The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kualitiupnm, 2023-07-03 04:04:04

Buku Aturcara HIMA 2023 (Digital) (3)

Buku Aturcara HIMA 2023 (Digital) (3)

Anugerah &MAJLIS HARI INOVASI


1 Isi Kandungan Muka Surat Sekapur Sirih Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti 2 Kata Alu-Aluan Naib Canselor 3 Jawatankuasa Bersama HIMA UPNM 4 Slogan Tema HIMA UPNM 6 Aturcara Majlis 7 Penerima Anugerah Utama 10 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 20 Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) Tahun 2022 30 Anugerah Hari Inovasi (AHI) Ke - 9 Tahun 2022 37 Penghargaan ‘Jasamu Dikenang’ 44 Penghargaan Khas Belasungkawa 44 Ahli Jawatankuasa HIMA UPNM Tahun 2023 45 Penghargaan 49 ISI KANDUNGAN


Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat-Nya kerana dengan limpah kurnia, izin serta inayah-Nya jua, maka Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM Tahun 2023 dapat direalisasikan. Majlis HIMA UPNM 2023 ini dianjurkan khusus sebagai tanda penghargaan UPNM terhadap segala usaha dan komitmen warga yang telah berjaya mencapai kecemerlangan yang amat membanggakan. Pada hemat saya, majlis ini juga tentunya berupaya menjadi wadah yang menjadi katalis dalam membangkitkan semangat seluruh warga untuk terus komited dengan sepenuh tenaga dan buah fikir demi mencapai kejayaan. Dengan itu juga, semua warga hendaklah kekal berpadu tenaga, dalam meneruskan kesinambungan cetusan idea segar, kreatif dan inovatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. SEKAPUR SIRIH PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan yang teristimewa diucapkan kepada warga yang diraikan dan menerima anugerah kecemerlangan dalam HIMA UPNM Tahun 2023. Sesungguhnya pihak Pengurusan UPNM amat berbangga dan menghargai segala usaha dan pencapaian anda yang amat luar biasa. Saya berharap semoga sinergi seluruh warga terus berkekalan, dengan dituntuni nilai-nilai murni, sekaligus menjiwai peranan kita di UPNM sebagai pencorak hala tuju dalam melahirkan generasi Malaysia MADANI. Justeru itu, marilah sama-sama kita melipatgandakan usaha dengan bersungguh-sungguh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga usaha kita beroleh rahmat dan dipermudahkan oleh-Nya. Sekian dan salam hormat. “KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI” TAN SRI (DR.) SYED AZMAN BIN SYED IBRAHIM Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2


Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah untuk Allah SWT, pemilik hakiki seluas-luas lautan ilmu, penguasa mutlak seluruh alam semesta. Hari Inovasi dan Majlis Anugerah UPNM Tahun 2023 mengangkat slogan tema “Warga Cemerlang Wibawa Dijulang UPNM Gemilang”. Slogan ini mencerminkan manifestasi sepunya seluruh warga yang tetap setia dengan semangat kebersamaan dalam meneruskan kesinambungan penjanaan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Seiringan dengan itu, usaha peningkatan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian di UPNM akan terus menjadi tunjang perkhidmatan kepada pemegang taruh. Pastinya, kesatuan hati seluruh warga adalah kunci kejayaan dalam usaha melonjakkan nama UPNM sebagai institusi ilmu yang berkualiti di persada pendidikan tinggi tanah air dan global. KATA ALU-ALUAN NAIB CANSELOR Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para penerima anugerah. Sesungguhnya dedikasi seluruh warga dalam melaksanakan tugas sekaligus mencipta kejayaan yang begitu bermakna, amat disanjung tinggi oleh UPNM. Saya optimis bahawa penganugerahan ini pasti dapat mencetus motivasi tinggi kepada seluruh warga untuk terus berusaha dalam meningkatkan kualiti kerja, amalan inovasi serta komitmen jitu dalam memacu kecemerlangan UPNM. Mudah-mudahan kejayaan yang dikecapi oleh warga, akan terus memacu kewibawaan UPNM dan seterusnya berupaya melahirkan anak bangsa Malaysia MADANI yang holistik. Akhir kata, marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga sinar kejayaan institusi mulia yang kita sayangi ini akan terus bergemerlapan, demi melunas amanah sebagai pencetus kemajuan untuk agama, bangsa dan tanah air tercinta. Sekian dan salam hormat. “KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI” DATUK HASAGAYA BIN ABDULLAH Leftenan Jeneral Naib Canselor 3


Puan Fazielah binti Mohamad Pendaftar (Pengerusi) Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (Timbalan Pengerusi Bersama) Prof. Madya Dr. Ummul Fahri binti Abdul Rauf Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (Timbalan Pengerusi Bersama) JAWATANKUASA BERSAMA HARI INOVASI DAN MAJLIS ANUGERAH (HIMA) UPNM Warga Cemerlang Wi bawa Dijulang UPNM Gemilang 4


Pejabat Pendaftar PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA HIMA UPNM TAHUN 2023 Pada tahun ini, Pejabat Pendaftar amat berbesar hati atas kepercayaan untuk mengetuai Jawatankuasa Bersama HIMA UPNM Tahun 2023 bersama-sama Pusat Pengajaran & Pembelajaran dan Bahagian Jaminan Kualiti & Pengurusan Data. Penganjuran HIMA UPNM Tahun 2023 menggabungkan Tiga Anugerah Utama iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) dan Anugerah Hari Inovasi (AHI). 5


