The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dyafarrism, 2022-08-18 23:20:23

Minit Mesyuarat PLaN Bil 1 2022

Minit Mesyuarat PLaN Bil 1 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN SG UDANG,
JALAN YADI, KLANG

MINIT MESYUARAT UNIT PLaN DAN UNIT PEMULIHAN BIL.01/2022

TARIKH : 21 APRIL 2022 (KHAMIS)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA
MASA : 12.20 TGH HARI

BIL KEHADIRAN JAWATAN

1. CIK KAMALINI ILANGO PENYELARAS PLaN

2. PN. RUSMIYANTI SUFIYANA BT MOHAMED IDRUS PEN PENYELARAS PLaN

3. PN. NADIA FARAHIN BINTI ISMAIL SU PLaN

4. PN. HASLINDA BINTI HADI SU PEMULIHAN

5. PN. ATHIRAH FARHANA BINTI TAHIR KP BAHASA MELAYU

6. PN. NOOR FAIZAH BINTI OTHMAN KP MATEMATIK

7. PN. NOOR SUFANIE BINTI MAT SOKRI KP BAHASA INGGERIS

8. CIK NUR FARISNAJWA BINTI AZHAR PENY. BAHASA MELAYU

9. PN. KALAWATHY A/P KUPUSAMY PENY. BAHASA INGGERIS

10. PN. HAYATI BINTI JAMAIN GBK

11 EN. MEGAT ABDUL ZAKI BIN MEGAT ABDUL HAMED GBK

12. PN. MAZLIZA BINTI MUSA PENYELARAS TAHUN 1

13. PN. WAN HANIM NAJIAH BINTI WAN MUDA PENYELARAS TAHUN 2

14. PN. NOR ATHIRAH AMANI BINTI MUHAMMAD ABDUL PENYELARAS TAHUN 3
WAHAB

15. EN. NORHANIZAM BIN HASAN GURU BAHASA MELAYU

16. PN. NOR AZLINA BINTI HASMUNI GURU BAHASA INGGERIS

17. PN. NABILA DAFIENA BINTI HUSAINI GURU BAHASA INGGERIS

18. PN. ZALINAH BINTI MANSOR GURU MATEMATIK

19. PN. RADZIAH BINTI ABDUL JAMAL GURU MATEMATIK

1

Tidak hadir bersebab: SEBAB
CRK
BIL KEHADIRAN BERSEBAB
1. EN. ADAM BIN AHMAD BERSEBAB
2. EN. HUSNUL HADI BIN HUSIN BERSEBAB
3. EN. SALIHIN BIN AHMAD BERSEBAB
4. EN. NURUL HARDI BIN BAHARUM BERSEBAB
5. EN.MOHAMAD NIZAM BIN MD DARUS BERSEBAB
6. EN. MUHAMMAD YUSRI BIN SHADAN
7 PN RUSMINA BT MOHD SALLEH

1 Perutusan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah.Pn. Haslinda Binti Hadi, (Su
Pemulihan) mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua AJK
PLaN dan Pemulihan yang hadir ke Mesyuarat Unit PLaN dan Unit Pemulihan Bil
1/2022.

Tindakan: Makluman

2 Perkara-perkara berbangkit
Tiada

3 Perkara-perkara baru

3.1 Program Celik baca dan Tulis 2022

3.1.1 Pn Haslinda Binti Hadi telah menyatakan bahawa “Program Celik Baca &
Tulis” yang sebelum ini yang telah dilaksanakan akan dilaksanakan semula pada
tahun ini bermula 13 Mei 2022. Sasarannya adalah kepada murid-murid Tahun 2
dan Tahun 3 yang masih berada di tahap TP 1 dan TP2 untuk matapelajaran
Bahasa Melayu. Murid-murid berikut terdiri daripada 86 orang, (tahun 2: 64 orang)
dan (tahun 3: 20 orang). Program ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat,
dari pukul 1.00 tengah hari sehingga 2.00 petang. Murid-murid yang terlibat akan

2

diberikan surat kebenaran dan persetujuan untuk mengikuti program ini. Mereka
akan dibahagikan kepada 5 kumpulan.

