Isi Kandungan
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Ikrar Perkhidmatan Awam
2. Kata Alu-aluan Guru Besar 2
3. Surat Perlantikan Rasmi Tugas dan Tanggungjawab 2020 3
4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Visi dan Misi 4
6. Tonggak Dua Belas
7. Falsafah SKTSGJ / Nilai SKTSGJ 9
8. Matlamat SKTSGJ / Piagam Pelanggan 10
9. Slogan SKTSGJ / Moto SKTSGJ/ Aspirasi SKTSGJ 11
10. Lagu SKTSGJ 12
11. Sejarah SKTSGJ 13
12. Sejarah Pentadbiran SKTSGJ
13. Peraturan – Peraturan Am SKTSGJ 14
14. Dasar Pengurusan Kurikulum
15. Dasar Pengurusan HEM 15
16. Dasar Pengurusan Kokurikulum 16
17. Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 18
18. Pengurusan Kurikulum SKTSGJ 19
19. Pengurusan Hal-ehwal Murid 30
20. Pengurusan Ko-kurikulum 44
21. Pembangunan Dan Bekalan 59
22. Penilaian dan Peperiksaan 67
23. ICT 78
21 Takwim 2019 97
24 Pekeliling 109
25 Lampiran 128
130
Buku Pengurusan 2020 132
134
153
179
1
Ikrar Perkhidmatan Awam
KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA
MEMBUAT IKRAR DI SINI BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT
DENGAN KERAJAAN, KAMI AKAN PATUH DENGAN MENGAMALKAN TERAS-
TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS.
KE ARAH INI KAMI
BERAZAM MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN
BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN KEMESRAAN
BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEM-
BANGUNAN NEGARA
BEKERJASAMA DALAM MEMBENTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-
MUSUH NEGARA
BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
Buku Pengurusan 2020 2
Kata Pembuka
Sesi 2020
Bismillahirrahmannirrahim
Salam CERGAS, CERIA DAN CEMERLANG buat seluruh warga SKTSGJ 2020
Alhamdulillah, syukur di atas keizinan yang diberikan oleh Allah SWT serta Rahmat dan Kasih
Sayang Nya. saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi kesempatan bersama
kembali bagi tahun 2020. Alhamdulillah 2019 telah kita tinggalkan dengan cemerlang dalam semua unit.
Semoga 2020 menyusul dengan kejayaan yang lebih baik.
Tahniah kepada semua guru dan kakitangan kerana berjaya melaksanakan segala macam aktiviti
dan program sepanjang 2019 mengikut unit-unit yang telah ditetapkan. Semoga segala kejayaan yang
dinikmati menjadi pemangkin buat kita semua untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi bagi tahun 2020.
Budaya menceriakan sekolah sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memikat anak-anak
SKTSGJ untuk terus menjadi murid yang memiliki kesemua elemen JERI yang ada dalam Falsafah Pen-
didikan Negara. (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.) Keceriaan yang dipamerkan merupakan hasil seni
yang boleh membantu meningkatkan kreativiti kerja minda murid-murid.
Pdpc yang menarik, budaya penyayang , aktiviti kokurikulum perlu dilaksanakan agar murid-murid
terus memiliki proses memanusiakan manusia – memupuk dan meningkatkan kesedaraan dalam diri
CONSCIENTIZATION tentang fizikal dan metafizikal (TUHAN, MANUSIA DAN ALAM)
Diharapkan 2020 akan akan membawa era baru ke arah peningkatan dan kecemerlangan se-
luruh warga SKTSGJ
Sekian Terima Kasih.
KHAIRIAH BT ABDUL KADIR
GURU BESAR SKTSGJ
Buku Pengurusan 2020 3
Buku Pengurusan 2020 4
Buku Pengurusan 2020 5
Buku Pengurusan 2020 6
Buku Pengurusan 2020 7
Buku Pengurusan 2020 8
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Buku Pengurusan 2020 9
Buku Pengurusan 2020 10
Buku Pengurusan 2020 11
FALSAFAH SKTSGJ
SKTSGJ sebagai institusi untuk mendidik murid-murid sekolah
rendah yang terpilih sebagai persediaan pengajian ke peringkat
menengah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mencakupi bidang-bidang:
i. Pengajaran
ii. Pembelajaran
iii. Bimbingan dan pembentukan sahsiah
iv. Gerak kerja luar @kokurikulumdan pentadbiran
v. Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar.
NILAI SKTSGJ
Nilai yang dijunjung oleh seluruh warga SKTSGJialah:
“Imej dan Kecemerlangan Dibina Melalui Budaya Kerja
Berpasukan dalamkeadaan Sihat dan Ceria”
Buku Pengurusan 2020 12
MATLAMAT SKTSGJ
1. Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani supaya menjadi warganegara yang berguna.
2. Melahirkan pelajar yang berkeinginan dan berkebolehan untuk
memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan Negara.
3. Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber sebagai sumber ilmu
pengetahuan.
4. Mengadakan hubungan yang rapat dengan semua pihak bagi
kebajikan murid sekolah
PIAGAM PELANGGAN SKTSGJ
Kami warga Sekolah SK. TAN SRI GHAZALI JAWI penuh
tekad berikrar akan berusaha merealisasikan visi dan misi sekolah dengan:
- Mendidik setiap murid dengan berkesan dan memberi penumpuan kepada aspek
pembasmian buta huruf.
- Menghasilkan murid yang mencintai ilmu, justeru boleh mencapai kelulusan yang
cemerlang dan terbilang baik dalam peperiksaan awam mahupun dalaman.
- Melatih murid supaya sentiasa sihat dan cergasmelalui bidang sukan.
- Melahirkan murid yang beriman, berakhlak dan berbudi pekerti mulia.
- Mewujudkan suasana harmoni dan muhibah di kalangan warga sekolah,
ibu bapa dan masyarakat setempat.
Buku Pengurusan 2020 13
SLOGAN SKTSGJ
SK TAN SRI GHAZALI JAWI
EXCELLENT
MOTO SKTSGJ
“MAJU JAYA”
ASPIRASI SKTSGJ
1. Pencapaian terbaik dalam UPSR 2020 di daerah Hulu Perak
2. Cemerlang Sahsiah & Kokurikulum dengan
1. Johan/Naib Johan daerah/negeri dalam semua peryertaan
kokurikulum
2.Kehadiran pada 95 %
3. Kes disiplin pada 1%
3. Kebitaraan Sekolah
1. Bidang kurikulum – Bahasa Inggeris
2.Bidang kOAkademik – Sahiba
Buku Pengurusan 2020 14
LAGU SEKOLAH SKTSGJ
Sekolah harapan Negara
Mengajar mendidik anak bangsa
Kita ganding tenaga
Mencurah bakti jasa
Berdisiplin mencapai cita-cita
Tingkatkan usaha bersama
Harumkan sekolah milik kita
Jaga budi Bahasa
Patuh pemimpin kita
Cemerlang dan Berjaya
Maju Jaya
Berusaha bersatu
Tabah yakin
Panduan hidupku
SKTan Sri Ghazali Jawi
Kamilah Harapan ibubapa
Menjunjung Tinggi Cita Negara
Agama di mulia
Lagu/ SusunanMuzik/Lirik :
En. Anuar binMd. iIrahim
Buku Pengurusan 2020 15
Sejarah
SKTSGJ
Sebelum 2hb April, 1949 : murid-murid di sekitar Kampung Air Panas dan Tanjung Rambai
terpaksa berulang-alik ke sekolah Melayu Gerik yang jauhnya lebih kurang lima batu perjalanan,
dengan keadaan demikian, ibu bapa dan penduduk setempat di ketuai oleh seorang Ketua Kampung
Air Panas, iaitu Tuan Haji Abd. Hamid bin Haji Salleh telah memohon supaya di benarkan untuk
mendirikan sebuah sekolah cawangan di Kampung Air Panas, Gerik dan apabila diluluskan, mereka
bersama-sama bergotong-royong mendirikan sebuah bangunan sementara di kawasan Masjid Air Panas
sekarang ini.
Setelah siap bangunan tersebut, pada 3hb April, 1949 bermulalah persekolahan di Kampung Air
Panas dengan jumlah muridnya 37 orang, sekolah ini di tadbirkan sebagai Sekolah Melayu Gerik pada
masa itu. Guru-guru yang mula di tugaskan mengajar di sekolah ini ialah cikgu Husain b. Zainal Abidin
(Bersara) dan cikgu Aziah bt M. Isa (Bersara).
Setelah berjalan selama dua tahun, pada 28hb Januari 1951 sekolah ini telah di tadbirkan
secara berasingan, Guru Besar yang pertama di tugaskan untuk mentadbirkan sekolah ini ialah cikgu
Mohd Hashim b. Yaakub ( Besara ) pada 29hb. September, 1977. Apabila di tadbirkan secara
bersendirian, sekolah ini di nama Sekolah Melayu Ayer Panas, Gerik. Apabila Negara kita mencapai
kemerdekaan pada 31hb Ogos, 1957 dasar pelajaran juga turut berubah dari masa ke semasa, nama
sekolah ini juga turut berubah menjadi sekolah umum Ayer Panas dan kemudiannya bertukar namanya
menjadi Sekolah Kebangsaan Ayer Panas mengikut perubahan dasar pelajaran kebangsaan.
Setelah berjalan lebih kurang empat tahun kerajaan telah membeli sebidang tanah seluas 5
ekar 36 poole, di atas tanah inilah telah di dirikan sebuah bangunan sementera berukuran 40’ x 20’
dengan perkakas pembinaannya di beli oleh RIDA atau sekarang di kenali dengan MARA dan kerja-
kerja pembinaannya di buat oleh orang-orang kampong secara bergotong-royong, apabila sahaja
kawasan ini membangun, pertumbubuhan penduduk meningkat menyebabkan murid-murid sekolah ini
juga bertambah. Dengan itu sebuah lagi bangunan di dirikan pada 5hb Januari, 1959 berukuran 40 kaki
x 20 kaki. Pembinaannya juga di buat secara gotong-royong. Pada 6hb. Januari 1969, barulah sekolah
ini menerima sebuah bangunan separuh kekal yang mempunyai dua bilik darjah. Walau bagaimana
pun keadaan bilik darjah yang tidak selesa masih juga berlaku.
Buku Pengurusan 2020 16
Sejarah
SKTSGJ
Hari yang paling bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Air Panas, Gerik ialah pada 26hb. Ogos,
1975, kerana pada hari itulah ibu kandungnya, Sekolah Rendah Sri Adika Raja Gerik telah di rasmikan
pembukaannya oleh YAB. Dato’ Sri Dr. Mahathir b. Muhammad, selaku Menteri Pelajaran Malaysia
pada masa itu. Beliau telah mengambil kesempatan melawat sekolah-sekolah berhampiran dengan
Pekan Gerik. Sekolah Kebangsaan Ayer Panas salah sebuah sekolah yang di pilih oleh beliau untuk
membuat lawatan. Dengan lawatan beliau itu memperkuatkan lagi permohonan untuk mendapat
sebuah bangunan baru. Apabila beliau sendiri melihat keadaan bangunan yang ada, lalu beliau
memperkenankan uantuk meluluskan pembinaan bangunan baru dua tingkat. Bangunan ini mempunyai
4 bilik darjah, dua bilik serbaguna, bilik Guru Besar, Pejabat, Bilik Guru-guru dan lain-lain kemudahan.
