INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
MPU 3062
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BUKU LOG
PISMP SEMESTER 3
NAMA : ABDUL MU’IZ BIN SHAMSUL ARIFIN
KAD PENGENALAN : 010218-08-1077
ANGKA GILIRAN : 2020182340448
AMBILAN : JUN 2020
KELAS : TESL 1
NAMA PESYARAH : 1. EN. MUSAIDI BIN MUSTAFFA
2. EN. IKHWAN HOSNI BIN ALI
BIL TUGASAN TARIKH HANTAR
1 BUKU LOG 14 JULAI 2021
ISI KANDUNGAN Muka surat
3
Bil Kandungan 4
1. Biodata Guru Pelatih
2. Carta Organisasi 5
6
Maklumat Persatuan 7
Logo Rasmi BSSM 8
12
3. 17
Ikrar BSSM 19
Lagu BSSM 25
28
6. Laporan Mingguan 29
7. Nota-nota BSSM
8. Pertolongan Cemas
9. Asas Perkhemahan
10. Asas Kawad Kaki
11. Rujukan
12. Lampiran
2
BIODATA GURU PELATIH
NAMA : Abdul Mu’iz bin Shamsul Arifin
KAD PENGENALAN : 010218-08-1077
KURSUS : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
AMBILAN : JUN 2020
KELAS : TESL 1
MENTOR : Dr. Julinamary A/P Parnabas
TARIKH LAHIR : 18 Februari 2001
ALAMAT RUMAH : No.29, Jalan 6, Taman Desa Jaya 6, 34600 Kamunting,
Perak
NO TELEFON : 011-1871 1829
EMAIL : [email protected]
3
CARTA ORGANISASI
UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 2021
PENGERUSI
MUHAMMAD FAIZ IKMAL B. ZULKIFLI
PISMP SEM 3
NAIB PENGERUSI
HANNAN BT. AHMAD NIZAR
PISMP SEM 3
SETIAUSAHA
AHMAD NAQIYUDDIN B.
ZULKIFLEE
PISMP SEM 3
N. SETIAUSAHA
ASIAH AMANI BT.
MOHAMAD RIDHUAN
PISMP SEM 3
BENDAHARI
MUHAMMAD
FAKHRURRAZI B. MOHD
SABRI
PISMP SEM3
N. BENDAHARI
SITI NURAFRINA BT.
MOHD SAMSUL
PISMP SEM 3
KEBAJIKAN DISIPLIN & ICT & TEKNOLOGI KESELAMATAN
KEPIMPINAN
GEERTHIKAH A/P AHMAD AMIR HUDZAIFAH FRANCO IVAN FELIX
KARTHIGASU MUHAMMAD ALIFF B. MD BIN ABDUL RAHIM PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 ANUAR PISMP SEM 3
EZHILARASI A/P BALA
MUHAMMAD SHARILL PISMP SEM 3 MUHAMMAD QURHAFIZ B. PISMP SEM 3
AIZAD B. ABDUL KHALID MOHD YUSRI
NURUL AINI BT. SAAD PISMP SEM 3 HANIS AYUNI BT. HADI
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
ILYA MAISARAH BT. ABDUL
MUHAMMAD NAQIB BIN NUR AFIQAH ALIN BT. RAHMAN
JUNAIRIZAL MOHD BAKRI
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
PERALATAN AKTIVITI TUGAS KHAS
NUR HAFIZAH BT MOHD SUBASAN A/L MUHAMMAD SHARILL
KHAIRUDDIN VEZHAVENTHAN AIZAD B. ABDUL KHALID
PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
NUR AISYAH AFIFA BINTI
SHAIFUL MUHAMMAD NAQIB BIN MIZANI AIDA BINTI ASZHAR
JUNAIRIZAL PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
DEEPAN A/L KRISHNASAMY
RAVIKUMARAN A/L MOHAMAD HAFEZ BIN PISMP SEM 3
SUBRAMANIAM ABDUL HAMID
PISMP SEM 3
PISMP SEM 3
4
LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
5
IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bahawa kami
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar
Tat setia kepada Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Dan pemerintah-pemerintah di negara kami
Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara
Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang
Serta arahan persatuan walau di mana kami berada
Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
Kepada mereka yang sakit dan menderita
Di waktu aman atau bencana
Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
6
LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh
7
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tarikh : 23 Jun 2021
Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
