The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kualitiupnm, 2023-02-06 21:27:31

e-Berita BJKPD edisi April 2022

e-Berita BJKPD edisi April 2022

Keywords: e-Berita,berita BJKPD,edisi April,2022

MAJLISSERAHTERIMATUGAS PENOLONGNAIBCANSELOR(PENGURUSANPROJEK DANPEMBANGUNANSTRATEGI) A P R I L E D I S I 2 0 2 2 01 April 2022, Satu Majlis Serah Terima Tugas Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat dan disaksikan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor UPNM , Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya bin Abdullah. Sekalung Tahniah buat Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara) atas pelantikan sebagai Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) yang baharu berkuat kuasa pada 01 April 2022. NUZUL AL-QURAN M U K A S U R A T 4 AUDIT PENGAWASAN 2 M U K A S U R A T 3 MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS M U K A S U R A T 1 RAMADHAN ALMUBARAK 1443H M U K A S U R A T 2 MAJLIS BERBUKA PUASA M U K A S U R A T 5


M U K A S U R A T 2 A P R I L E D I S I 2 0 2 2 RAMADHANAL-MUBARAK 1443H/2022M Pada 05 April 2022, YBhg. Prof. Dr. Hj Hasan AlBanna bin Mohamed (Pengarah BJKPD) telah memberi satu ceramah bertajuk 'Keberkatan Bersahur' sempena sambutan Ramadhan 1443H. Program Santapan Rohani anjuran Pusat Islam UPNM ini berlangsung sepanjang Ramadhan AlMubarak melalui Facebook Pusat Islam UPNM. Antara penceramah hebat lain adalah YBrs. Dr. Nur Nazimi bin Mohd Mustaffa, YBrs. Dr. Redwan bin Yasin dan YBhg. Kol. Dr. Hj Zahimi bin Hj Zainol Abidin.


M U K A S U R A T 3 A P R I L E D I S I 2 0 2 2 AUDITPENGAWASAN2OLEHPIHAKLRQA UPNM, 07 April 2022 (Khamis) – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghadapi audit buat kali pertama pada tahun 2022 iaitu Audit Pengawasan 2 (SV2) bagi SPK MS ISO 9001:2015 dengan jayanya. Audit SV2 untuk pelaksanaan SPK MS 9001:2015 ini adalah audit susulan selepas UPNM diaudit pada 01 Disember tahun lalu. Hasil audit pengawasan ini, UPNM berjaya memperoleh Audit Bersih tanpa Penemuan Minor, atau Major dari pihak Auditor LRQA. Pada kali ini, UPNM telah memperoleh Audit Bersih buat kali keempat berturut-turut sepanjang audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Pihak YBhg. Datuk Naib Canselor bersama Pengurus Kualiti, ahli JJKU dan seluruh warga Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan tersebut terutamanya kepada Auditor Dalaman SPK MS ISO 9001, Bahagian Pengurusan Akademik, semua Dekan dan Pengarah Pusat Pengajian serta Pengurusan Makmal dan Bengkel, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim yang telah diaudit pada hari tersebut. Ucapan tahniah juga kepada seluruh warga UPNM yang lain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan dan pelaksanaan sesi audit ini. Tahniah dan Syabas diucapkan buat semua yang terlibat


M U K A S U R A T 4 A P R I L E D I S I 2 0 2 2


A P R I L E D I S I 2 0 2 2 MAJLISBERBUKAPUASABERSAMAYANGBERBAHAGIANAIBCANSELOR UNIVERSITIPERTAHANANNASIONAL MALAYSIATAHUN2022/1443H. M U K A S U R A T 5 Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang Berbahagia Naib Canselor UPNM bagi tahun 2022 / 1443 Hijrah telah diadakan pada 21 April 2022 (Khamis) dan bertempat di Masjid Muhammad Al-Fateh dan Dewan Pendekar UPNM. Semua staf yang hadir berpakaian lengkap Baju Melayu bagi kaum lelaki dan Baju Kurung / Jubah bagi kaum wanita. - SUASANA SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA UPNM - -TAMAT-


Click to View FlipBook Version