The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liza_cnge83, 2018-12-15 23:06:14

LAPORAN_WATIKAH PELANTIKAN

LAPORAN_WATIKAH PELANTIKAN

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Majlis Watikah Pelantikan
i. Pengawas PSS
ii. Pengawas Sekolah
iii. Ketua Darjah
iv. Penolong Ketua Darjah

2. Tarikh : 22 Januari 2018

3. Hari / Masa : Isnin / Perhimpunan Rasmi

4. Tempat : Dewan Terbuka

5. Objektif :

i. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan

tugas dengan baik.
ii. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang

terpilih

6. Sasaran :
i. Pengawas PSS : 20 orang murid
ii. Pengawas Sekolah : 25 orang murid
iii. Ketua Darjah : 8 orang murid
iv. Penolong Ketua Darjah : 8 orang murid

7. Butiran aktiviti :

7.1 Perhimpunan rasmi pagi dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibaca

oleh Ustaz Muhamed Dzia bin Ahmad Kamarudin bagi menyempurnakan

majlis.

7.2 Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu wajib oleh semua warga SK Kota.
7.2.1 Lagu Negaraku
7.2.2 Lagu Negeri Sembilan
7.2.3 Lagu Rasmi Sekolah
7.2.4 Lagu ‘Aku Negaraku’

7.3 Majlis watikah Pelantikan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Guru
Besar SK Kota, Encik Baharom bin Alias.

7.4 Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil watikah pelantikan
kepada semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah.
Penerimaan watikah ini dimulai dengan ketua – ketua kelas dan penolong
ketua kelas, pengawas PSS dan diakhiri pengawas sekolah.

7.5 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas Sekolah
iaitu saudara Muhammad Danial bin Ahmad Kamal.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

8.1.1 Majlis watikah ini telah di sempurnakan oleh tuan guru besar sendiri.

8.1.2 Majlis watikah pelantikan ini berjalan dengan lancar dengan

kehadiran kesemua penerima watikah.

8.2 Kelemahan Program :

8.2.1 Mengikut takwin sekolah, Majlis watikah pelantikan ini sepatutnya

dilaksanakan pada minggu kedua persekolahan tetapi terpaksa
ditangguhkan pada minggu keempat atas sebab – sebab yang tidak

dapat dielakkan.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :
8.3.1 Pusat Sumber Sekolah mencadangkan supaya menjemput pegawai
PKG Kota bagi menyempurnakan watikah pelantikan kepada
pengawas PSS yang dilantik.
8.3.2 Pusat Sumber sekolah juga mencadangkan, bacaan ikrar bukan
hanya diketuai oleh ketua pengawas sekolah sahaja, tetapi bersama
– sama penolong ketua pengawas sekolah, ketua pengawas PSS
serta penolongya.

9. Dokumentasi Bergambar : Rujuk Lampiran 1

LAMPIRAN 1
BARISAN PENGAWAS SEKOLAH SK KOTA SESI 2018
BARISAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SK KOTA SESI 2018

PENYAMPAIAN WATIKAH KEPADA PENGAWAS SEKOLAH SESI 2018

PENYAMPAIAN WATIKAH KEPADA PENGAWAS PSS SESI 2018

PENYAMPAIAN WATIKAH KEPADA KETUA KELAS & PENOLONG KETUA
KELAS SESI 2018

BACAAN IKRAR OLEH KETUA PENGAWAS SEKOLAH SESI 2018


Click to View FlipBook Version