Tema ini menggambarkan semangat kebersamaan seluruh warga untuk meneruskan kesinambungan penjanaan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas yang dilaksanakan. Seiring dengan itu, paduan komitmen dan semangat yang tinggi untuk memastikan sistem penyampaian pada tahap terbaik serta berkualiti tinggi akan memangkin kecemerlangan berterusan. Dengan tekad yang membara, momentum usaha demi menjulang wibawa UPNM sebagai institusi ilmu yang disegani akan terus menjadi nadi perkhidmatan seluruh warga. Warga Cemerlang Wi bawa Dijulang UPNM Gemilang SLOGAN TEMA HIMA UPNM TAHUN 2023 6


ATUR CARA MAJLIS 8:00 Pagi - 8:30 Pagi Ketibaan dan Pendaftaran staf serta penerima anugerah 8:45 Pagi Ketibaan Pegawai Kanan Ketibaan Pegawai Pengurusan 9:00 Pagi Ketibaan Naib Canselor Nyanyian Negaraku dan Capai Gemilang Bacaan Doa Ucapan Oleh Naib Canselor Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) Penyampaian Anugerah Hari Inovasi (AHI) Penyampaian Anugerah Kualiti Naib Canselor Penyampaian Penghargaan Khas Belasungkawa PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN 10:45 Pagi Majlis Berhenti Berehat 7


ATUR CARA MAJLIS 11:00 Pagi Ketibaan Jemputan Ketibaan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah UPNM 11:15 Pagi Ketibaan Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM Acara Bergambar 11:25 Pagi Ucapan Aluan oleh Naib Canselor Ucapan Perasmian HIMA 2023 oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM Gimik Perasmian dan Tayangan Montaj Penyampaian Anugerah Utama Kualiti Naib Canselor (AHI) Penyampaian Sijil Jasamu Dikenang Penyampaian Anugerah Utama Jamuan Makan Tengah Hari PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN 12:45 Tengah hari Majlis Tamat ACARA KEMUNCAK 8


PENERIMA ANUGERAH UTAMA


SENARAI PENERIMA ANUGERAH UTAMA HIMA UPNM TAHUN 2023 ANUGERAH KHAS TOKOH ZULFAQAR Hadiah: Trofi dan Sijil Penghargaan Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Ts. Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin FCILT (Bersara) ANUGERAH KUALITI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI Hadiah: Piala Pusingan, Pakej Lawatan, Wang Tunai (Tajaan UPNM Holdings) serta Sijil Penghargaan Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan ANUGERAH TOKOH AKADEMIK UNIVERSITI Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan ANUGERAH SANJUNGAN BAKTI Hadiah: Trofi dan Sijil Penghargaan Lt Kol Prof. Madya Dr. Inderjit Singh a/l Tara Singh (Bersara) Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan 10


JENERAL TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA Ts. HAJI ZULKIFLI BIN HAJI ZAINAL ABIDIN FCILT (BERSARA) ANUGERAH KHAS TOKOH ZULFAQAR Anugerah ini diwujudkan khas sebagai pengiktirafan dan sanjungan terhadap ketokohan kepimpinan, sumbangan serta jasa bakti cemerlang yang telah dicurahkan oleh penerima kepada UPNM dan negara. 11


Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ts. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin FCILT (Bersara) pertama kali dilantik sebagai Naib Canselor UPNM mulai 1 Mei 2008 hingga 20 Mei 2010. Setelah itu, beliau kembali ke perkhidmatan ATM dan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 15 Jun 2011. Pada 15 Jun 2013, beliau sekali lagi dipinjamkan ke UPNM sebagai Naib Canselor hingga 30 April 2018. Beliau selanjutnya dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20 mulai 20 Jun 2018 hingga 1 Januari 2020. Beliau juga merupakan pakar rujuk utama yang telah menyumbang kepakaran dalam merangka Kertas Putih Pertahanan Malaysia. Menerusi kewibawaan kepimpinan beliau, UPNM berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan. Antaranya, UPNM telah berjaya memperolehi penarafan 5 Bintang dalam Audit Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan 2016 oleh Jabatan Audit Negara. Begitu juga, UPNM berjaya mencatat sejarah apabila memperolehi penarafan 5 Bintang (Cemerlang) dalam Sistem Penarafan IPT Malaysia (SETARA) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2017. Selanjutnya pada tahun 2018, UPNM melakar sejarah manis apabila berjaya memperolehi status Universiti Berautonomi daripada KPT. Setelah bersara daripada perkhidmatan ATM, kepakaran beliau terus mendapat pengiktirafan dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021. Beliau juga telah dilantik sebagai Profesor di UPNM mulai Jun 2022 hingga Disember 2023. Selanjutnya, berkuat kuasa 1 Januari 2023, beliau telah dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand dan Mindanao. Dalam bidang akademik, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada tahun 2010 hingga 2015. Beliau juga merupakan Honorary Fellow di Department of WMG, University of Warwick (UK) (2015 - 2019). Kepakaran beliau turut diiktiraf apabila dilantik sebagai Pengerusi bagi Kluster Keselamatan dan Pertahanan, Akademi Profesor Malaysia. Dalam bidang profesional, beliau merupakan Chartered Fellow, The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) yang membawa gelaran profesional ‘FCILT’. Beliau juga merupakan Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang membawa gelaran ‘Ts’. Beliau turut menerbitkan pelbagai publikasi khususnya dalam subjek kepimpinan ketenteraan, pengurusan strategik dan pelan pembangunan. Antaranya, buku berjudul Hasrat (2014), Mengukuh Tradisi Membina Wibawa (2018), Kepimpinan Ketenteraan (2018) dan Demi Legasi Daulat Pertiwi (2019). Beliau merupakan pelopor kepada aspirasi UPNM untuk melahirkan Leaders of Character. Sejak dari itu, UPNM dikenali dengan keunikan aspirasi ini dan ianya kekal sebagai aspirasi atau ‘end-state’ yang menjadi panduan seluruh warga. 12


