The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kualitiupnm, 2023-04-27 00:15:36

e-berita BJKPD edisi Oktober 2022

e-berita BJKPD edisi Oktober 2022

BAHAGIAN JAMINAN KUALITI DAN PENGURUSAN DATA


E-BULETIN UPNM EDISI OKTOBER 2022 11 Oktober 2022. Mesyuarat Jawatankuasa Penjurian (HIMA) Tahun 2022 dipengerusikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan calon nama pemenang dan penerima anugerah. Majlis Hari Inovasi dan Majlis Anugerah dijangkakan diadakan pada 17 November 2022. MESYUARAT JAWATANKUASA PENJURIAN (HIMA) TAHUN 2022 (11/10/2022) MESYUARAT KUALITI DATA MELALUI SISTEM MyMoheS BIL. 02/2022 (12/10/2022) 12 Oktober 2022. Mesyuarat Kualiti Data melalui Sistem MyMoheS telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Ummul Fahri binti Abdul Rauf secara atas talian. Setinggi-tinggi tahniah buat UPNM kerana berjaya mengekalkan Penarafan Kualiti Data MyMoheS Tahun 2022 iaitu LIMA Bintang dan Markah 100%.


E-BULETIN UPNM EDISI OKTOBER 2022 MESYUARAT BJKPD BIL. 05/2022 (14/10/2022) 14 Oktober 2022. Mesyuarat Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) Bil. 05/2022 telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Hj. Hasan AlBanna bin Mohamed selaku Pengarah BJKPD dan dihadiri oleh tujuh orang staf. Antara intipati mesyuarat adalah membincangkan perjalanan takwim yang akan datang, menyemak program-program yang akan datang serta mengenal pasti kekangan yang akan dihadapi oleh staf dalam melaksanakan tugasan. Pengerusi mesyuarat juga mengupas isu-isu dalaman BJKPD serta memberi penerangan berkaitan halhal semasa di UPNM. KURSUS AUDITOR DALAMAN BAGI SITEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 (18 – 19/10/2022) 18 & 19 Oktober 2022. Kursus Auditor Dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Pusat Marin UPNM. Puan Suhaini binti Hassan telah dijemput untuk memberikan pendedahan dan penerangan untuk menjadi seorang Auditor. Kursus ini disertai oleh staf-UPNM yang berminat untuk menjadi Auditor Dalaman.


E-BULETIN UPNM EDISI OKTOBER 2022 MESYUARAT e-ADUAN BIL. 01/2022 (20/10/2022) 20 Oktober 2022. Mesyuarat e-Aduan Bil. 01/2022 dipengerusikan oleh Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara) secara bersemuka dan atas talian. Mesyuarat ini membincangkan berkenaan statistik status aduan sama ada masih dalam tindakan atau telah ditutup. MESYUARAT PENDAFTARAN ISU-ISU DALAMAN DAN LUARAN SERTA PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN ATAU MEMPUNYAI MINAT TERHADAP UNIVERSITI YANG MEMBERI IMPAK TERHADAP PENCAPAIAN OBJEKTIF DI FPJB (26/10/2022) 26 Oktober 2022. Mesyuarat Pendaftaran Is-Isu Dalaman dan Luaran serta Pihak-Pihak berkepentingan atau mempunyai minat terhadap Universiti yang memberi impak terhadap pencapaian objektif di FPJB telah dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Dato' Dr. Kwong Fook Wen (Bersara) bagi menghadapi Audit Pengawasan 3 (SV3) bagi SPK MS ISO 9001:2015.


E-BULETIN UPNM EDISI OKTOBER 2022 31 Oktober 2022. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghadapi audit buat kali kedua pada tahun 2022 iaitu Audit Pengawasan 3 (SV3) bagi SPK MS ISO 9001:2015 dengan jayanya. Audit SV3 untuk pelaksanaan SPK MS 9001:2015 ini adalah audit susulan selepas UPNM diaudit pada 07 April lalu. Hasil audit pengawasan ini, UPNM berjaya memperoleh Audit Bersih tanpa Penemuan Minor, atau Major dari pihak Auditor LRQA. Pada kali ini, UPNM telah memperoleh Audit Bersih buat kali kelima berturut-turut sepanjang audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Pihak YBhg. Datuk Naib Canselor bersama Pengurus Kualiti, ahli JJKU dan seluruh warga Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan tersebut terutamanya kepada Auditor Dalaman SPK MS ISO 9001, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pengurusan Makmal dan Bengkel, Pejabat Pendaftar dan Akademik Latihan Ketenteraan yang telah diaudit pada hari tersebut. Ucapan tahniah juga kepada seluruh warga UPNM yang lain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan dan pelaksanaan sesi audit ini. Tahniah dan Syabas diucapkan buat semua yang terlibat. AUDIT PENGAWASAN 3 (SV 3) SPK MS ISO 9001:2015 OLEH PIHAK LRQA (31/10/2022)


E-BULETIN UPNM EDISI OKTOBER 2022 Gambar semasa audit pengawasan dijalankan. BAHAGIAN JAMINAN KUALITI DAN PENGUMPULAN DATA (BJKPD) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) Pejabat PNC (PPPS), Aras 2, Bangunan Canselori, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur Malaysia 2022 2020 2020 18 th DEFENC E NICH E 27 th - 2022 2020 SIJIL BERSIH SIJIL BERSIH 2020 INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN SIJIL PENARAFAN SEMULA RISIKO RASUAH 2020 RISIKO SEDERHANA AUDIT BERSIH QMS-i 00152


Click to View FlipBook Version