NAMA KAD MATRIK
16DKM19F2017
MOHAMAD ZHAFRAN ARIFF BIN
MOHAMAD ZAILANI 16DKM19F2005
MUHAMAD AKMAL BIN AHMAD
Peristiwa 13 Mei (apakah tragedi 13 mei?)
• Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia.
• Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah
mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang
rapat dengan Pilihan Raya 1969.
• Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
• Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama
sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di
Malaysia.
• Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soalsoal
sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
• Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
•
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam
Pilihan Raya 1969.
• Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun
1969.
• Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
• Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa
Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12
kerusi.
• Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan
partiparti yang ditunjangi oleh kaum Cina.
• Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi
oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN
• Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada
10 Mei 1969.
• Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cinatelah
menang besar di kawasan Batu , Selangor.
• Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti
tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor .
• Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur.
• Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung
Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu
yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan
pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu,
Dato' Harun Idris.
• Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.
• Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka
akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.
• Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang amat negative -
sial.
• Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu
di tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
• Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis.
• Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan
raya dengan menghina Melayu.
• Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan
terhadap orang Melayu semasa perarakan.
• Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
• UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
• Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari
kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
• Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda
Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
• Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba
mententeramkan keadaan.
• Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan
parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun
Idris untuk mengamuk .
• Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari
parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Malah ada pendapat yang
mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan
kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk menghina dan menghapuskan orang-
orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat ketara
ketika itu.
• Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak
, hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.
• 4.00 petang. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsikongsi
gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar
Kuala Lumpur.
• Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai
senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem
lama Cina.
• Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh
keluar dari rumah.
• Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer
lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
REGIMEN RENJER
• Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer
ambil alih.
• Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut
menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin
meradang.
• Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang
mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri
mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer.
• Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
ASKAR MELAYU
• Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
• Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul
Rahman masih terus terbakar.
• Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu
turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.
Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
• Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan
dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman
televisyenbeberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong
kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila
sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!
PANGGUNG ODEON
• Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah
bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur.
• Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan
bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina.
• Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak
semakin ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina
keluar dari panggung tersebut. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai
yang mati.
• Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
• Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati.
Beliau masih hidup hingga sekarang.
• Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah
orangorang Melayu mulai bertindak balas.
• Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas
pagar.
• Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala
Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak
disangka-sangka pada 13 Mei itu.
• Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas
jalan.
• Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat.
• Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat
tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
• Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal.
• Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut.
• Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang
pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru
ketika itu.
• Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di
Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri
Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di
Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
ANGKA KORBAN
• Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan.
211 kenderaan musnah.
• Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.
DI MANA TUNKU
• Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star
meraikan kemenangan beliau di sana .
• 6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
• Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam
tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.
• Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi
orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei
1969.
• Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika
tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.
MAGERAN
• Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan
Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.
• Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul
Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.
• Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay
Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada pendapat yang mengatakan
Dr Mahathir adalah antara perancang utama tragedy berdarah 13 Mei 1969.
• Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya
memburukburukkan Tunku Abdul Rahman.
• Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi
mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti
Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah
diciptakan.
• Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia
tidak menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969
merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di
tanah air mereka sendiri.
• Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula
kepada kerajaan yang memerintah.
• Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk
bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
• Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
• Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah
dilaksanakan.
• Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran
semula.
Ringkasan Peristiwa 13 Mei
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan
Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang
pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang
dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.
Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei?
Tunku Abd. Rahman telah menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan
bertanggungjawab berlakunya peristiwa tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr. Ismail Menteri Dalam
Negeri ketika itu mengatakan bahawa demokrasi telah mati di negara ini. Demokrasi mati di tangan
parti-parti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini. Laporan Majlis
Keselamatan Negara (9 Okt. 1969) berpendapat bahawa peristiwa ini terjadi akibat peranan yang di
mainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di samping beberapa faktor yang
lain. Walau apa pun sebabnya peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di
negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu
memakan korban yang besar iaitu seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera. Walau
bagaimanapun pihak polis dengan bantuan tentera berjaya mengawal keadaan daripada terus
berpanjangan.
Bila keadaan kekacauan seperti ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memulihkan
keadaan dan mengwujudkan kestabilan swam. Dalam melaksanakan tugas untuk mengamankan
negara semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu, PDRM berjaya memainkan peranannya dengan
berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan dan kecekapan anggota-anggotanya bertindak
tetapi lebih penting ialah cara tindakan mereka yang tidak berat sebelah, yang adil dan saksama.
Apabila keadaan pulih seperti sediakala, pasukan polis menerusi Cawangan Khas terus bertindak
dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan penentangan
dan pergaduhan antara kaum. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh polis untuk memupuk
perpaduan dengan berusaha menghindar tercetusnya krisis bercorak perkauman tidak pernah
dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti berkesan sekali.
Dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang bercorak perkauman yang boleh mencetuskan
pengeseran antara kaum, PDRM bertindak berhati-hati. Pertama, sesuatu isu itu di selesaikan dengan
rundingan dan nasihat. Kedua PDRM terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan
bahawa sesuatu isu itu tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak
perkauman.
Di samping pelampau perkauman, negara juga berhadapan dengan ancaman pelampau politik dan
keagamaan. Pihak polis tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat hak dan kebebasan politik
dan keagamaan seseorang warganegara. Apa yang diberi tumpuan ialah tindak tanduk sesaorang
individu atau kumpulan yang memperalatkan politik atau agama untuk mencetuskan pergolakan atau
menimbulkan pertentangan atau krisis hingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta
keselamatan negara.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan di stadium Jalan Raja Muda
Rumah dan kedai hangus dibakar oleh penunjuk perasaan semasa peristiwa 13 Mei
Anggota Pasukan Simpanan sedang melakukan rondaan di kawsan yang berlaku rusuhan.
Sekatan jalanraya diadakan bagi menyekat merebaknya rusuhan
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan
Jalanraya menjadi sesak berikutan rusuhan kaum 13 Mei