MPU23072
PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI DALAM ISLAM
NAMA AHLI KUMPULAN
FATIN NUR AFIEFA MOHD NIZAM
(14DUP21F1011)
MUHAMMAD HASSAN ASKARI BIN ABDUL SANI
(14DUP21F1003)
NUR SOFIA BINTI MAZLAN
(14DUP21F1033)
SITI NUR BATRISYIA BT. KHAIRUL FAIZE
(14DUP21F1901)
IKMAL HAKIM BIN HASBOLLAH
(14DUP21F1018)
E-FOLIO
SEGALA AMALAN
DISERTAKAN
DENGAN NIAT
BI
L PERK
ARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 4
2.0
HADITH NIAT 5
3.
0
7 PERKARA NIAT 6
4.0 3.1- HAKIKAT NIAT 7
3.2 - HUKUM NIAT 8
3.3 - TEMPAT NIAT
5.0
9
3.4 - MASA NIAT 10
3.5 - CARA NIAT 11
3.6 - SYARAT NIAT
3.7 - MAKSUD NIAT 12
PENGAJARAN
13
RUJUKAN
P
E
N
G
E
N
A
L
A
N
7 perkara niat lain ialah hukum niat. Amal ibadah
hanya diterima jika ia mengandungi niat. Jika amal
ibadah dibuat tanpa ada niat maka amal ibadah itu
menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama. Antara
amal ibadah yang wajib ada niat ialah seperti :- wuduk,
mandi wajib, tayamum, sembahyang, puasa Ramdan,
zakat, haji / umrah dan iktikaf
Ertinya jika kita melakukan amal perbuatan ini
tanpa disertai dengan niat maka perbuatan itu tidak
dianggap sebagai perbuatan ibadah dan jika amal itu
merupakan ibadah yang difardukan maka ibadah itu
tidak sah dan wajib diulang semula dengan disertakan
dengan niatnya yang betul. Bagi fahaman mazhab
imam Syafie niat merupakan rukun ibadah. Rukun
bererti wajib ada atau wajib dilaksanakan dalam
ibadah itu. Masa untuk niat ialah dipermulaan ibadah.
Namun ada juga amal ibadah yang tidak
diwajibkan niat. Hanya dengan melaksanakannya
sahaja telah dianggap sebagai ibadah dan pasti
mendapat pahala. Antara amal-amal itu adalah
seperti:- istinjak, bersihkan najis pada pakaian, tempat
dan sebagainya, bersedekah, ibadah korban, akikah,
menyampaikan amanah orang dan menjauhi perkara
yang dilarang ALLAH
Perkara ketiga ialah tempat niat. Para ulama'
telah bersependapat bahawa niat itu letaknya di
dalam hati bukan di lidah. Dari kata-kata Imam
Ghazali (yang bermaksud) - Niat itu tiada pada
pertuturan dan tidak ada susunan huruf sama
dengan hati atau lidah.
Ertinya niat seseorang itu hanya satu lintasan
hati yang hanya didengar dan diketahui oleh ALLAH
swt. ALLAH Maha Mendengar tanpa perlu kepada
bunyi suara atau susunan kata-kata yang dilafazkan
oleh lidah.
Namun melafazkan niat suatu ibadah dengan
lidah adalah dibolehkan dan dihukum sunat jika
dengan melafazkan niat itu dapat menolong hati
untuk melintaskan niat itu kelak.
Perkara keempat ialah waktu niat. Sebahagian besar ulama’
Syafi’eyyah mengatakan masa niat ialah di permulaan ibadat. Contohnya niat
berwudhu’ adalah ketika membasuh muka
kerana ia adalah permulaan rukun yang wajib. Waktu niat bagi
sembahyang pula ialah pada ketika takbir.
Imam as-Syafi’e berkata “Dia hendaklah niat bersama
takbir sebelum dan selepasnya”. Ashab kita (ulama’ di dalam
mazhab Syafi’e) mengatakan “Disyaratkan penyertaan niat
bersama permulaan takbir
Terbahagi kepada dua golongan dalam perselisihan
pendapat berkenaan kaifiat “muqaranah” (niat bersama takbir)
1) Wajib memulakan niat di dalam hati ketika permulaan takbir
dengan lidah dan selesai niat serentak dengan selesai
takbir.
