The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teal Grey Blue Trendy Retro Digitalism Creative Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smaisarah582, 2022-10-10 10:00:06

Teal Grey Blue Trendy Retro Digitalism Creative Presentation

Teal Grey Blue Trendy Retro Digitalism Creative Presentation

e-portfolio



SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
(BMMB1074)

NAMA : SITI MAISARAH BINTI BADRUL HISHAM
ANGKA GILIRAN : 2022192310144

NO. KAD PENGENALAN : 040309030344
KUMPULAN : PPISMP B6

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074/SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TAJUK TUGASAN : E-PORTFOLIO

NAMA PENSYARAH : PN. SHARIFAH HANIM BINTI SYED AKBAR
TARIKH HANTAR : 11 OKTOBER 2022

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T
Syukur Alhamdulillah ingin saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat saya

menyelesaikan tugasan e-portfolio bagi kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB1074) dengan
jayanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya, Puan Sharifah Hanim Binti Syed Akbar kerana tidak jemu memberi dorongan semangat serta tunjuk ajar
sepanjang tempoh berlangsungnya tugasan ini. Alhamdulillah, dengan bimbingan Puan Sharifah dapat saya
menjalankan tugasan e-portfolia ini dengan baik.

Seterusnya, ucapan penghargaan ingin saya titipkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan
kata-kata semangat untuk saya menyelesaikan tugasan e-portfolio ini serta tidak henti-henti mendoakan
kejayaan saya di sini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang
diperlukan sepanjang proses melengkapkan tugasan ini.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara
langsung atau sebaliknya dalam penghasilan e-portfolio ini. Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai.
Disamping itu, saya turut dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam tempoh
pelaksanaan tugasan ini. Saya berjanji akan menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat menjadi
seorang guru ang berkaliber setelah saya menamatkan pengajian saya di Institut Perguruan Guru Kampus
Bahasa Melayu ini.

"Kami Bangga Menjadi Guru"

Isi Kandungan Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu Pramerdeka Dan
Sejarah Perkembangan Sistem Pascamerdeka
Ejaan Rumi

Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cabaran Sistem Ejaan Rumi Pada
Dalam Menyeragamkan Sistem Ejaan Masa Hadapan

Rumi

Sejarah

PENDAHULUAN

Sejarah perkembangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu telah bermula
pada tahun 1902 lagi apabila tulisan rumi yang pertama telah disusun oleh
Jawatankuasa Ejaan R. J. Wilkinson. Kemudian, berlakulah beberapa peringkat
atau fasa membaik pulih sistem ejaan rumi sehinggalah wujudnya sistem ejaan
yang diguna pakai sehingga kini iaitu sistem ejaan rumi bahasa Melayu 1972.
Perkembangan sistem ejaan rumi ini penting bagi memastikan bangsa Melayu
memiliki imej serta identiti yang tersendiri dengan adanya bahasa rasmi.

.

Sejarah SEBELUM MERDEKA :
Perkembangan
Sistem Ejaan Rumi SISTEM EJAAN WILKINSON (1903)
SISTEM EJAAN ZA'BA (1940)
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
(1956)

SELEPAS MERDEKA :

SISTEM EJAAN MALINDO (1959)
SISTEM EJAAN RUMI BAHASA
MELAYU (1972)

Back to Agenda Page

SISTEM EJAAN WILKINSON (1903)

Sistem ejaan Wilkinson merupakan perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu. Sistem
ini telah diusahakan oleh Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu iaitu di negeri Selangor,
Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada tahun 1902 dengan mewujudkan sebuah Jawatankuasa
Ejaan yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai tinggi seperti H. Conway Belfield, D. G.
Campbell dan R. J. Wilkinson. Tugas jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji dan membentuk
sebuah sistem ejaan rumi. Antara usaha yang dilakukan ialah R. J. Wilkinson telah menyusun
semula sebuah kamus yang berjudul 'Malay-English Dictionary' pada tahun 1895 dan beliau telah
menulisnya sebanyak 1300 halaman. Penyusunan ejaan yang dilakukan oleh Wilkinson telah
dikenali sebagai sistem ejaan Wilkinson.