Pembinaannya dari peruntukkan Projek Pinjaman Bank Dunia.
Kawasan persekitaran Air Panas telah berubah dengan adanya Sekolah Menengah Sultan Idris
Shah II, Gerik dan Rancangan Belia Khas dan sekarang ini pula di tempatkan Kawasan Pemancar
Radio, Air Panas semakin bertambah membangun dengan pertambahan penduduk ini. Murid-murid
telah meningkat kepada 250 orang kemungkinan pertambahan murid akan meningkat dalam masa tiga
tahun akan datang. Dengan itu bangunan yang ada hari ini tidak dapat menampung murid-murid pada
masa itu.
Sejak sekolah ini di tadbirkan bersendirian, hanya baru dua orang Guru Besar mentadbir
sekolah ini, setelah cikgu Mohd Hashim b. Yaakub bersara pada 29hb. September, 1971 tugas Guru
Besar Besar di ambil alih oleh En. Nasarah bin Haji Musa hingga ke hari ini.
Walau pun sekolah ini di buka selepas perang dunia keduar amai murid-murid yang menerima
pelajaran, ada di antaranya yang dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti dan menjawat jawatan
kerajaan.
Pada hari Sabtu 27hb. March, 1982 bangunan yang di bina dengan bantuan projek Bank Dunia
ini telah dilakukan Perasmiannya oleh YAB Dato Sri Hj. Wan Muhammad b. Hj. Wan The, SPCM, PJK, JP
Menteri Besar Perak.
Apa yang di harapkan, dengan adanya Perancangan Pembangunan Pelajaran Lima Tahun bagi
sekolah ini, semua pihak yang terlibat dengan sekolah ini akan berusaha untuk meningkatkan
pencapaian pelajaran murid-murid di sekolah ini.
Buku Pengurusan 2020 17
SEJARAH
PENTADBIRAN SKTSGJ
Bil Nama Guru Besar Tahun berkhidmat
1 Tn. Hj. Hashim bin Yaakub 1951-1977
2 En. Nasarah b. Hj. Musa 1977 – 1987
3 En. Ku Azizi bin Ku Ismail 1987 – 1989
4 En. Mohd. Fadzil bin Mohd. Rosli 1989 – 1995
5 En. Ahmad Husni bin Manan 1995 – 1998
6 En. Mohd Termizi bin Mohd. Tahir 1998 – 1999
7 En. Yahya bin Othman 1999 – 2001
8 En. Mokhtar bin Mat Nor 2001 – 2007
9 Tn. Hj. Basri bin Che Nas 2007 – 2012
10 Tn. Hj. Arif bin Abd. Jabar 2012 – 2014
11 Pn. Hjh Nora’shikhen Binti Ibrahim 2014 – 2015
12 Pn. Khairiah binti Abdul Kadir 2015 – kini
13
Buku Pengurusan 2020 18
Buku Pengurusan 2020 19
PERATURAN-PERATURAN AM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI GHAZALI JAWI
PERKARA 1 – PERINTAH AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami
dan mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila* profesion keguruan dan menjunjungnya. Guru sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan semata-mata. *(rujuk dalam buku persediaan
mengajar).
1.3 Semua guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi dan objektif KPM.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang – seperti Tonggak 12, Pelan Intergriti Nasional dan lain-lain.
1.5 Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai SATU PASUKAN – TEAM (Together Everyone
Achive More) untuk mencapai visi, misi, matlamat dan objektif sekolah
1.6 Semua warga kerja hendaklah bertekad dan berazam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
PERKARA 2 – PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS
(Dibaca bersama Surat Pekeliling bil. 6/1985).
2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
sebagai kakitangan awam.
2.2 Baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru dan kakitangan perempuan. Guru lelaki bertali
leher.
2.3 Seluar potongan kaki kecil dan jenis kain jeans tidak dibenarkan. Guru dan kakitangan mestilah
berkasut kulit yang bersesuaian dengan cara berpakaian ke pejabat dan imej seorang guru dan
kakitangan awam.
2.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai iaitu seluar
trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek dan kasut sukan.
2.5 Pakaian semasa perhimpunan rasmi hendaklah kemas dan bagi guru lelaki memakai kot/blazer
dan seluar hitam, berkemeja putih serta bertali leher merah.Manakala bagi guru wanita pula
hendaklah memakai kot/blazer hitam dan bertudung merah bagi yang beragama Islam.Guru
wanita bukan Islam hendaklah memakai skaf merah di leher.
2.6 Guru dan staf sokongan dikehendaki memakai pakaian batik buatan Malaysia pada hari KHAMIS
setiap minggu. Bagi guru dan staf sokongan lelaki, dikehendaki memakai baju batik berlengan
panjang dan berkolar, manakala guru dan staf sokongan perempuan pula dikehendaki memakai
pakaian batik yang bersesuaian. (Surat JPA(S)TT.193/37/Jld.4(86) bertarikh 30.6.2005).
2.7 Pada hari Rabu, guru dikehendaki memakai uniform lengkap Unit Uniform yang dipimpin atau
dianggotai, manakala guru lain hendaklah memakai uniform KRS.
2.8 Guru lelaki digalakkan memakai pakaian kebangsaan Baju Melayu lengkap bersamping dan
bersongkok warna hitam pada hari Jumaat (Surat JPA(S) TT.193/37/Jld.4(77) bertarikh 15.3.2005).
Buku Pengurusan 2020 20
PERKARA 3 – WAKTU RASMI SEKOLAH DAN PEJABAT
3.1 WAKTU PERSEKOLAHAN TAHAP 1 TAHAP 2
HARI 7.40 pagi – 1.00 tengah hari 7.40 pagi – 1.30 tengah hari
Isnin
Selasa 7.40 pagi – 1.00 tengah hari 7.40 pagi – 1.30 tengah hari
Rabu
Khamis 7.40 pagi – 12.30 tengah hari 7.40 pagi – 1.00 tengah hari
Jumaat:
7.40 pagi – 12.30 tengah hari 7.40 pagi – 1.00 tengah hari
7.30 pagi – 12.10 tengahari
3.2 WAKTU PEJABAT Hari Jumaat:
Hari Isnin - Khamis: 8.00 pagi -12.15 tengahari
2.45 petang – 5.00 petang
8.00 pagi -1.00 petang (Waktu rehat :12.15 petang – 2.45
2.00 petang – 5.00 petang petang)
(Waktu Rehat :1.00 petang – 2.00
petang)
PERKARA 4 - KEHADIRAN
4.1 Semua guru dikehendaki berada di sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu pertama.
Bagi staf sokongan perlu berada di pejabat sekolah 5 minit sebelum waktu pejabat.
4.2 Sebaik sahaja tiba di sekolah, semua guru dan staf sokongan dikehendaki menandatangani buku
kedatangan di pejabat sekolah serta menandatangan waktu balik sekolah. (Pekeliling Ikhtisas Bil.
2/1981 – Ketetapan Masa di Sekolah-sekolah) dan perakam waktu kehadiran dalam applikasi yang
disediakan.
4.3 Guru dan staf sokongan yang tidak menandatangani buku kedatangan/merakam waktu
kehadiran dan waktu pulang tidak akan mempunyai rekod kehadiran kerja dan boleh diambil
tindakan memotong emolumen pada hari tersebut.
4.4 Guru dan staf sokongan mestilah menepati waktu hadir & balik, kecuali urusan kecemasan dan
dengan mendapat keizinan Guru besar.
PERKARA 5 – KELUAR WAKTU MENGAJAR ATAU PEJABAT
5.1 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu sekolah/
pejabat kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan/kecemasan atau
arahan dari JPN/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru besar.
5.2 Guru dan staf sokongan hendaklah mengisi borang keluar kawasan di pejabat dalam 2 salinan
dan disahkan oleh Tuan Pengetua sekiranya ingin keluar dari kawasan sekolah atas sesuatu urusan.
Satu salinan dipejabat dan satu salinan untuk mengawal keselamatan bertugas di pintu pagar
5.3 Guru-guru dan staf sokongan dinasihatkan supaya menggunakan waktu luar masa bertugas untuk
menguruskan hal-hal peribadi.
5.4 Semua guru hendaklah memberi kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah. Sila
catat latihan tersebut dalam RPH.
Buku Pengurusan 2020 21
PERKARA 6 – REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (RPH)
6.1 Buku rekod mengajar hendaklah ditulis dengan cermat dan teratur serta sentiasa dalam keadaan
kemaskini. ( rujuk surat pekeliling )
6.2 Buku rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat untuk disemak oleh Guru besar pada akhir
persekolahan minggu berkenaan (hari Jumaat).
6.3 Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod mengajar kerana ia merupakan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru yang akan disemak dan ditandatangani setiap minggu oleh Guru
besar.
6.4 Pastikan setiap kali penghantaran buku rekod mengajar ke pejabat, sila tandatangan pengesahan
penghantaran dalam Fail Rekod Penghantaran yang disediakan di kaunter pejabat.
6.5 Fail Profesionalisme PBPPP hendaklah diserahkan kepada Guru besar setiap kali sebelum
cuti pertengahan penggal, cuti penggal, dan semasa PBPPP untuk disemak pelaksanaan
tugasan tuan-puan dan memberi markah penilaian prestasi
PERKARA 7 – BUKU REKOD KEHADIRAN MURID
7.1 Guru kelas adalah bertanggungjawab mengisi jadual kedatangan murid.Tanggungjawab ini
“TIDAK BOLEH” ditugaskan kepada murid.Kehadiran murid haruslah dilaporkan sebelum pukul 9.00
pagi di pejabat.
7.2 Guru kelas perlu memaklumkan kepada penyelaras tingkatan/PK HEM jika tidak dapat hadir
bertugas pada hari tersebut.
7.3 Buku ini hendaklah sentiasa disimpan di pejabat sekolah, tidak boleh dibawa keluar daripada
pejabat.
7.4 Guru kelas dikehendaki menghantar surat kepada ibubapa/penjaga jika didapati seseorang
murid itu tidak hadir tiga hari berturut-turut atau sepuluh hari berkala tanpa sebab, gunakan
borang-borang khas yang disediakan. Jika masih berterusan, sila hubungi Penolong Kanan HEM
dan mengambil tindakan selanjutnya
PERKARA 8 – MENGHORMATI MASA
8.1 Ketepatan waktu masuk keluar kelas mesti dipatuhi.
8.2 Guru/staf mestilah menguruskan masa kerja dengan sempurna.
8.3 Guru/staf hendaklah bersegera dalam semua urusan dan tidak menangguh kerja pada masa/hari
lain.
