PENGGUNAAN KAEDAH OPIN DALAM STANDARD 1 (1.3.2) SKPMg2
Haznita Mohd Yusof
SK Tanjong Gemok, Rompin, Pahang
[email protected]
Abstrak
Kajian yang dijalankan bertujuan menambah baik amalan pengurusan pengoperasian Standard 1
SKPMg2, aspek 1.3.2 PGB menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah
secara profesional dan terancang menggunakan templat One Page Improvement Notes (OPIN) dalam
penulisan refleksi guru di SK Tanjong Gemok. Iaitu penggunaan templat pelaporan yang boleh diakses
menggunakan peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer peribadi. Satu saluran tindakan PGB
dalam usaha mencapai standard 1.3.2 SKPMg2, menerusi Tindakan Untuk Mencapai Standard
(TUMS) iaitu mendengar, menerima dan mengambil tindakan terhadap pandangan warga sekolah
berkaitan pemajuan sekolah dengan sikap terbuka, secara tekal, menyeluruh dan mengikut keperluan
atau kesesuaian. Templat perekodan OPIN mengandungi penulisan refleksi guru, cadangan
penambahbaikan, amalan sedia ada, sasaran dan tindakan selanjutnya. Melibatkan seramai 12 orang
guru SK Tanjong Gemok pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan menggunakan kaedah kualitatif
yang dianalisis secara diskriptif. Dapatan menunjukkan maklumat perekodan OPIN telah dijadikan
kajian tindakan oleh guru Matematik, Sains dan Pemulihan Khas SK Tanjong Gemok. Ini secara tidak
langsung menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan motivasi guru agar
lebih kritis dan sentiasa bersedia mengubah amalan sedia ada, dengan andaian bahawa guru
mempunyai keinginan untuk berubah ke arah penambahbaikan amalan profesionalisme. Juga
membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Kata kunci: SK Tanjong Gemok, guru, amalan, refleksi guru
PENDAHULUAN
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) merupakan satu alat pengurusan
sekolah iaitu sebagai panduan pengoperasian, mensasarkan impak yang dapat membantu
meningkatkan kualiti PdP dan kemenjadian. Para Pengetua atau Guru Besar (PGB) berperanan dalam
menggembleng dan menggerakkan warga sekolah dalam peningkatan kualiti PdP dan kemenjadian
yang menyeluruh.
SKPMg2 merangkumi 5 standard dan Standard 1 memfokuskan kepada kepimpimpinan PGB
sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong kepada warga sekolah. Justeru dalam pengoperasian
SKPMg2 Standard 1: Kepimpinan, Aspek Kualiti: 1.3 PGB sebagai pendorong, Standard Kualiti: 1.3.2
PGB mengalakkan warga sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah secara pfofesional dan
terancang, maka satu kaedah telah diwujudkan dalam merekod penambahbaikan amalan PdP
berdasarkan penulisan refleksi guru menggunakan templat perekodan One Page Improvement Notes
(OPIN).
Peluang dan ruang diwujudkan untuk guru berkolaborasi, berkonferensi dan melaporkan
dapatan dan hasil penambahbaikan. Usaha ini dijangka berkesan dengan andaian bahawa guru
mempunyai keinginan untuk berubah ke arah penambahbaikan amalan profesionalisme demi
menegakkan keadilan dan menyumbang kepada ekuiti pendidikan apabila guru merekodkan
penambahbaikan yang dijalankan berdasarkan penulisan refleksi PdP didalam templat OPIN dan turut
mencatat atau merekod isu dan fokus yang perlu ditambahbaik bertujuan memperbaiki amalan
pengajaran serta memperbaiki situasi pengajaran mereka. Secara tidak langsung mendorong guru
menjalankan kajian tindakan secara ansur maju kelak.
PENYATAAN MASALAH
Guru menulis refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas. Namun sejauhmana amalan
pengurusan pentadbir dalam pengoperasian Standard 1 SKPMg2 iaitu aspek 1.3 PGB Sebagai
Pendorong – PGB bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam
melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti diaplikasikan oleh Guru
Besar dalam memastikan penulisan refleksi guru dijadikan idea penambah-baikan PdP.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah secara umum untuk menambah baik amalan pengurusan Guru Besar dalam
pengoperasian Standard 1 SKPMg2, aspek 1.3 (1.3.2) - PGB menggalakkan warga sekolah memberi
input berkaitan pemajuan sekolah secara profesional dan terancang dengan memastikan guru SK
Tanjong Gemok menulis refleksi untuk tujuan penambahbaikan menggunakan template perekodan
OPIN. Dan secara khusunya memastikan penulisan refleksi guru yang dicatatkan ke dalam template
perekodan OPIN dapat digunakan sebagai penambahbaikan kualiti PdP guru.
PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya, persoalan kajian adalah bagaimana Guru Besar menambah baik amalan
pengurusan Standard 1 SKPMg2, aspek 1.3 (1.3.2) menggunakan kaedah OPIN dalam membantu
meningkatkan profesional guru menerusi penambahbaikan pdp berdasarkan penulisan refleksi yang
terancang
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini memilih Reka Bentuk Kajian Kurt Lewin (1946). Menurut Lewin, kajian tindakan
memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan
mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek
(reflecting). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning),
memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang
melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.
Proses kajian dijalankan berdasarkan empat elemen (i) Refleksi (reflect), (ii) Merancang (plan), (iii)
Bertindak (action) dan (iv) Memerhati(observe) iaitu:
a. Refleksi :
• PGB tidak menyediakan saluran komunikasi khusus berkaitan penambahbaikan
yang guru buat berdasarkan refleksi PdP mereka selaras dengan aspek kualiti
SKMPg2: Standard 1 (1.3.2).
• Guru-guru menulis refleksi selepas PdP dan ada yang telah membuat
penambahbaikan
• PGB tidak pernah menjalankan kajian tindakan dan tidak pernah mendorong guru-
guru menjalankannya
b. Merancang
• Menyediakan pelan pelaksanaan untuk mengatasi masalah atau isu berkenaan.
c. Bertindak
• Melaksanakan tindakan yang dirancang; temu bual, soal selisik,
pemerhatian, proses data, PLC dan penilaian serta tindak susul.
d. Memerhati
• Memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan (dapatan isu/ laporan kajian
tindakan).
Persampelan
Sampel terdiri daripada 12 orang guru SK Tanjong Gemok berdasarkan bilangan guru yang menulis
refleksi selepas PdP dan telah menjalankan penambahbaikan berdasarkan refleksi sebelum ini,
berminat menjalankan kajian tindakan serta bersedia menjalankan kajian tindakan
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah asas bagi memperoleh data bagi mencapai objektif kajian. Kaedah yang
digunakan ialah senarai semak, temu bual dan pemerhatian dianalisis secara deskriptif kualitatif
berkaitan perkara-perkara yang dikaji, kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada
proses.
DAPATAN KAJIAN
Semakan penulisan refleksi di link eRPH SK Tanjong Gemok. Menyemak penulisan refleksi 12 orang
guru kumpulan sasaran di http://bit.ly/sktg2020 . Semua guru yang berkaitan menulis refleksi di dalam
RPH pada 7hb April 2021.
Rajah 1. Bilangan guru yang menulis refleksi selepas PdP
Semakan dapatan soal selidik di Google Form https://forms.gle/cGeG8ziuTactt1R66
berkenaan dengan penambahbaikan yang mereka jalankan selepas merefleksi. Dan perkongsian
bersama rakan jika ada pada 7hb April 2021.
Rajah 2. Bilangan guru yang ada membuat penambahbaikan
.
Terdapat 43.8% yang pernah membuat penambahbaikan kemahiran sebelum ini, sebahagian
50.0% lagi sedang merancang manakala 6.2% tidak merancang dan tidak membuat penambahbaikan
kemahiran yang diajar. Dan semua guru tidak pernah merekod penambahbaikan mereka kecuali di
dalam refleksi dan pembentangan di Dialog Prestasi sekolah sahaja.
Semua sampel telah melengkapkan pengisian templat OPIN di google sheet mengikut helaian
guru berdasarkan templat panitia di pautan:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1TqIQy6QPLmQxfnzZAbCTw1M_6vwNSjlVrFHcs_bCKDw/e
dit?usp=sharing
i. Nama guru
ii. Refleksi PdP berdasarkan penulisan di RPH
iii. Fokus- menyatakan kemahiran/standard kandungan
iv. Tujuan-menambah baik amalan PdP
v. Amalan sedia ada-aktiviti/kaedah/Teknik sebelum ini
vi. Penambahbaikan-cara/aktiviti/penerangan ringkas
vii. Sasaran-kelas/kumpulan kecil/
viii. Catatan-dapatan jika ada/tindakan seterusnya
Pemerhatian untuk tujuan perkongsian di google site boleh diakses menerusi pautan
https://sites.google.com/view/sktanjunggemok/home
Rajah 3. Tangkap layar pengisian OPIN
Bilangan guru yang berminat menjalankan kajian tindakan berdasarkan semakan yang
dibuat. Peratusan guru SK Tanjong Gemok yang menyatakan berminat menjalankan kajian tindakan
ialah 70.2% (34 orang).
