The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR ADIBAH BINTI AZIZI (S72942)
PENSYARAH: CIK NURUL ATIQAH BINTI AB RAJI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Adibah, 2024-05-14 08:22:37

SUBSTANCE ABUSE (PENYALAHGUNAAN BAHAN)

NUR ADIBAH BINTI AZIZI (S72942)
PENSYARAH: CIK NURUL ATIQAH BINTI AB RAJI

SUBSTANCE ABUSE! NAMA: NUR ADIBAH BINTI AZIZI NO MATRIK: S72942 NAMA PENSYARAH: CIK NURUL ATIQAH BINTI AB RAJI “Penyalahgunaan Bahan”


ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN KEPADA PENYALAHGUNAAN DADAH 2. PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH 3. JENIS-JENIS DADAH 4. GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH 5. KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH 6.PENCEGAHAN DAN RAWATAN 7. SUMBER RUJUKAN


pengenalan kepada penyalahgunaan dadah Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu, dadah dapat ditakrifkan sebagai ubatubatan atau bahan yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya secara berterusan dan akhirnya membahayakan kesihatan dan membawa kepada maut (Othman & Karim, 2005). Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Dadah merupakan satu istilah yang mana sering dirujuk sebagai bahan yang akan memberi kemudaratan kepada kesihatan manusia jika disalahgunakan baik dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Oleh hal yang demikian, Kerajaan Malaysia telah mengubal akta Dadah Berbahaya 1952 untuk menyenaraikan jenis-jenis dadah yang diharamkan dari pelbagai aspek seperti penanaman, pengeluaran, eksport, import, pemilikan dan penyalahgunaannya. Penyalahgunaan dadah boleh ditakrifkan sebagai penggunaan dadah yang kerap dan berlebihan tanpa mendapatkan sebarang nasihat daripada pakar perubatan. Aktiviti-aktiviti lain termasuk dalam kategori penyalahgunaan dadah adalah seperti menjual, memiliki dan menyimpan dadah tanpa mempunyai lesen kebenaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan ataupun bertentangan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952. Penyalahgunaan dadah juga adalah masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara kita. Masyarakat terlibat dengan dadah tidak mengenal usia, golongan mahupun darjat seseorang sama ada miskin, kaya, profesional, buruh, kakitangan awam dan pelajarpelajar disekolah atau di institusi pengajian tinggi.


punca kepada penyalahgunaan dadah 2) MASALAH KELUARGA Masalah keluarga juga menjadi penyumbang kepada keterlibatan individu dengan dadah. Menurut Hairunnaja (2003), diantara isu-isu keluarga yang boleh menyumbang kepada permasalahan remaja ialah status sosioekonomi keluarga yang rendah, ibubapa yang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing, rumah tangga yang tidak kukuh, sikap ibubapa yang terlalu memanjakkan anak-anak, ibubapa yang bersikap pilih kasih terhadap anakanak. Hal ini menunjukkan bahawa ibubapa harus sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan masalah-masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah kerana masalah seperti ini akan merosakkan masa depan kanak-kanak atau remaja tersebut. 1) PERASAAN INGIN TAHU Keterlibatan seseorang dengan dadah biasanya bermula dengan perasaan ingin tahu yang tinggi yang secara tidak sengaja mendorong seseorang terlibat dalam kancah dadah. Perasaan ingin tahu ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja. hal ini kerana, peringkat usia remaja terdedah kepada krisis identiti sepanjang proses perkembangan usia sebelum mencapai peringkat dewasa. 3) PENGARUH RAKAN SEBAYA Seseorang itu kebiasaanya cenderung untuk terpengaruh dengan sikap, tingkahlaku, dan perangai rakan yang sentiasa didampinginya. Jika kawannya baik, baiklah dia dan jika kawannya nakal, akan nakallah dia. (Hairunnaja, 2003). Rakan-rakan juga adalah insan yang lebih banyak masa bersama kita, lebih-lebih lagi di sekolah atau universiti. Oleh itu, tidak hairanlah jika seseorang itu banyak terpengaru dengan setiap apa yang dilakukan oleh rakan mereka.


