The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by OLIVIA EBA ANAK UGAM, 2024-01-26 22:43:23

E-Pembelajaran M2 Kumpulan 2 BMMB 3203

E-Pembelajaran M2 Kumpulan 2 BMMB 3203

Kumpulan 2: Olivia, Shahrizan, Nik Adhzim, Mary & Vaerolina E-PEMBELAJARAN MINGGU 2 BMMB 3203


TUGASAN Setiap kumpulan menghuraikan kata tunggal dan kata terbitan berserta contoh secara grafik dan dipersembahkan dalam bentuk ebook.


AHLI KUMPULAN Olivia Eba Vaerolina Melsherlyn Mary Awa M. Shahrizan Nik Adhzim


KATA TUNGGAL


KATA TUNGGAL DEFINISI Kata tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015). KATEGORI KATA TUNGGAL 1.Kata Tunggal jenis Akronim Kata Tunggal sebagai penjodoh bilangan 2.


KATA TUNGGAL JENIS AKRONIM i) Kata Nama Akronim Cantuman Huruf Awal Perkataan Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakannya terdiri daripada kata nama khas; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contoh ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia IPTAR- Institut Penyiaran Tun Abdul Razak ILIM- Institut Latihan Islam Malaysia


KATA TUNGGAL JENIS AKRONIM ii) Kata Nama Akronim Cantuman Huruf & Suku Kata Perkataan Kata nama akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas: oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contoh Perhilitan- Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Proton- Perusahaan Otomobil Nasional Mara- Majlis Amanah Rakyat Perkim- Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia


KATA TUNGGAL JENIS AKRONIM iii) Kata Nama Akronim Cantuman Suku Kata Awal Perkataan Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contoh Bernama- Berita Nasional Malaysia Perkeso- Pertubuhan Keselamatan Sosial tadika- taman didikan kanak-kanak kugiran- kumpulan gitar rancak


KATA TUNGGAL JENIS AKRONIM iv) Kata Nama Akronim Cantuman Bahagian Awal Perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contoh asbut- asap kabut jentolak- jentera tolak debunga- debu bunga purata- pukul rata jenama- jenis nama jalurah- jalan lurah


KATA TUNGGAL SEBAGAI PENJODOH BILANGAN Penerangan Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Kelompok perkataan ini lazimnya disebut penjodoh bilangan (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015) Contoh segugus bintang seutas tali sebiji telur sebutir permata sekaki payung selembar benang serawan jala sesisir pisang sebentuk cincin


Pola Contoh Perkataan 1. KV yu,ru,ya 2. Kvk cat,tin,bim,pam,lap,wang 3. Kvkk teks,bank,golf 4. Kkkv skru JENIS KATA TUNGGAL Kata Tunggal Satu Suku Kata Kata Tunggal Dua Suku Kata Pola Contoh Perkataan 1. v + kv aku,ubi,ibu,itu 2. v + vk aib,air,aus 3. v + kvk adik,emas,ubat,ikan 4. kv + v doa, tua, bau, jua


Pola Contoh Perkataan 1. KV + V + KV suara,buaya,tiada 2. KV + V +KVK siasat, biawak, siuman 3. V + KV + V usia, idea 4. VK + KV + VK ilmiah, ikhtiar JENIS KATA TUNGGAL Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kata Tunggal Empat Suku Kata Pola Contoh Perkataan 1. KV + KVK + KV + KV peristiwa, belantara 2. KVK + KV + KV + KV sandiwara, laksamana 3. KV + KV + KV + KV bidadari, selesema 4. KV + KKV +KV + KVK masyarakat


KATA TERBITAN


Unit-unit bahasa yang ditambahkan pada kata dasar menyebabkan perubaha makna nahunya. Empat Jenis Imbuhan: 1)Imbuhan awalan 2)Imbuhan Apitan 3)Imbuhan Akhiran 4)Imbuhan Sisipan IMBUHAN


Contoh Kata Terbitan penImbuhan Awalan + jual penjual = (imbuhan awalan kata nama) ber- + jalan berjalan = (imbuhan awalan kata kerja) ter- + putih terputih = (imbuhan awalan kata adjektif)


Contoh Kata Terbitan -an Imbuhan Akhiran pakai + pakaian = (imbuhan akhiran kata nama) duduk + -i duduki = (imbuhan akhiran kata kerja)


Contoh Kata Terbitan pe-...-an Imbuhan Apitan + rasa perasaan = (imbuhan apitan kata nama) (imbuhan apitan kata kerja) (imbuhan apitan kata adjektif) me-...-kan + luka melukakan = ke-...-an + cina kecinaan =


Sisipan Kata Nama Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata nama ialah sisipan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata nama Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang apabila begabung dengan kata dasar akan membentuk kata adjektif Sisipan kata nama : -el, -er, -emcontoh: telapak, jemari, gerigi Sisipan kata adjektif : -em, -el, -er, -inContoh Kata Terbitan Imbuhan Sisipan


Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version