Rajah 4. Bilangan guru yang berminat menjalankan kajian tindakan
Bilangan guru yang bersedia menjalankan kajian tindakan. Berdasarkan dapatan kira-kira
78.7% (37 orang) guru SK Tanjong Gemok bersedia untuk menjalankan kajian tindakan.
Rajah 5. Bilangan guru yang bersedia menjalankan kajian tindakan
Berdasarkan senarai semak pengurusan panitia 2021, tiada penghasilan kajian tindakan
direkodkan pada tahun semasa dan sebelum ini.
Rajah 6. Bilangan panitia yang menyediakan kajian Tindakan
PERBINCANGAN
Templat ini boleh diakses menggunakan telefon pintar, tablet, komputer riba mahupun ‘desktop’ untuk
merekod dan mengemaskini rekod. Disimpan didalam ‘drive’ iaitu menerusi ‘google sheet’ dan dapat
dilihat paparannya menerusi ‘google site’ untuk tujuan perkongsian. Perekodan OPIN hampir selari
pengisian kandungannya dengan penggunaan kaedah One2Ten oleh Encik Mohd Azif bin Shukor,
Guru Cemerlang SMK Paya Rumput, Melaka.
Rajah 7. Paparan templat mengikut peranti
Justeru sebagai dorongan kepada guru dalam skop bimbingan pengoperasian Standard 1
SKPMg2 iaitu aspek 1.3 PGB Sebagai Pendorong – PGB bertindak sebagai pendorong untuk
meningkatkan motivasi warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-
sungguh dan berkualiti diaplikasikan oleh guru besar dalam memastikan penulisan refleksi guru
dijadikan idea penambah-baikan PdP seterusnya dibimbing menjalankan Kajian Tindakan.
Menurut Yee.C.S (2017), kegagalan guru dalam perancangan aktiviti PdP serta penilaian refeksi
kendiri atau kekuatan dan kelemahan murid akan menimbulkan pelbagai masalah. Maka salah satu
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan agar proses PdP berkualiti, maka
digalakkan para guru melaksanakan kajian tindakan. Badrul Hisham Alang Osman (2015) pula
menjelaskan bahawa refleksi adalah proses mengingat kembali pengalaman lalu yang telah dilalui,
memikirkannya, menganalisis, mempertimbang semula dan seterusnya membuat penilaian terhadap
pengalaman tersebut. Nor Sakinah Mohamad (2019) berpendapat usaha penambahbaikan sistem
pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan berterusan diharapkan dapat meningkatkan kualiti
dan skala inovasi dalam pendidikan yang boleh memberikan impak kepada masyarakat
keseluruhannya. Manakala menurut Syakirin Saulani (2021) Standard 1 SKPMg2 adalah khusus untuk
memastikan bahawa semua pemimpin sekolah melaksanakan perkaraperkara asas dalam disiplin
sekolah selain memastikan setiap daripada mereka menjalankan peranan sebagai peneraju,
pembimbing dan pendorong kepada warga sekolah dengan maksima seperti mana yang dinyatakan
dalam dokumen Standard 1 SKPMg2.
KESIMPULAN
Templat OPIN merupakan satu ‘tapak’ komunikasi dalam memberi bimbingan dan mengerakkan warga
sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah dengan menyediakan saluran komunkiasi secara
terbuka dan fleksible mengikut keperluan dan kesesuaian, mendengar pandangan dan bersikap
terbuka serta mengambil pandangan dan maklumbalas mengikut kesesuaian untuk pemajuan sekolah
dapat dijalankan selari dengan skop bimbingan PGB sebagai pendorong standard kualiti 1.3.2.
Guru merekodkan penambahbaikan yang dijalankan berdasarkan penulisan refleksi PdP
didalam templat OPIN dan turut mencatat atau merekod isu dan fokus yang perlu ditambahbaik
bertujuan memperbaiki amalan pengajaran serta memperbaiki situasi pengajaran mereka. Secara tidak
langsung mendorong guru menjalankan kajian tindakan secara ansur maju kelak. Penggunaan keadah
OPIN dalam penulisan refleksi guru secara tidak langsung telah:
a.Mewujudkan satu saluran tindakan PGB dalam usaha untuk mencapai standard 1.3.2
SKPMg2 iaitu Standard 1 SKPMg2 Kepimpinan merujuk kepada pernyataan standard iaitu
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya
menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan
sekolah dan meningkatkan kualiti PdP. Aspek 1.3 pula PGB sebagai pendorong menerusi
kriteria PGB bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam
melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti. Standard Kualiti
1.3.2 merangkumi PGB menggalakkan warga sekolah memberi input secara terancang. Dan
Tindakan Untuk Mencapai Standard (TUMS) adalah mendengar, menerima dan mengambil
tindakan terhadap pandangan warga sekolah berkaitan pemajuan sekolah dengan sikap
terbuka, secara tekal, menyeluruh dan mengikut keperluan atau kesesuaian.
