PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
SECARA SIARAN LANGSUNG
BERSAMA CIKGU LINDAR NOR
DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HASLINDAR NOR BINTI ISMAIL
SMK SERI MULIA
CHERAS, KUALA LUMPUR
TAJUK Peribahasa
KUMPULAN Tingkatan 4
SASARAN
(sesuai untuk diikuti oleh semua murid)
STANDARD 4.2 Memahami dan menggunakan
KANDUNGAN peribahasa dalam lisan dan penulisan.
STANDARD 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan
PEMBELAJARAN menghubung kait maksudnya dengan
betul mengikut konteks.
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 3
OBJEKTIF
Murid dapat:
1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima
peribahasa.
2. Membina sekurang-kurang lima ayat
yang sesuai dan menghubungkaitkan
maksud dengan konteks.
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 5
AKTIVITI 1 6
Menyatakan sekurang-
kurangnya lima peribahasa
yang didengar, ditonton
atau dibaca.
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta
KATA HURAIAN
KUNCI
Definisi Pengetahuan murid secara umum tentang
definisi atau sifat kata nama dalam
Situasi peribahasa.
Situasi yang digambarkan dalam
Rasional peribahasa.
Rasional situasi yang digambarkan lalu
dikaitkan dengan sifat dan perilaku manusia
atau keadaan manusia itu sendiri.
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 7
LIMA PERIBAHASA YANG PERTAMA
1.Penerangan dalam bentuk DeSiR
2.Contoh ayat yang menggambarkan peribahasa
3.Contoh ayat yang mengandungi peribahasa
LIMA PERIBAHASA SETERUSNYA
1.Penerangan dalam bentuk DeSiR 8
2.Contoh ayat yang menggambarkan peribahasa
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta
Takrifan Peribahasa
Peribahasa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu
peri dan bahasa. Peri merujuk kepada hal, keadaan, sifat,
cara, kejadian, dan peristiwa.
Manakala bahasa pula ialah satu sistem lambang bunyi
diguna oleh manusia untuk meluahkan fikiran, perasaan,
untuk menyampaikan konsep bagi mewakili benda, tindakan
idea dan keadaan dalam satu pertuturan supaya dapat
difahami oleh pendengar atau masyarakat bahasanya.
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 9
Takrifan Peribahasa
Orang Melayu pada suatu ketika dahulu telah
merakamkan perihal, keadaan, sifat, cara, kejadian, peristiwa
dan sebagainya menggunakan medium bahasa yang sangat
puitis, ringkas dan berirama.
Berdasarkan pemerhatian, penghayatan dan
pemahaman mereka yang tajam terhadap alam, adat dan
budaya, pengalaman hidup dan sebagainya peribahasa
dicipta. (Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat
Hassan, 2011)
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 10
Bilakah Terciptanya Peribahasa?
Apabila manusia mula mengenal peradaban, maka
bermulalah terciptanya peribahasa. Semakin tinggi
peradapan bangsa itu, semakin indah dan banyaklah
peribahasanya. Peribahasa dipercayai telah wujud dalam
kalangan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi.
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 11
Bilakah Terciptanya Peribahasa?
Hal ini disokong oleh Abdullah Hussain (2010)
iaitu, peribahasa sama tuanya dengan bahasa sesuatu
bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila
bangsa manusia, mulai mengenal peradaban, ketika
organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara baik
dan buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding
tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup sesama
manusia.
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 12
KATA HURAIAN
KUNCI
Bertepuk sebelah Tangan ialah anggota badan
tangan, tidak berbunyi Definisi manusia yang digunakan untuk
melakukan pelbagai pekerjaan
dan salah satunya bertepuk.
Situasi Perbuatan bertepuk hendaklah
dilakukan oleh kedua-dua belah
tangan, iaitu tangan kanan dan
tangan kiri. Jika bertepuk
sebelah tangan tentulah tidak
berbunyi.
