The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zielaon, 2022-02-17 22:43:43

Anugerah

Anugerah

UCAPAN PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat pagi, Salam Sejahtera,
Yang Dimuliakan Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG
Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Guru-guru, Yang diraikan para penerima anugerah, Ibu bapa, hadirin dan hadirat
sekalian.

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi ini kita dapat berkumpul bersama-sama walaupun secara atas talian bagi
memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang khusus dalam bidang kokurikulum dan sukan sepanjang tahun 2021.
Sesungguhnya majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian
lama dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda. Saya mengambil kesempatan ini
mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah
untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan walaupun kita sedang berhadapan dengan pendemik Covid 19.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda kerana majlis ini adalah
kemuncak kepada pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian dan sumbangan pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum dan
sahsiah. Matlamat kecemerlangan sekolah perlulah sentiasa kami pertingkatkan selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara.
Sebagai pengetua, saya bersama-sama warga pendidik sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang berdaya saing global. Kita mahu
pelajar kita mengambil bahagian dalam pertandingan dan aktiviti di peringkat antarabangsa samaada secara bersemuka atau secara atas
talian.

UCAPAN PENGETUA

Sambungan…

Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebentar nanti kita akan sama-sama saksikan para pelajar serta guru penasihat akan menerima anugerah masing-masing

sebagai tanda pengiktirafan pihak sekolah terhadap sumbangan yang telah diberikan.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua
penerima, semoga dengan pengiktirafan ini akan memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah untuk bekerja keras
bagi menaikkan nama SMK Dato’ Abu Bakar Baginda di persada antarabangsa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Di kesempatan ini juga sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Effandi Nazila Bin Abdullah

kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada pagi ini. Kepada ahli jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Kokurikulum
dan Sukan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda 2021, terima kasih daun keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan
dikenang sampai bila-bila.

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungkan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman

Sekian sahaja ucapan saya.
Wabillahi taufiq wal hidayah…Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hjh Zarinah binti Md Hassan
PENGETUA SMKDABB

UCAPAN PERASMI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih Pengacara Majlis.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Apresiasi
Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda sesi 2021 pada kali ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang
diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan merupakan satu majlis khas untuk meraikan
pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang kokurikulum dan sahsiah diri. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini.

Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut akan menyuntik
semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha yang ditunjukkan oleh warga sekolah yang telah bersungguh-sungguh menjayakan
majlis anugerah ini. Sesungguhnya anugerah seumpama ini telah memberi peluang terbaik kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak pengurusan
sekolah untuk mempamerkan keupayaan dan kemampuan sebenar pelajar-pelajar kita untuk meraih gelaran di peringkat sekolah, negeri dan
kebangsaan serta antarabangsa. Mencari dan memberi anugerah kepada “Best of the best” sudah pastinya sukar bagi jawatankuasa penilaian. Hanya
orang yang benar-benar layak sahaja akan menerima ganjarannya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Kita perlu merealisasikan inspirasi negara melalui dasar 1 Murid 1 Sukan bagi memacu kecemerlangan pelajar secara holistik berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (JERI) iaitu kekuatan jasmani, kestabilan emosi, keutuhan dari aspek rohani dan kematangan intelektual. Pandemik Covid-19
yang melanda kita tidak menjadi halangan untuk terus cemerlang.

UCAPAN PERASMI

Sambungan..

Seperti yang kita semua sedia maklum juga, para pelajar merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara kerana Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka
dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dari segi keberhasilan dalam kegiatan kokurikulum dan perkembangan yang tinggi
dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Hadirin ,
Saya juga percaya sambutan majlis pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar

terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa
akan datang.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan menerima anugerah dan hadiah
nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai
bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita
boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.
Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan
berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan. Hal ini tidak terkecuali dengan perubahan semasa, yang mana guru dan pelajar hanya dapat
berinteraksi secara atas talian.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang
cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten
dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut
musim. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti boleh berada di posisi
kejayaan yang sama pada tahun akan datang.

