The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munirasiti80, 2021-07-28 21:16:52

BAB 1 - TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

BAB 1 TINGKATAN 4-converted

Bab 1: Tujuan Perniagaan Dan
Pemilikan Perniagaan

1.0 Pengenalan

Definisi Perniagaan:
- Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli

barang atau perkhidmatan antara penjual
dengan pembeli bagi memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan

- Definisi konsep asas perniagaan: perkara utama
dan asas yang membolehkan wujudnya proses
urus niaga antar penjual dengan pembeli.

- Merangkumi 6 komponen utama:
a. Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna
b. Pertukaran nilai
c. Keuntungan Perniagaan
d. Kontrak Perniagaan
e. Barang dan Perkhidmatan
f. Penjual dan pembeli

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan

a. Barang dan Perkhidmatan

Dimensi Barang Perkhidmatan
Definisi
Sesuatu yang Aktiviti yang
Contoh mempunyai
fizikal bentuk memberikan faedah

kepada pengguna dan

peniaga.

Perabot, makanan dan Pengangkutan, insurans

pakaian dan pelancongan.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan

b. Memuaskan Keperluan Dan Kehendak
Pengguna

Dimensi Keperluan Kehendak

Definisi Sesuatu yang diperlukan Keinginan manusia

oleh manusia untuk untuk hidup dengan

meneruskan hidup. lebih selesa.

c. Pertukaran Nilai

- Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan
pembeli memberikan sesuatu yang bernilai
(wang) kepada penjual sebagai balasan
kepada produk yang diperoleh.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan

d. Keuntungan Perniagaan
- Keuntungan: lebihan hasil jualan setelah

ditolak semua kos yang terlibat.
- Formula:

Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos
e. Penjual dan Pembeli

Dimensi Penjual Pembeli
Definisi
Individu yang menawarkan Pihak yang memerlukan atau
barang atau perkhidmatan menghendaki barang atau
perkhidmatan tersebut.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan

f. Kontrak Perniagaan
- Definisi kontrak: perjanjian yang dimeterai

oleh dua atau lebih individu.
- Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak

1950.
- Kontrak perniagaan: kontrak jual beli dan

kontrak sewa beli

1.0.2 Aktiviti Perniagaan

Dimensi Aktiviti Berasaskan Barang Aktiviti Berasaskan
Definisi Perniagaan
Melibatkan penggunaan
Contoh faktor-faktor pengeluaran Melibatkan penawaran barang
untuk menghasilkan barang tidak nyata yang dapat
fizikal. memberikan keselesaan,
kepuasan dan kecekapan
Kilang perabot menghasilkan kepada pengguna.
perabot seperti meja, kerusi
dan kabinet. Pendidikan merupakan aktiviti
perkhidmatan yang
menawarkan pembangunan
modal insan dari aspek mental
dan fizikal.

1.1 Tujuan Perniagaan

Tujuan Perniagaan: Untuk menawarkan barang
atau perkhidmatan

a. Barang – item yang dapat dilihat, disentuh
atau dipegang.

b. Perkhidmatan- aktiviti yang dilakukan ole
seseorang atau sekumpulan individu yang
memberi manfaat kepada orang lain.

c. Gabungan Barang dan perkhidmatan

1.1 Tujuan Perniagaan

i. Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)
- Terlibat secara langsung dalam aktiviti
pengeluaran dan penjualan barang dan
perkhidmatan dengan objektif utama, iaitu
untuk mendapat keuntungan.

- Kepentingan Keuntungan:
a. Untuk mengukur tahap prestasi dan

menentukan hala tuju sesebuah perniagaan.
b. Untuk mengembangkan dan memastikan

kelangsungan perniagaan.
c. Membolehkan sesuatu organisasi perniagaan

menjalankan tanggungjawab sosial dengan
menyumbangkan keuntungan semula kepada
masyarakat.

1.1 Tujuan Perniagaan

ii. Organisasi Bukan Bermotifkan Untung
(OBBU)

- Definisi: organisasi yang memenuhi keperluan
awam dalam pelbagai bidang termasuk bidang
pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya.