ANUGERAH KUALITI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya kepimpinan, penyelidikan, penerbitan, serta sumbangan istimewa oleh penerima kepada UPNM dan negara. PROF. DATUK DR. MOHAMED FADZIL BIN CHE DIN 13


Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM dari tahun 2012 hingga 2019. Beliau kini bertugas sebagai Profesor di Jabatan Pengurusan, FPPP UPNM. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Kelas Pertama, beliau turut memenangi Anugerah Pingat Emas Canselor Universiti Pertanian Malaysia pada 1989. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di University of Hull, United Kingdom. Beliau terkenal sebagai Pakar Rujuk dan Top 1% ahli akademik dalam bidang Psikologi Kaunseling dan Psiko-Sosial di peringkat kebangsaan. Sepanjang kariernya, kredibiliti kepimpinan dan kepakaran beliau begitu terserlah dan dilantik ke jawatan penting dalam pelbagai institusi. Antaranya, sebagai Pengarah Institut Sosial Malaysia, Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Ahli Majlis Kaunseling Kebangsaan dan Penasihat Kaunseling Malaysia, International Residence for Counselling National Board of Certified Counsellors United States of America dan juga Ahli Eksekutif Asia Pacific Educational Counsellors Association. Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pelbagai lantikan dan pengiktirafan. Antaranya, beliau merupakan penerima Anugerah Tokoh Akademik UPNM (2021), Anugerah Tokoh Kaunseling Kebangsaan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (2018), dan Anugerah Akademik Cemerlang (Kategori Penerbitan Buku) UPNM (2015). Beliau juga aktif sebagai Penilai Tesis Sarjana dan Doktor Falsafah serta penilai kenaikan pangkat ke jawatan Profesor bagi Universiti dalam dan luar negara serta merupakan, Profesor Pelawat dan Pemeriksa Luar, Management and Science University (MSU) (2013-2015). Beliau turut bergiat aktif dalam bidang kepimpinan persatuan dan kesukarelawanan di dalam dan luar negara. Antaranya, beliau pernah menjadi Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia, Ahli Eksekutif International Association for Volunteers Effort berpusat di Sydney Australia, Ketua Delegasi Sukarelawan Siswa Malaysia ASEAN dan Naib Pengerusi Malaysia Tsing Hua University Council. Berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas beliau, Kerajaan Malaysia telah melantik beliau sebagai Panel Pakar Psikologi Kaunseling untuk Program Deradikalisasi tahanan ISA di Penjara Kamunting, Pakar Rujuk Program Satu Keluarga Satu Kaunselor, Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pakar Kaunseling Program ODP Jabatan Penjara Malaysia dan Ketua Panel Pakar Kompetensi Kaunselor Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Panel Kaunselor untuk waris Mangsa MH370 dan MH17 serta Ketua Panel Program Kaunseling dan Kesihatan Mental semasa Darurat COVID-19. 14


ANUGERAH TOKOH AKADEMIK UNIVERSITI Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi yang tinggi oleh ahli akademik dalam bidang kepakarannya. Penerima juga telah menyumbang peranan yang signifikan dalam memenuhi aspirasi Universiti untuk mengekalkan wibawa dalam bidang penyelidikan, pembangunan polisi serta dasar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. PROF. DR. ADAM LEONG KOK WEY 15


Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey merupakan seorang ahli akademik pakar dalam bidang pengajian strategik. Beliau kini bertugas sebagai Profesor di Jabatan Pengajian Strategi dan Pertahanan, FPPP UPNM. Beliau juga merupakan Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) UPNM. Selain itu, beliau juga adalah Distinguished Fellow di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), dan juga pensyarah di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) serta Maktab Ketahanan Nasional (NRC). Beliau turut berpengalaman dilantik memegang Postdoctoral Research Fellowship di Department of Politics and International Relations, University of Oxford (2015- 2016), dan merupakan ‘Australia-Malaysia Towards 2020 Fellow’ di University of New South Wales, Sydney. Pada 2021, beliau telah dipilih untuk menghadiri International Visitor Leadership Program (IVLP) oleh US Department of State. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang pengajian strategik dari University of Reading dan Sarjana dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya. Beliau telah menerbitkan pelbagai artikel akademik tentang grand strategy, operasi khas, strategi kuasa udara, sejarah perisikan, geopolitik dan dasar luar negara. Beliau juga telah menerbitkan dua buah buku berjudul Strategy and Special Operations from Eastern and Western Perspectives (2021), dan Killing the Enemy! Assassination operations during World War II (2020). Kepakarannya turut diakui di peringkat kebangsaan, serantau dan global serta sering diundang sebagai Invited Speaker oleh pelbagai pihak termasuk oleh LIMA 2023, Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI), S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University (Singapore), Institut Français des Relations Internationals (IFRI) (France), The Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia, dan Akademi Profesor Malaysia. Beliau turut menyumbang peranan penting sebagai ahli pasukan dalam merangka Kertas Putih Pertahanan Malaysia pada 2019. Selain itu, beliau juga merupakan pakar rujuk yang terlibat dalam memberikan khidmat konsultansi dalam penggubalan polisi peringkat kebangsaan, termasuk Penggubalan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (Majlis Keselamatan Negara) dan Rangka Tindak Kapasiti Pertahanan (Kementerian Pertahanan Malaysia). Beliau merupakan pakar rujuk yang sering diundang untuk memberikan komentar tentang isu-isu strategik dalam program berita yang disiarkan oleh RTM, TV3, Bernama TV, Al Jazeera dan Astro Awani. 16