5) TEKANAN HIDUP Tekanan hidup berupaya menjeremuskan seseorang ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana, tekanan hidup memberi impak yang besar akibat kesempitan hidup yang dialami seseorang. Apabila dilihat dari aspek pekerjaan, kebanyakan penagih dadah kebiasaannya bekerja dalam skop pekerjaan yang mempunyai tekanan tinggi, namun memiliki pendapatan yang agak rendah seperti pekerja sektor buruh am, pekerja sambilan, kontraktor, pekerja dalam sektor pertanian, penternakan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, terdapat antara mereka yang melibatkan diri dalam penjualan dadah sebagai jalan pintas untuk mengatasi tekanan yang dihadapi dan seterusnya mengatasi masalah kewangan yang turut menjadi pendorong kepada penglibatan mereka dalam penyalahgunaan dadah. 4) FAKTOR PERSEKITARAN Akibat daripada kawasan yang mempunyai sosiodemografi yang rendah, seseorang yang tinggal di kawasan ini terdedah kepada pengaruh persekitaran dan rakan-rakan termasuklah pengaruh negatif dadah. kawasan tempat tinggal yang memiliki golongan penangih sedia ada mampu mempengaruhi seseorang untuk terlibat dengan dadah. Jelaslah bahawa, kawasan persekitaran atau tempat tinggal memjadi salah satu faktor pendorong yang penting dalam penyalahgunaan dadah ini. 6) KEKURANGAN DIDIKAN AGAMA DAN MORAL Jika seseorang itu tidak memahami keburukan dadah, mereka akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah akibat kekurangan pedoman agama. Agama Islam secara jelas telah mengharamkan penggunaan dadah dan kekurangan pemahaman ini menjadikan seseorang itu tiada pegangan kukuh lantas menjerumuskan diri dalam penyalahgunaan dadah. Kekurangan pemahaman agama ini terjadi apabila persekitaran seseorang itu tidak menyokong kepada suasana beragama seperti kawasan-kawasan yang ratarata penduduknya mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan kawasan yang terdedah kepada jenayah.


DEPRESEN Melambatkan fungsi sistem saraf pusat. Memberikan rasa relaksasi, euforia, kurang perencatan (inhibition). HALUSINOGEN Mempengaruhi deria dan mengubah cara seseorang melihat, mendengar, menghidu, dan merasakan sesuatu. Untuk mendorong perubahan dalam persepsi, pemikiran, emosi dan kesedaran yang menyebabkan pengguna berasa terasing daripada realiti. STIMULAN Mempercepatkan fungsi sistem saraf pusat. Tingkatkan kewaspadaan dan aktiviti fizikal. OPIAT Bertindak balas terhadap reseptor opiat (tapak penerima kesan tindakan hormon) di dalam tubuh badan terutamanya sistem saraf dan saluran pencernaan. Daripada pokok poppy. CANNABIS Tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok, tenang dan bahagia. JENISJENIS DADAH


ALCOHOL Alkohol adalah ubat penekan, yang memperlahankan mesej bergerak antara otak dan badan. Kesan pengubah mood yang paling disalahgunakan dan dadah tertua bagi manusia Contoh, etanol, etil alkohol. BENZODIAZEPINES Sedative (ubat penenang) / hypnotic (kesan khayal) drug Yang paling banyak ditetapkan – rawatan kebimbangan (antidepresan) & insomnia Kadang-kadang dirujuk sebagai Tranquilizer. Contoh, Valium (diazepain), Librium (chlordiazepotide), Halcion (triazolam). BARBITURATES Digunakan secara perubatan– anesthethic, sedative, hypnotic, anticonvulsant effect (anti-sawan). Contoh: Thiopental (sodium pentothal), Amorbarbital (amytal), Pentobarbital (nembutal), Secorbarbital (seconal), Butabarbital (butisal). GAMMAHYDROXYBUTYRATE(GHB) Memperlahankan mesej bergerak antara otak dan badan. GHB biasanya datang sebagai cecair tidak berwarna, tidak berbau, pahit atau masin, yang biasanya dijual dalam botol kecil atau vial. Ia juga boleh datang sebagai cecair biru terang yang dikenali sebagai ‘blue nitro’ , dan kurang biasanya sebagai serbuk kristal D E P R E S E N