1.1 Tujuan Perniagaan

- Matlamat Penubuhan Organisasi

a. Untuk meningkatkan penglibatan sektor awam
dalam kegiatan kemasyarakatan.

b. Menyediakan ruang dan peluang untuk semua
golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang
boleh membangunkan masyarakat kurang
berkemampuan.

c. Membantu golongan yang kurang
berkemampuan untuk mendapatkan
perkhidmatan.

d. Memastikan nasib setiap insan yang
memerlukan bantuan terus terbela dan
terpelihara.

1.1 Tujuan Perniagaan

- Kaedah Perniagaan Bagi Organisasi Bukan
Bermotifkan Keuntungan

a. Secara percuma
b. Jualan pada harga kos
- Tiada sebarang keuntungan yang diperoleh

oleh penjual.
c. Jualan pada harga di bawah kos
- Harga yang dikenakan adalah lebih rendah

berbanding dengan kos sebenar.

1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan

Pemilikan perniagaan: Entiti sesebuah
perniagaan yang dibentuk dari aspek
perundangan.

- 4 bentuk pemilikan perniagaan:
a. Milikan Tunggal
b. Perkongsian
c. Syarikat Berhad
d. Koperasi

a. Milikan Tunggal

- Definisi milikan tunggal: sejenis aktiviti
perniagaan yang dimiliki dan dikawal
sepenuhnya oleh seseorang individu sahaja.

- Bertanggungjawab untuk melaburkan modal
dalam perniagaan.

- Sumber pembiayaan: wang simpanan
pemilik sendiri, pinjaman daripada saudara
mara, agensi kerajaan dan institusi
kewangan.

a. Milikan Tunggal

- Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan
cukai pendapatan perseorangan.

a. Milikan Tunggal

(i) Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal
Proses menjalankan perniagaan milikan tunggal
1. Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan

Mengisi Borang Mengisi Borang A Hantar kepada
Carian Nama Pendaftar
Perniagaan,

Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)

Mendapatkan orang D, iaitu Membuat Pembayaran RM
Sijil Perakuan Pendaftaran 30 jika nama sendiri, RM 60

Perniagaan jika nama tred

2. Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)

Kelebihan Dan Kekurangan Milikan Tunggal

Kelebihan Kekurangan

a. Mudah ditubuhkan a. Diuruskan secara berseorangan

b. Tidak banyak syarat dan hanya b. Sukar untuk berkembang kerana
memerlukan modal kecil modal kecil

c. Mudah diurus kerana saiznya yang c. Beban kerja semua ditanggung oleh
kecil pemilik

d. Bebas mengurus perniagaan d. Perniagaan tidak berterusan
e. Keputusan dibuat oleh pemilik
e. Risiko perniagaan ditutup jika
pemilik meninggal dunia

f. Beban cukai rendah f. Sukar berkongsi kepakaran

g. Pemilik hanya perlu membayar cukai g. Pemilik menanggung liabiliti tidak

individu terhad

b. Perkongsian

Definisi perkongsian: kerjasama antara dua atau
lebih individu bagi menjalankan perniagaan.

- Bersetuju bergabung tenaga bagi menjalankan
perniagaan berasaskan syarat yang dipersetujui
bersama.

- Boleh ditubuhkan secara lisan atau bertulis.

- Boleh berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran,
kemahiran, pengalaman serta bebanan tugas.

- Tugasan dapat diambil alih oleh rakan kongsi jika
terdapat rakan kongsi yang sakit atau ingin
bercuti.

b. Perkongsian

(i) Kandungan Perjanjian Perkongsian
a. Nama firma
b. Nama semua rakan kongsi
c. Peruntukan berkaitan dengan hak dan

tanggungjawab rakan kongsi
d. Jenis dan tempat perniagaan
e. Nisbah pembahagian keuntungan atau kerugian
f. Cara menjalankan perniagaan
g. Menamatkan perniagaan

b. Perkongsian

(ii) Ciri-ciri Perkongsian

a. Lingkungan dalam 2 hingga 20 orang

b. Melibatkan sesuatu profesion seperti
peguam dan akauntan, tidak melebihi 50
orang

c. Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)

b. Perkongsian

(iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi

Jenis Rakan Kongsi Penerangan
Rakan Kongsi Berhad
Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada jumlah modal yang
dilaburkan sahaja dan tiada kuasa pengurusan serta
dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan.

Rakan Kongsi Lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan tidak aktif dalam
pengurusan serta menyumbangkan modal sahaja
Rakan Kongsi Biasa
Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhad
Rakan Kongsi Aktif menguruskan perniagaan.

