E – FOLIO
Kod Khusus : MPU23052- SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM
PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS
Bil. Nama No. Matrix
1. Shahrul Aiman bin Azman 05DPB20F2015
2. Mohd Haziq bin Noraffendi 05BPB20F2027
3. Muhd Hafiy Aniq bin Roszan 05DPB20F2025
Sesi Dis 2020
Nama pensyarah : Puan Faridah binti Husain
1
INDEKS Muka Surat
3
Bil. Perkara 4
1 Penghargaan 5
2 Pengenalan 6
3 Definisi 7-9
4 Prinsip Syariah
5 Peranan Prinsip Syariah 10-12
6 Cabaran Umat Islam 13
7 Penutup 14
8 Rujukan
2
Penghargaan
Tugasan ini akhirnya telah diselesaikan dengan jayanya. Kami
berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Faridah binti Husain ,
bagi subjek Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam atas pemberian
nasihat dan peluang untuk membuat E-folio. Tidak dilupakan juga ahli
kumpulan iaitu Shahrul dan Haziq yang terlibat dalam proses pelaksanaan
tugasan tersebut. Jasa mereka yang sudi meluangkan masa, menyumbang
tenaga untuk menyiapkan bahagian tugasan masingmasing dan
perkongsian idea yang amat dihargai. Terima kasih juga diucapkan kepada
ibu bapa dan rakan-rakan yang memberi sokongan dan buah fikiran
sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan tersebut. Sekian, terima kasih.
3
PENGENALAN
Kedatangan Islam ke dunia telah memberikan satu kesan yang besar sehingga
berjaya menolak corak hidup jahiliyyah dan memberi harapan baru transisi
masyarakat Arab dari zaman gelap ke zaman menghormati norma-norma
kehidupan bermasyarakat. Islam berkembang dengan cepat sehingga dapat
menguasai al-jazirah dan beberapa wilayah lain di al-Sham, Mesir, Afrika Utara
dan Iraq dalam masa 50 tahun yang pertama.
Pada zaman permulaannya iaitu ketika Nabi Muhammad SAW masih ada,
persoalan yang timbul terus dirujuk kepada baginda. Generasi selepas baginda
juga dijamin sebagai generasi terbaik. Pada ketika itu, soal pemikiran Islam yang
timbul boleh dijawab dengan baik kerana mereka hampir dengan sumber utama.
Pada zaman moden ini, Islam berhadapan dengan penjajahan pemikiran dalam
bentuk yang berbeza. Anita M. Weiss menyatakan bahawa Islam di zaman moden
ini berhadapan dengan pelbagai cabaran, samada luaran mahupun dalaman
Dalam era globalisasi yang dihadapi sekarang ini memperlihatkan suasana baru
dalam kehidupan masyarakat dunia dan masyarakat Islam itu sendiri. Sri Mulyati
menyatakan bahawa kita boleh melihat globalisasi yang berlaku samada ia sebagai
ancaman atau ia sebagai cabaran, bergantung bagaimana cara melihat dan
menghadapi suasana baru ini.
4
DEFINISI
BAHASA SYARAK: Jalan ke arah sumber air atau memberi
makna jalan yang lurus. ISTILAH: Merujuk kepada segala hukum yang
disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah
saw.
o Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber
kehidupan manusia.
o Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat
diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. o Manusia akan
mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat.
o Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi
kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Syariah Islam adalah dicipta dan disususn oleh Allah
SWT . Segala kandungannya yang meliputi aspek
aqidah , ibadat dan muamalat adalah secocok dengan
keperluan manusia . Alam yang terbentang luas
dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai
dengan mematuhi peraturan Allah SWT . Setiap kajian
dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabadian
diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungNYA .
Para saintis , teknokrat dan jurutera tertakluk kepada
prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran
sarwajagat .
5
PRINSIP SYARIAH
Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk
kepada syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh
Allah SWT. Segala kandungannya meliputi aspek
aqidah, ibadat dan muamalat adalah sesuai dengan
keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu
kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna
segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana.
Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau
berkurangan. Ketiga, Tawazun iaitu keseimbangan
dalam syariat bermaksud segala kandungannya
mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan
di akhirat. Keempat, Mizan iaitu kesetaraan dalam
syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan
nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kelima,
Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan murunah menurut
syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya yang
tetap untuk semua zaman dan umat.
6
PERANAN PRINSIP SYARIAH
a) Memelihara Agama
Peranan utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta
perlaksaannya. Sebarang elemen yang boleh mengugat kesucian agama akan dicegah
sebelum berlaku. Andai kata sudah berlaku maka, hukuman yang sewajarnya bagi tujuan
siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam
syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.