.

Back to Agenda Page

SISTEM EJAAN ZA'BA (1940)

Sistem ejaan Za'ba telah digunakan secara meluas di sekolah dan bagi urusan rasmi kerajaan sejak
tahun 1940 lagi. Di dalam penulisannya, Pelita Bahasa Melayu I, Za'ba telah menjelaskan berkaitan
kata-kata istilah yang lebih spesifik bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Seterusnya, dalam karya Pelita Bahasa Melayu II pula, Za'ba memberikan penekanan terhadap sistem
ejaan jawi dan rumi. Za'ba juga telah menjelaskan berkenaan beberapa istilah yang telah dipecahkan
kepada beberapa kumpulan, Istilah yang pertama merupakan pecahan nama yang terbahagi kepada
nama benar, nama khas, nama am, ganti nama diri, ganti nama tempat, ganti nama masa, ganti nama
umum dan ganti nama pertanyaan. Istilah yang kedua ialah istilah perbuatan yang dipecahkan kepada
perbuatan melampau, perbuatan tak melampau, perbuatan bangun membuat dan perbuatan bangun
kena buat. Istilah yang ketiga iaitu istilah sifat yang dibahagikan kepada sifat nama dan sifat kata.
Istilah yang keempat iaitu istilah sendi yang dibahagikan kepada sendi nama dan sendi kata. Akhir
sekali, istilah yang kelima iaitu istilah seruan.




Back to Agenda Page

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES 1956

Sistem ejaan kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16 hingga 21 September 1956. Jawatankuasa Ejaan
dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan berkaitan ejaan bahasa
Melayu, 2 ketetapan berkaitan bunyi bahasa dan 1 ketetapan berkaitan tulisan Jawi. Selain itu,
adanya kertas kerja Asraf yang mencadangkan tiga perkara iaitu yang pertama, diwujudkan satu
sistem yang lebih baik serta praktis dalam pelaksanaan. Yang kedua, sistem ejaan baku perlu mudah
tetapi tidak dipermudahkan. Yang ketiga, ejaan persekutuan dijadikan dasar untuk penyatuan
bahasa Indonesia yang sebenarnya sama sahaja atau sekurang-kurangnya asalnya yang sama iaitu
bahasa Melayu.







.

Back to Agenda Page

PERATURAN MENGEJA DALAM SISTEM FONOLOGI
HURUF RUMI
Fonem h awal - boleh digugurkan jika tiada keraguan
Huruf vokal : Fonem h tengah - tidak digugurkan jika diapit oleh
a, e, i, o, u vokal yang sama dan boleh dikekalkan atau digugurkan
Bunyi yang sama untuk fonemnya seperti a jika diapit oleh vokal yang tidak sama
untuk anak Fonem h akhir - tidak boleh digugurkan kecuali fonem
e yang tidak bertanda ialah e pepet seperti tersebut tidak ada pada katanya yang asal
emak
é yang bertanda ialah e taling seperti sémak PENGGUNAAN VOKAL DALAM
BAHASA MELAYU
Huruf konsonan :
Huruf konsonan asli ialah 17 abjad Satu perkataan terdiri daripada satu suku kata
Huruf konsonan pinjaman ialah 5 abjad iaitu f, g, Suku kata dapat digambarkan dengan satu vokal
v, x, z sahaja atau huruf vokal bersama huruf konsonan
Apabila dua huruf konsonan yang sama tau tidak
TUJUAN PENGGUNAAN SEMPANG sama duduk berdekatan ia bermaksud dua suku kata
Satu suku kata panjang mempunyai dua konsonan
Menyambung beberapa kata majmuk tetapi tidak lebih daripada satu vokal
Memisahkan kata apabila tidak lenglap kerana Jika vokal terletak di hadapan konsonan, suku kata
sudah sampai ke hujung baris yang terbentuk daripada kombinasi itu disebut
Menulis kata ulang seperti kanak-kanak sebagai suku kata mati manakala jika vokal berada di
bahagian belakang ia disebut sebagai suku kata
hidup

