadaan alat peranti yang mencukupi
Terdapat golongan keluarga yang tidak berkemampuan untuk membeli peranti-
peranti elektronik kepada anak-anak mereka terutamanya kepada keluarga yang
mempunyai ramai anak yang masih bersekolah atau belajar. Tambahan pula,
terdapat golongan pelajar yang berkongsi alat peranti bersama adik-beradik
mereka yang lain secara bergilir-gilir.
Pandemik Covid-19 juga telah
menyebabkan pekerja-pekerja di Malaysia Berdasarkan statistik
yang dikaji oleh Jabatan
terjejas kerana terdapat di kalangan
Perangkaan Malaysia
mereka yang dibuang kerja dan (2020), hampir tujuh juta
pelajar dan murid-murid
sebagainya. Perkara ini memberi kesan
terkesan daripada
negatif tehadap sesebuah keluarga kerana penularan wabak yang
menyebabkan mereka
ibu atau bapa yang bekerja telah hilang
ketinggalan dalam
punca pendapatan dan tidak dapat pembelajaran. Oleh sebab
menyara kehidupan keluarga mereka. itu, institusi-institusi
pendidikan perlu
Oleh itu, terdapat banyak keluarga yang
menghadapi pelbagai
tidak mampu untuk membelikan peranti cabaran dan halangan
baru kepada anak-anak mereka di rumah bagi meneruskan
pembelajaran secara atas
yang seterusnya menyebabkan anak-anak
talian supaya murid-
sukar untuk meneruskan pembelajaran murid atau pelajar tidak
secara atas talian kerana tidak mempunyai ketinggalan dalam
pembelajaran.
kemudahan alat peranti yang mencukupi.
3.1.2 Persekitaran yang kurang kondusifi
Seperti yang kita sedia maklum, pembelajaran secara atas talian
bermaksud para pelajar perlu menyambungkan sesi pelajaran
mereka di rumah masing-masing. Suasana rumah yang kurang
menyenangkan telah menyebabkan para pelajar tidak dapat
memberi perhatian yang sepenuhnya semasa menghadiri kelas
secara atas talian. Hal ini demikian kerana, terdapat di kalangan
mereka yang perlu berkongsi bilik dengan adik beradik yang lain
atau tinggal di rumah yang sempit. Hal ini akan mempengaruhi
tumpuan mereka apabila menghadiri kelas kerana suasana yang
riuh rendah dan bising di dalam rumah.
Di samping itu, terdapat juga segelintir daripada mereka yang
perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adik mereka
yang lebih kecil yang menyebabkan seseorang perlu melakukan
kerja rumah selain menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan
sebagai seorang pelajar.
3.1.3 Masalah capaian Internet
Perkara ini merupakan cabaran yang paling utama
semasa pembelajaran atas talian kerana pelajar tidak
dapat menghadiri kelas dan menumpukan perhatian
atas sebab mempunyai capaian Internet yang tidak
laju. Para pelajar terutamanya yang tinggal di kawasan
pedalaman menghadapi masalah untuk mencapai
rangkaian Internet kerana pengaksesan Internet di
kawasan mereka tidak seperti pelajar yang tinggal di
bandar. Tambahan pula, para pelajar harus mencari
tempat yang sesuai untuk mendapat akses Internet
tahap kelajuan tinggi bagi memudahkan urusan
mereka untuk menghadiri kelas secara atas talian atau
melakukan apa-apa tugasan yang diberikan oleh para
pendidik. Oleh itu, masalah capaian Internet dalam
kalangan pelajar merupakan satu cabaran yang perlu
dihadapi bagi meneruskan sesi pembelajaran secara
atas talian.
4.0 STRATEGI SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA
SEWAKTU COVID19
1. 3.
Program Pemugaran Literasi dan Penyediaan bahan sokongan PdP
Numerasi iaitu membangunkan secara digital atau bercetak bagi
Modul Asas Literasi dan Numerasi
bagi murid yang belum menguasi memperkukuh dan
memperkayakan pengetahuan
asas kemahiran 4M serta kemahiran pelajar di pelbagai
(membaca, menulis, mengira dan
peringkat.
menaakul).
2. 4.
Penggunaan infrastruktur sedia ada Memastikan langkah pencegahan jangkitan
Covid-19 yang mencukupi di semua institusi
dan yang terbaharu untuk
memastikan tiada gangguan bagi pendidkan yang bakal kembali dibuka.
Pihak berwajib perlu memastikan
semua peringkat pendidikan.
kecukupan alat pembersih dan sanitasi,
peralatan pemeriksaan suhu dan juga
pembersih serta penapis udara di semua
institusi pendidikan sebelum ia diberikan
kebenaran untuk beroperasi.
5.0 HARAPAN
5.1 Individu 5.2 Masyarakat
Sebagai rakyat Malaysia, saya berharap Masyarakat berharap tahap pendidikan
sistem pendidikan Malaysia jangan
membenarkan pelajar mengikuti ujian di Malaysia dapat dipertingkatkan
dan gred secara mambabi buta.
Sebaliknya, saya berharap kerajaan supaya dapat menitikberatkan matlamat
Malaysia dapat menyediakan sistem
pendidikan berasaskan analisis, pendidikan berkualiti yang dapat
pemikiran kritis dan kepimpinan. Hal ini
demikian kerana, saya berpendapat membantu negara mencapai status
kemahiran penyelesaian masalah dan
pemikiran kritis adalah sangat penting berpendapatan tinggi. Ini kerana modal
kerana ia bukan sahaja meningkatkan
pendidikan tetapi juga melatih pelajar insan sesebuah negara dibina
menjadi pelajar yang lebih dynamik
serta berdaya saing di persada dunia. terutamanya oleh sistem pendidikannya
dan merupakan pemacu asas
pertumbuhan ekonomi. Oleh itu,
keinginan besar masyarakat untuk
memberi autonomi kepada sekolah dan
bukannya pemusatan tinggi sistem
pendidikan Malaysia telah menghalang
pengeluaran dan pengagihan
perkhidmatan pendidikan yang cekap.