UCAPAN PERASMI

Sambungan..

Akhir sekali, saya berharap anugerah yang diterima akan menjadi pendorong dan perangsang kepada murid-murid manakala guru guru pula
perlu terus berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui kerjasama padu berteraskan semangat ‘espirit de corps’ sebagai tonggak
kejayaan organisasi. Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak kerana berjaya
menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda tahun 2021.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada gurindam ini;

Jika murid mendengar kata
Tidak guru berkata cela
Jika saling bekerjasama
Tidaklah kelak berdukacita

Jika kita seia sekata
Tiada timbul sengketa
Jika seiring kita berusaha
Pasti semua akan berjaya

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi
Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda tahun 2021.
Sekian, wassalam.

Tn. Hj. Effandi Nazila Bin Abdullah
YDP SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

Aturcara Majlis

• Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor &

Lagu Sekolah
• Bacaan doa
• Ucapan alu-aluan Puan Pengetua
• Ucapan perasmi YDP PIBG
• Montaj majlis
• Penyampaian sijil, plak & hadiah
• Majlis bersurai

Ajk Induk

Pengerusi : Pn Hjh Zarinah binti Md Hassan (Pengetua)
Timbalan Pengerusi I : Tn Hj Mohamad Shamshul bin Mohd Shahid (Pk Koko)
Timbalan Pengerusi II : Pn Norfarani binti Mat Isa (Pk Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : En. Mustafa Kamal bin Mahsurom (Pk Hem)
Naib Pengerusi II : Pn Nora binti Sumairi (Pk Petang)
Naib Pengerusi III : Pn Rasidah binti Ismail (Pk PPKI)
Setiausaha : Pn Nursaadah binti Jailani
AJK : Pn Adlin Premla a/p Vincent Ramesh (GKMP)

Pn Norazlinda binti Abdullah (GKMP)
Pn Rashidah binti Ab. Latib (GKMP)
Pn Halimah binti Raja’ee (GKMP)

Ajk Pelaksana

AHLI AHLI JAWATANKUASA NAMA
JAWATANKUASA
NAMA

PANEL PENILAI PN ZARINAH BINTI MD HASSAN (KETUA) BAHAN GAMBAR DAN PN RUZMITA BINTI SHAFIEI
TN HJ MOHD SHAMSHUL BIN SHAHID BIODATA PENERIMA
PN NURSAADAH BINTI JAILANI ANUGERAH DATO’ ABU EN. MOHD AMIRUL ‘AZZIM BIN AMINUDDIN
EN. MOHD BAKRILEH BIN AMINUDDIN BAKAR BAGINDA EN. WAN RIZALMI BIN WAN HANAFI
PN SITI RAHIMAH BINTI AHMAD
PN RAIHA BINTI ABDUL JALIL SISTEM SIARAYA,
PN NAEMAH BINTI OTHMAN DIGITAL DAN LAGU
EN AB HALIM BIN CHE HUSAIN
EN MOHD RIDHWAN BIN DAUD SIJIL PENERIMA PN. SITI RAHIMAH BINTI AHMAD
EN AHMAD RASHID BIN MAHMUD ANUGERAH
PENCALONAN GURU PENASIHAT DAN GURU PENGIRING
AJK JEMPUTAN PN AZIDA HANI BINTI ABU BAKAR ANUGERAH
DAN BACKDROP NUR EIN NADHIRAH BINTI AMIL AZHAR (3B)
JURUACARA DIBIMBING OLEH
TEKS UCAPAN YM TENGKU SHARIFAH AINI BINTI TENGKU PN KHATIJAH BINTI ABD RAHMAN
PERASMI HAMZAH DOKUMENTASI PN NOR AZIMAH BINTI ALI
PN NORZILA ON PN. SHA’DIAH BINTI SHAARI
BUKU ATUR CARA PN. RAIHA BINTI ABD JALIL
(ANYFLIP) PN SITI NUR ATHIRAH BINTI MAZLAN
PN HALIMATUSADIAH BINTI WAHID BACAAN DOA NIK MUHAMMAD ARIF BIN EFFANDI NAZILA(5C)
MONTAJ MAJLIS DIBIMBING OLEH USTAZ ZAKARIA BIN ABDULLAH