SISTEM EJAAN MALINDO 1959

Sistem ejaan Malindo merupakan hasil daripada sistem ejaan Kongres yang diakui masih tidak
dapat mencapai matlamat penyeragaman tulisan rumi. Pada tahun 1959, termaktub satu perjanjian
persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dan Republik Indonesia setelah dua tahun
menjalankan kajian dan rundingan. Satu perjumpaan di antara Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir Bin Ismail bersama Panitia
Pelaksanaan dan Penyelidikan Bahasa Indonesia, Dr. Slametmuljana pada tahun yang sama iaitu
1959 telah menghasilkan sebuah sistem ejaan baharu yang dikenali sebagai ejaan Malindo. Sistem
ejaan ini mengandungi maklumat berkaitan fenom vokal, diftong, konsonan, kaedah penulisan dan
penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang, penggunaan angka dua,
penulisan kata depan, huruf besar, kata ganti singkat, partikel dan penggunaan tanda baca. Namun
begitu, menurut Asmah Haji Omar (1993), ejaan Malindo ini tidak diumumkan kepada orang ramai
menyebabkan kita tidak mengetahui sistem dan bentuk ejaannya.

.

Back to Agenda Page

SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu 1972 mempunyai persamaan dengan sistem ejaan Malindo kerana
wujudnya jalinan kerjasama antara Malaysiamdan Indonesia. Namun, sistem ejaan ini tidak dapat
dilaksanakan kerana berlakunya konfrontasi antara Malaysia dan In donesia pada tahun 1966. Oleh
itu, kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ke seluruh negara dijalankan melaui
akhbar, majalah, radio, televisyen serta ceramah yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Melayu-Indonesia telah dilancarkan
oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur. Pelancaran sistem ejaan baharu ini merupakan persetujuan antara Malaysia dan
Indonesia yang menginginkan satu sistem ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa yang
sama dan dapat memberi faedah kepada kedua-dua buah negara. Sistem ejaan baharu ini juga
bertujuan untuk memperbaiki sistem ejaan rumi bahasa Melayu dan menyesuaikannya dengan
unsur-unsur dan perkembangan yang telah mempengaruhi bahasa Melayu sejak beratus tahun
yang lalu.
.

Back to Agenda Page

Sejarah
Perkembangan
Bahasa Melayu
Pramerdeka Dan
Pascamerdeka

Back to Agenda Page

Perkembangan Bahasa Usaha yang dijalankan bagi memartabatkan
Melayu Pramerdeka bahasa Melayu semasa pramerdeka :
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa Melayu pramerdeka merupakan bahasa Bahasa Melayu (PBMPM) (1888)
Melayu yang digunakan sebelum meredeka di Pejabat Karang Mengarang (1924)
maa pada ketika ini para kesusateraan sedang Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia
(PASPAM) (1934)
memperjuangkan status bahasa melayu Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
sebagai bahasa kebangsaan dan hukan bahasa
asing. Para kesusasteraan menerima banyak
cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh ahli

kesusasteraan sama ada secara individu
mahupun pertubuhan tertentu bagi

meningkatkan martabat bahasa Melayu.

Peranan Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa Melayu (PBMPB) (1888)

PENGENALAN Dato' Seri Amar Diraja Abdul
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu (PBMPB) Rahman Andak
telah ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1888.
Pengasas bagi PBMPB ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Dato' Muhammad
Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi. Ibrahim Munsyi
Tujuan penubuhan PBMPB adalah untuk mengendalikan
perbincangan berkaitan bahasa Melayu serta mewujudkan
perpustakaan.