Kehadiran : Encik Ikhwan Bin Rosni
: 82 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Perjumpaan dimulai dengan semua ahli berkumpul pada pelantar yang telah
ditetapkan iaitu Google Meet dapa jam 8 pagi. Kehadiran diambil dengan setiap ahli
mengisi butiran pada Google Form sebagai tanda kehadiran. Kemudian, perjumpaan
diteruskan dengan perbincangan mengenai perkara-perkara yang akan dipelajari
dalam unit kokurikulum ini oleh jurulatih. Jurulatih iaitu Encik Musaidi menerangkan
beberapa aktiviti yang akan dilakukan sepanjang semester ini bersama unit
kokurikulum. Selepas itu, perjumpaan diteruskan dengan penubuhan organisasi dan
jawatankuasa bagi unit kokurikulum. Pemilihan bagi ketua dan juga jawatankuasa
lain dalam organisasi ini dilaksanakan dengan cara pencalonan, undian dan
persetujuan semua ahli unit.
Refleksi
Pada sesi perjumpaan ini, kami memilih ketua dan AJK unit beruniform
menggunakan kaedah undian dimana dimulakan dengan pencalonan seterusnya
proses undian dengan mengambil kata majoriti. Keputusan pelantikan adalah dari
keputusan majoriti. Daripada sesi ini, saya dapat mengetahui berkenaan unit
beruniform ini seterusnya mengenali jurulatih bagi unit ini iaitu Encik Musaidi bin
Mustaffa dan Encik Ikhwan bin Rosni.
8
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tarikh : 30 Jun 2021
Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni
Kehadiran : 82/82 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Perjumpaan dimulai dengan semua ahli berkumpul pada pelantar yang telah
ditetapkan iaitu Google Meet dapa jam 8 pagi. Kehadiran diambil dengan setiap ahli
mengisi butiran pada Google Form sebagai tanda kehadiran. Jurulatih memulakan
perjumpaan dengan perbincangan mengenai cabaran-cabaran yang bakal dihadapi
apabila aktiviti unit beruniform dijalankan dalam cara atas talian. Seterusnya
penerangan berkaitan salah satu aktiviti unit beruniform pada semester ini iaitu
perkhemahan diberikan oleh jurulatih secara umum. Antara penerangan yang
disampaikan ialah jurulatih memberikan contoh organisasi yang diperlukan bagi
aktiviti perkhemahan seterusnya memberikan ruang kepada ahli bagi menyediakan
organisasi yang terdiri daripada ketua platun, penolong ketua platun, bendahari,
setiausaha dan AJK lain yang diperlukan bagi menjayankan aktiviti perkhemahan ini.
Pada akhir perjumpaan ini, carta organisasi selesai ditubuhkan pada perjumpaan ini.
Refleksi
Pada sesi ini, kami sebagai ahli unit bertindak untuk menubuhkan organisasi bagi
aktiviti perkhemahan setelah diterangkan oleh jurulatih. Pemilihan ketua dan AJK
perkhemahan dilaksanakan melalui proses undian dimana keputusan akhir adalah
hasil dari kata sepakat daripada majoriti ahli unit. Saya dilantik menjadi pengurusi
bagi aktiviti perkhemahan ini
9
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tarikh : 7 Julai 2021
Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni
Kehadiran : 82 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Perjumpaan dimulai dengan semua ahli berkumpul pada pelantar yang telah
ditetapkan iaitu Google Meet dapa jam 8 pagi. Kehadiran diambil dengan setiap ahli
mengisi butiran pada Google Form sebagai tanda kehadiran. Pada perjumpaan kali
ini, jurulatih menerangkan dengan lebih teliti berkaitan perkhemahan yang akan
diadakan serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam perkhemahan tersebut.