3.1.2 Seramai 5 orang guru akan bertugas secara bergilir-gilir di dalam dewan
Wawasan mengikut jadual yang akan dikongsikan nanti. 5 buah kelas tahun 1
(Efektif, Intelek, Inovatif, Proaktif dan Progresif) akan digunakan untuk
melaksanakan program tersebut.Bahan-bahan, penerangan dan juga fail akan
dibawa ke dewan oleh Pn Rusmiyanti Sufiyana Bt Mohamed Idrus dan Pn Haslinda
Binti Hadi dan sebarang maklumat akan dikongsikan di dalam whatsapp “SKSU
Petang”.

3.1.3 Program ini juga turut digabungkan bersama “Program Celik Iqra” di
mana di dalam setiap satu kelas terdapat 2 orang guru iaitu guru Bahasa Melayu
dan guru Pendidikan Islam.

Tindakan: Penyelaras PLaN

3.2 Modul PLaN

3.2.1 Beliau berterima kasih kepada guru-guru yang terlibat yang telah
mengambil salinan modul literasi dan numerasi. Guru-guru perlu memulangkan
semula salinan modul tersebut pada akhir tahun. Modul guru buku putih “Mari
Membaca I SINAR” telah pun diedarkan kepada 4 orang guru yang berada di kelas
akhir iaitu 2 Progresif, 3 Proaktif , 2 proaktif dan 4 Proaktif.

3.2.2 Modul murid telah dilaksanakan pada tahun lepas dan akan digunapakai
modul sedia ada untuk tahun ini. Modul tersebut berada di dalam almari PLan di
dalam bilik Pemulihan. Setakat yang dimaklumkan oleh penyelaras, penggunaan
modul Bahasa Melayu dan Matematik telah digunakan sepanjang April, kecuali
Bahasa Inggeris.

Tindakan: Penyelaras Bahasa Melayu
dan Matematik

3

3.3 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH )

3.3.1 Beliau juga menyentuh tentang penulisan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) di mana ia perlu mengikut butiran-butiran yang telah dikongsikan oleh guru-
guru yang menghadiri bengkel sebelum ini. Bengkel Bahasa Melayu dihadiri oleh
Pn. Nor Athirah Amani Binti Mohamad Abdul Wahab dan bengkel Matematik
dihadiri oleh beliau sendiri. Sebarang kemusykilan tentang penulisan RPH, guru-
guru dialu-alukan untuk merujuk Pn. Nor Athirah Amani Binti Mohamad Abdul
Wahab dan pn Haslinda Binti Hadi. Setakat ini belum ada bengkel MoLIB
matapelajaran Bahasa Inggeris.

Tindakan : Makluman

3.4 Program Celik Baca dan Tulis Unit Pemulihan 2022

3.4.1 Unit Pemulihan akan mengadakan Program Celik Baca dan Tulis 2022.
Program ini akan bergabung dengan unit Plan kerana 34 daripada jumlah murid
yang menyertai program ini adalah murid-murid Pemulihan. Guru Pemulihan akan
bekerjasama dengan unit plan dalam penyediaan bahan – bahan Program dan fail
induk yang akan digunakan.

Tindakan: Guru Pemulihan

3.5 Program Permata Hatiku
3.5.1 Unit Pemulihan juga akan mengadakan Program Permata Hatiku mulai
minggu ke enam sesi persekolahan.Program ini akan dijalankan selama tiga hari
dalam seminggu iaitu setiap hari Selasa,Rabu dan Khamis jam 12.00 hingga 1.00
tengah hari sebelum sesi pembelajaran bermula.

3.5.2 Sasaran Program ini adalah murid-murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun
3 Proaktif seramai 13 orang.

Tindakan: Guru Pemulihan

4

3.6 Bengkel Verifikasi Pemulihan Khas
3.6.1 Maklumat terkini hasil dapatan daripada bengkel verifikasi data bulan Mac
yang dihadiri pada 13 April 2022, hanya murid yang hadir dan telah disaring sahaja
yang boleh mengikuti program Pemulihan Khas.
3.6.2 Guru Pemulihan perlu menukar nama murid yang tidak hadir dan disaring
sebelum 15 April 2022.
Tindakan: Guru Pemulihan

4 Hal-hal Lain
Tiada

5 Penangguhan Mesyuarat
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Unit PLan dan Unit
Pemulihan yang hadir pada mesyuarat kali pertama untuk sesi 2022. Beliau
menangguhkan mesyuarat pada pukul 1.30 tengah hari.

Urusetia Mesyuarat Unit PLaN Dan Unit Pemulihan Bil 1 / 2022
NADIA FARAHIN BT ISMAIL
21 April 2022

5


Click to View FlipBook Version