The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kualitiupnm, 2023-06-19 00:34:27

BUKU MS 1900:2014 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

BUKU KECIL MS 1900:2014 UPNM

i SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN SYARIAH MS 1900:2014 Dengan Kerjasama:


ii ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Tajuk i Isi Kandungan ii Visi, Misi dan Moto 1 Skop Pelaksanaan 2 Pengecualian 3 Pelanggan 4 Kuatkuasa / Pelancaran 4 Dasar Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti 5 Objektif Kualiti SPK MS 1900 6 Senarai Induk Dokumen Kualiti SPK Berasaskan Syariah (MS1900:2014), UPNM 7 Elemen Manual Kualiti MS1900:2014 di UPNM 9 Dalil Berkenaan Dengan Kualiti 12


1 VISI Menjadi Universiti Pertahanan primier di rantau ini untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu MISI UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi dan juga penyelidikan polisi MOTO Kewajipan, Maruah, Integriti (Duty, Honour, Integrity)


2 SKOP PELAKSANAAN Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syariah MS1900:2014 di UPNM ialah PEMBERIAN PERKHIDMATAN AKTIVITI KEAGAMAAN ISLAM PELAJAR DAN AKTIVITI SOKONGAN yang berasaskan Piawaian MS1900:2014. Ia meliputi operasi universiti untuk penyediaan pengurusan pengendalian rutin harian pelajar-pelajar di UPNM agar mematuhi kehendak Syariah.


3 PENGECUALIAN Pengecualian aplikasi pelaksanaan SPK ialah: Klausa 7.3 - Reka Bentuk dan Pembangunan Pengecualian ini dipohon adalah kerana UPNM tidak tertakluk kepada sebarang perancangan dan pengawalan aktiviti reka bentuk dan membangun proses pemberian perkhidmatan aktiviti keagamaan Islam para pelajar. Klausa 7.6 - Kawalan Terhadap Peralatan Pengukuran Dan Pemantauan: Pengecualian ini dipohon adalah kerana peralatan yang digunakan semasa pengajian akademik dan latihan ketenteraan umum adalah bertujuan untuk kefahaman dan pendedahan aplikasi sahaja.


4 PELANGGAN Pelanggan UPNM terdiri daripada pelanggan dalaman dan luaran yang menerima perkhidmatan secara langsung atau berkepentingan di UPNM dan ALK. Contohnya seperti pensyarah, staf, pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). KUATKUASA / PELANCARAN Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syariah (MS1900:2014) ini adalah bermula pada 30 SEPTEMBER 2022.


5 DASAR KUALITI SISTEM PENGURUSAN KUALITI “Beriltizam membawa UPNM ke arah kecemerlangan dalam bidang pertahanan dan keselamatan bagi memenuhi kehendak pelanggan” Pengurusan Atasan UPNM hendaklah memastikan Dasar Kualiti adalah sentiasa: a. Bersesuaian dengan hala tuju Pengurusan UPNM. b. Difahami dan dihayati oleh semua warga UPNM. c. Dibincangkan dan dikaji semula dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) untuk memastikan kepuasan pelanggan tercapai secara berterusan. d. Melaksanakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara berterusan sejajar dengan keperluan semasa piawaian SPK bagi piawaian MS 1900:2014. e. Komitmen ke atas pematuhan Syariah dan secara berterusan. f. Disemak supaya sentiasa sesuai; dan g. Tidak bercanggah dengan fatwa diguna pakai yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam.