Rasional Rasionalnya, keadaan ini
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta dikiaskan kedua-dua belah
pihak sama-sama
bertanggungjawab jika terjadi
sesuatu. 13
CONTOH AYAT
YANG MENGGAMBARKAN
PERIBAHASA
Kerajaan dan rakyat Malaysia hendaklah
bersama-sama bertanggungjawab jika ingin
memutuskan rantaian Covid-19.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
CONTOH AYAT
YANG MENGANDUNGI
PERIBAHASA
Kerajaan dan rakyat Malaysia hendaklah
bersama-sama bertanggungjawab jika ingin
memutuskan rantaian Covid-19 kerana
bertepuk sebelah tangan, tidak berbunyi.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
Kata kunci Huraian
Burung dalam sangkar, DEFINISI Burung ialah sejenis
mata terlepas badan terkurung binatang yang boleh
terbang bebas. Sangkar
ialah kurungan yang direka
oleh manusia untuk
mengurung burung.
SITUASI Burung yang dikurung,
tidak dapat terbang bebas.
Hanya mata sahaja bebas
melihat keluar sangkar.
RASIONAL Rasionalnya,
menggambarkan
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta seseorang yang tiada
kebebasan dan
kemerdekaan.
18
CONTOH AYAT
YANG MENGGAMBARKAN
PERIBAHASA
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
setiap rakyat Malaysia tidak bebas keluar rumah
dan hanya dibenarkan menjalankan aktiviti di
dalam rumah sahaja.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
CONTOH AYAT
YANG MENGANDUNGI
PERIBAHASA
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap
rakyat Malaysia tidak bebas keluar rumah dan hanya
dibenarkan menjalankan aktiviti di dalam rumah
sahaja ibarat burung dalam sangkar, mata terlepas
badan terkurung.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
Aur dengan tebing Kata kunci Huraian
AUR DEFINISI Aur ialah buluh yang tumbuh
di tepi sungai. Tebing ialah
tanah yang ada di tepi sungai.
SITUASI Akar buluh mencengkam
tanah tebing sungai daripada
runtuh. menggambarkan
ikatan atau kerjasama
RASIONAL Rasionalnya, menggambarkan
ikatan atau kerjasama
TEBING yang berlaku antara dua pihak
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 23
CONTOH AYAT
YANG MENGGAMBARKAN
PERIBAHASA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) telah berkerjasama bagi memutuskan dan
menghapuskan rangkaian virus Covid-19 daripada menular.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
CONTOH AYAT
YANG MENGANDUNGI
PERIBAHASA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) telah berkerjasama bak aur dengan tebing
bagi memutuskan dan menghapuskan rangkaian virus
Covid-19 daripada menular.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
Katak di bawah tempurung Kata kunci Huraian
DEFINISI
Katak sejenis binatang
SITUASI yang boleh hidup di dalam
air dan di darat.
RASIONAL Tempurung ialah bahagian
kulit keras yang
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta melindungi isi kelapa.
Katak suka berada di
bawah tempurung kerana
gelap dan lembab secara
tidak langsung tidak
mengetahui apa-apa yang
akan berlaku di luar.
Rasionalnya, seseorang
yang mengambil tahu
tentang persekitarannya
sahaja dan tidak
mengetahui isu semasa
yang berlaku di luar.
28
CONTOH AYAT
YANG MENGGAMBARKAN
PERIBAHASA
Setiap hari Hazim akan menonton berita Buletin
Utama di TV3 kerana ingin mengetahui isu terkini
tentang pandemik Covid-19.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
CONTOH AYAT
YANG MENGANDUNGI
PERIBAHASA
Setiap hari Hazim akan menonton berita Buletin Utama di
TV3 kerana ingin mengetahui isu terkini tentang pandemik
Covid-19 kerana Hazim tidak mahu digelar katak di bawah
tempurung
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Kata kunci Huraian
DEFINISI Rebung ialah anak pokok buluh
sebelum menjadi buluh yang
Buluh keras.
