Pen. Kanan Kokurikulum Pn.Wan Halilah Wan Abdullah Sanjungan Budi Lambaian Kasih
12.30 tgh - Murid dan guru mengambil tempat 12.40 tgh - Ketibaan yang dirai Pn. Wan Halilah binti Hj. Wan Abdullah 12.50 tgh - Persembahan Muay-Thai 12:55 tgh - Bacaan doa 1.00 ptg - Ucapan wakil murid 1.05 ptg - Ucapan wakil guru 1.10 ptg - Ucapan yang dirai Pn. Wan Halilah binti Hj. Wan Abdullah Gimik 1.25 ptg - Persembahan 1 Persembahan 2 1.55 ptg - Penyampaian hadiah 2.05 ptg - Lambaian pulang/Majlis bersurai Sesi Pagi Atur cara Sesi Petang 7.30 pagi - Murid / guru / jemputan mengambil tempat. 7.40 pagi - Ketibaan yang dirai Pn. Wan Halilah binti Hj. Wan Abdullah 7.45 pagi - Bacaan doa 7.55 pagi - Ucapan pengerusi KGKT En. Mohd Arif Qirani bin Zahri 8.05 pagi - Ucapan pengetua Pn. Hajah Hanizam binti Kassim 8.15 pagi - Ucapan yang dirai Pn. Wan Halilah binti Hj. Wan Abdullah 8.30 pagi - Persembahan 1 Persembahan 2 9.00 pagi - Penyampaian hadiah. 9.30 pagi - Majlis bersurai / jamuan makan
Event Manager/ Floor Manager • Pn. Norliza binti Kasim • Pn. Norlela binti Kamarudin Pengacara Majlis • Pn. Che Maziah binti Asha’ari • Pn. Hanis binti Ismail • Pn. Umi Salwa binti Arifin Jurugambar • Pn. Intan Syafinaz binti Jalaluddin • Pn. Nurul Hazwani binti Saini Persembahan • Pn. Marina binti Naimat • Pn. Siti Suwaidah binti Roslan • En. Muhamad Ameer bin Mohd Nizam • Pn. Nazlin Sufiza binti Razali • En. Muzaiful Azman bin Dani • Pn. Isnariah binti Zolkepeli • Pn..Hasliza binti Haron • Pn. Nor Nabila Amira binti Salley Pengiring • Cik Masturaiza binti Muslehuddin • Pn. Rafidah binti Bakar • Pn. Wong Sheau Yih • Pn. Nor Elina binti Tukiman • Pn. Noryana Najwa binti Azuwil Bacaan doa • Ustaz Mohd Zainurin bin Sukaimi • Ustaz Mohd Zaimi bin Johar Sambutan • En. Muzaiful Azman bin Dani PA Sistem • Ustaz Zulfarhan bin Rafiee ) • En. Mohd Kamil bin Hassan Penyegaran/Jamuan • Pn. Faridah binti Musa • Pn. Siti Roshasimah binti Zakaria • Pn. Rahidah bt Abd Rahim • Cik Nandini a/p Indiran • Pn. Noraini binti Museri • Pn. Noraidah binti Norman • Pn. Nur Suria Amira binti Abdul Malek • Pn. Nurhumaira binti Mohd Salwai • Pn. Siti Zakiah binti Mohd Samud • Pn. Sufia binti Che Ariffin • Pn. Siti Noorain binti Jamaludin • Pn. Suraya binti Md Amin • Pn. Nur Farhi binti Awang • Pn. Noor Aini binti Hassan Hadiah • Pn. Syajaratuddurrah binti Mohamad Khairuddi • Pn. Herdawati binti Selamat • Pn. Hafifah binti Husain • Pn. Tho Yim Peng • Pn. Norazura binti Ramli • Pn. Noor Syuhada binti Ainuddin Hadiah Utama • Pn. Sabarwati binti Sofian Jemputan • Pn. Nurul Aini binti Johari • Pn. Faezah binti Halidi •Pn. Suhazarina binti Sumuui Kad jemputan/ buku program • Pn. Nor Adreen binti Md Desa • Pn. Marliza binti Ahmad Pelamin • Pn. Zaratullail binti Kasbollah • Pn. Merianti binti Ali Persiapan tempat • En. Arif Qirani bin Mohamad • En. Zhafri bin Asrote Banner • Pn. Fazlina binti Ensuarnuruddin "Send Off" • Pn. Nor Haslinda binti Mohd Salim • Pn. Nadia Hanim Mohd Mahrol Kawalan murid • En. Muhammad Huzaifah bin Jamaludin • En. Jamalulail bin Mahi • En. Abdul Razak bin Othman
Wan Halilah binti Wan Abdullah dilahirkan pada 26 Jun 1964 di Kg Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Anak kepada Wan Abdullah bin Wan Yusof, seorang bekas guru dan kini mengurus ladang keluarga, serta Wan Meriam binti Wan Sulaiman, seorang suri rumah. Wan Halilah adalah anak keempat daripada enam beradik dan mempunyai minat yang mendalam dalam membaca sejak kecil lagi. Cita-citanya sejak kecil adalah untuk menjadi seorang guru. Catatan Hidup