8.4 Guru/staf hendaklah menyerahkan dokumen yang diminta tepat pada masa yang ditetapkan
tanpa sebarang alasan.
8.5 Pengurusan masa yang efisen akan meningkatkan kecekapan kerja, meningkatkan produktiviti dan
imej perkhidmatan awam.
Buku Pengurusan 2020 22
PERKARA 9 – TAKLIMAT/MESYUARAT GURU/STAF
9.1 Semua guru dan staf sokongan dimestikan hadir dalam mesyuarat yang diadakan berdasarkan
surat jemputan mesyuarat.
9.2 Menghadiri mesyuarat/taklimat peringkat sekolah adalah salah satu bidang tugas guru dan
tanggungjawab ini mesti dilaksanakan.
9.3 Guru-guru dan staf sokongan juga wajib hadir dalam mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil oleh
Penolong Kanan Pentadbiran, Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan, Ketua-
ketua Panitia Mata Pelajaran dan sebagainya.
9.4 Tindakan akan diambil kepada mana-mana guru/staf yang tidak hadir mesyuarat tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Guru besar.
PERKARA 10 – KURSUS DALAM PERKHIDMATAN(LDP)
10.1 Guru-guru dimestikan hadir kursus dalaman yang dianjurkan oleh sekolah/PPD/JPN/KPM dari
semasa ke semasa pada kadar minimum 42 jam atau 7 hari setahun & mengisi maklumat dalam
sistem e-SPLG
10.2 LDP adalah salah satu agenda KPM untuk meningkatkan kecekapan, kemahiran dan kualiti guru
Malaysia
10.3 Sekiranya seseorang tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, guru-
guru berkenaan hendaklah mendapat kebenaran Pengetua secara bertulis sekurang-kurangnya
sehari sebelum mesyuarat/kursus itu diadakan.
PERKARA 11 – ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH (LDP) GURU/STAF
11.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah termasuk
perhimpunan rasmi hari Isnin.
11.2 Jika guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan, guru mestilah memohon
kebenaran bertulis daripada pengetua terlebih dahulu.
11.3 Guru-guru mestilah berpakaian mengikut protokol sesuatu majlis sama ada rasmi, separuh rasmi
atau tidak rasmi.
PERKARA 12 – JADUAL WAKTU DAN GURU GANTI
12.1 Guru-guru dikehendaki mematuhi jadual waktu mengajar dengan sepenuhnya.
12.2 Guru yang tidak hadir – perlu menyediakan modul PdP/Latihan bagi murid kelas masing- masing
untuk dilaksanakan oleh guru ganti.
12.2 Guru-guru yang mengajar dikehendaki berada di dalam kelas/di tempat mengajar mengikut
jadual yang ditetapkan.
12.3 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali kecemasan dengan meminta guru kelas
sebelah mengambil-alih tanggungjawab tuan sebelum jadual ganti dapat disediakan.
12.3 Jika ada guru yang tidak dapat hadir, guru-guru tertentu akan diminta menggantikannya dengan
penyerahan slip guru ganti. Pastikan guru menandatangan akuan penerimaan dan menampal
slip tersebut di dalam buku rekod mengajar untuk tujuan penilaian prestasi akhir tahun.
Buku Pengurusan 2020 23
PERKARA 13 – SURAT ARAHAN/PEKELILING—GURU/STAF
13.1 Semua surat arahan atau pekeliling yang diedarkan kepada guru-guru hendaklah dibaca
dengan teliti dan difahami sepenuhnya serta ambil tindakan seperti yang diarahkan dalam surat
tersebut. Pastikan guru menadatangani akaun penerimaan dari kakitangan yang mengedarkan
surat tersebut atau di dalam Fail Timbul yang disediakan.
1.2 Surat tindakan yang memerlukan maklumat/pengisian borang/jawapan perlu dikembalikan segera
kepada pihak berkenaan bersama surat iringan sekolah, kepala surat sekolah dan
ditandatangani oleh pengetua.
13.3 Semua surat pekeliling atau arahan yang diberi terus kepada guru-guru hendaklah dibaca,
diambil tindakan dan disimpan dalam fail masing-masing.
PERKARA 14 – TUGAS & TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN
14.1 Guru akan diberi tugas meliputi bidang kurikulum, kokurikulum, pengurusan HEM, pentadbiran
dan tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, dedikasi dan
bertanggungjawab DENGAN PENUH INTEGRITI / IHSAN.
14.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas sekolah, misalnya membawa murid
bermain atau menghadiri mesyuarat bagi pihak sekolah maka tugas itu hendaklah dilaksanakan
sendiri dan dilaksana mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
14.3 Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru sendiri, tidak boleh diserahkan kepada murid-
murid, misalnya menanda kedatangan murid dalam buku kedatangan, mengawasi kedatangan
kokurikulum, memegang kunci sekolah, mengambil soalan peperiksaan di pejabat dan
sebagainya.
14.4 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diarahkan kepada guru lain kerana sesuatu sebab yang
tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, Pengetua haruslah
diberitahu dengan segera.
14.5 Guru dan staf sokongan perlulah MENGUTAMAKAN KESELAMATAN diri dan pelajar.
14.6 Waktu tidak mengajar adalah waktu bekerja dan boleh digunakan untuk mengambil alih tugas
guru tidak hadir (guru ganti), persediaan P&P, memeriksa buku latihan atau penemuan khas
dengan pelajar bermasalah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 bertarikh 14.9.1981).
PERKARA 15 – PENGGUNAAN ALAT-ALAT/HARTA BENDA SEKOLAH
15.1 Guru dan staf sokongan adalah bertanggungjawab menjaga alat-alat atau harta benda
sekolah dan menggunakan dengan betul mengikut peraturan-peraturan tertentu.
15.2 Mendapatkan kebenaran pihak yang bertanggungjawab menjaga semua pinjaman dengan
mengisi borang KEW PA 6. Penggunaan mestilah dipulangkan dengan segera setelah digunakan
15.3 Barang-barang yang dipinjam mestilah dipulangkan dengan segera setelah digunakan.
15.4 Sebarang kerosakan/ kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera dengan mengisi
borang KEW PA 9.
Buku Pengurusan 2020 24
PERKARA 16 – PENGURUSAN STOK /ASET ALIH KERAJAAN
Guru dan staf sokongan yang dipertanggungjawabkan mengurus dan menjaga stok harta
sekolah mestilah :
16.1 Daftarkan semua stok ( modal, inventori & barang luak ) apabila menerima barang pesanan yang
telah dibeli dengan segera.
16.2 Invois/ bil yang diterima hendaklah dicatatkan rekod stok, isi dokumen pembayaran dan
diserahkan semua kepada Pembantu Tadbir tidak lewat dari seminggu dari tarikh menerima
invois/ bil.
16.3 Pengurusan stok hendaklah dilaksanakan mengikut buku panduan ”TATACARA PENGURUSAN ASET
ALIH KERAJAAN”” – rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2007.
16.4 Rekod stok hendaklah diserahkan kepada guru besar pada akhir sesi persekolahan tahun
berkenaan.
PERKARA 17 – PESANAN DAN PEMBELIAN
17.1 Semua pembelian menggunakan peruntukan kerajaan/suwa mestilah mengikut prosedur
kewangan yang sedang berkuatkuasa.
17.2 Membuat anggaran perbelanjaan tahunan berdasarkan perancangan program tahunan unit
masing-masing. Perbelanjaan ad hoc tidak dibenarkan.
17.3 Ketua Panitia/ketua unit mendapatkan sebutharga dan mengisi Borang Minta yang disediakan di
pejabat sekolah.
17.4 Ketua Panitia/ketua unit perlu menyemak dan mendapatkan baki Wang Peruntukan Panitia
daripada Ketua Pembantu Tadbir/pembantu Tadbir sebelum berbincang cadangan tersebut
dengan Guru Kanan.Isikan nota minta dan mendapat kelulusan daripada Guru Kanan dan guru
besar.
17.4 Isikan borang pesanan tempatan dalam tiga salinan. Setelah borang pesanan tempatan
ditandatangani oleh Guru besar, pesanan boleh dibuat daripada pembekal.
17.5 Barang diterima hendaklah disemak dengan teliti dan penerimaan perlu direkodkan dengan serta
merta dalam rekod stok dan tandatangan perakuan penerimaan.
17.6 Semua bil/invois pembelian bersama pesanan dalaman yang lengkap hendaklah diserahkan ke
pejabat dengan serta merta supaya pihak sekolah boleh membuat pembayaran dengan segera.
17.7 Barang-barang yang diterima hendaklah disimpan stor masing-masing sebelum dikeluarkan untuk
penggunaan.
17.8 Setiap keluaran hendaklah dicatatkan kedalam buku pergerakan stok dan ditandatangani oleh
pengguna.
Buku Pengurusan 2020 25
PERKARA 18 – AMALAN YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN SEMASA PEMBELIAN
18.1 Membeli tanpa menggunakan Borang Pesanan bagi pembelian yang melebihi dari RM100.
18.2 Pembelian yang dibuat secara spontan/ad hoc (selalunya bila terjumpa sesuatu barang, terus
dibeli) adalah tidak digalakkan.
18.3 Mengambil barang dahulu tanpa mengisi Nota Minta, mengisi pesanan kemudian dan
kadang-kadang terlupa mengeluarkan borang pesanan.
18.4 Membeli dengan wang sendiri dan tuntut kemudian.
PERKARA 19 – KESELAMATAN MURID
Rujuk surat pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000 – Panduan Keselamatan Diri Pelajar
19.1 Semua guru yang mengajar, sama ada di dalam bilik darjah, di makmal, di padang atau di
mana sahaja, adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaanya.
Oleh itu guru hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengawal dengan rapi setiap pelajar supaya
tidak berlaku kemalangan atau kecederaan.
19.2 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah
mengambil tindakan sewajarnya dengan segera dan melaporkan kepada guru bertugas.
19.3 Guru besar dan ibubapa hendaklah diberitahu dengan segera sekiranya ada berlaku
kemalangan/kecederaan ke atas murid atau guru.
19.4 Semua guru kanan/ketua panitia/penyelaras bilik-bilik khas adalah bertanggungjawab
mengadakan langkah-langkah keselamatan dan peraturan atau tatacara keselamatan bagi
bahagian masing-masing.
19.5 Guru-guru dan murid-murid mesti mematuhi peraturan latihan kecemasan keselamatan.
PERKARA 20 – PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH
20.1 Telefon sekolah hanya boleh digunakan untuk urusan pentadiran sekolah sahaja.
20.2 Guru dan staf sokongan sekolah tidak dibenarkan menggunakan kemudahan telefon
untuk urusan peribadi.
20.3 Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdP dalam kelas atau
semasa mesyuarat.
PERKARA 21 – KELAB GURU & KAKITANGAN SEKOLAH
21.1 Semua staf sokongan dan guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi ahli
Kelab Guru dan Kakitangan SKTSGJ.