Rebung
SITUASI Keadaan rebung yang muda
memudahkan dilentur atau
dibentuk , namun buluh keras jika
dilentur akan patah.
RASIONAL Rasionalanya, sekiranya hendak
mendidik anak-anak hendaklah
ketika masih kecil kerana mudah
dididik. 33
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta
CONTOH AYAT
YANG MENGGAMBARKAN
PERIBAHASA
Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil lagi
dengan menjaga kebersihan diri seperti membasuh
tangan sebelum dan selepas makan.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
CONTOH AYAT
YANG MENGANDUNGI
PERIBAHASA
Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil lagi dengan
menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan
sebelum dan selepas makan, umpama kata peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
Cara memasukkan peribahasa dalam ayat
Gunakan perkataan:
Bak, bagai, seperti, umpama, kerana
bak kata peribahasa, bagai kata peribahasa, seperti kata
peribahasa, umpama kata peribahasa
DUDsa‘mDUUbKiDl bUeDKlajIaDArIAdMeMn--gDDanIAIcAMikgMDuILRDinUdIMarRANHUo’ rMAH
Tempurung
DUDsa‘mDUUbKiDl bUeDKlajIaDArIAdMeMn--gDDanIAIcAMikgMDuILRDinUdIMarRANHUo’ rMAH
Duduk dengan cupak dan gantang
Maksudnya
ketua yang adil
Lenggang lenggok bagai cupak yang hanyut
Maksudnya
gaya langkah yang lemah lembut
Yang secupak takkan jadi segantang
Maksudnya
sesuatu tidak dapat diubah lagi
Yang secupak takkan jadi segantang
Yang sehasta takkan jadi sedepa
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa
Maksudnya sesuatu tidak dapat diubah lagi
Kata kunci Huraian Seperti melepaskan
DEFINISI batuk di tangga
Batok diperbuat daripada
SITUASI tempurung untuk digunakan
menceduk air.
Ketika hendak naik ke dalam
rumah, individu akan
menggunakan batok untuk
membasuh kaki. Kemudian
melepaskan batok itu begitu
sahaja kerana mem. ikirkan
untuk naik ke atas rumah
tanpa menghiraukan
kedudukan batok itu.
RASIONAL Rasionalnya, menggambarkan
keadaan sesuatu pekerjaan
dilakukan sambil lewa sahaja.
*DBP menerima perkataan ‘batuk’
kerana sudah mantap
DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 45
Seperti melepaskan DeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta 46
batuk di tangga
Ada yang berpendapat
penggunaan perkataan
‘batuk’ juga ada rasionalnya.
Hal ini disebabkan,
masyarakat zaman dahulu
apabila bertandang ke
rumah orang akan memberi
salam dan akan sengaja
terbatuk-batuk sedikit. Batuk
ini tidak bersungguh-
sungguh dan dibuat-buat
supaya tuan rumah
mendengar dan menyedari
bahawa orang datang ke
rumah mereka.
CONTOH AYAT
YANG MENGGAMBARKAN
PERIBAHASA
Kita hendaklah membasuh tangan dengan betul seperti yang
telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dan janganlah membasuh tangan secara sambil lewa.
‘DDUUDDUUKK DDIIAAMM--DDIIAAMMDDII RRUUMMAAHH’
sambil belajar dengan cikgu Lindar Nor
Bapa borek anak rintik Kata kunci Huraian
DEFINISI Borek ialah bintik hitam yang besar
manakala rintik ialah bintik hitam
yang kecil
SITUASI Boleh dikaitkan dengan ayam. Ayam
jantan bercorak borek (bintik besar)
dan jika ingin mengetahui anak
ayam jantan tersebut hanya melihat
anak ayam yang bercorak rintik
(bintik kecil)
RASIONAL Rasionalnya, apabila si bapa
melakukan sesuatu pastinya
perlakuan tersebut akan menjadi
ikutanDeSiR Tak kenal Maka Tak Cinta kepada si anak. 49
CONTOH AYAT
YANG MENGGAMBARKAN
PERIBAHASA