TOKOH-TOKOH PERJUANGAN DI TANAH MELAYU
DI NEGERI KELANTAN
PENTAKSIRAN BERTERUSAN
1 SVM SEMESTER 2/ 2022
PENGENALAN DIRI
NAMA TENGKU ADAM HAIKARL BIN TENGKU ARFANI
1 SVM KPD 2
KELAS 1/8/2005
TARIKH KOLEJ VOKESIONAL SEPANG
LAHIR AMPANG SELANGOR
SEKOLAH
TEMPAT
TINGGAL
PENDAHULUAN
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada
sumbangan seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan dan jasa bakti akan tetap
menjadi kenangan terutama sekali jasa yang ditaburkan kepada negara. Tokoh-tokoh seperti negarawan yang telah
banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan negara adalah wajar sekali nama mereka disanjung dan terus kekal
terpahat dalam tinta sejarah. Sehubungan dengan itu, jasa tokoh-tokoh perjuang Melayu seperti Tok Janggut, Tok
Kenali, Mat Kilau, Dato Bahaman dan ramai lagi wajar diberi penghormatan atas jasa yang telah mereka
sumbangkan. Oleh itu, sebagai generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan dan kesejahteraan, saya akan
terus mengingati jasa mereka dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan.
Sebagaimana yang termaktub, saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi rakyat
Malaysia. Kebanggaan bagi seseorang yang berjiwa merdeka adalah apabila mereka dapat mendirgahayukan tokoh-
tokoh pejuang Malaya terulung ke setiap penjuru alam. Namun, kisah-kisah perjuangan mereka ini bukan sahaja
bagai lenyap ditelan dek zaman malah perkara ini sudah tidak menjadi tarikan kepada golongan generasi Z untuk
terus meneroka dan mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan pada era silam. Oleh itu, sebagai anak watan Malaysia,
saya perlulah berusaha sehabis daya untuk menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu dalam jiwa saya. Perasaan sayang ini dapat disemai dengan mengenali tokoh pejuang terdahulu yang
dapat kita lihat dalam kata-kata hikmat, ‘Tak kenal, maka tak cinta‘. Oleh sebab itu, saya akan menyayangi mereka
dan sentiasa berbangga apabila memiliki pemimpin yang berjuang demi negara.
Saya dengan ini ingin merungkaikan perkara jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Janggut dan Tok
Kenali pada zaman dahulu.
TOK JANGGUT
• Syeikh Haji Mat Hassan Bin Munas Bin Samad Bin Raja
Bahar
• Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Saring, daerah Jeram,
Kelantan
• Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan
janggut sehingga paras dada
• Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
• Mahir dalam ilmu persilatan
• Teman seperguruan dengan Tok Kenali
• Ayahandanya berhidmat sebagai panglima istana dan dia
turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja
Jeram
• Kesedarannya terhadap agama, bangsa dan tanah air
telah dipupuk sejak kecil
FAKTOR PERJUANGAN
TOK JANGGUT
• British memperkenalkan peraturan cukai tanah
yang mewajibkan petani membayar cukai tanah
pada tahun 1915
• Petani dikenakan pelbagai cukai yang
membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan
ternakan lembu serta kerbau
• Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai
terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar
cukai akan di tangkap dan dedenda.sikap biadap
pegawai British yang bertugas menimbulkan
kemarahan penduduk terhadap British
• Entimen anti-British meningkat apabila kerajaan
Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihat
menentang penjajah barat.Tok Janggut menyahut
seruan tersebut dengan melancarkan penentangan
terhadap British.
Detik-Detik
Perjuangan Tok
Janggut
Pada 24 Mei 1915, Hj. Mohd Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut bersama hampir 1000 pengikutnya telah
menyerang British di Pasir Puteh, Kelantan. Dalam serangan tersebut, Tok Janggut sendiri telah terkorban syahid bersama Tok
Abas dan Tok Hussein serta beberapa orang pengikutnya. Sepertimana kebanyakkan sejarah Melayu yang lain, kekurangan
catatan yang jelas menyebabkan timbulnya berbagai versi penceritaan. Maka masyarakat mula membina mitos dan lagenda
mengenai Tok Janggut. Cerita-cerita
mula diadakan iaitu Tok Janggut sebagai ulama‟ kepada pahlawan yang kebal ataupun ketua penjahat (Ring leader). Ada juga
yang mempertikaikan sama ada Tok Janggut benar-benar terkorban dalam serangan tersebut atau apakah beberapa gambar yang
dikatakan Tok Janggut itu benar-benar gambar beliau. Perkara utama yang menjadi perbezaan pendapat dalam kalangan
pengkaji sejarah Tok Janggut ialah apakah sebab yang membawa kepada kebangkitan beliau dan pengikutnya menentang British.
Terdapat dua sebab yang selalu dibincangkan punca utama penentangan Tok Janggut, pertama tentangan terhadap kadar baru
cukai tanah dan tanaman yang dikenakan ke atas penduduk Kelantan yang dianggap tidak munasabah dan membebankan
penduduk. Kedua adalah disebabkan oleh perasaan tidak sukakan British yang dianggap berperang dengan kerajaan Turki.