Buku Pengurusan 2020 26
PERKARA 22 – BILIK GURU
22.1 Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga susunan dan kebersihan bilik guru pada
setiap masa.
22.2 Kelab guru adalah bertanggungjawab mengurus hal ehwal bilik guru.
22.3 Hanya guru bilik-bilik khas sahaja yang dibenarkan duduk di bilik-bilik khas tersebut.
22.4 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan merokok di dalam bilik guru & kawasan sekolah
(kawasan sekolah adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK).
PERKARA 23 – ORANG LUAR BERJUMPA DENGAN GURU
23.1 Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa dengan guru dan staf sokongan tanpa
kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu.
23.2 Oleh itu, guru-guru dan staf sokongan diingatkan supaya bertanya kepada pihak yang hendak
berjumpa itu sama ada telah mendapat kebenaran daripada pengetua atau tidak.
23..3 Pelawat yang mendapat kebenaran untuk berjumpa guru atau murid diberi satu “PAS PELAWAT”
dari pondok pengawal keselamatan (disediakan oleh JK Sekolah Selamat) untuk hari berkenaan
sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab guru mengarahkan orang berkenaan melapor diri di
pondok pengawal keselamatan sekiranya “PAS PELAWAT” tidak ditunjukkannya.
23.4 Orang luar juga di larang berjumpa dengan guru atau murid di bilik darjah atau semasa guru
sedang mengajar.
PERKARA 24 – GURU PERGI KE PPD/JPN/KPM
24.1 Guru-guru tidak dibenarkan menelefon atau pergi sendiri ke PPD/JPN/KPM menguruskan hal-hal
perkhidmatan/ perjawatan tanpa kebenaran guru besar.
24.2 Guru-guru dan staf sokongan yang dibenarkan pergi berjumpa dengan pegawai-pegawai di PPD/
JPN/KPM mestilah menggunakan pakaian rasmi.
PERKARA 25 – MENULIS SURAT RASMI
25.1 Semua surat berkenaan dengan hal sekolah atau penjawatan hendaklah ditulis melalui guru besar
dan salinan kepada guru besar, supaya surat itu dapat disalurkan kepada pihak-pihak tertentu.
25.2 Semua surat rasmi sekolah hendaklah menggunakkan format surat rasmi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran.
25.3 Surat ’letter-head’/rasmi sekolah hanya boleh ditandatangani oleh guru besar atau pegawai yang
diberi kuasa oleh guru besar
PERKARA 26 – KUTIPAN WANG DARIPADA MURID
26.1 Guru tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid kecuali pembayaran derma PIBG ataulain-
lain pembayaran yang diluluskan dalam mesyuarat agung PIBG tahun semasa
26.2 Apabila membuat kutipan wang PIBG, resit pembayaran PIBG hendaklah dikeluarkan kepada
murid berkenaan dan semua kutipan hendaklah diserahkan segera kepada Bendahari PIBG.
Buku Pengurusan 2020 27
PERKARA 27 – CUTI SAKIT
Guru dan staf sokongan sekolah yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memberitahu
guru besar mengikut tatacara berikut:
27.1 Menelefon guru besar dan penolong kanan pentadbiran sebelum 7.15 pagi, untuk memaklumkan
situasi diri dan ketidakhadiran tuan/puan.
27.2 Setelah mendapat kelulusan daripada guru besar, tuan/puan dikehendaki memaklumkan
ketidakhadiran kepada guru kanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jadual
ganti pada hari tersebut.
27.3 Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada pembantu guru kelas untuk mengambil kehadiran
murid pada hari berkenaan.
27.4 Guru hendaklah melaporkan diri kepada guru besar sebaik sahaja balik bertugas.
27.5 Guru hendaklah mengisi rekod cuti dan menyerahkan sijil sakit kepada guru besar untuk
mendapatkan kelulusan cuti pada hari berikutnya.
27.6 Guru besar berhak menolak dokumen cuti sakit yang diserahkan lewat dan pemotongan
emolumen akan dibuat atas ketidakhadiran kerja pada hari tersebut
PERKARA 28 – CUTI REHAT
28.1 Guru-guru dan staf sokongan sekolah hendaklah memohon kebenaran daripada guru besar
terlebih dahulu sebelum bercuti dengan mengisi borang permohonan cuti selewat-lewatnya
seminggu sebelum bercuti.
28.2 Guru besar berhak menolak permohonan cuti tesebut atas sebab-sebab kepentingan sekolah
dan murid-murid. Cuti untuk tujuan ini hanya dibenarkan 7 hari dalam setahun (bagi guru).
28.3 GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN SEKOLAH TIDAK DIBENARKAN BERCUTI ATAU MENINGGGALKAN
TUGAS SEKOLAH SEBELUM PERMOHONAN CUTI DILULUSKAN.
28.4 PERINGATAN :
Sebarang cuti tanpa kebenaran/kelulusan, pemotongan emolumen dan tindakan tatatertib
juga boleh diambil terhadap pegawai tersebut
PERKARA 29 – CUTI SEPARUH GAJI & CUTI TANPA GAJI
29.1 Guru-guru dan staf sokongan tidak digalakkan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan peribadi
kecuali atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan dan tidak mengganggu pentadbiran
sekolah serta kepentingan murid-murid tidak terkorban.
29.2 Cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji boleh menjejaskan pencen/ganjaran seseorang pegawai
kerajaan
Buku Pengurusan 2020 28
PERKARA 30 – MEMOHON CUTI – CUTI LAIN
30.1 Sila semak dari pejabat sekolah mengenai syarat-syarat memohon sesuatu jenis cuti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Misalnya pemohonan cuti keluar negeri
hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Perak melalui pengetua tiga bulan sebelum
tarikh bertolak.
30.2 Jika sebarang aktiviti dengan agensi luar dari jabatan dan memerlukan cuti tanpa rekod mestilah
memaklumkan secara bertulis kepada pihak sekolah/ guru besar. Guru besar berhak tidak
membenarkan jika mengganggu pentadbiran sekolah serta kepentingan murid-murid.
30.3 Sebarang tugasan luar kawasan sekolah di waktu sesi persekolahan sedang berjalan mestilah
dengan kebenaran pengetua (ada sokongan surat panggilan).
Peringatan:
Sebarang cuti tanpa kebenaran/kelulusan daripada pihak yang berwajib, gaji guru dan staf
sokongan berkenaan dipotong dan tindakan tatatertib boleh diambil. ‘CUTI BUKAN HAK TETAPI SATU
KEISTIMEWAAN’
PERKARA 31 – TANDA NAMA
31.1 Semua guru dan kakitangan hendaklah memakai tanda nama pada waktu persekolahan,
majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah. Tanda nama mesti mengikut standard rasmi kerajaan.
PERKARA 32 - PERHIMPUNAN
32.1 Perhimpunan Rasmi adalah perhimpunan pada hari Isnin. Masa perhimpunan tersebut bermula
pada pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi. SEMUA GURU dan pelajar adalah wajib berada di tapak
perhimpunan pada waktu tersebut kecuali untuk urusan tertentu dengan kebenaran Guru besar.
32.2 Pakaian semasa perhimpunan rasmi hendaklah kemas dan bagi guru lelaki wajib bertali leher.
Digalakkan memakai baju kot/blazer (guru lelaki dan guru perempuan).
PERKARA 33 – KUNCI
33.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
33.2 Kalau ada guru atau staf sokongan yang ingin menyimpan kunci pendua bilik tertentu perlu
mendapat kebenaran daripada guru besar dengan mengisi rekod pemegang kunci di pejabat.
Walau bagaimanapun, guru/staf sokongan tersebut bertanggungjawab terhadap bilik berkenaan
sepenuhnya.
34.3 Kunci tersebut perlu diserahkan ke pejabat sebelum bercuti penggal. Jika ada yang tidak
menyerahkan kunci tersebut sebarang kehilangan atau risiko yang berlaku terhadap bilik tersebut
semasa bercuti menjadi tanggungjawab guru/staf sokongan tersebut.
PERKARA 34 – PENGGUNAAN INTERNET DI SEKOLAH
34.1 Guru-guru dan staf sokongan digalakkan menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan
maklumat terkini perkhidmatan dan bahan bantu mengajar.
34.2 Guru dan staf sokongan sama sekali dilarang menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah
dengan melayari laman-laman web yang tidak dibenarkan.
34.3 Di dalam waktu persekolahan atau waktu pejabat, guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
melayari ’facebook’ atau sebarang laman sosial yang akan mengganggu tugas. Laman sosial
tersebut boleh dilayari dalam waktu rehat bagi staf sokongan dan selepas waktu persekolahan bagi
guru.
Buku Pengurusan 2020 29
Buku Pengurusan 2020 30
PANDUAN PENGENDALIAN BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
PENDAHULUAN
Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan. Pen-
gurusan kurikulum yang mantap dan sistematik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah
sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif dan matlamat penub-
uhannya.
1. DASAR PENGURUSAN AGIHAN WAKTU PdP & JADUAL WAKTU
a) WAKTU P&P
Waktu PdP bermula pada jam 7.40 pagi sehingga pukul 2.40 petang pada hari Isnin, Selasa dan
Khamis.
Pada hari Rabu, PdP bermula jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang kerana aktiviti koku-
rikulum dijalankan pada jam 1.10 - 2.10 petang.
Waktu PdP hari Jumaat bermula pada pukul 7.50 pagi sehingga pukul 12.10 tengahari.
Masa PdP adalah 40 minit satu waktu dan 80 minit untuk dua waktu.
Bilangan waktu PdP murid mengikut jumlah mata pelajaran yang ditawarkan oleh pihak sekolah
bagi setiap kelas ialah 44 waktu iaitu 1760 minit seminggu bagi kelas aliran perdana biasa
Masa rehat murid adalah 20 minit dan waktu rehat guru adalah 30 minit.