6 OBJEKTIF KUALITI SPK MS 1900 1. Pelaksanaan Khutbah Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM - Memastikan laporan khutbah Jumaat disediakan selewat-lewatnya lima hari bekerja selepas pelaksanaan. 2. Aktiviti Kerohanian di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM i. Memastikan pelaksanaan bacaan Yaasin dikendalikan oleh seorang imam secara berjemaah dengan para pelajar atau Company of Day. ii. Memastikan bacaan al-Quran dikendalikan selepas selesai solat fardhu Zohor oleh seorang imam secara berjemaah. iii. Memastikan bacaan Tadarus al-Quran pada bulan Ramadhan dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah. iv. Memastikan bacaan al-Mathurat oleh para pelajar satu minggu sekali di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM. v. Memastikan aktiviti Qiamullail disertai oleh pelajar Muslim di Masjid Muhammad AlFateh UPNM pada bulan Ramadhan. vi. Memastikan 100% kehadiran peserta ke aktiviti Khatam al-Quran di Masjid Muhammad Al-Fateh pada bulan Ramadhan.


7 3. Pelaksanan Perbarisan Pegawai Kadet - Memastikan 100% kehadiran berbaris secara keseluruhan oleh Pegawai Kadet Kompeni di tempat yang dinyatakan seperti di dalam PERBAH 1.


8 SENARAI INDUK DOKUMEN KUALITI SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN SYARIAH (MS1900:2014), UPNM 1. Manual Kualiti [MK-I. UPNM. 01] PROSEDUR KUALITI WAJIB [PK-I(W)] 1. Prosedur Kawalan Dokumen [PK-I (W). UPNM. 01] 2. Prosedur Kawalan Rekod [PK-I(W). UPNM. 02] 3. Prosedur Audit Dalaman [PK-I(W). UPNM. 03] 4. Prosedur Tindakan Pembetulan [PK-I(W). UPNM. 04] 5. Prosedur Tindakan Pencegahan [PK-I(W). UPNM. 05] 6. Prosedur Kawalan Produk Tidak Memenuhi Spesifikasi [PK-I(W). UPNM. 06] PROSEDUR KUALITI OPERASI [PK-I(O)] 1. Prosedur Pelaksanaan Khutbah Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM [PK-I(O). UPNM. PI. 01] 2. Prosedur Aktiviti Kerohanian di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM [PK-I(O). UPNM. PI. 02] 3. Prosedur Titik Kawalan Kritikal Syariah (TKKS) [PK-I(O). UPNM. PI. 03]


9 4. Prosedur Penilaian Terhadap Nilai Teras Syariah [PK-I(O). UPNM. PI. 04] 5. Prosedur Pelaksanaan Perbarisan Pegawai Kadet [PK-I(O). UPNM. ALK. 01] ARAHAN KERJA 1. Proses Perolehan [PK-I(O). UPNM. PI - AK1] PROSEDUR KUALITI SOKONGAN [PK(S)] 1. Prosedur Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan [PK-I(S). UPNM. MKSP. 01]


10 ELEMEN MANUAL KUALITI MS1900:2014 DI UPNM 1. PENGENALAN 1.1. Pendahuluan 1.2. Objektif Manual Kualiti 1.3. Kandungan Manual Kualiti 1.4. Penyediaan, Penguatkuasaan dan Pengedaran 1.5. Pelarasan Pindaan Manual Kualiti 1.6. Penyataan Kerahsiaan 2. MAKLUMAT ORGANISASI 2.1. Latar Belakang UPNM 2.2. Visi UPNM 2.3. Misi UPNM 2.4. Dasar Kualiti UPNM 2.5. Carta Organisasi UPNM 2.6. Peranan dan Fungsi 2.7. Pelanggan 2.8. Peraturan dan Undang-undang 2.9. Piagam Pelanggan 3. SKOP PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) 3.1. Skop Pensijilan MS 1900:2014 3.2. Pelaksanaan SPK UPNM 4. SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) BERASASKAN SYARIAH 4.1. Keperluan Am 4.2. Keperluan Dokumentasi