SUMBANGAN
Menerbitkan buku-buku berkaitan bahasa Melayu, nahu Melayu,
sejarah serta lain-lain cabang ilmu pengetahuan.
Menerbitkan majalah bertajuk Peredar, Buku Peribahasa dan Jalan
Bahasa Melayu.
Penerbitan buku-buku bahasa dan bahan bacaan umum.

Peranan Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa

Melayu (PBMPB) (1888)

Mengendalikan perbincangan Mengkaji dan mempelajari bahasa
Menubuhkan perpustakaan Melayu
Memelihara tulisan Jawi
Memelihara, melengkapkan dan
Menganjurkan ceramah-ceramah memodenkan bahasa Melayu
bahasa Melayu Menstandardkan ejaan dan
perkataan bahasa Melayu
Mencipta perkataan dan istilah
bahasa Melayu yang baharu

Peranan Pejabat Karang Mengarang
(1924)

PENGENALAN
Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan di Sultan
Idris Training College (SITC) pada tahun 1924.
Diasaskan oleh Oman Theodore Dussek dan
Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)
Pejabat karang mengarang beroperasi sehingga
tahun 1957 apabila peranannya diambil alih oleh
Dewan bahasa dan Pustaka

SUMBANGAN Oman Theodore Zainal Abidin Ahmad
Sebanyak 85 buah judul buku teks berjaya Dussek
diterbitkan sehingga tahun 1941.
Selain itu, sehingga tahun 1957, sebanyak 64
buah judul buku terjemahan bagi perpustakaan
sekolah dan bacaan umum berjaya dihasilkan

Peranan Pejabat Karang
Mengarang (1924)

Menyediakan sumber rujukan Menganjurkan bengkel penulisan
dan bahan bacaan umum kepada serta kursus penterjemahan
orang ramai Menerbit dan mencetak hasil
Menghasilkan penerbitan ilmiah karya penulisan warga akademik
dalam bahasa Melayu dan Mengadakan perpustakaan yang
Inggeris boleh dibawa ke kampung
Membuka peluang dan
menggalakkan orang ramai Mengeluarkan jurnal-jurnal
untuk menghasilkan penulisan bergambar
ilmiah

Peranan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya
(PASPAM) (1934)

PENGENALAN PERANAN
Ditubuhkan di Pulau Pinang pada 7 april 1934.

Diasaskan oleh Mohd Al-Khatib dan Ariffin Ishak
melalui ruangan 'Sahabat Pena'. Menerbitkan buku, kamus dan majalah
Pertubuhan ini seterusnya dikembangkan oleh bahasa Melayu seperti majalah Suara
Sheikh Ahmad Al-Hadi. Pena (1938), Pancaran Pena (1939) dan
Taman Paspam (1940).
TUJUAN PENUBUHAN (PASPAM) Mengadakan peraduan karang
Mengeratkan hubungan persaudaraan antara mengarang dan membeli karangan
pencinta bahasa Melayu. daripada ahli PASPAM.
Menggalakkan penulisan dan pembacaan buku- Menggubal perkataan Melayu daripada
buku bahasa Melayu. perkataan bahasa Inggeris.
Menetapkan ejaan standard untuk ahli
PASPAM.