Syariat Islam menetapkan sebarang kajian , ciptaan dan hasil sains teknologi dan
kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama. Pembinaan
bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf
tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk
menyelamatkan agama, maka hokum keluar dari Islam adalah termasuk jenayah hudud.
b) Memelihara Maruah
Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri
merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang
melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira
kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh
mengundang perosakkan dan pemusnahan yang besar atas nama
pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lessen
untuk merobek maruah manusia atau maruah agama. Kerosakkan dan
kefasadan yang melanda ala mini adalah antaranya punca daripada
kealpaan para saintis , teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah
manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang
serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan
maruah seseorang.
7
c) Memelihara Nyawa
Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi
keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa
tidak diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai
contoh, hukum bunuh boleh dikenakan keatas pembunuh dibawah kes
qisas (al-an’am”151). Syariat Islam mengharuskan segala benda yang
boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama, mengharamkan
segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan
hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan
mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-
bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia.
Contohnya, segala bahan kimia yang boleh membunuh dan merosakkan
diri manusia. Seterusnya, Islam menggalakkan manusia mengambil
sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa
manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan
berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat
abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.
d) Memelihara Akal
Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia.
Kemampuannya tiada tolak tandigannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara
maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi
padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan,
minuman dan riadah manusia.Islam melarang segala perubatan yang boleh
menyebabkan berlakunya kerosakkan pada akal seperti mengambil minuman yang
memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan
ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut
penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan
tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akanl adalah
haram di sisi syariat Islam.
8
e) Memelihara Keturunan
Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang
boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak seperti:
- Liwat
- Istimna’ – Onani
- Musahaqah – Lesbian
- Mendedahkan aurat
- Berdua-duaan lelaki dan wanita
- Zina atau tuduhan melakukan zina
- Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
- Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
- Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
- Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda
yang haram seperti aurat wanita. Gambar atau filem lucah
Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir.
Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan
manusia
f) Memelihara Harta
. Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh
memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok,
membazir dan , menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakar
bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk
terus mendapat keberkatannya. Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalny.
Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu.
Hukuman Islam hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat
Islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta
sehingga membawa kematian dianggap mati syahid akhirat.
9
CABARAN UMAT ISLAM
a) Akidah Islam
Ini adalah fahaman kebebasan liberal yang meletakkan perkara berkaitan
agama/akidah sebagai sebahagian daripada hak yang hanya boleh ditentukan oleh
individu secara bersendirian tanpa arahan atau kawalan daripada mana-mana pihak,
termasuklah pemimpin atau dalam konteks ini pihak berautoriti agama. Perkara ini
sudah tentu tidak selaras dengan kefahaman Islam sebenar kerana akidah Islam itu
mempunyai paksi tertentu dan tidak boleh diubah. Sementara itu, atas dasar
tanggungjawab pemimpin dan negara yang dituntut oleh Islam, umat Islam hendaklah
dielakkan daripada tergelincir daripada ajaran sebenar.
Kesan daripada gesaan atau fahaman kebebasan dalam menentukan atau memilih
akidah bagi orang-orang Islam ini ialah, setiap individu atau kumpulan akan mempunyai
kebebasan menentukan doktrin kepercayaan mereka serta juga masih menamakan
atau menggelar diri mereka sebagai Muslim/orang Islam tanpa menghiraukan kriteria-
kriteria akidah Islam sebenar. Ini bukan sahaja memberikan kebebasan terbuka dan
liberal, tetapi juga akan menyebabkan kekeliruan akidah dan seterusnya akan
menghakis dan merosakkan akidah umat Islam.
Kerosakan akidah adalah sebesar-besar cabaran kepada umat Islam. Kita maklum
bahawa akidah adalah sumber atau perkara pokok yang menjadi pasak kepada segala
ajaran dan perintah atau syariat Islam. Sekiranya keputusan fatwa atau keputusan
pihak berautoriti agama berkaitan akidah ini dipersoal maka itulah juga petanda kepada
kemusnahan bukan sahaja akidah, bahkan juga kepada syariah dan syiar Islam – total
failure or collapse of Islam.
10
b) Institusi Islam
Mahkamah Syariah Berkaitan juga dalam perbincangan ini ialah
tuntutan kebebasan menukar agama. Perjuangan sesetengah
kelompok pejuang hak asasi untuk membolehkan seorang Islam
menukar agamanya sudah tidak asing lagi dalam ruang khalayak
kita. Berkaitan juga, pihak terbabit cuba menafikan bidang kuasa
Mahkamah Syariah dalam menentukan agama umat Islam.