Rakan Kongsi Menanggung liabiliti tidak terhad dan aktif dalam
Nominal (Namaan) pengurusan serta dibayar gaji secara bulanan.

Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa
mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang
tidak terhad.

b. Perkongsian

(iv) Bilangan Rakan Kongsi
1. Perkongsian biasa : 2 hingga 20 orang
2. Perkongsian Berhad: 2 hingga 50 orang
3. Perkongsian Liabiliti Terhad : minimum 2

orang dan tiada had bilangan maksimum
rakan kongsi

Kelebihan Dan Kekurangan Perkongsian

Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Modal terhad

Mudah ditubuhkan Perniagaan tidak berterusan

Berkongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad

(v) Jenis – jenis Perkongsian

a. Perkongsian Biasa
b. Perkongsian Berhad
c. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

- Merupakan satu bentuk perniagaan alternatif
yang menggabungkan ciri-ciri perkongsian dengan
syarikat sendirian berhad.

- Ciri-ciri:
a. Entiti berasingan
b. Liabiliti terhad
c. Hayat berterusan
- Kelebihan kepada pemilik:
a. Entiti berasingan
b. Fleksibiliti perniagaan
c. Liabiliti terhad
d. Penjimatan kos

(vi) Tanggungjawab Rakan Kongsi

a. Menjaga kepentingan rakan kongsi lain.

b. Melindungi rahsia perniagaan termasuk
rahsia kewangan, maklumat perniagaan dan
akaun perniagaan.

c. Mencari peluang dan sumber tambahan
bagi memajukan perniagaan yang
dijalankan.

d. Memberi idea dan pendapat bagi
menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

c. Syarikat Berhad

- Merupakan entiti yang didaftarkan secara
sah dengan SSM dan tertakluk di bawah
Akta Syarikat 1965.

- Anggota Syarikat Berhad:
a. Ahli Lembaga Pengarah
b. Pemegang saham
- Jenis-jenis Syarikat Berhad
a. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)
b. Syarikat Awam Berhad

(i) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)

Ciri-ciri:

a. Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965

b. 2 hingga 50 orang

c. Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan
di Bursa Malaysia

d. Pindah milik saham hanya boleh dilakukan
oleh dengan kebenaran ahli lembaga
pengarah

e. Lebih mudah mendapatkan modal yang
besar

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn.Bhd)

Ciri-ciri:

a. Modal tambahan boleh diperoleh dengan
menerbitkan syer

b. Menanggung liabiliti terhad

c. Sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer
hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan

d. Semua harta peribadi mereka akan digunakan
untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat.

e. Pemegang saham terbesar syarikat berhak
untuk mengawal setiap operasi syarikat.

Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat Sendirian
Berhad

Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar
Liabiliti terhad Penawaran syer terhad
Hal ehwal syarikat dirahsiakan$
Beban cukai yang tinggi

Syer tidak boleh dipindah milik secara
bebas.

(ii) Syarikat Awam Berhad

Ciri-ciri:

a. 2 orang hingga tiada had maksimum

b. Saham diurusniagakan di Bursa Malaysia

c. Pemegang saham asal menanggung risiko
kehilangan kawalan atas syarikat jika
terdapat pembelian saham dalam kuantiti
yang besar (saham majoriti) oleh pihak
tertentu dalam usaha untuk mengambil
alih pengurusan syarikat daripada
pemegang saham asal.

Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat

Awam Berhad

Kelebihan Kekuarangan
Modal lebih besar Proses perubahan rumit
Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi
Liabiliti terhad Pemilikan dan pengurusan terpisah
Kewujudan kekal Tiada rahsia

d. Koperasi

- Merupakan sebuah organisasi perniagaan yang
ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara
sukarela.

- Ciri-ciri Koperasi:
a. Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi

untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya.
b. Aktiviti tidak berunsurkan politik.
c. Aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta,

peraturan dan undang-undang kecil koperasi
d. Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
e. Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat

keputusan
f. Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan

modal atau yuran sahaja.

d. Koperasi

- Prinsip-prinsip Koperasi :
a. Keanggotaan sukarela dan terbuka
b. Kawalan secara demokratik
c. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi
d. Kebebasan autonomi
e. Pendidikan, latihan dan maklumat
f. Bekerjasama antara koperasi
g. Prihatin terhadap komuniti

d. Koperasi

Keanggotaan koperasi :

- sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap orang
perlu membeli modal syer.