ECSTASY (MDMA) Dadah yang dijual sebagai ekstasi mungkin tidak mengandungi sebarang methylenedioxymethamphetamine (MDMA) ekstasi ialah empatogen, yang bermaksud ia meningkatkan perasaan empati individu dan belas kasihan terhadap orang lain. Mempunyai pelbagai warna dan bentuk. KETAMINE Ketamin digunakan oleh pengamal perubatan dan doktor haiwan sebagai anestetik. Ia kadang-kadang digunakan secara haram oleh orang untuk menjadi khayal (high). Ketamin boleh menghasilkan kesan psychedelic, menyebabkan seseorang melihat, mendengar, menghidu, merasa atau rasa perkara yang tidak benar-benar ada atau berbeza daripada keadaan sebenarnya. Apabila ia dijual secara haram, ketamin biasanya datang sebagai serbuk kristal putih. Ia juga boleh dijadikan tablet dan pil, atau dilarutkan dalam cecair. PSILOCYBIN Psilocybin atau cendawan ajaib wujud secara semula jadi dan dimakan untuk kesan halusinogen Mereka tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai psychedelics, kerana perubahan berpengalaman kepada persepsi, mood dan pemikiran. Apabila psilocybin diambil, ia ditukar dalam badan kepada psilocin, iaitu bahan kimia dengan sifat psikoaktif. MESCALINE Peyote (Lophophora williamsii atau Lophophora diffusa) ialah kaktus tidak berduri dengan tonjolan yang dipanggil "butang" yang digunakan untuk tujuan halusinogen psikoaktif. Mescaline, amphetamine, adalah sebatian psychedelic aktif utama dalam peyote. Mescaline telah digunakan selama berabad-abad kerana dikatakan mendorong pengalaman mistiknya . H A L U S I N O G E N


NICOTINE Juga dikenali sebagai tabacco/rokok. Digunakan untuk membalut luka dan ubat tahan sakit untuk sakit gigi. Perang dunia pertama (1914-1918): rokok dipanggil 'asap askar' - untuk mengatasi kesengsaraan makanan kekurangan. AMPHETAMINE Ditemui pada tahun 1887 dalam perang dunia II oleh A.S., Britain, Jerman dan Jepun – digunakan oleh askar untuk tenaga, kewaspadaan & stamina. Tentera menggunakannya untuk meningkatkan daya tahan & kewaspadaan. 1950-an (disuntik): sebagai rawatan untuk menghentikan ketagihan heroin. Juga digunakan untuk penyakit asma,Schizophrenia , obesity dan ADHD. COCAINE Diperbuat daripada daun coca/koka. Juga dipanggil crack. Orang India Peru - menggunakan koka untuk meningkatkan kekuatan fizikal mereka, untuk mengurangkan keletihan & untuk pencegahan kelaparan. digunakan untuk merawat mabuk tinggi/gayat dan mabuk laut. KHAT S T I M U L A N Ialah tumbuhan berbunga yang berasal dari Tanduk Afrika dan Semenanjung Arab. Khat mengandungi alkaloid cathinone, perangsang, yang dikatakan menyebabkan keseronokan, kehilangan selera makan, dan euforia. Boleh digunakan segar atau kering.


