The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYAFIQAH NASUHA BT MOHD JAMIL IPG-Pelajar, 2023-10-18 12:34:09

TUGASAN 3 : PERANCANGAN PROGRAM

GAYA HIDUP SIHAT (GHSS3013)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2020) GAYA HIDUP SIHAT GHSS3013 NAMA PELAJAR AISYAH MUNIRAH BINTI MOHD KHUSAIRI SHARIFAH ANIS AZYYATI BINTI TUAN PAIL SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL ANGKA GILIRAN 2020192340001 2020192340058 2020192340018 NO. KAD PENGENALAN 011205110056 000708110310 010707010974 KUMPULAN/UNIT PISMP F1 PISMP F3 KOD DAN NAMA KURSUS GAYA HIDUP SIHAT (GHSS3013) NAMA PENSYARAH MISS TAN YAN IM TAJUK TUGASAN TUGASAN 3 : PERANCANGAN PROGRAM TARIKH HANTAR 19 OKTOBER 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROGRAM KESEDARAN “LET’S TALK : MINDA SIHAT” TARIKH 21 OKTOBER 2023 ANJURAN PELAJAR ELEKTIF GAYA HIDUP SIHAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR


1.0 PENGENALAN Program Minda Sihat merupakan salah satu inisiatif untuk memberikan bimbingan dan kaunseling terhadap kesejahteraan mental secara menyeluruh. Program ini dirangka khusus kepada pelajar di Institut Pendidikan Guru untuk meningkatkan kefahaman mengenai masalah kesihatan mental yang berkemungkinan berlaku dalam kalangan guru pelatih. Program ini berupaya menjelaskan solusi apabila menangani masalah yang melibatkan gangguan emosi dan kecelaruan minda. Selari dengan tema “Mindaku Ceria, Hidupku Bahagia”, pelaksanaan program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan amalan gaya hidup sihat yang dapat melahirkan individu yang mempunyai sifat bertanggungjawab dalam memelihara kesihatan minda masing-masing. 2.0 PROGRAM LET’S TALK : MINDA SIHAT Program yang dianjurkan ini adalah bersempenakan Hari Mental Sedunia yang diadakan pada 10 Oktober pada setiap tahun. Dengan bertemakan “Mindaku Ceria, Hidupku Bahagia”, para peserta akan didedahkan dengan cara penjagaan kesihatan mental yang meliputi kesejahteraan jiwa dan emosi. Program ini dapat menggalakkan ‘self awareness’ dalam kalangan guru sebagai persediaan untuk mengharungi dunia sebenar profesion keguruan akan datang. Hal ini kerana, ketenangan akal dan fikiran bakal-bakal pendidik amat penting supaya dapat membuahkan akal fikiran yang bernas lagi bermutu. 3.0 TUJUAN PROGRAM Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bakal guru tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental. Selain itu, program ini juga bertujuan menambahkan pengetahuan dan kesediaan guru dalam pengurusan stres yang dapat menjamin perkembangan psikososial individu yang lebih stabil. 4.0 RASIONAL PROGRAM Program kesedaran mental adalah merupakan suatu inisiatif yang dilaksanakan dengan bertunjangkan kepada satu matlamat utama, iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat khususnya kepada guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu tentang aspek-aspek kesihatan mental. Kesedaran mental adalah satu elemen yang krusial dalam menangani masalah kesihatan mental di samping dapat mengurangkan stigma yang berkaitan dengan penyakit mental. Program Let’s Talk : Minda Sihat adalah sebuah program kesedaran mental yang memberikan peluang kepada masyarakat khususnya para guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu untuk memahami isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental termasuklah gejala-gejala gangguan mental, cara-cara pengenalpastian masalah kesihatan mental, serta sumber-sumber bantuan yang tersedia. Perkara ini akan


menyebarluaskan kesedaran bahawa masalah kesihatan mental adalah masalah sebenar yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina atau latar belakang sosial. Justeru, program Let’s Talk : Minda Sihat adalah langkah penting dalam membina masyarakat khususnya guru-guru yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesihatan mental. Program ini akan membantu mengurangkan stigma, menyediakan sumber-sumber maklumat dan membina kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental yang pada gilirannya dapat menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup individu dan masyarakat secara keseluruhannya. 5.0 MATLAMAT PROGRAM Melahirkan individu yang dapat mengenal pasti tanda-tanda menghadapi kemurungan, kerisauan dan stres seterusnya berkebolehan menentukan tindakan dan intervensi yang bersesuaian dengan keadaan diri serta mampu mengekalkan kelakuan yang positif dan tidak membahayakan diri sendiri. 6.0 OBJEKTIF PROGRAM Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah seperti berikut : • Memberikan pengetahuan asas dan pendidikan kepada orang ramai khususnya dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental dan kepentingannya. • Meningkatkan pengetahuan terhadap pengesanan dan pencegahan penyakit mental. • Mempertingkatkan kesedaran tentang kesihatan mental untuk menjana kesihatan global yang baik dari peringkat kanak-kanak, dewasa sehingga ke usia emas. • Memperkasakan pelatih guru untuk menangani stres dan cabaran kehidupan masa kini dalam pendidikan. • Mengurangkan tanggapan dan stigma negatif berkaitan dengan penyakit mental. 7.0 PERINCIAN PROGRAM Berikut merupakan perincian pelaksanaan program dari segi tarikh, masa, tempat serta penceramah yang terlibat; 7.1 TARIKH, MASA, TEMPAT DAN PENCERAMAH Tarikh : 21 Oktober 2023 Masa : 8.30 - 10.00 pagi Tempat : Platform Google Meet