- Hak anggota:

a. Mempunyai hak untuk mengundi (Satu undi)
dalam mesyuarat agung tahunan koperasi

b. Terlibat secara langsung dalam proses
pembuatan keputusan

c. Mengambil semula modal syer apabila keluar
dari koperasi

d. Menerima pulangan dalam bentuk dividen

Kelebihan dan Kekurangan Koperasi

Kelebihan Kekurangan
Liabiliti terhad Kadar pulangan rendah
Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah
Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad
Rebat Syer tidak boleh dipindah milik

1.3 Bentuk- Bentuk Perniagaan

a. Francais
- Merupakan hubungan antara dua pihak dari

segi perjanjian urus niaga antara francaisor
dengan francaisi.

Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998

a. Perniagaan mesti dikendalikan mengikut
sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor.

b. Perniagaan yang dijalankan mengikut
tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian.

c. Francaisi berhak untuk menggunakan cap
atau rahsia dagangan milik francaisor.

d. Francaisor mengenakan kawalan berterusan
kepada francaisi.

Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998

a. Francaisor bertanggungjawab untuk
memberikan bantuan kepada francaisi.

b. Francaisi akan membuat sesuatu bayaran
dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain
yang dipersetujui kepada francaisor.

c. Francaisor dan francaisi boleh menjalankan
aktiviti perniagaan secara berasingan.

Francaisor

- Merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal atas
jenama produk.

- Peranan Francaisor:
i. Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama,

sistem operasi dan format perniagaannya kepada
francaisi.
ii. Mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk
menyediakan “blueprint” atau petunjuk pelaksanaan
bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan
kepada francaisi.
iii. Membantu menyediakan khidmat latihan.
iv. Memberikan bantuan dalam bentuk ramuan khas
serta alatan dan perkakas.

Kelebihan Dan Kekurangan Perniagaan Francais Kepada Francaisor

Kelebihan Kekurangan

a. Dapat mengembangkan perniagaan a. Boleh menjejaskan reputasi
secara global. francaisor sekiranya francaisi tidak
memenuhi kualiti produk yang
b. Menikmati ekonomi bidangan dalam ditetapkan.
bentuk peningkatan dalam jumlah
sesuatu pengeluaran. b. Peningkatan dalam kos sokongan
operasi untuk francaisi.
c. Mekanisme yang berkesan bagi
menembusi pasaran baru. c. Kesukaran memilih francaisi yang
baik dan berdaya saing.
d. Berkongsi risiko dan tanggungjawab
dengan francaisi

e. Struktur pengurusan tidak begitu
besar – pengurusan outlet francaisi
dilakukan oleh francaisi sendiri.

Francaisi

- Merupakan syarikat yang membeli hak
kebenaran untuk menggunakan jenama
dengan francaisor.

- Ciri-ciri francaisi:

a. Untuk menjalankan aktiviti perniagaan
mengikut peraturan dan sistem piawaian
yang ditetapkan oleh francaisor.

b. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan
menyebabkan penamatan kontrak oleh
francaisor.

Kelebihan Dan Kekurangan Perniagaan
Francais Kepada Francaisi

Kelebihan Kekurangan

a. Memiliki dan menjalankan satu a. Perlu mengawal kualiti barang
perniagaan yang sistematik kerana boleh menjejaskan nama
baik francaisor
b. Reka bentuk yang seragam
c. Mendapat sokongan pengurusan b. Terikat dengan perjanjian francais
dan bergantung pada francaisor
daripada francaisor
d. Risiko kegagalan perniagaan rendah c. Tiada inovasi dan inisiatif sendiri
e. Jenama terkenal dan jaringan untuk majukan perniagaan

perniagaan yang lebih luas
f. Tidak perlu banyak pengalaman

dalam perniagaan

1.3 Bentuk-Bentuk Perniagaan

b. Usaha sama

- Merupakan satu perkongsian strategik antara dua
atau lebih individu atau syarikat dan mereka
bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan
barang atau perkhidmatan dalam jangka masa
tertentu.