Daripada aspek perundangan, pihak ini sebenarnya telah tidak
mengambil berat kepada keputusan Mahkamah dalam kes Azlina
Jailani. Keputusan kes Azlina Jailani antara lain menyatakan
bahawa seseorang yang mahu menukar status agama Islam
kepada agama lain hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada pihak berkuasa agama. Keputusan ini dibuat
oleh mahkamah sivil; bidang kuasa itu bukan ditegaskan oleh
mahkamah Syariah, tetapi oleh mahkamah Sivil. Dengan kata
lain, institusi mahkamah Syariah mempunyai kerangka atau asas
perundangan yang kukuh untuk memelihara aqidah orang Islam.
11
c) Institusi Fatwa dan Mufti
Mengenai cabaran akidah umat Islam, cabaran ke atas institusi
fatwa, termasuk kedudukan Mufti, juga agak jelas. Seringkali kita
dengar komen dan ulasan tentang kedudukan fatwa dan
kewibawaan para mufti. Fatwa merupakan sumber hukum Islam.
Antara cabarannya setakat ini ialah fatwa dianggap sebagai satu
bentuk undang-undang yang dibuat oleh golongan ‘elite’ agama.
Fatwa dianggap sebagai penegasan kuasa Mufti yang membuat
hukum tidak melalui proses demokrasi sebagaimana kehendak
sistem perundangan. Hujah saya mengenai perkara ini ialah,
fatwa menjadi sumber hukum dalam perundangan Islam.
Kedudukannya juga terpahat jelas dalam sejarah pentadbiran dan
perundangan Islam negara. Dengan pengenalan sistem
berperlembagaan, sistem pentadbiran agama Islam yang
meletakkan urusan pentadbiran agama Islam termasuk
perundangannya kepada institusi agama tersebut. Perkara
utama ialah fatwa melibatkan proses membuat hukum untuk
diterima pakai oleh umat Islam. Proses pengeluarannya juga
telah begitu mantap diperbahas dan diputuskan mengikut
kehendak hukum dan prosedur Syarak. Oleh itu persoalan
bahawa fatwa tidak diluluskan melalui proses demokrasi tidak
boleh dianggap sebagai satu kelemahan kedudukan fatwa. Ini
kerana persoalan hukum hakam Syariah ini hendaklah dilaksana
mengikut kehendak hukum Syarak juga. Perkara yang kita tidak
boleh terlepas pandang ialah walaupun fatwa ini dibuat oleh
Mufti, ia bukanlah semata-mata keputusan mufti, tetapi proses
mengeluarkan fatwa itu melibatkan banyak pihak, terutamanya
pihak-pihak yang bersangkutan dengan perkara mahu
difatwakan.
12
PENUTUP
Sebagai hamba Allah SWT, kita wajarlah mematuhi syariah
Islam untuk kesempurnaan hidup kita di dunia dan di akhirat.
Para saintis, teknokrat dan jurutera juga perlulah
melaksanakan kajian dan aktiviti sains teknologi dan
kejuruteraan dengan berlandaskan syariah. Ini adalah
supaya setiap kajian dan aktiviti adalah bertujuan untuk
meningkatkan lagi kualiti hidup manusia sambil
mengabdikan diri kepada Allah SWT dan tidak hanya
bermatlamatkan keuntungan dan kemasyhuran sahaja.
Umat Islam harus membebaskan diri dari cengkaman
penjajahan pemikiran ini agar dapat bangkit semula untuk
menguasai dunia dalam bentuk baru. Ia hanya dapat
dilakukan sekiranya umat Islam sedar bahawa agama Islam
ini satu agama yang akan membawa manusia hidup pada
alaf mendatang walau apa cabaran yang dihadapi.
Bebaskan minda dari penjajahan pemikiran moden demi
mewujudkan dunia baru yang aman damai itu.
13
SUMBER RUJUKAN
https://muftiwp.gov.my/en/media-menu/penerbitan/suara-
pemikir/2153-cabaran-utama-umat-islam-di-malaysia
https://groupstk2020.blogspot.com/2020/04/prinsip-dan-
peranan-syariah-dalam-sains.html
http://eprints.um.edu.my/2650/1/JAT_Bil6_DrRoslan.pdf
https://muftiwp.gov.my/en/media-
menu/penerbitan/suara-pemikir/2153-cabaran-utama-
umat-islam-di-malaysia
14
15