ANUGERAH SANJUNGAN BAKTI Anugerah ini diberikan kepada warga UPNM yang telah menyumbangkan jasa bakti yang cemerlang kepada UPNM khasnya dan Negara amnya dalam pelbagai bidang. LT KOL PROF. MADYA DR. INDERJIT SINGH A/L TARA SINGH (BERSARA) 17


Lt Kol Prof. Madya Dr. Inderjit Singh a/l Tara Singh (Bersara) memulakan perkhidmatan sebagai Pensyarah Kanan di FPPP UPNM pada tahun 2011. Setelah bersara daripada perkhidmatan ATM pada 2016, beliau telah dilantik sebagai Profesor Madya di FPPP UPNM. Dalam perkhidmatan ATM, beliau berpengalaman ditugaskan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Ethiopia & Eritrea sebagai Pegawai Pemerhati. Dalam aspek kepimpinan, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional UPNM mulai 2011 hingga 2016. Beliau juga merupakan Felo Penyelidikan di CDISS mulai 2011 hingga 2016. Dalam bidang akademik pula, beliau telah menghasilkan kejayaan yang membanggakan kepada UPNM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai pameran penyelidikan. Beliau telah memenangi sejumlah 13 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa di Persidangan Akademik Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan hasil dapatan penyelidikan bersama pasukannya. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Akademik Cemerlang (Pengajaran dan Pembelajaran) UPNM selama 4 tahun berturutturut iaitu mulai 2014 hingga 2017. Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dijemput untuk menyampaikan syarahan di Royal Norwegian Command and Staff College, Oslo, Norway selama tiga tahun berturut-turut sejak 2009. Beliau juga turut terlibat dalam aktiviti konsultansi dan kolaborasi di dalam dan luar negara, termasuk dengan pihak Centre of Defence Management and Leadership, Cranfield University and United Kingdom Defence Academy dan Human Resources Development Fund (HRDF) Kementerian Sumber Manusia. Selain dalam bidang akademik, beliau juga begitu aktif dan terkenal dengan dedikasinya yang sangat tinggi dalam arena sukan hoki negara. Beliau merupakan penerima Sijil Penghargaan Sukan Hoki UPNM (2014), Anugerah Kualiti Penolong Naib Canselor JIPK (Kategori Sukan) (2018), Presiden Pasukan Hoki Staf UPNM, serta Penganjur Bersama bagi Kejohanan Hoki Terbuka Peringkat Kebangsaan (Bawah 12 Tahun) Negeri Melaka (2016 hingga 2019). Beliau juga merupakan Kapten Pasukan Hoki ATM bagi Kejohanan Hoki Veteran Kebangsaan sejak 2011 hingga sekarang. Di peringkat kebangsaan, beliau berpengalaman mewakili pasukan Hoki Malaysia di Kejohanan Masters World Cup Hockey di Canberra, Australia (2016), Barcelona, Sepanyol (2018) Donghae, Korea Selatan (2019) Capetown, Afrika Selatan (2022) dan sebagai Ketua Pasukan Malaysia dalam Pertandingan Hoki Piala Dunia Grand Masters di Tokyo pada 2022 dimana Malaysia mendapat pingat Gangsa buat kali pertama dalam sejarah hoki veteran Malaysia. 18


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan anugerah tahunan yang di b erikan o leh pihak UPNM se bagai tanda penghargaan kepada pegawai yang telah memb eri perkhidmatan cemerlang dan b ermutu tinggi. Para penerima APC telah dipilih di peringkat Fakulti /Pusat/Jabatan/Bahagian b erdasarkan prestasi tahunan pegawai. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)


SENARAI PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022 PEJABAT NAIB CANSELOR Encik Muhammad Rashidi bin Rashid Pembantu Tadbir Kanan Pusat Islam Encik Yahya Bin Abu Bakar Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Encik Ahmad Danish Ikmal bin Mohd Lazim Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Audit Dalam Cik Nur Atikah Binti Ariffin Pembantu Tadbir Hadiah: Sijil Simpanan Pendidikan Nasional bernilai RM1,000.00 dan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 20


PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Encik Mohd Firdaus bin Bakar Pembantu Operasi Kanan Pusat Pengajian Sepanjang Hayat Dr. Nor Azliana Akmal binti Jamaludin Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Encik Mohd Afiq bin Zamanhuri Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Dr. Mohd Fadhzil bin Zainol Timbalan Pendaftar PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Cik Safinah binti Dzulkepli Penolong Pendaftar Kanan Encik Muhammad Asnawi Fikri bin Kamarul Zaman Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Encik Mohd Aidil bin Ali Encik Luqman bin Ismail Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Encik Mohamad Azri bin Sharmin Pembantu Awam 21


PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) Prof. Dr. Taufiq bin Ishak Profesor Prof. Madya Dr. Siti Nooraya binti Mohd Tawil Perofesor Madya Dr. Ahmad Thamrini Fadzlin bin Syed Mohamed Pensyarah Kanan Lt Kdr Dr. Mazura binti Md Samad TLDM Pensyarah Universiti Puan Aqilah binti Md Pazil Pegawai Penyelidik Cik Noor Diyana binti Fazan Ahmad Pegawai Penyelidik Sosial Puan Nur Jan'nah binti Mustafa Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Puan Putri Nur Ain binti Abdul Samad Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) PEJABAT PENDAFTAR Puan Norhanum binti Abdul Halim Penolong Pendaftar Kanan Cik Zunorulnaim binti Mohamed Yusof Penolong Pendaftar Puan Herdahidayu binti Abu Hashim Penolong Pegawai Tadbir Puan Salina binti Mat Nasib Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) 22