11 5. TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN 5.1. Komitmen Pengurusan 5.2. Fokus Kepada Pelanggan 5.3. Dasar Kualiti 5.4 Perancangan 5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi 5.6 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) 5.7 Pengurusan Nilai Organisasi 6. PENGURUSAN SUMBER 6.1 Penyediaan Sumber 6.2 Sumber Manusia 6.3 Prasarana 6.4 Persekitaran Kerja 7. PENGHASILAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN 7.1 Perancangan Penghasilan Produk atau Perkhidmatan 7.2 Proses Berkaitan Pelanggan 7.3 Reka Bentuk dan Pembangunan 7.4 Pembelian 7.5 Pengeluaran dan Penyediaan Perkhidmatan 7.6 Kawalan Peralatan Pemantauan dan Pengukuran 8. PENGUKURAN, ANALISIS DANPENAMBAHBAIKAN 8.1. Am 8.2. Pemantauan dan Pengukuran 8.3. Kawalan Produk Tidak Memenuhi Spesifikasi 8.4 Analisis Data 8.5 Penambahbaikan


12 DALIL BERKENAAN DENGAN KUALITI 1. Al-Quran: Firman Allah SWT di dalam Surah ali-Imran, ayat 110: ُۡخِر َج ۡت ِل َّمٍة أ ُ َر أ ُمن َكِر ۡم َخۡي كُنتُ ۡ َهۡو َن َع ِن ٱل َمۡعُرو ِف َوتَنۡ ۡ ُمُرو َن بِٱل ۡ لنَّا ِس تَأ ُم ُرهُ ثَ كۡ َ ُمۡؤ ِمنُو َن َوأ ۡ ُهُم ٱل ُهۚم ِ منۡ َّ ِب لَ َكا َن َخۡيٗرا ل َٰ ِكتَ ۡ َۡه ُل ٱل َم َن أ ۡو َءا َولَ َوتُۡؤ ِمنُو َن بِٱ َِّّۗللِ ِسقُو َن َٰ فَ ٱل ١١٠ۡ Maksudnya: “Kamu (umat Muhammad S.A.W.) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (mungkar) serta kamu pula beriman kepada Allah”. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Taubah, ayat 105: َسيَ َرى فَ ْ ُوا ِل ٱ ۡع َمل َوقُ ِلِم َٰى َعَٰ لَ ِ َرُّدو َن إ َو َستُ َۖ ُمۡؤ ِمنُو َن ۡ َوٱل ُهُۥ َو َرسُول ۡم ٱ َّّللُ َع َملَكُ ُو َن ۡم تَۡعَمل ِئُكُم بِ َما كُنتُ َدةِ فَيُنَب غَۡي ِب َوٱل َّش َهَٰ ٱل ١٠٥ۡ Maksudnya: "Dan katakanlah bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu”. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Kahfi, ayat 30: ۡح َس َن َع َماًل َ ۡج َر َمۡن أ َ ِضي ُع أ ِنَّا ََل نُ ِت إ َح َٰ ِل ٱل َّصَٰ ْ ُوا َو َع ِمل ْ َمنُوا ِذي َن َءا َّ َّن ٱل إ ٣٠ِ Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya”.


13 2. Hadith Rasulullah SAW: Diriwayatkan daripada al-Tabrani bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai seseorang jika apabila kamu melakukan sesuatu tugasan, maka kamu akan melakukannya dengan itqan". (Kanz al-‘Ummal, Kitab al-Ijarah min Qism al-Awqal. Dar al-Fikr, No. 9128) Diriwayatkan daripada al-Baihaqi bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang apabila melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan sebaik-baiknya. Dia mencintai perbuatan itu dan juga mencintai orang yang meklakukannya”.


14 KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN JAMINAN KUALITI DAN PENGURUSAN DATA (BJKPD) PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR (PENGURUSAN PROJEK & PEMBANGUNAN STRATEGI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEM PERDANA SUNGAI BESI 57000 KUALA LUMPUR Tel: 03-9051 3011/4628/3095/7622654 Faks:03-9057 3002 Emel: [email protected] ATAU LAWATI LAMAN WEB www.upnm.edu.my


Click to View FlipBook Version