THANESA VIMALAN(SJKT LADANG LINSUM)
Apakah DELIMa 2.0? Menyahut seruan Education 4.0, pendekatan global dalam sektor pendidikan untuk menyantuni kebangkitan Revolusi Perindustrian Keempat, KPM menerusi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terus menerapkan unsur inovasi sebagai teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) nya. Platform atas talian ini menggalakkan budaya inovatif, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah, baik dihadapi guru mahupun murid. THANESA VIMALAN(SJKT LADANG LINSUM)
• DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru. • DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet. Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam. THANESA VIMALAN(SJKT LADANG LINSUM)
Cara Login DELIMa 2.0 1.Klik ke pautan https://d2.delima.edu.my 2.Tandakan (/) pada kotak ‘Accept Terms & Conditions’ 3.Klik butang ‘Click Here To Login’ 4.Masukkan Username dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah. THANESA VIMALAN(SJKT LADANG LINSUM)