Pusat Kesihatan UPNM Dr. Naqib bin Ahmmad Alawi Pegawai Perubatan Dr. Azilah binti Abdul Satar Pegawai Perubatan Encik Muhammad Iqmal Hafidz bin Md Shukor Pembantu Kesihatan Awam Bahagian Kenderaan Encik Zakaria bin Hashim Pemandu Kenderaan Encik Muhamad Fatah bin Radhwan Pemandu Kenderaan Bahagian Keselamatan Encik Muhammad Nur Fariq bin Mohd Hazabullah Pengawal Keselamatan Encik Muhammad Syahir bin Zainal Pengawal Keselamatan PEJABAT BENDAHARI Encik Mohd Hisham bin Mohd Ayat Penolong Bendahari Kanan Encik Khairil Azwan bin Abdullah Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan Encik Aswan bin Ayob Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Cik Syazana binti Halim Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) 23


JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN Cik IIiani binti Abdullah Penolong Juru Ukur Bahan Puan Nur Asyikin binti Nazeri Setiausaha Pejabat Encik Noor Azminudin bin Abd Aziz Pembantu Awam PERPUSTAKAAN JENERAL TUN IBRAHIM Puan Yuzlinda binti Wahid Penolong Pegawai Tadbir Encik Md Helmey bin Md Azemi Pembantu Pustakawan Kanan Puan Rosnainatul Hainim binti Md Nayan Pembantu Pustakawan PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT) YM Tengku Roslan bin Tengku Abdul Kadir Penolong Pendaftar Kanan Encik Nasaruddin bin Isahak Pembantu Operasi Encik Hairul Bin Ismail Jurufotografi Kanan PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR (PENGURUSAN PROJEK DAN PEMBANGUNAN STRATEGI) Puan Siti Nur Aznie binti Zaine Penolong Pendaftar 24


FAKULTI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN Prof. Dr. Yasmin Anum binti Mohd Yusof Profesor Dr. Zubaidah binti Hasain Pensyarah Perubatan Dr. Asma Assa'edah binti Mahmud Pensyarah Perubatan Encik Mohamad Hanapi bin Johari Pegawai Sains Kanan Puan Sarahida binti Parnot Pengajar (Jururawat Terlatih) Dr. Nurul Syakira binti Zawawi Pegawai Veterina Puan Hamizah binti Saharudin Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) FAKULTI KEJURUTERAAN Encik Mohd Fazli bin Mohd Yusoff Pensyarah Kanan Puan Nur Akmal binti Haniffah Pensyarah Universiti Cik Nazatul Shiema binti Moh Nazar Pensyarah Universiti Encik Nazrul Fariq bin Makmor Pensyarah Universiti 25


YM Tengku Norliza binti Tengku Mohamad Pensyarah Universiti Puan Norhasliya binti Mohd Daud Penolong Pendaftar Encik Mohd Fairuz bin Abdul Wahab Penolong Jurutera Puan Norazizah binti Hasim Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN Prof. Madya Ts. Dr. Noor Afiza binti Mat Razali Profesor Madya Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff bin Syed Zakaria (Bersara) Profesor Madya Kdr Ts. Mohd Arif bin Ahmad TLDM (Bersara) Felo Kanan Puan Khairani binti Abdul Majid Pensyarah Kanan Encik Md Hafize bin Md Eusoff Penolong Pegawai Sains Cik Suryani binti Talib Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Kanan 26


FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN Dr. Rogis bin Baker Profesor Madya Pensyarah Kanan Lt Kdr Nik Ismail Rashed bin Che Ali TLDM (Bersara) Pensyarah Kanan Dr. Noraini bin Zulkafli@Zulkifli Pensyarah Kanan Encik Khairulefendi bin Kamarulzaman Penolong Pendaftar Kanan Encik Mohd Haniff bin Sofian Pegawai Penyelidik PUSAT BAHASA Puan Norashikin binti Sahol Hamid Pensyarah Universiti Puan Nurhidayati binti Mohd Rafy Guru Bahasa Kanan Encik Samsul Bahrin bin Paimin Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) AKADEMI KECERGASAN PERTAHANAN Dr. Faizal bin Abdul Manaf Pensyarah Kanan Encik Mohd Aniq Hilman bin Abdul Mutallip Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kanan 27


PUSAT ASASI PERTAHANAN Dr. Intan Juliana binti Shamsudin Pensyarah Kanan Dr. Nur Amalina binti Jamaludin Pensyarah Kanan Dr. Fadhlul Wafi bin Badrudin Pensyarah Kanan Dr. Safura binti Taufik Pensyarah Kanan Encik Mohd Zulfahimie bin Lanilah Pembantu Tadbir Operasi PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH Cik Nurul Naqirah binti Shukor Pegawai Penyelidik BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Ts. Ruhaidah binti Abu Nor Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Encik Ahmad Faizal bin Sayuti Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Cik Izura binti Saad Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Encik Ahmad Mohsin bin Ahmad Kamal Juruteknik Komputer 28


Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) merupakan pengiktirafan yang di b erikan kepada ahli akademik yang menunjukkan kecemerlangan dalam b idang masing-masing pada tahun 2022 b erdasarkan sumbangan ilmu pengetahuan termasuk dalam akti v iti pengajaran dan pemb elajaran, pener b itan makalah, penyelidikan, serta penyeliaan pelajar. AAC pada tahun ini mempertandingkan 12 katego ri utama. ANUGERAH AKADEMIK CEMERLANG (AAC)


ANUGERAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Dr. Intan Juliana binti Shamsudin Pusat Asasi Pertahanan ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Ts. Dr. Faridah Hanim binti Khairuddin Fakulti Kejuruteraan ANUGERAH PENERBITAN BUKU Kategori Sains dan Teknologi Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Dr. Hassan bin Mohamed Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan Kategori Sains Sosial Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Kdr Ts. Dr. Haliza binti Mohd Zahari TLDM Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan SENARAI PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK CEMERLANG (AAC) 2022 30


ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL Kategori Sains dan Teknologi Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Dr. Nurul Hazwani binti Aminuddin Rosli Pusat Asasi Pertahanan Kategori Sains Sosial Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan ANUGERAH PENYELIDIKAN DAN INOVASI Kategori Sains dan Teknologi Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Prof. Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim Pusat Asasi Pertahanan Kategori Sains Sosial Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Dr. Azrul Azlan bin Abdul Rahman Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan 31


ANUGERAH PEMINDAHAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Ts. Dr. Mohamad Abu Ubaidah Amir bin Abu Zarim Fakulti Sains Teknologi dan Pertahanan ANUGERAH INOVASI PENGAJARAN Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip Fakulti Sains Teknologi dan Pertahanan ANUGERAH e-PEMBELAJARAN Hadiah: Piala Pusingan, Trofi, Sijil Dr. Siti Nadirah binti Ab Rahim Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan ANUGERAH PEMBELAJARAN IMERSIF DAN TERADUN Hadiah: Trofi, Sijil Puan Nurazlin binti Ahmad Pusat Asasi Pertahanan 32


ANUGERAH PENYELIAAN (PASCASISWAZAH) Penyeliaan Program peringkat Doktor Falsafah Hadiah: Sijil Penghargaan Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan Penyeliaan Program peringkat Sarjana Hadiah: Sijil Penghargaan Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan ANUGERAH PENYELIAAN (PROJEK SARJANA MUDA) Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan Hadiah: Sijil Penghargaan Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Ts. Dr. Nor Asiakin binti Hasbullah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) Prof. Madya Dr. Nurhafizah Moziyana binti Mohd Yusop Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) Ts. Dr. Roshamida binti Abd Jamil Sarjana Muda Teknologi Maritim Puan Nurasyiqin binti Mohd Radzi Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim Ts. Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu binti Syed Mansoor Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data 33


Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Hadiah: Sijil Penghargaan Mejar Jeneral Dato' Dr. Kwong Fook Wen (Bersara) Sarjana Muda Pengajian Strategi Dr. Wan Su Emi Yusnita binti Wan Yusof Sarjana Muda Sumber Manusia Pertahanan Puan Nurhana binti Mohamad Rafiuddin Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan Dr. Amnah Saayah binti Ismail Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam Mejar Khairul Nizam bin Taib TUDM Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan Lt Kdr Dr. Mazura binti Md Saman TLDM (Bersara) Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (Diplomasi dan Keselamatan Antarabangsa) Fakulti Kejuruteraan Hadiah: Sijil Penghargaan Dr. Norwazan binti Abdul Rahim Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Ir. Azharudin bin Mukhtaruddin Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) Cik Azrena binti Abu Bakar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi) Kapt Prof. Madya Ir. Gs. Dr. Neza bin Ismail (Bersara) Sarjana Muda Kejuruteraan Awam 34


Pusat Bahasa Hadiah: Sijil Penghargaan Dr. Mohd Hasrul bin Kamarulzaman Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) Akademi Kecergasan Pertahanan Hadiah: Sijil Penghargaan En. Mohd Syrinaz bin Azli Sarjana Muda Sains Ketangkasan Pertahanan 35


Anugerah Hari Ino vasi merupakan anugerah yang diperkenalkan atas hasrat murni pihak UPNM untuk menyuburkan eko sistem pembudayaan kualiti, ino vasi serta kreati v iti dalam segenap hal pentadb iran. Dengan penganugerahan yang di b erikan, ia diyakini dapat memb erikan mo ti vasi kepada seluruh warga untuk mengetengahkan idea-idea baharu ke arah perkhidmatan yang le b ih pr oduktif, cekap dan b erkualiti tinggi. AHI pada tahun ini menampilkan se banyak 9 katego ri utama. ANUGERAH HARI INOVASI (AHI)


ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR Anugerah Pengurusan FPJB Terbaik (Kategori Utama) Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Anugerah Individu Terbaik (Kategori Staf Pengurusan dan Profesional) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Encik Sharizan bin Samad Hal Ehwal Pelajar & Alumni Anugerah Individu Terbaik (Kategori Staf Pelaksana) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Encik Mohd Aniq Hilman bin Abdul Mutallip Akademi Kecergasan Pertahanan Anugerah Individu Mahasiswa Terbaik- Leaders of Character (Kategori Lelaki) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Muhammad Farhan bin Ismail Program Sarjana Muda Sains Sosial, Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya (PB) SENARAI PENERIMA ANUGERAH HARI INOVASI KE-9 (AHI) 2022 37