Penceramah : Cik Iffah Nabilah binti Abdullah Hassan Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang Program Let’s Talk : Minda Sihat: Bil. Aktiviti yang Dirancang AJK Pelaksana 1. Program Let’s Talk : Minda Sihat AJK Program 2. Kuiz Kesihatan Minda AJK Program 7.2 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh guru pelatih tahun akhir elektif Gaya Hidup Sihat (GHSS3013) IPG Kampus Bahasa Melayu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2020 di bawah major Bahasa Melayu. 7.3 KUMPULAN SASARAN Program ini menyasarkan sekurang-kurangnya 20 orang pelajar dari pelbagai institusi pendidikan amnya kepada guru pelatih dari IPG Kampus Bahasa Melayu. 7.4 TENTATIF PROGRAM Hari Masa Acara Sasaran Lokasi Sabtu 21/10/2023 8.30 - 9.30 malam 9.30 - 9.45 malam Program Let’s Talk : Minda Sihat Kuiz Kesihatan Minda Peserta Google Meet (atas talian) 8.0 CADANGAN CARTA ORGANISASI 9.1 JAWATANKUASA INDUK Rujuk Lampiran 1


9.2 JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk Lampiran 2 9.0 PERBELANJAAN 9.1 SUMBER KEWANGAN Bil. Sumber Kewangan Jumlah 1. Sumbangan Ahli Jawatankuasa Program Let’s Talk : Minda Sihat RM60 Jumlah RM60 9.2 ANGGARAN PERBELANJAAN Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi Program Let’s Talk : Minda Sihat. Bil. Item Harga Seunit Bilangan Item Jumlah 1. Sijil Penyertaan (e-Sijil) RM0.00 20 RM0.00 2. Buku Nota (Hadiah Kuiz) RM5.00 5 RM25.00 3. Bayaran Penceramah RM35.00 1 RM35 Jumlah RM60 10.0 IMPLIKASI Program ini dilaksanakan secara maya atau atas talian iaitu menggunakan pelantar Google Meet. Keberadaan peserta adalah tidak ditetapkan secara khusus iaitu peserta telah disarankan untuk menyertai program minda sihat ini di tempat tinggal masing-masing Program ini secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada setiap peserta untuk mengakses video rakaman yang telah dikongsikan pada bila-bila masa agar dapat mendengar semula perkara yang telah diketengahkan oleh penceramah jemputan serta menjawab kuiz yang menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Malah, peserta dapat menyimpan atau berkongsi pautan ceramah di media massa yang lain bagi meluaskan lagi penyebaran maklumat dan pengetahuan berilmiah yang telah diperolehi melalui program “Lets Talk: Minda Sihat”.


11.0 SYOR Diharapkan Program Let’s Talk : Minda Sihat dapat dijalankan dengan jayanya sekali gus dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti kesedaran kesihatan mental seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga usaha murni ini dapat mendapat sokongan daripada semua pihak sekali gus memanfaatkan sepenuhnya kepada guru-guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu. Disediakan oleh, Tarikh : 16 Oktober 2023 ……………………………… (SYAFIQAH NASUHA BINTI MOHD JAMIL) Setiausaha Program Let’s Talk : Minda Sihat IPG Kampus Bahasa Melayu. Disemak oleh, Tarikh : 16 Oktober 2023 ……………………………… (AISYAH MUNIRAH BINTI MOHD KHUSAIRI) Penolong JK Program Let’s Talk : Minda Sihat IPG Kampus Bahasa Melayu. Disahkan oleh, Tarikh : 16 Oktober 2023 ……………………………… (SHARIFAH ANIS AZYYATI BINTI TUAN PAIL) Ketua JK Program Let’s Talk : Minda Sihat IPG Kampus Bahasa Melayu.