Peranan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

PENGENALAN PERANAN ASAS 50




Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 dan didaftarkan Mengembangkan bahasa dan
pada tahun 1951. kesusasteraan Melayu.
Pengasas ASAS 50 ialah Muhammad Arif Menjaga kebajikan dan kepentingan
Ahmad, Kamaludin Muhammad, Hamzah penulis dengan melindungi hak pengarang.
Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera. Mengadakan pembaharuan dalam bidang
penulisan dan karya sasterawan.
Ahli ASAS 50 aktif dalam penulisan sastera Mempelajari bidang sastera seperti cerita
seperti : dan kebudayaan Melayu.
Penulisan novel - berkaitan percintaan muda-
mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial.
Penulisan cerpen - membincangkan persoalan
darurat, nasib kaum buruh serta ketidak adilan
sosial

Logo ASAS 50
Ahli ASAS 50

Perkembangan Bahasa
Melayu Pascamerdeka

Bahasa Melayu pascamerdeka ialah era
selepas merdeka iaitu bermula setelah 31
Ogos 1957 sehingga tahun 1967. Bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan

Persekutuan Tanah Melayu melalui
peruntukan undang-undang. Akta-akta
barkaitan pelaksanaan bahasa Melayu adalah;
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Akta Dewan Bahasa Dan Pustaka1959
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Akta Pendidikan 1996

i) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Menetapkan bahawa bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.
Tidak melarang atau menghalang penggunaan bahasa lain secara tidak rasmi atau pengajaran
dan pembelajaran bahasa lain.
Pemaktuban bahasa Melayu ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu berada pada kedudukan
yang jelas statusnya, tinggi dan istimewa dalam perundangan negara.

ii) Akta Dewan Bahasa Dan Pustaka 1959

Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen 1959 yang asalnya dikenali sebagai Ordinan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Di bawah akta ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjadi badan berkanun dan mempunyai
kuasa autonomi bagi menggubal dasar yang khusus sesuai dengan matlamatnya.

iii) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

Akta ini terbentuk daripada gabungan dan penyesuaian antara akta 1963 dan akta 1967 dan
berkuat kuasa pada 1 Julai 1967 tetapi dipinda pada tahun 1983.
Mengikut Seksyen 2 : Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.
Seksyen 8 : Segala prosiding di mahkamah hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan atau
bahasa Inggeris atau sebahagiannya.
Seksyen 9 : Tulisan bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi namun penggunaan tulisan jawi tidak
dilarang.

Seksyen 11 : Terjemahan borang dalam bahasa Melayu boleh diguna pakai.
Oleh itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memartabatkan bahasa Melayu untuk kegunaan
dalam urusan penting meskipun terdapat pengecualian tertentu yang melibatkan penggunaan
bahasa lain.

iv) Akta Pendidikan 1996

Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di
bawah Seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan yang dikecualikan oleh menteri
daripada subseksyen ini.
Sekiranya bahasa pengantar utama di institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa
kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di
institusi pendidikan tersebut.

Tokoh-tokoh Bahasa Melayu Pascamerdeka

Profesor Emeritus Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan
Asmah Haji Omar Dato' Nik Safiah Ahmad
Binti Haji Abdul
Back to Agenda Page
Karim

Peranan Dewan
Bahasa Dan
Pustaka

Back to Agenda Page

Peranan Dewan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah
Bahasa Dan ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai
sebuah jabatan dalam Kementerian
Pustaka Dalam Pelajaran untuk menggerakkan dan
Menyeragamkan memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
Ejaan Rumi bahasa ilmu.

Visi : Bahasa Melayu salah satu bahasa
utama kepada semua masyarakat yang

hidup di dunia ini



Misi : Memartabatkan bahasa Melayu

Back to Agenda Page

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyeragamkan ejaan rumi bahasa Melayu

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi dapat dilihat
melalui usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Antaranya, membina
dan memperkaya sistem ejaan rumi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang khususnya dalam
bidang sains dan teknologi. DBP telah memasukkan dan menggunakan ejaan rumi bahasa Melayu
supaya terhasilnya lebih banyak istilah saintifik daripada bahasa Melayu sejajar dengan
perkembangan bidang sains dan teknologi. Seterusnya, Dewan Bahasa dan pustaka juga
menganjurkan program penulisan dari semasa ke semasa seperti Minggu Penulisan Remaja nagi
memajukan dan memperkembangkan bakat-bakat kesusasteraan dalam kalangan masyarakat
setempat terutamanya dalam bahasa Melayu. Di samping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga
mencetak menerbitkan serta membantu dari segi pencetakan dan penerbitan buku rujukan,
risalah, majalah, buku teks dan pelbagai lagi penulisan sastera dalam ejaan rumi bahasa Melayu.
Akhir sekali, Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan mmbakukan ejaan dan sebutan serta
membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu. Oleh itu, DBP telah menubuhkan banyak
Jawatankuasa Istilah yang bertujuan untuk mengumpul dan membentuk istilah bahasa Melayu
yang betul secara meluas.

