The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meow4adam, 2022-04-02 04:41:40

TOKOH PERJUANGAN NEGERI KELANTAN (1)

TOKOH PERJUANGAN NEGERI KELANTAN (1)

TOKOH-TOKOH PERJUANGAN DI TANAH MELAYU
DI NEGERI KELANTAN

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
1 SVM SEMESTER 2/ 2022

PENGENALAN DIRI

NAMA TENGKU ADAM HAIKARL BIN TENGKU ARFANI
1 SVM KPD 2
KELAS 1/8/2005

TARIKH KOLEJ VOKESIONAL SEPANG
LAHIR AMPANG SELANGOR

SEKOLAH

TEMPAT
TINGGAL

PENDAHULUAN

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada sumbangan seseorang itu akan
terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan dan jasa bakti akan tetap menjadi kenangan terutama sekali jasa yang ditaburkan kepada
negara. Tokoh-tokoh seperti negarawan yang telah banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan negara adalah wajar sekali nama mereka
disanjung dan terus kekal terpahat dalam tinta sejarah.

Sehubungan dengan itu, jasa tokoh-tokoh perjuang Melayu seperti Tok Janggut, Tok Kenali, Mat Kilau, Dato Bahaman dan ramai lagi wajar
diberi penghormatan atas jasa yang telah mereka sumbangkan. Oleh itu, sebagai generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan dan
kesejahteraan, saya akan terus mengingati jasa mereka dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan. Sebagaimana yang termaktub, saya hendaklah
menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi rakyat Malaysia.

Kebanggaan bagi seseorang yang berjiwa merdeka adalah apabila mereka dapat mendirgahayukan tokoh-tokoh pejuang Malaya terulung ke setiap
penjuru alam. Namun, kisah-kisah perjuangan mereka ini bukan sahaja bagai lenyap ditelan dek zaman malah perkara ini sudah tidak menjadi
tarikan kepada golongan generasi Z untuk terus meneroka dan mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan pada era silam. Oleh itu, sebagai anak watan
Malaysia, saya perlulah berusaha sehabis daya untuk menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam jiwa
saya. Perasaan sayang ini dapat disemai dengan mengenali tokoh pejuang terdahulu yang dapat kita lihat dalam kata-kata hikmat, ‘Tak kenal, maka
tak cinta‘. Oleh sebab itu, saya akan menyayangi mereka dan sentiasa berbangga apabila memiliki pemimpin yang berjuang demi negara.

Saya dengan ini ingin merungkaikan perkara jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Janggut dan Tok Kenali pada zaman dahulu.

TOK JANGGUT

• Syeikh Haji Mat Hassan Bin Munas Bin Samad Bin Raja
Bahar

• Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Saring, daerah Jeram,
Kelantan

• Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan
janggut sehingga paras dada

• Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
• Mahir dalam ilmu persilatan
• Teman seperguruan dengan Tok Kenali
• Ayahandanya berhidmat sebagai panglima istana dan dia turut

dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram
• Kesedarannya terhadap agama, bangsa dan tanah air telah

dipupuk sejak kecil

FAKTOR PERJUANGAN
TOK JANGGUT

• British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang
mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun
1915

• Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan
seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok
pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau

• Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai
terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai
akan di tangkap dan dedenda.sikap biadap pegawai
British yang bertugas menimbulkan kemarahan
penduduk terhadap British

• Entimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki
Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihat menentang
penjajah barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut
dengan melancarkan penentangan terhadap British.

Detik-Detik
Perjuangan Tok
Janggut

Pada 24 Mei 1915, Hj. Mohd Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut bersama hampir 1000 pengikutnya telah menyerang
British di Pasir Puteh, Kelantan. Dalam serangan tersebut, Tok Janggut sendiri telah terkorban syahid bersama Tok Abas dan Tok Hussein serta
beberapa orang pengikutnya. Sepertimana kebanyakkan sejarah Melayu yang lain, kekurangan catatan yang jelas menyebabkan timbulnya
berbagai versi penceritaan. Maka masyarakat mula membina mitos dan lagenda mengenai Tok Janggut.

Cerita-cerita mula diadakan iaitu Tok Janggut sebagai ulama‟ kepada pahlawan yang kebal ataupun ketua penjahat (Ring leader). Ada juga
yang mempertikaikan sama ada Tok Janggut benar-benar terkorban dalam serangan tersebut atau apakah beberapa gambar yang dikatakan Tok
Janggut itu benar-benar gambar beliau. Perkara utama yang menjadi perbezaan pendapat dalam kalangan pengkaji sejarah Tok Janggut ialah
apakah sebab yang membawa kepada kebangkitan beliau dan pengikutnya menentang British.

Terdapat dua sebab yang selalu dibincangkan punca utama penentangan Tok Janggut, pertama tentangan terhadap kadar baru cukai tanah dan
tanaman yang dikenakan ke atas penduduk Kelantan yang dianggap tidak munasabah dan membebankan penduduk. Kedua adalah disebabkan
oleh perasaan tidak sukakan British yang dianggap berperang dengan kerajaan Turki. Kesungguhan daripada pemimpin agama khususnya Tok
Janggut menyedarkan penduduk Melayu agar tidak menyokong sebarang kuasa yang berperang dengan kerajaan Turki. Pendirian Tok Janggut
ialah keperluan bagi umat Islam bangun menentang penjajahan kafir yang mahu menghancurkan umat Islam. Malahan ianya adalah merupakan
suatu pendirian yang dipegang oleh seluruh penduduk Islam di dunia. Mereka harus berperang mempertahankan kedudukan agama Islam.