Pada waktu PdP, guru mengajar dan semua murid belajar.
b) AGIHAN WAKTU KERJA GURU HARIAN
Waktu melaksanakan PdP dalam kelas: 4 jam = 6 waktumengajar sehari
Waktu memeriksa buku latihan murid : 2 jam sehari
Waktu merancang PdP untuk esoknya : l j a m
Waktu pengurusan lain ( bidang kurikulum/HEM/Koko) : l j a m
Jumlah waktu bekerja : 8 jam sehari
C) JADUAL WAKTU
i. Jadual waktu yang disahkan oleh Guru besar dan diedar kepada semua guru :
Percubaan satu minggu sebelum penguatkuasaan jadual waktu sebenar.
ii. Semua guru diberi tugas mengajar mengikut keperluan berikut:
* Opsyen pengkhususan
* Pengetahuan dan kepakaran
* Pengalaman mengajar
* Keperluan strategi sekolah & komitmen guru
iii. Semua guru diberi tugas mengajar tidak melebihi 4 mata pelajaran seperti berikut:
* Mata pelajaran opsyen
* Dua atau tiga mata pelajaran elektif
iv. Bilangan waktu mengajar guru penolong adalah ddalam likungan 12 waktu
* Bilangan waktu mengajar guru media, guru bestari dan guru data adalah diantara
8 hingga 16 waktu seminggu.
v. Jadual waktu guru/kelas hendaklah ditampal/ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar.
vi. Jadual waktu PdP akan diubah dari masa ke semasa apabila berlaku pergerakan keluar atau ma-
suk guru di sekolah.
vii. Apabila jadual waktu baru dikeluarkan, maka jadual waktu yang lalu akan terbatal. Perkataan
"BATAL" dicatatkan pada jadual waktu lama
Buku Pengurusan 2020 31
d) JADUAL WAKTU RELIEF
a. Jadual waktu relief dibuat oleh 4 orang guru kanan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang
ditetapkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
b. Jadual waktu relief disediakan dan diedar sebelum 8.00 pagi.
c. Keutamaan pemberian waktu relief ialah pada guru-guru yang mempunyai 5 atau kurang
daripada 5 waktu mengajar pada hari berkenaan.
d. Sekiranya keadaan memerlukan maka guru yang mempunyai lebih 5 waktu mengajar akan
diberikan relief.
e. Jadual waktu relief diedarkan kepada guru oleh staf pejabat bertugas pada waktu pertama
berbentuk slip guru ganti berwarna kuning.
f. Salinan jadual relief juga akan dihebahkan melalui applikasi whatsapps rasmi s ekolah untuk
rujukan warga sekolah
g. Semua guru yang mendapat waktu relief mesti hadir ke kelas dan melaksanakan aktiviti
pembelajaran di kelas yang diamanahkan
h. Guru relief bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan murid kelas relief tersebut
i. Guru perlu tampal slip guru ganti t ersebut dalam BPM pada muka surat berkenaan dan
mencatatkan refleksi/hasil pembelajaran pada slip tersebut.
j. Pengisian relief- 1. PdP guru tidak hadir atau
* Modul Relief atau
* Nilam ( untuk waktu BM & Bl)
k. Dasar Melindungi Masa Instruksional mengsasarkan agar semua guru memastikan menggunakan
masa pembelajaran murid secara optimum agar murid mendapat impak pembelajaran yang
maksimum di sekolah
2. DASAR PERLAKSANAAN PdP 32
a) Semua guru masuk ke kelas dan meninggalkan kelas tepat pada masa yang ditetapkan.
b) Semua guru berada bersama-sama murid mengikut jadual waktu peribadi guru.
c) Semua guru melaksanakan proses PdP mengikut masa dan mata pelajaran yang ditetapkan
bagi kelas berkenaan
d) Semua guru melaksanakan PdP berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang ditetapkan
oleh Unit Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
e) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran - KBSM berpusat kepada murid, dan guru sebagai
fasilitator menggunakan 12 modul pedagogi KPM
f) Diantara modul pedagogi PdP ialah:
* Kemahiran Berfikir(KBAT)
* Belajar Cara Belajar
* Kajian Masa Depan
* Konstruktivisme
* Kontekstual
* Pelbagai Kecerdasan
* Kajian Sains
* Pembelajaran Akses Kendiri
* Pembelajaran Masteri
* Inkuiri pemenuan
* Pembelajaran secara maya
* Penilaian
Buku Pengurusan 2020
g) Semua guru melaksanakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh mening-
katkan :
Minat murid menuntut ilmu
Pengetahuan dan kemahiran murid
Prestasi pencapaian akademik murid
Pembentukan sikap/penerapan nilai dan jati diri positif
h) Semua guru mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui:
Idea-idea baru
idea-idea rakan sejawat
Latihan staf dan penemuan-penemuan penyelidikan proses PdP (kajian tindakan /lesson study,
PLC, perkongsian pintar dll)
i) Perwatakan guru-guru SKTSGJ
Berpakaian sopan, kemas, bersih, mematuhi arahan dan surat pekeliling
Berinteraksi secara spontan menggunakan nada suara yang sesuai
Mewujudkan suasana riang yang merangsang pembelajaran
Menepati masa
Mengenali semua murid dan prihatin terhadap keperluan murid
Bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu
Mengamalkan budaya kerja cemerlang
j) Guru berwawasan dan dinamik,melaksanakan PdP mengikut perkembangan terkini seperti modul
Pembelajaran Pembelajaran Abad Ke-21
3. DASAR PENGURUSAN REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR
a) Semua guru menyediakan Rekod Persediaan Mengajar berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bit
3/1999.
b) Rekod Persediaan Mengajar sentiasa berada bersama guru semasa guru masuk ke kelas dan
melaksanakan PdP
c) Rekod Persediaan Mengajar ditulis/ditaip dengan kemas, teliti dan sentiasa terkini, meliputi perkara-
perkara berikut:
I. Penggal persekolahan & Cuti Am
II. Butiran Peribadi
III. Senarai jawatan/tugas guru
IV. Senarai Buku Rujukan
V. Jadual waktu peribadi/kelas
VI. Sukatan Pelajaran
VII. Rancangan Pelajaran Tahunan
VIII. Rancangan Pelajaran Harian
IX. Head Count dan Markah peperiksaan/penilaian dalaman
X. Post Mortem mata pelajaran
XI. Perancangan Kerja & Pencapaian Prestasi
XII. Catatan perbincangan professional
d) Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan oleh guru masing-masing mengikut kriteria berikut:
i. Disediakan untuk setiap kelas yang diajar oleh guru mata pelajaran berkenaan
ii. Tulisan taip komputer-font 9 Arial
iii. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
iv. Disediakan mengikut format berjadual meliputi minggu/tarikh, tajuk, objektif/hasil pem-
belajaran, kemahiran/aktiviti, dan ruang catatan/refleksi
v. Penulisan hasil pembelajaran/objektif mestilah meliputi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi laitu ke-
mahiran aplikasi, kemahiran menilai, kemahiran analisa, kemahiran menaakul, kemahiran men-
cipta, kemahiran meramal, kemahiran menyelesai masalah, kemahiran membuat keputusan
dll
vi. Objektif pembelajaran yang ditulis mestilah dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai
dengan keupayaan murid (rujuk kenyataan JNJK Standard 4 SKPM) kelander/takwim sekolah
semasa
Buku Pengurusan 2020 33
e) Rancangan Pelajaran Tahunan diserahkan kepada Pengetua pada bulan Januari minggu 1
setiap ahun untuk tujuan pengesahan.
f) Setiap kali berlaku perubahan jadual waktu mata pelajaran, guru yang baharu menerima kelas
tersebut hendaklah mendapatkan RPT daripada guru yang sebelumnya - RPT bergerak ikut guru.
g) Rancangan Pelajaran Harian disediakan oleh guru masing-masing mengikut kriteria berikut:
i. Disediakan sebelum melaksanakan pengajaran pada hari/masa berkenaan
ii. Dicatatkan nama kelas, masa, mata pelajaran
iii. Dicatatkan tajuk/subtajuk, objektif pembelajaran, kemahiran/aktiviti(modul peda-
gogi), ABM, untuk PdP hari berkenaan.
iv. Selepas setiap sesi pengajaran, guru menulis refleksi/impak pembelajaran kepada
murid berdasarkan penilaian yang dibuat dalam proses PdP
v. Penulisan refleksi hendaklah meliputi bilangan murid hadir, bilangan menguasai dan
bilangan tidak menguasai serta tindakan susulan guru.
h) Semua guru mengisi Borang Rumusan Pengesanan PdP mingguan/tahunan berwarna pink dan
tampal di muka surat akhir minggu berkenaan.
i) Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat untuk tujuan semakan dan pengesahan adalah
seperti berikut:
i. Setiap hari Jumaat sebelum 3.30 petang dan mengesahkan penghantaran dengan
menandatangani senarai semak penghantaran BPM di pejabat.
ii. Diambil kembali pada hari Isnin minggu berikutnya.
4. DASAR LATIHAN MURID SKTSGJ
a) Semua murid menggunakan buku latihan sekolah yang seragam, iaitu
i. Dibeli daripada Koperasi Sekolah
ii. Dibalut dengan pembalut plastik lutsinar
iii. Ditulis nama, kelas, mata pelajaran dan nama guru yang mengajar
iv. Buku sentiasa kemas, bersih, tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker
b) Setiap murid mempunyai sekurang-kurangnya 3 buah buku latihan pada sesuatu masa bagi
mata pelajaran teras/utama berikut:
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Matematik
iv. Sains
v. Pendidikan Islam
c) Sekurang-kurangnya 2 buah buku latihan untuk mata pelajaran selain diatas dan sebuah
buku latihan bagi mata pelajaran ICTL, PJK, Sivik, PSV
d) Bilangan buku latihan tersebut tidak termasuk buku nota.
e) Murid menulis maklumat berikut setiap kali sebelum membuat latihan :
i. Indeks pada kulit disebelah dalam buku latihan dilengkapkan.
ii. Hari
iii. Tarikh ( Kalendar Masihi dan Kalendar Hijrah)
iv. Tajuk/ Sub tajuk
v. Arahan latihan dan bilangan soalan/ latihan diberi
f) Soalan latihan mestilah berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diajar berdasarkan
sukatan pelajaran, relevan, berkualiti, mengundungi unsur-unsur KBAT dan mengikut pelbagai
aras kesukaran taksonomi bloom
Buku Pengurusan 2020 34
g) Kepelbagaian bentuk dan format soalan latihan seperti
i. soalan objektif
ii. soalan esei
iii. soalan struktur
iv. soalan i-think, mind-maping, gambar rajah
v. soalan pengiraan, graf
vi. Menghasilan bahan, modul, buku skrap,
vii. Karya seni/lukisan
viii. Kerja amali dan perekodan amali
h) Lembaran kerja/bahan photostat hendaklah ditampal dengan kemas dalam buku latihan atau
difailkan
i) Latihan/tugasan dilaksanakan oleh murid samada dalam kelas atau dirumah sebagai latihan kerja
rumah
j) Pemeriksaan Buku Latihan Murid
i. Semua latihan murid diperiksa oleh guru mata pelajaran berkenaan
ii. Diperiksa dalam tempoh 2 hari selepas murid menehantar buku kepada guru
iii. Pemeriksaan buku latihan murid menggunakan pen dakwat merah
iv. Diperiksa dengan teliti, tanda V pada jawapan yang betul
v. Jawapan/bahagian jawapan yang salah, gariskan atau bulatkan dan tuliskan jawapan
yang betul
vi. Tanda tangan ringkas dan catat tarikh pemeriksaan pada bahagian hujung latihan.
vii. Beri komen membina atau gred/markah dihujung bahagian pemeriksaan
viii. Semua murid membuat pembetulan sebelum membuat latihan baru/ berikutnya dengan
menggunakan pen berwarna merah
ix. Semua pembetulan diperiksa oleh guru mata pelajaran berkenaan
x. Kembalikan buku latihan murid dalam tempoh 3 hari
xi. Semua guru menyediakan rekod penghantaran buku latihan murid kepada guru dan
rekod markah/gred setiap latihan.