Candu ialah ubat pen O ekan P , ya I ng Uber M maksud ia memperlahankan mesej yang dihantar antara otak dan badan anda. Berasal daripada popi (Papaversomniferum), ia ditanam secara tradisional di Mediterranean dan Asia. Opium Poppy adalah salah satu tumbuhan tertua dalam sejarah yang direkodkan, ialah sejak 5,000 SM. Eksudat bersusu yang dipanggil lateks dikumpul daripada popi, dikeringkan di udara dan dibuat menjadi serbuk coklat atau damar Lateks ini mengandungi gabungan bahan kimia aktif seperti morfin dan kodin CODEINE Sebahagian daripada kumpulan ubat yang dikenali sebagaiopioid. Opioid berinteraksi dengan opioid reseptor dalam otak dan menimbulkan pelbagai tindak balas dalam badan, daripada perasaanmelegakan kesakitan, untuk berehat, keseronokan dan kepuasan. Digunakan untuk memberi kelegaan kepada beberapa keadaan, contohnya cirit-birit dan batuk kering. sesetengah orang menyalahgunakan codeien dengan mengambil lebih untuk berasa khayal(high). HEROIN Heroin adalah sebahagian daripada kumpulan ubat yang dikenali sebagai opioid. Opioid berinteraksi dengan reseptor opioid dalam otak dan menimbulkan pelbagai tindak balas dalam badan, dari kelegaan kesakitan, ke kelonggaran, keseronokan dan kepuasan. Heroin datang dalam pelbagai bentuk, contohnya, Serbuk putih halus, Butiran kasar berwarna putih, Kepingan kecil ‘Rock 1’ coklat muda. MORPHINE Morfin ialah Opioid yang secara semula jadi ditemui dalam tumbuhan popi candu. Morfin adalah dadah yang paling banyak dan kuat. Digunakan sebagai ubat penahan sakit yang popular sejak penemuannya. Ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan yang sederhana hingga teruk, biasanya selepas pembedahan atau kecederaan traumatik. O P I A T


MARIJUANA Ganja, juga dikenali sebagai marijuana Merupakan ubat psikoaktif daripada tumbuhan Ganja yang digunakan untuk tujuan perubatan atau rekreasi. Bahagian psikoaktif utama ganja ialah tetrahydrocannabinol (THC), salah satu daripada 483 yang diketahui sebatian dalam tumbuhan, termasuk sekurangkurangnya 65 kanabinoid lain. Ganja boleh diambil dengan menghisap, menguap, dalam makanan, atau sebagai ekstrak. Ganja mempunyai kesan psikoaktif dan fisiologi apabila dimakan. . HASHISH Hashish, atau hash, ialah ubat yang diperbuat daripada resin tumbuhan ganja Ia dikonsumsi dengan menghisap sekeping kecil, biasanya dalam paip, bong, vaporizer atau sendi, atau melalui pengingesan oral (selepas dekarboksilasi). C A N N A B I S


Tidak memenuhi kewajipan dan tanggungjawab kerja. Mengurangkan aktiviti sosial atau rekreasi kerana penggunaan dadah. Keperibadian menjadi agresif dan rahsia. Tersenyum , marah atau gembira secara tiba-tiba (mood dan tahap tenaga berubah-ubah). Penampilan yang tidak terurus. Permukaan mata berkaca, cengkung, berair dan lesu. Kesihatan terjejas. Kurang selera makan. Kehilangan berat badan. Mempunyai parut atau bekas suntikan pada bahagian lengan. Suka meminjam wang bagi tujuan pembelian dadah. Cenderung mencuri barang yang mudah untuk dijual bagi mendapatkan dadah. Tidak bertentangan mata dengan lawan bicara ketika bercakap. Kurang menjaga penampilan dan kebersihan diri. Pola tidur tidak teratur, kadang tidur terlalu lama atau tidur terlalu sekejap. Sensitif terhadap tekanan. Suka memencilkan diri atau pergi ke tempat tersembunyi. Gejala atau tingkah laku penagihan dadah gejala penyalahgunaan dadah


kesan penyalahgunaan dadah KEPADA DIRI SENDIRI Sering berhalusinasi. Hilang kawalan diri. Gangguan emosi. Mempunyai masalah berkaitan ingatan. Lemah daya tahan dan kerosakan mental. Tanda-tanda yang tidak normal seperti pernafasan,kadar degupan jantung dan tekanan darah. Loya, muntah,cirit-birit, dan sakit perut. Badan boleh menjadi sejuk, berpeluh, panas dan kering. Sistem imun menjadi lemah dan mudah terkena penyakit. Berkemungkinan menghidapi penyakit seperti penyakit kardiovaskular, strok, kanser, hepatitis, HIV/AIDS daripada perkongsian jarum dan penyakit paru-paru. Mati pucuk. Berhadapan sigma negatif daripada masyarakat. Menyebabkan kematian atau maut. KEPADA KELUARGA Menghadapi masalah kewangan. Perpecahan keluarga. Lebih banyak ahli keluarga yang menagih Menerima kecaman dan cemuhan masyarakat. KEPADA MASYARAKAT Isu di tempat kerja Peningkatan jenayah KEPADA NEGARA Imej negara terjejas. Nama negara tercemar. Keselamatan negara merosot.