Anugerah Individu Mahasiswa Terbaik- Leaders of Character (Kategori Wanita) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Ngo Caryi Program Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (FPPP) ANUGERAH KUALITI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Anugerah Kepimpinan Siswa Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Vivek a/l Appalanaidu (FSTP) Anugerah Kesukarelawan Siswa Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Sarah Rozalia binti Sai’aulil’lah (FSTP) Anugerah Sukan Siswa Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Atiqah Fakhira binti Shaiful Azli (AKP) Anugerah Keusahawanan Siswa (Kategori Individu) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Aqil Aidil bin Yahya (FSTP) Anugerah Keusahawanan Siswa (Kategori Berkumpulan) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan UT Barbershop Muhammad Syah Khaliffa Emir Muqmin bin Syahrun Nizam 38


Anugerah Kebudayaan Siswa Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Siti Zulaikha binti Zaidee (FPPP) Anugerah Pengucapan Awam Siswa Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Muhamad Danial Haikal bin Muhd Zamzuri (FSTP) Anugerah Khas Kebolehpasaran Graduan UPNM (Penghargaan Khas bagi Tahun 2022) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Kursus Certificate Cloud Networking Training Prof. Madya Dr. Fahmi bin Mohamad Amran Encik Muhamad Nurhafiz bin Mazlan Certificate III In Fintech & Investment Dr. Rogis bin Baker Puan Noor Ain binti Roslan Encik Sharizan bin Samad Manulife Young Entrepreneur Club for Financial Advisor Certificate En. Sharizan bin Samad Prof. Madya Kapten Ahmad Zaidi bin Sulaiman (Bersara) ANUGERAH KUALITI TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) Anugerah Pengurusan Penyelidikan Terbaik FPJB (Kategori Utama) Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Pusat Asasi Pertahanan 39


Anugerah Kualiti Penyelidikan Terbaik (Individu) – Kategori Sains & Teknologi Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Prof. Madya Ir Dr. Mohd Rosdzimin bin Abdul Rahman (PPTP) Anugerah Kualiti Penyelidikan Terbaik (Individu) – Kategori Sains Sosial Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Kdr Ts. Dr. Haliza binti Mohd Zahari TLDM (HADR) Anugerah Kualiti Penyelidikan Terbaik (Individu) – Kategori Bukan Akademik Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Dr. Mohd Nor Faiz bin Norrrahim (CHEMDEF) Penerima Terbaik Skim Insentif Hasil Penyelidikan dan Inovasi 2022 Hadiah: Wang Tunai (Tabung Amanah PPPI) dan Sijil Penghargaan Dr. Mohd Nor Faiz bin Norrrahim (CHEMDEF) Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Rosdzimin bin Abdul Rahman (FKJ) Prof. Madya Dr. Nanthini Sridewi a/p Appan (FSTP) Prof. Ts. Dr. Azizi bin Miskon (FKJ) Prof. Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim (PAP) Prof. Madya Ts. Dr. Norli binti Abdullah (PAP) Kdr Ts. Dr. Haliza binti Mohd Zahari TLDM (FPPP) Prof. Madya Dr. Wan Norhasniah bte Wan Husin (FPPP) Dr. Mohd Anuar bin Jamaludin (PAP) Prof. Madya Dr. Khisbullah Hudha (FKJ) 40


ANUGERAH KUALITI PENOLONG NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT) Anugerah Inovasi dalam Pentadbiran (FPJB) (Kategori Utama) Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan Anugerah Individu Terbaik (Khidmat Komuniti dan Jaringan Industri) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Ts. Dr. Mohamad Abu Ubaidah Amir Abu Zarim (Pejabat PNC JIPK) Anugerah Khas Portal FPJB Terbaik Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) ANUGERAH KUALITI PENOLONG NAIB CANSELOR (PENGURUSAN PROJEK & PEMBANGUNAN STRATEGI) Anugerah Keseluruhan FPJB (Pengurusan Risiko, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan Terbaik) (Kategori Utama) Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Pejabat Bendahari Anugerah Individu Terbaik (Pengurusan Risiko, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan Terbaik) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Puan Noor Halifah binti Rijaludin (FSTP) 41


Anugerah Pengurusan Kualiti (FPJB) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Johan: Aplikasi Mudah Alih UPNM (UPNM Mobile) (BTMK) Hadiah: Sijil Penghargaan Tempat Kedua: Integrated Student Affairs Data (IStAD) (JHEPA) Hadiah: Sijil Penghargaan Tempat Ketiga: Platform Pembangunan Dalam Talian Massive Open Online Courses (MOOC) dan Micro-Credential (MC) – Study on Demand (Pusat Pengajaran dan Pembelajaran) ANUGERAH KUALITI KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN Anugerah Pengurusan Kompeni Terbaik (Kategori Utama) Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan Kompeni Hang Lekiu Anugerah Staf Terbaik ALK (Individu) Hadiah: Trofi, Sijil Penghargaan Sjn Mohd Aslam bin Mohamed Anugerah Pegawai Kadet Terbaik (Individu) Hadiah: Piala Pusingan, Sijil Penghargaan PRK Mohamad Azree Aqil bin Mohd Azman (FKJ) 42


PENGHARGAAN KHAS Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900:2014) oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kepada UPNM Penerima: YBhg. Naib Canselor Pusat Islam & Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Penyerahan Sijil Penghargaan Audit Bersih Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh pihak LRQA kepada UPNM Penerima: Pengarah, Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) Penarafan LIMA BINTANG bagi Data MyMoheS UPNM Tahun 2022 Penerima: Penolong Naib Canselor (PPPS) Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data & Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penyerahan Penghargaan Sijil Bersih Penyata Kewangan UPNM Tahun 2022 Penerima: Bendahari Pejabat Bendahari Penghargaan Pengisian Data HRMIS 100% dalam Sistem MyPortfolio UPNM Penerima: Pendaftar Pejabat Pendaftar Sijil Penghargaan Pembangunan dan Kualiti Akademik Penerima: Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik Pembelajaran Tahap Global dan Pembangunan Kandungan Digital Penerima: Pengarah, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran 43