Wan Halilah telah berkahwin dengan Ghazali bin Marson, seorang guru, pada 24 Julai 1984. Mereka dikurniakan empat orang anak dan empat orang cucu. Anak sulung mereka, Ahmad Badruddin bin Ghazali, adalah seorang pensyarah di Kuliyyah Dentistry UIAM Kuantan dan mempunyai dua orang anak. Anak kedua, Aini Fatimah binti Ghazali, bekerja sebagai Nurse Navigator di Cancer Research Malaysia, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, dan juga mempunyai dua orang anak. Anak ketiga, Ahmad Ridzwan bin Ghazali, sedang menamatkan pengajian dalam bidang Agri Biz di UPM Serdang, manakala anak bongsu, Ahmad Syakir bin Ghazali, baru sahaja tamat Tingkatan 5. Keluarga
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan dari tahun 1971 hingga 1976, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu, Kelantan dari tahun 1977 hingga 1981. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran di Niagara Falls Collegiate Vocational Institute, dan seterusnya memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Kimia dari Carleton University, Ottawa, Kanada di bawah tajaan biasiswa JPA. Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan dalam TESL dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pendidikan
Tamat Pengajian Selepas menamatkan pengajian, beliau pernah bekerja di Jabatan Kimia di Jalan Sultan, Petaling Jaya. Namun, pada tahun 1987, beliau menerima tawaran kerja sebagai Pegawai Sains/Trafik di Lapangan Terbang Subang. Walaupun peluang ini kelihatan menarik dan berpotensi untuk memberikan pengalaman yang berbeza,tetapi beliau telah membuat keputusan untuk tidak melapor diri kerana sedar bahawa menjadi seorang guru adalah panggilan jiwanya yang utama.
Kerjaya / Perkhidmatan Kerjaya dalam bidang pendidikan bermula pada 1 September 1990. Beliau telah berkhidmat di beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan, Sekolah Menengah Kemumin, Kota Bharu, Kelantan, SMK Jenjarom, SMK Sijangkang Jaya dan SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2001 dan 2012.
Sumbangan Kemasyarakatan Aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Beliau merupakan ahli kumpulan muslimat Surau An Naim, Taman Sri Andalas, Klang, ahli kumpulan muslimat Masjid Jamek Ar Rahimiah, Taman Sri Andalas, Klang dan ahli kumpulan HELWA Surau Nurul Iman, Seksyen 29, Shah Alam. Beliau juga meruapakan salah seorang pembimbing Iqra ' untuk kelas Jom Mengaji di Masjid Jame ' Ar Rahimiah, Tmn Sri Andalas Klang.
Moto Hidup Keinginan untuk mencapai husnul khotimah dan tidak menyusahkan orang lain, sambil terus berusaha untuk menjadi lebih baik dan bersyukur dengan apa yang dimiliki. Dengan segala pencapaian dan sumbangannya, beliau bersedia untuk bersara pada 25 Jun 2024, dengan harapan untuk menjalani kehidupan yang damai dan bermakna bersama keluarga dan komuniti sekelilingnya.
SERAUT WAJAH,SEJUTA MEMORI
PN.HJH WAN HALILAH BINTI HJ. WAN ABDULLAH 1990-2024
Sekalung Budi Daripada Kami Warga SMK Telok Panglima Garang Sekalung Penghargaan Bunga kemboja di tepi kolam, Mekar indah menawan hati, Kenangan bersama tetap tersemat, Selamat bersara, jasamu dihargai. Kokurikulum penuh warna, Membina bakat generasi muda, Selamat bersara tuan tercinta, Jasa dikenang sepanjang masa Pagi cerah disinari mentari, Anak muda berlatih seni, Jasa tuan takkan kami lupai, Walau bersara, semangat di sini.