MEMPERKUATKAN JATI DIRI Ramai dikalangan penagih menyatakan di antara sebab utama mereka terlibat dengan najis dadah kerana tidak dapat menguruskan tekanan dan permasalahan hidup. (ADK, 1998). Justeru, mereka mula mencari unsur-unsur escapism agar mereka dapat melupakan masalah yang dihadapi dengan mudah. Lantaran itu, kita sebagai insan biasa haruslah sentiasa berusaha untuk mengelakkan perkara tersebut dengan memperkukuhkan mental, emosi dan spritual. MELALUI KEMPEN KESEDARAN Langkah terbaik dalam menangani isu penyalahgunaan dadah adalah melalui kempen kesedaran bagi membuka mata masyarakat mengenai bahana dadah. Melalui kempen yang dianjurkan secara relevan dan besar-besaran, pelbagai info boleh disebarkan dan seterusnya memberikan mesej kesedaran kepada semua lapisan masyarakat (Ahmad Ismadi Ismail, 2020; Khalid Awang, 2019). Setiap program yang dijalankan boleh digabungkan bersama aktiviti-aktiviti yang membuka minda dengan usaha-usaha ofensif badan-badan penguatkuasaan demi mengukuhkan lagi perjuangan untuk menentang dadah (Khalid Awang, 2019). pencegahan MEMPERKASAKAN KELUARGA Keluarga cemerlang akan melahirkan anak gemilang di mana akan membantu membentuk negara yang terbilang. Oleh itu, institusi kekeluarga haruslah diperkukuhkan dan pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak juga perlu dipertingkatkan. Menurut Md. Hashim Yahaya, (1987) teras utama pembinaan keluarga ialah 'kasih sayang' Kebanyakan keluarga tidak menggunakan elemen kasih sayang seoptimum mungkin. Kasih sayang ini sepatutnya ditonjolkan menerusi perbuatan dan bukannya hanya disimpan di dalam hati seperti mana pepatah inggeris menyebut, Love is a verb. Jelaslah bahawa memperkasakan institusi keluarga adalah langkah pencegahan berlakunya penyalahgunaan dadah lebihlebih lagi dalam kalangan remaja MENYATUPADUKAN INSTITUSI MASYARAKAT Semua lapisan masyarakat tidak kira kaum perlu bersama membasmi najis dadah dengan memperluaskan lagi kegiatar Rukun Tetangga. Selain itu, fungsi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung juga perlu diperkukuhkan. Kerjasama harus ditingkatkan lagi agar pengedaran dan penagihan najis dadah tidak berlaku di kawasan petempatan mereka. Di samping bekerjasama dalam pembenterasan gejala dadah, budaya hormat-menghormati di kalangan penduduk setempat perlu ditingkatkan. Sikap kepentingan diri haruslah disisihkan sebaliknya diganti dengan semangat kekitaan demi keharmonian sepanjang zaman. MENGGUNAKAN MEDIA MASSA Media massa merupakan sebuah platform di mana semua jenis maklumat dan berita dapat dikumpulkan dan disebarkan. Dengan menggunakan media massa ini, maklumat mengenai keburukan dadah dapat diketengahkan dan disebarkan kepada setiap lapisan masyarakat dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Selain itu, melantik ramai ikon dan duta dalam kalangan selebriti serta ahli sukan negara akan melancarkan agenda dalam membasmi penyalahgunaan dadah terhadap negara berikutan mereka merupakan orang yang berpengaruh dalam kalangan generasi muda (Mohamed Farid Noh, 2019). Seterusnya, pendidikan pencegahan melalui media sosial boleh dilaksanakan bagi membolehkan masyarakat terutamanya golongan remaja memahami tentang bahaya dadah dan tidak terdorong untuk menyalahgunakannya (Nio James, 2019).