k) Penggunaan Buku Kerja sebagai latihan bertulis tambahan perlu memenuhi syarat berikut:
i. Mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pengetua
ii. Melibatkan murid kelas yang pencapaian akademik cemerlang/kelas peperiksaan
iii. Buku kerja dibeli dengan wang peruntukan ibu bapa murid.
iv. Penggunaan buku kerja diputuskan dalam mesyuarat panitia.
l) Mencetak/photostat bahan latihan dengan kemudahan sekolah
m) Mendapat kebenaran Pengetua dengan mengisi 2 salinan borang percetakan dan diserahkan
kepada Pegawai Percetakan untuk riso atau photostat.
n) Anggaran kos bahan cetak ( dibawah peruntukan PIBG) untuk latihan dan nota hendaklahselaras
dengan ketetapan dalam panitia masing-masing
o) Mengutip wang daripada murid untuk menyediakan bahan cetak tidak dibenarkan kecuali
dengan kebenaran Pengetua.
p) Murid dibenarkan untuk photostat sendiri bahan latihan.
q) Latihan masa cuti pertengahan penggal, pertengahan tahun dan akhir tahun
i. Guru memberi latihan masa cuti supaya murid dapat mengulangkaji pelajaran dan men-
gisi masa cuti dengan mentalaah pelajaran
ii. Jumlah latihan hendaklah munasabah, pelbagai bentuk latihan, kandungan yang ber-
mutu serta dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid
iii. Panitia mata pelajaran menetapkan dasar pemberian latihan masa cuti.
iv. Semua guru menyemak latihan murid selepas sekolah dibuka.
v. Skor/markah latihan masa cuti disediakan dan dianalisis dalam mesyuarat panitia untuk tin-
dakan penambahbaikan
Buku Pengurusan 2020 35
r) Pencerapan Buku Latihan murid/hasil kerja muid
i. Unit kurikulum sekolah akan melaksanakan pencerapan semua buku latihan murid secara
berperingkat sebanyak 2 kali setahun
ii. Aspek semakan latihan murid meliputi
s) Kualiti latihan/KBAT
t) Kuantiti latihan - pencapaian Standard Minimum Latihan
u) Pemeriksaan latihan
v) Pembetulan murid
5. DASAR PENCERAPAN & PEMANTAUAN PROSES PdP
a) Pencerapan dilaksanakan secara terancang mengikut jadual yang disediakan. Walau bagaimana-
pun Pengetua boleh melakukan pencerapan secara ad-hoc/spontan jika difikirkan perlu.
b) Semua guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, pencerapan ulangan akan
dibuat kepada guru yang tidak mencapai tahap markah 90 % dalam pencerapan pertama
c) Pencerapan kali pertama akan dilaksanakan pada sesi persekolahan penggal 1 dan pencera-
panulangan dilakukan pada bila-bila masa selepas pencerapan 1.
d) Pegawai pencerap terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua
Panitia, dan Guru Senior.
e) Instrumen Standard 4 dalam SKPM digunapakai dalam porses pencerapan PdP guru
f) Semua guru hendaklah menguasai kesemua 12 aspek dalam PdP mengikut Standard 4 SKPM yang
dikeluarkan oleh JNJK iaitu
Penglibatan Murid dalam pembelajaran
Penguasaan Pembelajaran Murid
Hasil Kerja Murid
Perancangan dan Persediaan Guru
Kaedah Penyampaian
Kemahiran Komunikasi
Penggunaan Sumber Pendidikan
Penilaian
Teknik Penyoalan
Penguasaan Isi Kandungan
Pengurusan Kelas( bilik darjah/Makmal/Bengkel/Padang)
Amalan Profesionalisme Pengurusan
6. DASAR PENGURUSAN MESYUARAT KURIKULUM
a) Mesyuarat kurikulum dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
b) Mesyuarat kurikulum dipengerusikan oleh Pengetua dan ahli mesyuarat terdiri daripada ahli jawatan
kuasa kurikulum peringkat sekolah.
Buku Pengurusan 2020 36
c) Agenda mesyuarat tertumpu kepada perkara-perkara berikut:
i. Dasar Kurikulum Sekolah
ii. Pengurusan Pentadbiran Panitia
iii. Pengurusan Kewangan Panitia
iv. Pengurusan PdP dalam bilik darjah
v. Prestasi pencapaian akademik murid - data head count, analisis prestasi akademik murid,
post mortem, permasalahan dan tindakan-tindakan penambahbaikan/program pen-
ingkatan akademik
vi. Pergurusan Perkhidmatan Sokongan P d P - Pusat Sumber Sekolah, Kemudahan ICT, Disiplin,
BBM, Pengurusan Makmal Sains, B ilik-bilik Khas, Bilik Darjah, kemudahan PJK dan se-
bagainya.
d) Pengetua mempengerusikan mesyuarat jawatan kuasa kurikulum sekolah
e) SU/PSU kurikulum adalah pencatat / menulis minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua ahli
mesyuarat dalam tempoh seminggu untuk membolehkan ahli mesyuarat mengambil tindakan
kepada perkara yang diputuskan dalam mesyuarat.
f) Semua ahli mesyuarat akan membentangkan tindakan yang telah diambil terhadap perkara yang
diputuskan dalam mesyuarat lalu,(secara lisan dan bertulis (maklum balas mesyuarat)dalam
mesyuarat berikutnya.
g) Satu salinan minit mesyuarat JKKS hendaklah dihantar kepada PPD unit akademik
7. DASAR PENGURUSAN PANITIA
a) Ketua Panitia mengetuai pengurusan dan kepimpinan panitia.
b) Ketua Panitia dilantik dikalangan guru terkanan berpengalaman, prestasi kerja cemerlang dan ada
sifat kepemimpinan.
c) Surat lantikan rasmi dikeluarkan dalam tempoh masa memegang jawatan Ketua Panitia.
d) Mesyuarat panitia dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
e) Perjumpaan kecil dilaksanakan secara berkala mengikut keperluan.
f) Setiap panitia mempunyai sekurang-kurangnya 9 buah fail.
g) Lokasi fail utama dan fail sokongan adalah di pejabat sekolah dan fail arkib di bilik guru/pada Ket-
ua Panitia.
h) Peranan Panitia
i) Menetapkan Dasar Kurikulum Sekolah/Panitia supaya selari dengan dasar PPD/JPN/KPM dan Akta
Pendidikan Negara.
j) Penyebarkan maklumat terkini pendidikan/kurikulum, memimpin dan membimbing ahli panitia.
k) Mengurus peruntukan PCG panitia
l) Menyelaras PSS dan bahan bacaan/rujukan yang digunapakai diperingkat sekolah
m) Menentukan matlamat, objektif khusus, fokus dan head count panitia selari dengan keperluan
sekolah.
n) Merancang dan melaksanakan program peningkatan akademik
o) Menganjur latihan staf untuk ahli panitia
p) Pengurusan Panitia di sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS)8591/Jld.11/(44),
Buku Panduan Piawaian Kualiti JPN Perak Jilid 2, SKPM, Akta Pendidikan 1996, Laman Web KPM -
www.moe.gov.mv
8. DASAR PENGURUSAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
a) Program peningkatan akademik (PPA) adalah program lanjutan daripada proses PdP dalam bilik
darjah
b) Tujuan program peningkatan akademik adalah untuk:
i. menghabiskan sukatan pelajaran
ii. melaksanakan aktiviti pemulihan bagi murid yang gagal menguasai isi pelajaran
iii. melaksanakan aktiviti pengukuhan bagi murid sederhana
iv. melaksanakan aktiviti pengayaan bagi murid cemerlang
v. meningkatkan prestasi mata pelajaran
vi. menggantikan kelas yang tidak dijalankan pada waktu persekolahan bagi guru bertugas
diluar, guru sakit dll
vii. meningkatkan kemahiran murid seperti kemahiran belajar, kemahiran menjawab soalan, ke-
mahiran ithink/KBAT dll
viii. meningkatkan motivasi belajar dikalangan murid
Buku Pengurusan 2020 37
c) Program Peningkatan Akademik dikelolakan oleh
i. Guru Mata Pelajaran - untuk kelas masing-masing
ii. Ketua Panitia - untuk subjek masing-masing
iii. Penyelaras Tingkatan - untuk tingkatan masing-masing
iv. SU PPA - untuk program peringkat sekolah
d) Program Peningkatan Akademik berimpak tinggi dilaksanakan dengan mengambilkira
i. Kajian analisis item
ii. Refleksi PdP dalam bilik darjah
iii. Tidak mengulangi program lepas yang berimpak rendah
iv. Berfokus murid tertentu
v. Berfokus pada subjek tertentu
vi. Berfokus pada topic-topik tertentu
e) Semua program dilaksanakan secara profesionalisme dengan
i. membuat perancangan program tahunan
ii. menyediakan kerja cadangan program
iii. mengadakan mesyuarat jawatan kuasa
iv. mengurus perlaksanaan program
v. membuat pemantauan program
vi. membuat penilaian program & kajian keberkesanan program
vii. sentiasa melaksanakan penambahbaikan program
9. DASAR PENGURUSAN SUMBER/BAHAN PdP
a) Pusat Sumber Sekolah
Semua Ketua Panitia adalah AJK PSS
Perancangan PSS dibuat meliputi aktiviti galakan penggunaan PSS, aktiviti kerjasama PSS
dengan panitia, penyediaan ABM, dan Iain-lain.
Guru Media berperanan membentuk budaya membaca dan budaya berilmu di kalangan
murid & guru di sekolah ini.
Konsep Sekolah adalah PSS dipraktikkan
Data yang perlu disediakan secara bulanan terdiri daripada
Data nilam mengikut individu/kelas
Data kekerapan penggunaan PSS oleh guru & murid (secara individu & kelas)
Data kekerapan pinjaman mengikut individu/kelas
b) Penyediaan & Pengurusan ABM/ Modul PdP
Semua panitia/ guru hendaklah menyediakan koleksi BBM/ Modul PdP dari masa ke semasa.
Panitia menetapkan dasar penghasilan dan penggunaan BBM/ Modul PdP.
Semua ABM/ Modul PdP diuruskan dengan baik dan dapat digunakan oleh guru dengan mudah
Rekod penggunaan BBM/ Modul PdP disediakan dan diuruskan oleh Penolong Panitia masing-
masing.
Data kekerapan penggunaan BBM secara bulanan disediakan berdasarkan jenis BBM, kelas,
subjek dan guru yang menggunakan.
c) Pengurusan ICT/ Bilik APD/Bilik Akses
Guru Bestari memastikan kemudahan ICT dapat digunakan dengan baik
Guru-guru menggunakan modul ICT dalam PdP sekurang-kurangnya sekali
Semua guru menggunakan VLE Frog dalam proses PdP, pemberian kerja rumah, komunikasi
dengan murid, rakan sekerja dan ibubapa murid
Rekod penggunaan kemudahan ICT disediakan dan diuruskan oleh Guru Bestari.