Kesungguhan daripada pemimpin agama khususnya Tok Janggut menyedarkan penduduk Melayu agar tidak menyokong
sebarang kuasa yang berperang dengan kerajaan Turki. Pendirian Tok Janggut ialah keperluan bagi umat Islam bangun
menentang penjajahan kafir yang mahu menghancurkan umat Islam. Malahan ianya adalah merupakan suatu pendirian yang
dipegang oleh seluruh penduduk Islam di dunia. Mereka harus berperang mempertahankan kedudukan agama Islam.
KEJATUHAN TOK
JANGGUT
• 9 Mei 1915
• British menawar hadiah sabanyak 500 Dolar kepada
sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan
pemimpin kanannya.
• 23 Mei 1915
• British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya
kerana enggan menyerah diri dan tindakannya itu telah
menyebabkan Tok Janggut menyerang Pasir Puteh.
• 24 Mei 1915
• British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung
Dalam Pupuh , Saring.
• Dalam pertempuran tersebut, Tok Janggut terkorban.
Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta
lembu yang memakan masa satu hari. Mayatnya diarak ke
Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung
songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4
jam.Mayat beliau dikebumikan di Pasir Pekan. Setelah
digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang
Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin
Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.
TOK kENALI
• Nama sebenar Muhammad Yusuf bin Ahmad
• Dilahirkan pada 1868 di Kampung Kenali,Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
• Belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh)
iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran
dan pelajaran tulis-menulis
• Menyambung pelajarannya ke Masjid Al-Muhammadi
• Melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci Makkah bagi
meninggikan pengajian agama dan menunaikan
ibadat haji
• Beliau dianggap sebagai pendorong sekolah melayu
dan sekolah agama pondok
• Menghembuskan nafas terakhir pada Ahad 19
November 1933M, berikutan suatu penyakit di
kakinya.
PERIBADI DAN SIFAT-
SIFAT UTAMA
• Sangat menghormati dan memuliakan ibu
• Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir
miskin dan anak-anak.
• Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
• Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan
melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
• Mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di
pasar.
• Suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau
majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
• Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap
berbantalkan lengan.
• Pakaian beliau amat sederhana.
Kegiatan-kegiatan
dan Jasa Tok Kenali
Selain daripada mengajar, Tok Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan
agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka Menteri Paduka Raja (Tuan haji Mahmud bin Ismail) dengan nasihat
beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M
(17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.
Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu
kelantan. Tok Kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini
dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setiap hari Isnin, senaskah
berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.
Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-
Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah
dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah
ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang.
Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan
penerbitnya yang berbahagia Tuan Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) adalah kerap menerima nasihat-
nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tok Kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali
sebulan. Pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tok Kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau
membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.
Tok Kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau
juga pernah menyimpan sebuah buku cetera Raja Muda. salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku
ini kemudiannya telah diberikan kepada pengarang buku Hikayat Seri Kelantan.
Dalam kegiatan kemasyarakatan pula, beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di
namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat
dalam masyarakat [Politik] , perbincangan-perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal
gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tengah-tengah ibu kota dengan nama yang sama,
terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.
PENUTUP
Pendek kata, kedua-dua tokoh perjuang Melayu ini memainkan peranan penting dalam kemerdekaan dan pembentukan
Tanah Melayu. Tokoh-tokoh ini mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kuat serta jati diri yang kental bagi
menegakkan bangsa dan agama.
Bagi Tok Janggut, perjuangan ini juga sebenarnya datangnya daripada semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau,
Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Kesemua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi di
Terengganu, Kelantan dan Siam apabila British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Lantaran tidak
mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke
Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.
Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya, nyatakan bahawa Tok kenali adalah terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam
Iman Ghazali, seorang Ahli Tasauf yang sampai kepada darjat “Hakikat” mengenal diri dan Tuhannya, ingin mencapai
kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini, kemewahan hidup yang terhad dan
sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam penghidupannya. tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Tok Kenali
adalah salah seorang tokoh ulama terkenal dan pembangun fikiran Umat Islam di dunia sebelah juga tidaklah salah jika
dikatakan bahawa selagi terbitnya majalah pengasuh ke alam persuratan melayu, maka selama itulah Tok Kenali dikenangan,
seterusnya tidaklah merupakan suatu penonjolan jika dikatakan bahawa selagi wujudnya majlis Agama islam dan Adat
istiadat melayu kelantan” maka selama itulah Tok Kenali masih disebut dan dikenali.
Antara kata-kata hikmatnya:
“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,
RUJUKAN
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Yusuf_bin_Ahmad
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas
• http://princehardy.blogspot.com/2011/07/pahlawan-tokoh-tokoh-terbilang-negeri.html
• http://mynewfirdaus.blogspot.com/2015/03/tokoh-perjuangan-negeri-kelantan.html
SEKIAN TERIMA KASIH