b.Guru dapat mengenalpasti isu menerusi refleksi mereka dengan lebih jelas dalam usaha
menjalankan penambahbaikan PdP apabila fokus isu, amalan sedia ada sebelum ini yang perlu
disesuaikan, tujuan dijalankan penambahbaikan dan aktiviti atau tindakan penambahbaikan
dicatat pada satu ruang yang sama seperti rajah dibawah.
Rajah 8 (i). Guru dapat mengenalpasti isu dengan jelas
Rajah 8 (ii). Guru dapat mengenalpasti isu dengan jelas
Menurut Badrul Hisham Alang Osman (2015), untuk menghasilkan refleksi yang baik,
seseorang itu perlu berfikiran terbuka, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab secara
intelek bagi melihat dan menganalisis masalah daripada pelbagai perspektif yang berbeza.
c.Terdapat tiga guru yang telah menjalankan Kajian Tindakan dan dua daripada mereka
terlibat ke kolokium Kajian Tindakan daerah dan negeri. Enam orang sedang dalam bimbingan
ke arah menjalankan Kajian Tindakan. Menurut Kalai Selvan Arumugham (2019), Kajian
Tindakan merupakan satu medan perkongsian dalam kalangan guru-guru untuk berkongsi
idea-idea yang telah diketengahkan melalui kajian.
Rajah 9. Catatan salah seorang guru di OPIN (sedang menjalankan kajian tindakan)
Berdasarkan Laporan Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan IAB (2015),
budaya menulis masih menjadi masalah kepada segelintir para pendidik kita bagi menghasilkan Kajian
Tindakan atau apa sahaja bentuk penulisan ilmiah. Justeru dengan kaedah OPIN, diharap membuka
peluang dan ruang secara ansur maju kepada guru menjalankan Kajian Tindakan.
Dalam kajian akan datang, saya merangkakan satu pelaksanaan saluran tindakan PGB untuk
mencapai standard 1.3.1- PGB Sebagai Pembimbing, PGB bertindak sebagai pembimbing untuk
meningkatkan kecekapan individu dan kualiti pengurusan sekolah.
RUJUKAN
Arumugham, K. S. (2019). Kajian Tindakan: Kearah Amalan PdPc Berkesan. Persidangan Pengetua-
Pengetua Negeri Kedah, (p. 6).
Institut Aminudin Baki. (2011). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Kajian Tindakan.
Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan SKPMg2 . Retrieved from Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) 2018:
https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/skpmg2-2018
Mohd Azif Shukor Nor Azmidy Ismail. (2021). Penulisan Kajian Tindakan Kaedah One2Ten.
Md Said bin Md Daiman. (2018). Panduan Pelaksanaan Program Bimbingan Di Sekolah Berasaskan
SKPMg2. Majlis Perhubungan PPD Negeri Johor.
Norashikin Abu Bakar Ramli Basri & Foo Say Fooi. (2015). Hubungan Kepimpinan Guru dan
Pencapaian Akademik Pelajar. International Journal Of Education and Training , 11.
Nor Sakinah Mohamad (2019). Penambahbaikan Prestasi Melalui Pemahaman Pengajaran da
Pembelajaran ke Arah Inovasi dan Amalan Terbaik. ASEAN Journal of Teaching and
Learning For Higher Education, 11.
Osman, B. H. (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21
(Pensyarah) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Syakirin Saulani. (2021). Tahap Pematuhan Standard 1 SKPMg2 dalam kalangan Guru Besar
Terhadap Motivasi Guru di Negeri Johor. Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 6.
Suliman Melan, Md Rahaimi Rashid, Nik Mohd Fakhrudin Nik Ab Rahman, Muhad Khairiltitov
Zainudin & Jefferi Idris. (2015). Meningkatkan Penghasilan Kajian Tindakan Dalam Kalangan
Pemimpin Sekolah Melalui Portal E-Pembelakaran (eP). Institit Aminudin Baki.
Yee, C. S. (2015). Coaching dalam Pelaksanaan Kajian Tindakan oleh Guru Sekolah. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan, 282.