SLIDE PENERIMA
ANUGERAH

SIJIL KEHADIRAN PN JULIAWATI BINTI SAKIMAN HADIAH DAN PLAK CIK NOR LIANA BINTI AHMAD
PN ALINA BINTI AHMAD

Senarai Nama Penerima Anugerah

ANUGERAH NAMA

IKON KEPIMPINAN MUHAMMAD DANIEL IQBAL BIN
MUKHAZLIE
IKON KEROHANIAN
NIK MUHAMMAD ARIF BIN EFFANDI
NAZILA

IKON PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SITI ZAINAB BINTI ANUAR

IKON SOUQ UTHMAN AFFAN MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD KAMAL
IKON BAITUL HIKMAH
IKON NILAM LELAKI IZZADEEN BIN BEN HIFNI

IKON NILAM PEREMPUAN ADAM RAYYAN BIN MOHD ADLI SALIHIN

NURAMYLIA NATASYA BINTI MOHD
RAZINAIDEEN

Senarai Nama Penerima Anugerah

ANUGERAH NAMA KELAB/ PERSATUAN

KEPIMPINAN CEMERLANG KELAB HANY CAMELIA BINTI ZAINAL PENGERUSI KELAB DOKTOR
PERSATUAN MUDA
NURIN FATINI BINTI MEOR AHMAD
KEPIMPINAN CEMERLANG BADAN SHAHRUZZAMAN PERSATUAN
BERUNIFORM PANDU PUTERI
RAJA HANI SHAFYA BINTI RAJA
KEPIMPINAN CEMERLANG SUKAN NORHASLI KELAB BOLA JARING
PERMAINAN
SITI ZAINAB BINTI ANUAR PERSATUAN KKQ
PENGLIBATAN CEMERLANG KELAB
PERSATUAN

PENGLIBATAN CEMERLANG BADAN HAIFA HUSNA BINTI HAZRI PERSATUAN PANDU PUTERI
BERUNIFORM
MUHAMMAD DANIEL IQBAL BIN KELAB CATUR
PENGLIBATAN CEMERLANG SUKAN MUKHAZLIE PERSATUAN
PERMAINAN STEM
MUHAMMAD ALIFF NAJMI BIN
PERMATA HARAPAN KELAB MOHAMAD FAIRUZ
PERSATUAN

PERMATA HARAPAN BADAN HAIFA SHAMIA BINTI HAZRI PERSATUAN PANDU PUTERI
BERUNIFORM
MARIAH SYAZWANI BINTI MOHD KELAB
PERMATA HARAPAN SUKAN KAMAL BOLA JARING
PERMAINAN

Senarai Nama Penerima Anugerah

ANUGERAH NAMA

KILAUAN BAGINDA KELAB PERSATUAN PERSATUAN PENGGERAK DIGITAL
KILAUAN BAGINDA BADAN BERUNIFORM PERSATUAN PANDU PUTERI
KILAUAN BAGINDA SUKAN PERMAINAN KELAB CATUR

KILAUAN BAGINDA RUMAH SUKAN RUMAH KHALIFAH UTHMAN HIJAU
DOKUMENTASI CEMERLANG KELAB CATUR

IKON GURU KELAB PERSATUAN PN UMMI HANI BINTI MOHD ASARANI
IKON GURU BADAN BERUNIFORM PN RUZMITA BINTI SHAFIEI
IKON GURU SUKAN PERMAINAN PN RUZMITA BINTI SHAFIEI
ANUGERAH DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
MUHAMMAD DANIEL IQBAL BIN MUKHAZLIE