Cabaran Sistem
Ejaan Rumi Pada

Masa Hadapan

Back to Agenda Page

Penggunaan (i) Penggunaan Bahasa Rojak dan Slanga
Bahasa Bahasa rojak atau slanga merupakan penggunaan bahasa yang tidak rasmi
dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam

Rojak Dan dialek atau bahasa. Penggunaan bahasa rojak dan slanga merupakan satu

ancaman yang besar kepada hilangnya identiti bahasa Me
layu. Hal ini

Slanga kerana, golongan remaja masa ini banyak mengubah perkataan bahasa
Melayu yang asal menjadi perkataan yang lebih ringkas dan mudah disebut

dengan alasan perkataan asal terlalu panjang untuk disebut. Selain itu,

Asmah Haji Omar dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, penggunaan e-mel dan
Bahasa slanga adalah pesanan ringkas memberi kesan buruk kepada sistem ejaan rumi bahasa
tidak formal dan Melayu.Perkara ini akan memberi kesan kepada pemerkasaan bahasa
bukan halus Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Antara contoh bahasa rojak
dan slanga ialah kengkawan (kawan-kawan) dan kekwat yang bermaksud
Nik Safiah Karim sombong atau berlagak.
Bahasa Terhad
Mempunyai ciri-ciri


tertentu dan
digunakan oleh orang-
orang tertentu

ii) Konsep Percampuran Kod

Percampuran Percampuran kod ini biasanya berlaku apabila seseorang menukar
Kod (code bahasanya secara berganti-ganti dalam satu topik perbincangan yang
mixing)
sama. Misalnya, mereka menggunakan dua bahasa atau m
enggunakan
Percampuran kod merupakan
satu perkara yang berlaku dialek negeri masing-masing dalam topik perbincangan atau perbualan
dalam kalangan masyarakat tersebut. Antara contoh percampuran kod ialah seperti contoh dialog
yang boleh berbahasa lebih yang terdapat di dalam filem "Paskal The Movie".
daripada satu bahasa. Di negara
kita, percampuran kod dapat Contoh dialog
dilihat dengan jelas kerana - "Semua kru sudah diarahkan berlindung di dalam citadel."
negara kita terdiri daripada - "Dia kuat, genetik pak dia legend."
pelbagai kaum iaitu kaum
Melayu, Cina, India serta suku Oleh itu, dapat dilihat bahawa terdapatnya percampuran kod antara
kaum yang lain. bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam contoh dialog di atas. Hal ini
juga merupakan cabaran sistem ejaan rumi bahasa Melayu.

Poster Filem
"Paskal The
Movie"

Pertambahan iii) Pertambahan Sekolah Vernakular
Sekolah
Vernakular Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan
bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular di Malaysi
a iaitu

sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah
vernakular Tamil. Pertambahan sekolah vernakular di Malaysia
merupakan salah satu cabaran dalam usaha memperkasakan bahasa
Melayu sekaligus untuk Malaysia mencapai sebuah negara bangsa.
Hal ini kerana sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapatnya segelintir
rakyat Malaysia yang masih tidak fasih berbahasa kebangsaan serta
tidak tahu mengeja ejaan rumi walaupun telah mencapai umur
dewasa. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka
menyebabkan bahasa Melayu disisihkan dan dilupakan.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version