5.2 Badan Bukan Kerajaan (NGO)
NGO berharap dan terus menyokong kesaksamaan dalam pendidikan. Sebagai contoh,
NGO berharap kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan ketidaksamaan pendidikan
bandar dan luar bandar dengan secepat mungkin serta mesti menyediakan sokongan
kesihatan mental di sekolah. NGO juga berharap kerajaan Malaysia dapat
menganjurkan projek pembinaan untuk meningkatkan nilai demokrasi belia. Secara
amnya, NGO mahu mendesak reformasi sistem pendidikan semasa kerana NGO mahu
Malaysia menjadi sistem pendidikan inklusif yang memberui tumpuan bukan sahaha
kepada akademik tetapi juga kepada pencapaian lain serta kesejahteraan keseluruhan.
6.0 RUMUSAN
Secara Am nya, jelaslah bahawa kerajaan
Malaysia berusaha bertungkus lumus untuk
memajukan taraf pendidikan di Malaysia sesuai
mengikut peredaran zaman. Segala cabaran
yang dihadapi dalam bidang pendidikan tidak
di ambil remeh oleh pihak kerajaan malah
mereka c=telah berusaha mencari jalan
penyelesaian yang sesuai untuk menangani
masalah tersebut. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sangat menitik beratkan
pendidikan dalam kalangan remaja kerana
mereka percaya bahawa pendudukan yang
berpendidikan inilah yang akan menjadi
pemimpin negara Malaysia pada suatu hari
nanti. Selain KPM, terdapat juga beberapa
pihak seperti pihak Bukan Kerajaan (NGO),
masyarakat dan individu sendiri sangat
mengutamakan pendidikan dalam diri masing-
masing.
The book and the
movie tell about a
woman named Korina
Villanueva who
should wear a scarlet
‘A’ letter on her bosom
as a sign of “adultery”
– a sign of sin.
7.0 RUANGAN KREATIF
PENDIDIKAN
UNTUK
SIAPA?
DONI SWARDARMA
Pendidikan, apa khabarmu hari ini?
Di tengah silih bergantinya istilah Setelah lulus, mereka bekerja
hebatmu CBSA, KBK, KTSP entah apa Menjadi Menteri, direktur, birokrat,
lagi nanti politisi atau pengusaha
Namun masih terasa ganjalan di Tapi mengapa bukannya membangun
benakku negeri tercinta
Untuk siapakah engkau dinikmati? Sudah berpenghasilan tinggi, masih
korupsi juga!
Upik pengamen cilik, Ni’an tukang
asongan, Topan preman prapatan Aku bingung aku resah
Mereka bukan anak sekolahan Dimanakah letaknya salah
Mereka punya sebuah mimpi, Sudah sekolah sudah kuliah
mimpi yang sederhana : bisa makan Keluar-keluar kok malah jadi lintah
setelah kecapean
Kami yang ada di sini
Sementara itu.... .di sekolahnya orang- Cuma bisa jadi pemimpi
orang penting Bermimpi sepuas hati
Yang tarifnya bikin kepala pusing Setelah bangun menangis lagi
Michele, David dan Tobing asyik
browsing sambil outting Bukan itu yang kuharapkan
Fasilitasnya lengkap ada yang backing Pendidikan murah yang kuinginkan
Pendidikan yang bisa merubah
Selesai sekolah mereka kuliah Semua kezholiman menjadi keadilan!
Di kampus tercinta dambaan semua
Bukannya cerdas akal dan jiwa
Bullying dan kekerasan malah
mewabah!
8.0 BERITA SEMASA
9.0 Ruangan
Iklan
RUJUKAN
Doni Swardarma, (2012, November 22) Puisi Pendidikan,. Dicapai pada 3 Julai 2022,
daripada http://www.karyapuisi.com/2011/03/puisi-pendidikan-puisi-
tentang.html#ixzz3QdcwE32P
Hanafi, N. H. (2019). Capaian: 4 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI
MALAYSIA: https://webpendidikan.my/4-cabaran-pembelajaran-atas-talian-di-
malaysia/
HIBRAHIM, M. A. (2021, June 19). 5 objektif teras pulihkan sektor pendidikan negara.
Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/145220/BERITA/Nasional/5-objektif-
teras-pulihkan-sektor-pendidikan-negara
J amaludin, K. (2021). Impak dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran. Jurnal Dunia
Pendidikan, 1-13.
MalayMail. (2013, Disember 11). Bank Dunia: Memburukkan lagi halangan pendidikan
kepada harapan Malaysia berpendapatan tinggi. Retrieved from
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2013/12/11/world-bank-worsening-
education-obstacle-to-malaysias-high-income-hopes/579491
Musa, N. binti. (2021, July 26). Sistem Pendidikan. MOE. Dicapai pada 5 Julai 2022,
daripada https://www.moe.gov.my/dasarmenu/sistem-pendidikan
PENDIDIKAN Utusan Digital. Dicapai pada 5 Julai, 2022, daripada
https://www.utusan.com.my/kategori/pendidikan/
Sazili, S. (2018, Disember 23). Sistem pendidikan negara perlu segera diubah.
Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/12/512291/sistem-
pendidikan-negara-perlu-segera-diubah
Yahaya, M. (2021). CABARAN PELAJAR MELALUI KAEDAH. Jurnal Media dan
Informasi, 4(1), 11-20.