2) Wajib mendahulukan niat seketika daripada permulaan
takbir supaya tidak terlewat permulaan niat daripada
permulaan takbir.
Jika diterima pendapat golongan ulama yang mengatakan
sabda Nabi s.a.w itu sebagai “mukaddimah ‘aqliyyah” yang
bermaksud Nabi s.a.w ingin menegaskan bahawa setiap
perbuatan yang bersifat “ikhtiyariyyah” pasti berlaku dengan
niat, maka ia lebih menepati golongan ulama yang mengatakan
masa niat itu sebelum sesuatu ibadat. Cuma mengulangi
ingatan dan mengemaskini niat sebelum melakukan ibadat itu
suatu yang baik supaya seseorang itu tidak lalai dari apa yang
ia hendak lakukan.
Cara niat adalah perkara kelima niat. Niat wudhu’
adalah dengan maksud untuk menghilangkan perkara
yang mengharamkan ibadat iaitu hadath dan
mengharuskan seseorang melakukan ibadat.
Niat sembahyang pula ialah fokus kepada bentuk
ibadat yang mengandungi beberapa bentuk zahir di
samping melafazkan bacaan-bacaan tertentu dengan
menghadirkan hati padanya.
Niat haji pula ialah fokuskan terhadap beberapa
bentuk ibadat menepati tempat-tempatnya
sebagaimana yang telah ditetapkan.
Niat puasa ialah fokuskan untuk menahan diri
daripada beberapa perkara dan niat zakat ialah
bermaksud untuk mengeluarkan bahagian yang
tertentu daripada harta.
Yang keenam ialah syarat niat iaitu “tamyiz”,
lslam, mengetahui sesuatu yang akan diniatkan di
samping mempunyai kemampuan untuk
melakukannya dan tidak melakukan perkara yang
menafikan atau membatalkan niat seperti murtad dan
niat memotong ibadat.
Perkara niat terakhir ialah maksud niat. Antara
maksudnya ialah untuk membezakan suatu amalan
dengan amalan yang lain seperti antara sembahyang
zohor dan asar atau antara sembahyang fardhu dan
sunat. Kedua, untuk membezakan sesuatu ibadat
dengan adat seperti mandi sebagai satu kebiasaan
dan mandi yang sunat atau wajib atau seorang yang
berada di masjid untuk beriktikaf atau hanya untuk
berehat. Oleh sebab itu amalan yang tidak timbul
kekeliruan sama ada ianya adat atau ibadat tidak
mernerlukan kepada niat mengikut syarak. Ia
termasuk amalan berkaitan dengan hati seperti
beriman, takutkan Allah dan mengharap kepada Allah.
Ketiga, untuk membezakan maksud daripada suatu
ibadat dan inilah yang dikehendaki daripada hadith
ini. Untuk mencapai “maksud” seseorang itu mestilah
sentiasa menjaga niatnya dalam semua perbuatannya
sama ada ia berbentuk ibadat khusus atau umum. Di
samping itu perkara yang diniatkan olehnya bukan
merupakan suatu yang dilarang oleh syara’
P Antara pengajaran yang dapat kita terapkan ialah
E anataranya,
N
G
A Pertama, niat adalah teras segala amalan. Amalan
J baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang
A buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak
R mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa
A faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
N Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan
kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-
nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia
tidak memberikan apa-apa faedah.
Kedua, ulama ada berkata: Boleh jadi suatu
amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu
amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Seterusnya pula ialah hijrah adalah suatu
peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam
diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah
kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan
pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau
perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang
diniatkannya.
Pengajaran terakhir niat ialah, walaupun hijrah
sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna
meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia
juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
RUJUKAN
http://usthjhishamuddinmansor.blogspo
t.com/2010/10/segalanya-bermula-
dengan-niat.html
https://baitsyariah.blogspot.com/2019/0
8/syarat-syarat-niat-bagian-8.html
https://santossalam.blogspot.com/2019/0
8/hakikat-niat-dalam-ibadah-dan-
perbuatan-mubah.html
https://kalam-
insani.livejournal.com/54114.html