1 2 3 4 5 Detoksifikasi adalah langkah pertama untuk memerangi ketagihan. Dilakukan dengan 'memaksa' penyalahgunaan dadah untuk melalui pengeluaran dengan selamat. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pergantungan sehingga badan mereka bersih dari bahan tersebut. Ubat-ubatan yang ditetapkan boleh diberikan dari semasa ke semasa untuk mengurangkan intensiti gejala pengeluaran. Terapi tingkah laku adalah penting dalam belajar memahami proses pemikiran penagih dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah laku mereka, dengan itu mereka dapat membangunkan keupayaan untuk mengawalnya. Salah satu terapi yang paling disyorkan untuk ketagihan adalah Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT), yang membantu mengenal pasti corak tingkah laku. Terapi rohani juga penting sebagai suatu pendekatan untuk berubah ke arah yang jauh lebih baik. RAWATAN kepada penagih Kaunselling Melakukan sesi bersama kaunselor berdaftar untuk meluahkan dan bercerita sebagai salah satu langkah permulaan untuk berubah, lalu meninggalkan najis dadah selamanya. Hal ini kerana jiwa penagih dadah biasanya halus dan sensitif. Oleh itu mereka cenderung ingin didengari dan meluah perasaan. Rawatan ini mampu memberikan rasa 'clear' dengan diri mereka yang lepas. Detoksifikasi Pemulihan Pemulihan bertujuan untuk membimbing orang yang mengalami ketagihan dalam proses pemulihan mereka. Proses pemulihan ini ditadbir oleh pihak berkuasa dan pakar yang berkaitan dalam kemudahan yang ditetapkan. Di Malaysia, pusat pemulihan ketagihan dipanggil 'Pusat Serenti' yang boleh didapati di seluruh negara dengan tempoh program biasa antara 18 bulan hingga 2 tahun. Terapi UBAT-UBATAN Pemberian ubat-ubatan tertentu juga boleh ditetapkan semasa pemulihan untuk mengurangkan keinginan, meningkatkan mood, dan mengurangkan perasaan menjadi 'tinggi'. Kesan sampingan positif ini akan menggalakkan anda untuk mengurangkan pergantungan anda terhadap penggunaan bahan atau tingkah laku ketagihan.


sumber rujukan 1. Nachiappan, S., Perumalsamy, S. P., Zulkafaly, F. H. M., & Andi, H. (2014). PENYALAHGUNAAN DADAH DAN LANGKAH MENGATASI DARI SEGI KOGNISI DI PUSAT PENGASIH MALAYSIA: DRUG ABUSE AND WAYS TO OVERCOME IN TERMS OF COGNITVE AT MALAYSIA PENGASIH CENTER. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 176-184 2. Arsat, M., & Besar, A. (2011). Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar: Satu Kajian Di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Journal of Science & Mathematics Education, 1-9. 3. .Singh, N., Awang, M. M., Mydin, F., & Ahmad, A. R. (2014). Tren penyalahgunaan dadah dalam kalangan mahasiswa/i (2008-2013). 4.Amin, M. R. A., Elektrik, S. K., Jasmi, K. A., & Islam, A. T. PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA. BIL 3 JILID, 159. 5. Ambo, H., Mokhtar, S., & Thia, K. (2022). Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu dalam Kalangan Masyarakat Islam di Sandakan, Sabah: Faktor Dan Langkah Mengatasinya. International Journal of Law, Government and Communication, 7(28), 281-295. 6. Aziz, A. A. H., & Zakaria, E. (2021). Intervensi Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Hiv/Aids: Pengalaman Dan Cabaran Keterlibatan Komuniti Nelayan Kuala Perlis, Perlis. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1-13. 7.Amin, N. M., Samah, A., Maniyam, M. N., Yip, N. M., Harahap, I., & Razali, A. S. PERANAN MEDIA SOSIAL MENGGERAKKAN KESEDARAN AWAM BERKAITAN ISU PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN BELIA. 8. Hussin, H. (2005). Penyalahgunaan dadah: kesan dan langkah pencegahan. 9. farhana. (2011, September 7). Penyalahgunaan Dadah - PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ 10. Ketagihan 101: Gejala, Punca & Rawatan. (2022, July 12). Homage Malaysia. https://www.homage.com.my/ms/kesihatan/ketagihan/ 11. Tanda Penagih Dadah | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved May 12, 2024, from https://www.scribd.com/doc/247989660/Tanda-Penagih-Dadah


TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version