Seterusnya, penambah baikan carta organisasi dilakukan bagi memenuhi keperluan
Jawatankuasa yang masih belum ada oleh setiausaha. Pemilihan AJK baharu ini
adalah diberi keutamaan bagi ahli yang masih belum memegang mana-mana
jawatan. Pada akhir perjumpaan, AJK baharu berjaya dipilih sekaligus pembentukan
carta organisasi yang baharu berjaya dapat dijayakan.
Refleksi
Pada sesi ini, penambahbaikan organisasi perkhemahan dilaksanakan.
Penambahbaikan ini bertujuan bagi memenuhi keperluan skop kerja untuk
menjayakan aktiviti perkhemahan. Penambahbaikan ini diuruskan oleh jawatankuasa
perkhemahan. Sasaran bagi pelantikan AJK baharu adalah tertumpu pada ahli yang
masih belum memegang mana-mana jawatan sama ada di peringkat induk mahupun
peringkat perkhemahan. Setelah selesai dari sesi ini, saya bersama jawatankuasa
perkhemahan yang lain mengadakan satu perjumpaan/mesyuarat khas bagi
membincangkan tentang gerak kerja setiap ahli jawatankuasa.
10
NOTA-NOTA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah
Emblem Palang Merah/ Bulan Sabit Merah
Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland
(Palang Merah yang berlatar belakangkan putih sepertimana warna bendera
Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Lambang ini diwujudkan untuk menentukan
perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang dan anggota-anggota yang
menjaga dan merawat mereka.
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia,
mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen
Geneva, bahawa lambing Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota
tenteranya dan mereka menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk
perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak
Negara-negara Arab dan Negara-negara yang banyak penduduk muslim. Dua pulih
sembilan buah Negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk
menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal
penggunaan lambing tersebut. Lambing hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan,
kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang
ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang.
Adalah dilarang menggunakan lambing ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan
pusbiliti. Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan
lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan
mereka.
11
PRISIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.
Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
Melindungi nyawa dan kesihatan.
Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.
1. KESAKSAMAAN (Impartility)
Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau
pun fahaman politik dalam kegiatannya.
Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.
2. KEBERKECUALIAN (Neutrality)
Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.
Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.
3. KEBEBASAN (Independence)
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip
pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak
berkuasa awam.
4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service)
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang
tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
12
5. KETUNGGALAN (Unity)
Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah
negara.
Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
Aktivitinya meliputi seluruh negara
6. KESEJAGATAN (Universality)
Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia.
Mempunyai tanggungjawab bersama.
Saling bantu-membantu di antara satu dengan lain antara negara.
13
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau
peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan
orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan
No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
14
LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Lambang BSMM Ukuran Lambang BSSM
Kegunaan Lambang
Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa
peperangan. Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk
pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai
pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.
COGAN KATA BSMM
“Cergas Pada Masa Aman Dan Perang”
BENDERA BSMM
Bendera BSSM Ukuran bendera BSSM
15
PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.
Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.
16
Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan
Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.
Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa
Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang
boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan
mangsa.
c) Memberi rawatan sementara
Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa
yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan
Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang
telah dilakukan ke atas
17
ASAS PERKHEMAHAN
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.
Jenis-jenis khemah
Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk
diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.
Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan
kesesuaiannya.
Struktur khemah
Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka dan fabrik
khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.
I. Khemah Struktur A
Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah
bersegitiga.
Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.
18
II. Khemah Hoop
Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas
dengan permukaan yang sama.
Khemah jenis ini kuat dan kukuh.
III. Khemah Rabung
Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung
Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakan
untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuara yang elok.
IV. Khemah Dinding
Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai
dinding dan bumbung.
Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka
masanya pendek.
Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.
V. Khemah Satu Tiang
Ringan dan senang didirikan
Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.
19
VI. Khemah Ridge
Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi
sungai, jambori dan sebagainya.
Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.
Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)
2. Khemah ridge dua tiang
3. Khemah ridge besar
- Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.
- Biasanya diperbuat daripada nilon.
- Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.
- Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.
- Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua lapis
bahagian bumbung.
- Mahal.
- Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta.
- Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
- Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.
- Mempunyai pelbagai saiza dan berat
- Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
- Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.
20
Mendirikan khemah
PERINGATAN yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:
Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh
dari khemah.
Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak
menggelendong.
Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah. Jarak
yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.
Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang
berbisa memasuki khemah.
Lokasi perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting sebelum
mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada
penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan keselamatan juga
kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.
a) Angin
b) Kecerunan
c) Cahaya
d) Bentuk muka bumi
e) Halangan bahaya semulajadi
f) Laluan air
g) Luas tapak
21
Ciri-ciri tapak perkhemahan
Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan keselesaan
semasa berkhemah.
Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini adalah
untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.
Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat
mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika musim
kemarau.
Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk mengelakkan
binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di sekeliling kawasan khemah.
Langkah-langkah keselamatan perkhemahan
1. Penyediaan Kraf Perkhemahan
Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan untuk
perkhemahan.
Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti keratan
kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak.
Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum
digunakan.
Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan
kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika
berlakunya kecederaan
Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.
22
2. Keselamatan Khemah
Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah
Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau bianatang lain
daripada memasuki khemah.
Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan kemas.
Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
Peraturan keselamatan perkhemahan
Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan,
kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan
tapak perkhemahan.
Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta
menghargai kawasan sekitar.
Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi
sebarang gangguan keselamatan.
Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti
23
ASAS KAWAD KAKI
Apa itu kawad kaki?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.
Objektif kawad kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama
dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.
24
Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada
pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa jua
perbarisan.
Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia
No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSSM
1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.
25
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.
19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x
26
37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.
38 Dari kiri / kanan, kanan belok.
39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah
Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)
27
Rujukan
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering. Kuala
Lumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Jejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar
Sdn. Bhd.
Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York: Amherst:
Mass Publishing.
Isa Abdul Rahman. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur:
Crescent News Sdn. Bhd.
Kim Duffek. (2008). Creating Outdoor Classrooms: Schoolyard Habitats and Gardens for the
Southwest. Texas: University of Texas Press.
Martin, B. (2006). Outdoor Leadershi: Theory and Practice. Champaign.IL: Human Kinetics.
Persatuan Orienteering Malaysia. (2010). Teknik Asas Orienteering. Kuala Lumpur: Budiman
Publishing.
Persatuan Pengakap Malaysia. (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.
Kuala Lumpur: Persekutuan Pengakap Malaysia.
28
LAMPIRAN
1. Link pelantar perjumpaan mingguan (Gmeet)
https://meet.google.com/lookup/g7iemphyxj?authuser=1&hs=179
2. Perjumpaan Mingguan
Minggu 1
Minggu 1
29
LAMPIRAN
Minggu 2
Minggu 2
30
LAMPIRAN
Minggu 3
Minggu 3
31
3. Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan
Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform BBSM
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Darulaman, 0600
Jitra, Kedah.
_______________________________________________________________________
Semua Ahli Jawatankuasa Perkhemahan dan Ketua Platun,
Unit Beruniform BBSM,
Tahun 2021. 7 Julai 2021
Saudara/Saudari,
MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Bil 2 Tahun 2021
Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas,
2. Sehubungan dengan itu, saya menjemput Saudara/Saudari untuk menghadiri mesyuarat
yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 09 Julai 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Aplikasi Gmeet (Link akan diberikan 10 minit sebelum mesyuarat)
3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Perincian tugas setiap AJK
2.3 Perincian aktiviti untuk setiap slot
2.4 Protokol untuk setiap aktiviti
2.5 Pembentukan kumpulan kecil untuk ujian amali
2.6 Penangguhan mesyuarat
4. Kerjasama Saudara/Saudari amat saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
(Nur Syarafana binti Mohd Sabri)
Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform BBSM,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
32
33