12.0 RUJUKAN Intan Nurhaila Meor Safari et al. (2011). Tahap Pengetahuan Mengenai Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Kajian Kes di UKM, Bangi. Jurnal Personalia Pelajar, Bil. 14. 37-44. Manak Ek Klai & Farhana Kamarul Bahrin. (2020). Kesedaran Tentang Masalah Kemurungan dalam Kalangan Guru. Malaysian Journal of Society and Space, 16, Issue 4. 273-284. Noriati Abdul Rashid, Keok Cheong Lee, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn Bhd. Nurul Hidayah Tuah & Wan Muna Ruzanna Mohammad. (2023). Kesan Tekanan Terhadap Kesihatan Mental Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Luar Bandar Selepas Pandemik Covid 19. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 5, No. 1. 98-112. Sakinah Salleh, Rosni Wazir, Kamal Azmi Abd Rahman, Suriani Sudi, Abdul Hadi Awang & Auf Iqbal Kamarulzaman. (2022). Mengatasi masalah kesihatan mental melalui pendekatan psiko spiritual. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7 (47). 601-615. Shamsudin, S. & Chee Hong, K.T. (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 14(1). 11-16. Siti Nur Ain binti Rembli, Norazlina binti Ripain & Marhaini binti Abdul Ghani. (2020). Tekanan Pekerjaan dan Kesihatan Mental Guru. Proceeding of the 7th International Conference on Management and Muamalah. 412-419. Siti Raba’ah Hamzah & Nur Salihah Min Athaha. (2022). Hubungan Faktor Psikososial dan Tahap Kesihatan Mental Pelajar Universiti Semasa Pandemik Covid-19. International Journal of Education and Training (InjET), 8(2). 1-9.


13.0 LAMPIRAN LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA INDUK “LET’S TALK : MINDA SIHAT” JAWATAN AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT CIK TAN YAN IM (Pensyarah Kursus Gaya Hidup Sihat) PENGERUSI Sharifah Anis Azyyati binti Tuan Pail (Ketua JK Program “LET’S TALK : MINDA SIHAT”) NAIB PENGERUSI Aisyah Munirah binti Mohd Khusairi (Penolong JK Program “LET’S TALK : MINDA SIHAT”) SETIAUSAHA Syafiqah Nasuha binti Mohd Jamil (Setiausaha Program “LET’S TALK : MINDA SIHAT”) BENDAHARI Intan Nazura binti Tarmizi (Bendahari Program “LET’S TALK : MINDA SIHAT”)


LAMPIRAN 2 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM “LET’S TALK : MINDA SIHAT” JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA JK URUSETIA Norlailatul Munirah binti Zoldi Nur Fasehah binti Baharuddin JK HADIAH Norliyana binti Mat Radi Nursyiffa Nadhirah binti Saffarin JK DOKUMENTASI Nurliyana Wahida binti Mohamad A’liah binti Bakar JK SIARAYA Nurul Wajihah binti Mohamad Nabilah Adibah binti Jamil JK KUIZ Nurul Atiqah binti Mustafa Noraidil Nadhirah binti Ahmad JK KEHADIRAN Mimi Nur Humaira binti Lutfi Muhammad Hazimi Nazri bin Jamil JK DISIPLIN & KEBAJIKAN Muhammad Syabil Haziq bin Ahmad Muhtawa Adidah binti Alif JK PERSIAPAN Rabiatul Adawiyah binti Dahari Nurin Fathiah binti Roslie JK PUBLISITI Muhammad Amirul Aiman bin Saat Nur Ain binti Zawawi


BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PROGRAM “LET’S TALK : MINDA SIHAT” BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. PENGERUSI Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan pelaksanaan program dan rancangan yang diatur oleh jawatankuasa 2. NAIB PENGERUSI Mengawasi dan menentukan segala program atau perancangan berjalan dengan baik sebagaimana yang dirancang di peringkat jawatankuasa 3. SETIAUSAHA Menyediakan kertas kerja serta mengambil tindakan sebagaimana yang telah diputuskan oleh jawatankuasa 4. BENDAHARI Bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam program 5. AJK DISIPLIN & KEBAJIKAN Mengatur kemasukan pelajar ke dalam program dalam waktu yang ditetapkan 6. AJK HADIAH Menyediakan sijil dan hadiah untuk para pelajar 7. AJK SIARAYA Mengurus permasalahan yang berkaitan teknikal program dan ICT 8. AJK DOKUMENTASI Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program 9. AJK PUBLISITI Menyediakan poster untuk mempromosikan program 10. AJK KUIZ KESIHATAN Menyediakan soalan-soalan kuiz 11. AJK PERSIAPAN Menyediakan dan memastikan tempat program berjalan lancar sehingga tamat 12. AJK KEHADIRAN Menyediakan pautan kehadiran dan membuat rumusan kehadiran pada akhir program 13. AJK URUSETIA Menyediakan segala keperluan pelaksanaan program


Click to View FlipBook Version