KEJATUHAN TOK
JANGGUT

• 9 Mei 1915

• British menawar hadiah sabanyak 500 Dolar kepada sesiapa
yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.

• 23 Mei 1915

• British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana
enggan menyerah diri dan tindakannya itu telah menyebabkan
Tok Janggut menyerang Pasir Puteh.

• 24 Mei 1915

• British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung
Dalam Pupuh , Saring.

• Dalam pertempuran tersebut, Tok Janggut terkorban. Mayat Tok
Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang
memakan masa satu hari. Mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan
Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai
Besar, Kota Bharu selama 4 jam.Mayat beliau dikebumikan di
Pasir Pekan. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana,
di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin
Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.

TOK kENALI

• Nama sebenar Muhammad Yusuf bin Ahmad

• Dilahirkan pada 1868 di Kampung Kenali,Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan

• Belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh)
iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran
dan pelajaran tulis-menulis

• Menyambung pelajarannya ke Masjid Al-Muhammadi
• Melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci Makkah bagi

meninggikan pengajian agama dan menunaikan
ibadat haji
• Beliau dianggap sebagai pendorong sekolah melayu
dan sekolah agama pondok
• Menghembuskan nafas terakhir pada Ahad 19
November 1933M, berikutan suatu penyakit di
kakinya.

PERIBADI DAN SIFAT-
SIFAT UTAMA

• Sangat menghormati dan memuliakan ibu
• Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan

anak-anak.
• Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
• Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan

melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
• Mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.
• Suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-

majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
• Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan

lengan.
• Pakaian beliau amat sederhana.

Kegiatan-kegiatan
dan Jasa Tok Kenali

Selain daripada mengajar, Tok Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana
kebudayaan islam. Datu Paduka Menteri Paduka Raja (Tuan haji Mahmud bin Ismail) dengan nasihat beliau telah dapat
membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah
satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.

Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan.
Tok Kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran
akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setiap hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga
adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.

Sbeerlatainjuiktu“Lbeulbiaauabtealta-hTad,iwtuigilafsikl aMnao’laeahnpi Aihta-kTamnazjilli”skAegdaamlaamIsblaamhaksaelmanetlaanyuu.nTtuukgamsebnetrearjteimniatheklaahn Tafsir Al-Khazin yang
dijalankan oleh beliau dan
sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga
sekarang.

Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang
berbahagia Tuan Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang
berguna daripada Tok Kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan. Pejabat penerbitan ini selalu didatangi
oleh Tok Kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.

Tok Kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah
menyimpan sebuah buku cetera Raja Muda. salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah
diberikan kepada pengarang buku Hikayat Seri Kelantan.

D‘Jaalmam,iykyeagtiualtaAnsrkieymyaahs]ya‘[rPakearhtaimn ppuulnaa,nbseelimauastae]layhanmgelkaenrcaaprkmaenmsbuiactaunggektaankapnerpkearrhai-mpperuknaarna umat islam yang di namakan
hangat dalam masyarakat
[Politik] , perbincangan-perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu
bangunan telah didirikan di tengah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota
Bharu.

PENUTUP

Pendek kata, kedua-dua tokoh perjuang Melayu ini memainkan peranan penting dalam kemerdekaan dan pembentukan Tanah Melayu.
Tokoh-tokoh ini mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kuat serta jati diri yang kental bagi menegakkan bangsa dan agama.

Bagi Tok Janggut, perjuangan ini juga sebenarnya datangnya daripada semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah
dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Kesemua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi di Terengganu, Kelantan dan Siam
apabila British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Lantaran tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan
tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya, nyatakan bahawa Tok kenali adalah terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam Iman Ghazali,
seorang Ahli Tasauf yang sampai kepada darjat “Hakikat” mengenal diri dan Tuhannya, ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang
setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini, kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali
dalam penghidupannya. tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Tok Kenali adalah salah seorang tokoh ulama terkenal dan pembangun
fikiran Umat Islam di dunia sebelah juga tidaklah salah jika dikatakan bahawa selagi terbitnya majalah pengasuh ke alam persuratan
melayu, maka selama itulah Tok Kenali dikenangan, seterusnya tidaklah merupakan suatu penonjolan jika dikatakan bahawa selagi
wujudnya majlis Agama islam dan Adat istiadat melayu kelantan” maka selama itulah Tok Kenali masih disebut dan dikenali.

Antara kata-kata hikmatnya:

“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,

RUJUKAN

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Yusuf_bin_Ahmad
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas
• http://princehardy.blogspot.com/2011/07/pahlawan-tokoh-tokoh-terbilang-negeri.html
• http://mynewfirdaus.blogspot.com/2015/03/tokoh-perjuangan-negeri-kelantan.html

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version