Data penggunaan kemudahan ICT secara bulanan hendaklah disediakan setiap bulan ber-
dasarkan kekerapan penggunaan makmal ICT, kelas yang menggunakan, subjek terlibat dan
guru yang terlibat
Satu salinan data diserahkan kepada Pengetua setiap hujang bulan
Buku Pengurusan 2020 38
d) Pengurusan Bilik-Bilik Khas
Guru Bilik-Bilik Khas dilantik untuk menguruskan bilik dengan baik dan memastikan kemudahan
bilik khas dapat dimanfaatkan untuk memajukan prestasi akademik murid.
Rekod Penggunaan Bilik dan Rekod Penggunaan ABM perlu disediakan
Pemantauan Bilik-Bilik Khas dibuat dari se masa ke semasa
Data penggunaan kemudahan bilik-bilik khas secara bulanan hendaklah disediakan setiap bu-
lan berdasarkan kekerapan penggunaan bilik khas, kelas yang menggunakan, subjek terlibat
dan guru yang terlibat
Satu salinan data diserahkan kepada Pengetua setiap hujang bulan
10. DASAR PENGURUSAN PEPERIKSAAN & PENTAKSIRAN
a) Semua guru melaksanakan Penilaian dan Peperiksaan bagi semua mata pelajaran yang diajar seku-
rang-kurangnya 4 kali setahun.
b) Tujuan Penilaian dan Peperiksaan di SK TAN SRI GHAZALI JAWI adalah untuk
i. Mengesan tahap penguasaan murid dari segi pengetahuan/ilmu, kemahiran dan menghayati
nilai
ii. Membanding potensi murid (OTI/ETR) dengan pencapaian sebenar murid(AR)
iii. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan potensi dalam PdP
iv. Membantu guru mengambil tindakan susulan dan penambahbaikan
v. Mengenalpasti keberkesanan pengajaran guru
c) Takwim penilaian dan pentaksiran adalah seperti jadual berikut:
BIL JENIS PENILAIAN/PENTAKSIRAN TAHUN MASA
1 PBS (PS) 1-6 Sepanjang tahun
2 PAJSK + SEGAK Sepanjang Tahun
3 UJIAN PENGESANAN 1 4/5/6
4 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 1-6 Mac
5 UJIAN PENGESANAN 2 1–6 Mei
6 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1–6 Ogos
7 PERCUBAAN UPSR 2019 1–6 Oktober
8 UPSR 2019 6 Julai
23 September
d) Penyediaan Soalan Peperiksaan
PANITIA menetapkan dan menyelaraskan tajuk-tajuk yang akan diuji untuk setiap pembahagian
Sukatan Pelajaran untuk setiap kali peperiksaan/JSI
i) Nisbah soalan KBAT untuk peperiksaan dalaman adalah 50% bagi semua kelas
ii) Guru mata pelajaran memaklumkan skop sukatan pelajaran yang akan diuji dalam setiap ker-
tas peperiksaan kepada murid 2 minggu sebelum peperiksaan dijalankan.
iii) Ketua Panitia menyediakan jadual guru penyedia soalan peperiksaan dan guru pemeriksa skrip
jawapan murid.
iv) JSI disediakan dan diluluskan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran sebelum guru menyediakan soa-
lan peperiksaan
v) Semua soalan peperiksaan bertulis dan soalan kerja kursus disediakan berdasarkan Jadual Spe-
fikasi Item yang telah diluluskan oleh Guru Kanan bersama skema pemarkahan
vi) Semua kertas soalan adalah ditaip komputer, menggunakan tulisan Arial, font 9, di atas kertas
A4 putih dengan margin atas dan bawah 2cm, kiri dan kanan 1cm
vii) Pada muka hadapan kertas soalan tercatat perkara berikut: nama sekolah, lencana sekolah,
nama peperiksaan, nama mata pelajaran, nama kertas, tingkatan, masa/tempoh masa pepe-
riksaan, arahan peperiksaan.
Buku Pengurusan 2020 39
viii. Semua kertas soalan dicatat nama, cop jawatan dan tandatangan - pegawai penyedia soalan,
pegawai penyemak kertas soalan dan pegawai pengesah percetakan kertas soalan.
ix. Kertas soalan yang telah siap dihantar ke bilik cetak 2 minggu sebelum peperiksaan
dijalankan
x. Borang Kawalan Peperiksaan (PDl) dilengkapkan dan bilangan soalan yang mencukupi
diserahkan kepada SU peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan bermula
xi. Peraturan-peraturan peperiksaan dalaman disediakan oleh SU peperiksaan dan diedarkan
kepada semua guru dan semua kelas. Penguatkuasaan peraturan adalah tanggungjawab
semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan peperiksaan.
xii. Jadual waktu peperiksaan dalaman disediakan oleh SU Peperiksaan Dalaman dan diedarkan
kepada murid sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum peperiksaan berlangsung
e) Pengawasan peperiksaan
i. Pelaksanaan dan pengawasan peperiksaan mengikut jadual waktu peribadi guru
ii. Guru sebelum rehat meneruskan pengawasan sehingga 10 minit dan guru selepas rehat
mengambilalih tugas pengawasan 10 minit lebih awal
iii. Guru tingkatan mengawas peperiksaan pada waktu perhimpunan
iv. Guru waktu akhir meneruskan pengawasan sehingga peperiksaan tamat
v. Guru pengawas peperiksaan hendaklah memastikan bilik/dewan peperiksaan dalam keadaan
bersih, susunan meja teratur dan rapi, laci meja menghala ke hadapan, tiada buku/nota pada
murid
vi. Guru yang memulakan pengawasan, mengambil kertas soalan dan mengedarkan kepada
murid, guru yang menamatkan peperiksaan mengumpul dan meletakkan skrip jawapan murid di
bilik peperiksaan
vii. Pengawasan perlulah dilaksanakan dengan penuh intergriti untuk mengelakkan penyelewengan
seperti meniru, bercakap, mengedar maklumat dll
f) Kehadiran murid
i. Kehadiran murid dalam peperiksaan yang dijalankan adalah wajib. Murid tidak hadir, tidak
dibenarkan mengulangi kertas peperiksaan dalam U1 dan U3.
ii. Peperiksaan ulangan hanya dibenarkan dalam peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan akhir tahun ( kertas soalan set ke 2 ) dengan syarat murid membawa surat rawatan
doktor atau mewakili sekolah dalam sesuatu program, walau bagaimanapun markah murid
berkenaan tidak diambil kira dalam analisis keseluruhan keputusan peperiksaan kecuali
peperiksaan percubaan SPM.
iii. Murid tidak hadir, dicatatkan " TH" dalam rekod pemarkahan
g) Pemeriksaan Skip Jawapan murid
i. Semua skrip jawapan murid diperiksa oleh pegawai pemeriksa dan diberi markah berdasarkan
peraturan/skema permarkahan
ii. Semua skrip jawapan murid yang telah diperiksa hendaklah dikembalikan kepada murid dalam
tempoh 1 minggu selepas tarikh peperiksaan kertas berkenaan.
h) Perekodan Markah Murid
Semua markah murid direkodkan/key in dalam program SAPS/ manual di biliK peperiksaan dan dicetak
oleh guru berkenaan seperti berikut:
i. Guru Mata pelajaran - key in dan cetak markah mata pelajaran kelas yang diajar
ii. Guru Tingkatan - cetak mark sheet kelas masing-masing
iii. Ketua Panitia - cetak markah semua murid bagi mata pelajaran panitia masing- masing
iv. Ketua Panitia - cetak analisis markah mata pelajaran panitia setiap kelas dan tingkatan.
v. Penyelaras Tingkatan - cetak analisis keputusan peperiksaan tingkatan masing- masing
vi. SU Peperiksaan - cetak analisis keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah - dalam 3 salinan dan
dibukukan. Serahkan kepada Pengetua, PK Pentadbiran dan Simpanan SUP
vii. Guru kelas - tampal keputusan di dalam kelas.
Buku Pengurusan 2020 40
i) Pengredan Markah
JULAT MARKAH GRED CATATAN
80 – 100 A
65 – 79 B CEMERLANG
50 – 64 C
40 – 49 D BAIK
0 – 39 E
TH TH MEMUASKAN
MENCAPAI TAHAP MINIMUM
BELUM MENCAPAI TAHAP MIN-
IMUM
TIDAK HADIR
j) Keputusan Peperiksaan Dalaman
i. Slip keputusan peperiksaan dalaman individu akan diedarkan kepada murid/ibubapa murid
dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh kertas peperiksaan terakhir diduduki oleh murid. Slip
keputusan peperiksaan mesti ditandatangani oleh guru kelas dan Pengetua.
ii. Satu salinan slip keputusan peperiksaan individu dimasukkan ke dalam Fail Peribadi Murid di bilik
kaunseling.
iii. Satu salinan analisis keputusan keseluruhan murid dalam tingkatan/Mark Sheet ditampal di-
papan kenyataan kelas berkenaan dan satu salinan ditampal dalam Buku Persediaan
Mengajar guru tingkatan kelas berkenaan.
k) Sistem Rekod dan Fail Peperiksaan.
i. Semua rekod/dokumen peperiksaan serta fail-fail berkaitan dengan peperiksaan dalaman
ditempatkan di Bilik Peperiksaan.
ii. Walaubagaimanapun, dokumen analisis keseluruhan keputusan peperiksaan dalaman/awam
diperbanyakkan untuk salinan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.
iii. Sebarang maklumat peperiksaan hendaklah dirujuk di bilik peperiksaan, dokumen peperik-
saan tidak boleh dikeluarkan/dipindahkan ke lokasi lain tanpa kebenaran setiausaha
peperiksaan.
l) Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah T1-T6
a. Semua guru yang mengajar di Tahun 1 hingga 6 wajib melaksanakan PBS.
b. PBS meliputi 4 komponen utama
i) Pentaksiran sekolah (PS)
ii) Pentaksiran Pusat (UPSR)
iii) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, sukan & Kokurikulum (PAJSK)
iv) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
c. Pentaksiran sekolah (PS) meliputi ujian formatif dan ujian sumatif
d. Ujian formatif dilaksanakan setiap kali PdP berlangsung untuk mengesan keberkesanan PdP serta
penguasaan murid
e. Skor PS Formatif direkodkan dengan sistematik dalam system offline yang dibekalkan oleh LPM
f) Guru dikehendaki menyediakan instrumen pentaksiran mengikut aras kesukaran Taksonomi
Bloom /KBAT
g) Penyediaan instrumen pentaksiran berdasarkan DSP/PPPM termasuk soalanKBAT.