MUHAMMAD DANIEL IQBAL BIN
MUKHAZLIE

NIK MUHAMMAD ARIF BIN
EFFANDI NAZILA

SITI ZAINAB BINTI ANUAR

MUHAMMAD SYAHMI BIN
MOHD KAMAL

IZZADEEN BIN BEN HIFNI

ADAM RAYYAN BIN MUHAMAD
ADLI SALIHIN

NURAMYLIA NATASYA BINTI
MOHD RAZINAIDEEN

HANY CAMELIA BINTI ZAINAL

NURIN FATINI BINTI MEOR
AHMAD SHAHRUZZAMAN

RAJA HANI SHAFYA BINTI
RAJA NORHASLI

SITI ZAINAB BINTI ANUAR

HAIFA HUSNA BINTI HAZRI

MUHAMMAD DANIEL IQBAL BIN
MUKHAZLIE

MUHAMMAD ALIFF NAJMI BIN
MOHAMAD FAIRUZ

HAIFA SHAMIA BINTI HAZRI

MARIAH SYAZWANI BINTI

MOHD KAMAL











• Ketua Guru Penasihat Persatuan Penggerak Digital
• Penyelaras Program Robotik
• Membimbing murid menyertai pertandingan di

peringkat sekolah, daerah, negeri & kebangsaan

PN UMMI HANI BINTI MOHD

ASARANI

• Guru Penasihat Persatuan Pandu Puteri
• Urusetia World Thinking Day 2021 peringkat

Daerah
• Panel Penguji Kelas 2, Tali Pekelilingan, Lencana

Bintang Puteri 1, 2, 3 Peringkat Negeri
• Pembimbing Girls’ Summit 2021 & Write Her Story

2021 peringkat Kebangsaan
• Pembimbing The 18th Girl Scout e-Camp Korea

peringkat Antarabangsa

PN RUZMITA BINTI SHAFIEI

• Ketua Guru Penasihat Kelab Catur
• Tuan Rumah Kejohanan Catur MSSD Sepang
• Pembimbing peserta Kejohanan Catur MSSD

Sepang
• Pembimbing peserta Kejohanan Catur MSS

Selangor
• Mengendalikan pertandingan catur secara dalam

talian menggunakan aplikasi Lichess

PN RUZMITA BINTI SHAFIEI

MUHAMMAD DANIEL IQBAL BIN
MUKHAZLIE

Muhammad Daniel Iqbal bin Mukhazlie dilahirkan pada 18 Ogos 2004 daripada
pasangan En Mukhazlie bin Mohd Yunus dan Pn Suhaila binti Hasan.
Beliau anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau seorang yang
mesra, dikenali dan disenangi dalam kalangan murid dan juga guru. Beliau
memasuki sekolah ini sejak Tingkatan 1 pada 2017. Beliau merupakan
Pengerusi Kelab Catur dan telah berjaya memberi kejayaan saban tahun
kepada sekolah.
Beliau telah mendapat Johan di peringkat Daerah dan mewakili Selangor.
Selain aktif dalam catur, beliau turut aktif dalam Kelab Doktor Muda sejak di
tingkatan 1 lagi. Beliau telah mendapat tempat ke-3 Kategori Menengah
Pertandingan Lompat Tali Peringkat Negeri 2021. Turut menyertai Kuiz
Kerjaya Peringkat Kebangsaan. Bukan sahaja menyerlah dalam sukan
permainan dan kelab persatuan, malah menyerlah dalam Kor Kadet Polis sejak
di tingkatan 1 juga. Beliau telah dilantik sebagai Sarjan kadet pada tahun 2021.
Semoga anugerah ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk menempa
kejayaan pada masa akan datang.

TAHNIAH KEPADA SEMUA
PEMENANG, SEHINGGA KITA

BERJUMPA LAGI…

TAHNIAH !!

#staysafe
#kitajagakita


Click to View FlipBook Version