Pembelajaran Sepanjang Hayat Penerima: Pengarah, Pusat Pengajian Sepanjang Hayat Mobiliti Pelajar Antarabangsa Penerima: Pengarah, Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa PENGHARGAAN ‘JASAMU DIKENANG’ STAF UPNM TAHUN 2023 Kol Prof. Madya. Dr. Burhanuddin bin Jalal (Bersara) Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah @ Betsy Bennet Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Lt Kol Prof. Madya Dr. Khairul Hasni bin Kamarudin (Bersara) Fakulti Kejuruteraan Puan Sa’adiah binti Mohamed Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa PENGHARGAAN KHAS BELASUNGKAWA STAF UPNM TAHUN 2023 Wakil Allahyarham Encik Salahudeen bin Sulaiman 44


AHLI JAWATANKUASA Penaung Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah Pengerusi Puan Fazielah binti Mohamad Timbalan Pengerusi Bersama Prof. Madya Dr. Ummul Fahri binti Abdul Rauf Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab Pengurus Acara Lt Kol Zamri bin Ismail Pengurus Pentas En Rafizul bin Rozlee Jawatankuasa Kecil Keurusetiaan Pn Zaishamsuria binti Samsudin Puan Azilawati binti Suanda Cik Zaini binti Abdul Halim Encik Muhammad Syafiq bin Shamsudin Encik Syed Muzzameer bin Syed Zulkiplee Cik Hanis Maisarah binti Abu Bakar Jawatankuasa Kecil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang En Mohamad Sabri bin Che Omar (Penyelaras) Encik Zambi bin Zakaria Cik Nur Nadirah Md Rosli Puan Normah binti Musa Puan Norashikin binti Yusoff Puan Khuzaimah binti Nat Jemi Puan Salina binti Mat Lasib Encik Muhammad Shahir bin Azmi Puan Nik Nur Syahidah binti Nik Hamid Labib Jawatankuasa Kecil Anugerah Akademik Cemerlang Pn Nurul Fizani binti Zaabah (Penyelaras) Encik Mohd Afiq bin Zamanhuri Puan Syarifah Nazihah binti Syed Ali 45


AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa Kecil Anugerah Hari Inovasi Pn Mazlin binti Abdul Malek (Penyelaras) Puan Norasikin binti Aziz Puan Siti Nor Hanaza binti Salehan Puan Nurhaiza binti Nazri Encik Mohd Hafizee bin Dollah Encik Abd Rahman bin Abd Wahab Puan Siti Nur Aznie binti Zaine Puan Nor Liyana Binti Abdullah Puan Sharifah Fasha Binti Syed Mohd Mokhtar Puan Nur Fizila Munira binti Abu Encik Muhammad Aiman Mah bin Abdul Wahab Mah Jawatankuasa Kecil Jamuan Lt Kol Prof Madya Ariffin bin Ismail (Penyelaras) Encik Abdul Farriz bin Saupi Jawatankuasa Kecil Protokol YM Tengku Roslan bin Tengku Abdul Kadir (Penyelaras) Puan Noor Hidayati binti Shahbani Jawatankuasa Kecil Penyambut Tetamu Puan Norzunairah binti Mohamed Nor Cik Zunorulnaim binti Mohamed Yusof Puan Che Ma Shahin Hawari binti Hj Kamaruddin Puan Huzaimah binti Hj Saidi Puan Siti Aminah binti Alim Cik Siti Nur Hidayah binti Rosman Cik Noorul Bariyah binti Miswon Jawatankuasa Kecil Penyambut Tetamu Pn Norhanum Binti Abdul Halim (Penyelaras) Puan Nur Shahrul Bariah binti Che Noh Cik Norashikin binti Fairuzy Puan Siti Marzilah binti Yusof Puan Nur Ain binti Md. San 46


AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa Kecil Pembaca Doa Ustaz Yahya bin Abu Bakar (Penyelaras) Jawatankuasa Kecil Teks Ucapan Lt Kol Zazali bin Makding (Penyelaras) Encik Rafizul bin Rozlee Jawatankuasa Kecil Protokol YM Tengku Roslan bin Tengku Abdul Kadir (Penyelaras) Puan Noor Hidayati binti Shahbani Jawatankuasa Kecil Pengacara Majlis Pn Norazlin Safina binti Abdul Aziz Encik Mohd Amzari bin Mat Rani Jawatankuasa Kecil Logistik Lt Kol Sharifuddin bin Shaharom (Bersara) Encik Sharizal bin Mansor Mejar Mohammad Sani bin Desa (Bersara) Encik Sazali bin Salim Jawatankuasa Kecil Logistik En Ahmad Faizal bin Sayuti Encik Iksan bin Tamrin Encik Shamsuri bin Ibrahim Encik Ahmad Wajdi bin Ab Patah Encik Hanafi bin Rosli Encik Zulfahizzat bin Mokhtar Jawatankuasa Kecil Jurufoto/Juruvideo Dr Nur Surayya binti Mohd Saudi (Ketua) Encik Hairul bin Ismail Encik Shahrul Nizam bin Parnot Cik Nur Fajrina binti Sallehuddin Puan Hawani Binti Muslim Encik Muhamad bin Md. Isa Encik Muhammad Haziq bin Omar 47


Click to View FlipBook Version