- Tujuan usaha sama:

i. Untuk meningkatkan kedudukan syarikat,
perkongsian kepakaran dan menambahkan
keuntungan perniagaan pemilik.

Kelebihan dan Kekurangan Usaha Sama

Kelebihan Kekurangan

a. Membantu perniagaan untuk a. visi, dan misi yang berbeza antara
memperluas asas perniagaan pihak yang bergabung menyebabkan
berlakunya konflik
b. Dapat meningkatkan dana kewangan
dan tenaga kerja b. Perbezaan budaya dan cara
pengurusan yang berbeza dalam
c. Meningkatkan pengeluaran menjalankan sesebuah perniagaan
d. Mendapat teknologi baharu dan boleh membawa masalah kepada
pengurusan pada masa hadapan.
terkini dengan kerjasama dalam
pengeluaran
e. Mudah untuk mendapatkan bahan
mentah dan sumber-sumber lain
f. Harta individu, aset serta pegangan
dalam syarikat asal dikekalkan
g. Risiko dalam perniagaan dapat
dikongsi

1.4 Klasifikasi Perniagaan

- Merupakan penyusunan perniagaan dalam
sesuatu kelompok tertentu mengikut
kriteria yang telah ditetapkan.

a. Saiz

- Faktor penentuan saiz perniagaan:

i. Jumlah jualan tahunan

ii. Bilangan pekerja tetap

Klasifikasi Pengilangan Perkhidmatan
Saiz
Kecil JJT BPT JJT BPT

Sederhana RM300,000 5 hingga kurang RM300,000 5 hingga kurang
hingga kurang daripada 30
Besar hingga kurang daripadan75 daripada RM3 orang

daripada RM15 orang juta

juta

RM15 juta 75 hingga RM3 juta 30 hingga
hingga kurang kurang hingga kurang kurang
daripada RM50 daripada RM20
daripada 200 daripada 75
juta orang juta orang

RM50 juta dan 200 orang dan RM20 juta dan 75 orang dan

ke atas ke atas ke atas ke atas

a. Saiz

Dimensi Kecil Sederhana Besar

Kelebihan -Kos overhed yang -Mudah -Menikmati
lebih rendah ditubuhkan ekonomi
-Cepat menyelesaikan -Fleksibel bidangan
masalah dan rungutan -Semangat -Dapat
pelanggan berpasukan yang menguasai
-Fleksibel tinggi pasaran
-Kos upah yang rendah -Pelaporan -Wujud
kewangan syarikat pengkhususan
dirahsiakan

Kekuranga -Kos pengeluaran -Sukar -Komunikasi
n tinggi menyediakan kurang berkesan
-Kurang berdaya saing latihan -Birokrasi
-Sukar mendapat -Sukar untuk -Risiko kerugian
pekerja mahir dan memajukan kerjaya lebih besar
berpengalaman -Wujud jurang
-Kekurangan sumber hubungan
kewangan

a. Saiz

Dimensi Kecil Sederhana Besar

Cabaran -Masalah aliran tunai -Meningkatkan hasil -Ketidakpastian

-Bebanan kerja -Pengambilan pasaran

-Mengekalkan pekerja -Pengambilan

pelanggan lama dan -Undang-undang pekerja

mendapatkan dan peraturan -Meningkatkan

pelanggan baru kerajaan keuntungan

-Memotivasikan pekerja tahunan

-Kos overhed yang -Perundangan

tinggi peraturan

kerajaan

b. Sektor Perniagaan

Dimensi Sektor Utama Sektor Kedua Sektor Ketiga
Definisi (Primer) (Sekunder) (Tertier)

Contoh Meliputi semua Melibatkan Melibatkan aktiviti
aktiviti pemprosesan bahan membekalkan
pengekstrakan mentah untuk perkhidmatan
sumber semula jadi menghasilkan barang tertentu daripada
dengan siap atau barang pengeluar terus
mengeluarkan separuh siap. kepada pengguna.
bahan mentah atau
hasil alam semua Pembuatan dan Perkhidmatan
jadi dari bumi atau Pengilangan, awam,
laut. Kejuruteraan, perkhidmatan
pembekalan tenaga swasta dan
Perlombongan, dan pembinaan perkhidmatan
pertanian, sukarela atau
pembalakan dan kebajikan
perikanan


Click to View FlipBook Version