Buku Pengurusan 2020 41
h) Guru dilarang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan buku kerja di pasaran
i) Semua instrumen penilaian diuruskan melalui proses penyelarasan dan pengesanan dalam pen-
jaminan kualiti
j) Murid yang tidak hadir hendaklah diberi peluang untuk menjawab sebanyak 2 atau 3 kali.
k) Murid yang tidak mengusai hendaklah diberi peluang ulangan sebanyak 2 atau 3 kali.
l) Pementoran juga hendaklah dilakukan bagi membantu ahli panitia yang kurang faham atau ber-
masalah.
m) Semua aktiviti penyelarasan dan pementoran hendaklah direkodkan dalam borang yang telah
disediakan dalam fail 'Penjaminan Kualiti' PS.
n) Evidens murid hendaklah diurus dengn baik dan ada contoh yang boleh dibukti apabila diminta
oleh pemantau.
o) Ujian Sumaitif dilaksanakan 4 kali setahun dan skor dikunci masuk dalam system sapsnkra, di-
analisa dan dibuat penambahbaikan prestasi murid
p) PPsi dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling meliputi ujian Inventori Tret Personaliti dan
inventori minat kerjaya serta ujian Aptitud bagi murid tahun 3 dan 6
q) PAJSK dikendalikan oleh guru penasihat kokurikulum dan guru PJK meliputi murid Tahun 4/5/6
11. DASAR PENGURUSAN HEAD COUNT
a) HEADCOUNT - proses penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap murid.
b) Dasar penentuan HC murid
a. Penetapan pelunjuran murid berdasarkan potensi murid
b. Penetapan hala tuju dan fokus pembelajaran setiap murid
c. Penetapan persepsi guru dan murid akan keupayaan dan kemajuan murid
c) Tujuan Head count
a. Melihat keupayaan sedia ada setiap murid
b. Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap
c. Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan
diagnosis yang tepat
d. Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif
e. Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK, guru kelas, dan guru
mata pelajaran secara sistematik
f. Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan
d) Semua ketua panitia menetapkan HC mata pelajaran masing-masing bagi setiap tahun dan
kelas dengan menyediakan.
a. TOV mata pelajaran masing-masing bagi setiap tingkatan merujuk kepada keputusan PAT tahun
lepas
b. ETR setiap tingkatan & kelas bagi mata pelajaran masing-masing bardasarkan target dan hala
tuju panitia serta selaras dengan penetapan HC sekolah, ETR mestilah lebih tinggi daripada
sejarah pencapaian lalu.
e) Semua guru mata pelajaran mengenalpasti dan menetapkan HC murid dengan menyediakan
a. TOV-Take Of Value atau Nilai Letak Kerja/penanda aras merujuk kepada keputusan peperiksaan
akhir tahun lepas bagi setiap murid
b. ETR - Expected Targeted Result atau sasaran hasil pembelajaran dihujung tahun
c. ETR setiap murid ditetapkan lebih tinggi daripada TOV dan selaras dengan penetapan sasaran
panitia
d. Penetapan ETR dibuat dengan meletakkan NILAI TAMBAH pada setiap orang murid
e. OTI - Operational Targeted Increment atau sasaran peningkatan hasil pembelajaran murid OTI
dikira secara automatik dalam applikasi SAPS KPM
f. AR - Actual Result atau Pencapaian sebenar/keputusan peperiksaan Ul, PPT/U2, U3 dan PAT/SPM/
STPM /U4
Buku Pengurusan 2020 42
g. AR 1 = Keputusan Peperiksaan U 1
h. AR 2 = Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun/U2
i. AR 3 = Keputusan Peperiksaan U 3
j. AR 4 = Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
f) Penyelaras Tahun akan mencetak dan menganalisis head count keseluruhan tahun
g) POST MORTEM
a. Setiap kali selepas peperiksaan dalaman, semua guru mata pelajaran akan menyediakan
POSTMORTEM KLINIKAL
b. Post mortem klinikal meliputi
c. Melengkapkan/mencetak data HC daripada SAPS murid, subjek dan kelas masing
d. Mengenalpasti isu dan menyediakan pelan intervensi
e. Melaksanakan intervensi supaya isu yang sama tidak wujud semula dalam peperiksaan akan
dating
f. Guru mata pelajaran menyediakan post mortem untuk kelas masing-masing
g. Ketua Panitia menyediakan post mortem untuk subjek masing-masing berdasarkan dapat post
mortem kelas
h. Penyelaras tingkatan menyediakan post mortem keseluruhan tingkatan masing-masing
h) Dialog Prestasi Akademik dilaksanakan meliputi pembentangan data head count dan post
mortem &. pelan intervensi mengikut kelas, subjek
12. DASAR PEMBERIAN PENGHARGAAN
a) Memberi penghargaan kepada murid/guru merupakan aspek motivasi yang berkesan bagi
memupuk semangat menuntut ilmu dikalangan murid-murid/guru
b) Bentuk-bentuk penghargaan
a. Anugerah Cemerlang Peperiksaan Awam -
b. Anugerah Cemerlang SKTSGJ - Selepas setiap peperiksaan (4 kali setahun)
c. Anugerah cemerlang akademik - kepada murid yang berjaya cemerlang dalam
peperiksaan akhir tahun/percubaan.
d. Anugerah cemerlang sahsiah & kepemimpinan
e. Anugerah cemerlang kokurikulum
c) Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan (Guru)
a. Anugerah Kualiti - majlis diadakan pada waktu perhimpunan pagi
b. Penghargaan kepada murid yang mencapai standard kualiti dalam peperiksaan
c. Anugerah Head Count - majlis diadakan pada waktu perhimpunan pagi dan penghargaan
diberikan kepada murid yang mencapai sasaran Head Count.
d. Penghargaan berbentuk ungkapan-ungkapan pujian dan rangsangan secara lisan dan
bertulis.
e. Hadiah, cenderamata dan berbagai bentuk ganjaran lain diberi kepada murid yang
menunjukkan peningkatan prestasi kerja ( menunjukkan sikap rajin latihan lengkap, ikut
arahan guru, keputusan ujian semakin baik ) yang boleh dilaksanakan oleh guru- guru dalam
kelas masing-masing dari semasa ke semasa.
f. Panitia membuat keputusan dalam mesyuarat panitia mengenai jenis penghargaan dan
peruntukan kewangan untuk pemberian penghargaan kepada murid di peringkat panitia.
Buku Pengurusan 2020 43
Buku Pengurusan 2020 44
DASAR AM PENGURUSAN HEM
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
1.0 PETIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 ( Akta 550 )
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat
bangsa:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai
ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat
global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara
demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
liberal dan dinamik:
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf
dunia dansegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi
negara Malaysia:
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berteru-
san ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga-
negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”:
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan
kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai Bahasa pengantar utama,
Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan
komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara
melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara:
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan
menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak
munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa
masing-masing:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang
diberikan di sesuatu institusi pendidikan;
Buku Pengurusan 2020 45
2.0 PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini
bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk
menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat
seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang
lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah
mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam
sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa
depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh
pendidikan.
Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, r ohani, dan intelek
sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang
mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan
strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam
bidang akademik dan bukan akademik.
3.0 OBJEKTIF DASAR
3.1 Menyeragamkan Dasar Pengurusan HEM di semua sekolah rendah dan
menengah kerajaan dan bantuan modal di bawah seliaan Jabatan Pelajaran .
3.2 Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM di sekolah,
3.3 Sebagai dokumen panduan oleh pegawai HEM dalam menangani isu-isu disiplin yang
dirujuk oleh sekolah untuk tindakan jabatan.
3.4 Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah yang sedia
ada terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.0 DASAR PENGURUSAN KELAS
4.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan
(Januari).
b) Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi. Sila
ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimana pun, sekolah perlu me-
nyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat
dan tindakan penambahbaikan.
Buku Pengurusan 2020 46
c) BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:
Bil Simbol Maksud
Bil Simbol Catatan
1/ Murid hadir
2O Tidak hadir tanpa sebab
3S Tidak hadir kerana sakit
4K
(dengan dokumen sokongan)
Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru
Besar /Pengetua (dikira tidak hadir)
Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan murid
5L
dikira hadir)
6W Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan
murid dikira hadir)
7G Murid digantung persekolahan (tanda dalam
bulatan dan murid dikira tidak hadir)
d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan
Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah
dipotong dan ditandatangani ringkas.
e) Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan Penolong
Kanan (HEM) dan Penyelia Petang merekodkan data kehadiran murid.
f) Penolong Kanan (HEM) / guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data kehadiran
murid ke dalam Sistem e-Hadir secara atas talian (on-line) sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari
persekolahan.
g) BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.
5.0 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)
5.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi sekolah
rendah dan RM240.00 bagi sekolah menengah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan
Pelajaran Perak, terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti
ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan
Pendaftar Sekolah.
5.2 Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah - surat kebenaran sekolah bagi bukan warga
Buku Pengurusan 2020 47
6.0 FAIL PERIBADI MURID
6.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
6.2 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama
fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
6.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, Keputusan
Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PMR, SPM)
disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan
disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Dokumentasi/Bilik HEM.
6.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau
bertukar sekolah.
6.5 Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik HEM atau bilik Bimbingan & Kaunseling
atau bilik Dokumentasi.
6.6 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga
bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan Salinan surat
gantung /buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.
6.7 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM. PK HEM akan menyediakan
dokumen penyemakan fail kelas (senarai semak).
7.0 PENDAFTARAN MURID BARU
7.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah
dikenal pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
7.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM)dilengkapkan oleh
ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah
asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
7.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru hanya
mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru
SMM / guru data.
7.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk
biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
7.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan
yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan
kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.
7.6 PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS),
Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Folio Kemahiran Hidup, Penilaian Amali Fardu Ain
(PAFA), Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari
sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut
hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan
hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.
7.7 PK HEM akan menyerahkan borang SMM kepada guru SMM / Guru Data untuk pengisian 48
butiran di komputer.
Buku Pengurusan 2020
8.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
8.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum
mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara
negeri / wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS)- masalah pertukaran ke
luar negera – Rujuk SPS
8.2 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
8.3 Bagi pertukaran keluar dari WP Labuan, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah
dipulangkan (diluar zon-rujuk SPBT) dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan
kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut (permohonan hapus kira, bayaran,
bekalan baru dll). Maklumat bantuan yang diterima murid.
8.4 Untuk pertukaran d alam WP Labuan, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke
sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
8.5 Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan
pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
8.6 Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6, murid Tingkatan 3 yang
diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau ke mana-mana
institusi pendidikan bukan dibawah KPM, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, serta murid yang
telah lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan mencari pekerjaan. Bagi
kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan
dokumen sokongan daripada ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun.
(murid bukan warga – rujuk SPS)
8.7 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti
sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara selagi murid itu berada dalam lingkungan
umur pendidikan wajib.
9.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
9.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
a. Ketua Kelas
b. Penolong Ketua Kelas
c. Bendahari
d. AJK Kebersihan
e. AJK Keceriaan
f. AJK Keselamatan
g. AJK SPBT
9.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: •
a) Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
b) Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas
c) Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
d) Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
e) Inventori Kelas - ditampal pada pintu
f) Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
g) Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, ArtikelBerinformasi & Isu
semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
h) Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk
sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat
yang sesuai.
i) Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
j) Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.
Buku Pengurusan 2020 49