The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kualitiupnm, 2023-04-26 23:32:35

e-berita BJKPD edisi September 2022

e-berita BJKPD edisi September 2022

E-BULETIN UPNM EDISI SEPTEMBER 2023 MESYUARAT PRA-MKSP Bil. 02/2022 02 dan 22 September 2022. Mesyuarat Pra-MKSP Bil. 02/2022 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah dengan semua wakil FPJB terlibat. Pra-MKSP diadakan sebagai persediaan awal dalam menghadapi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) yang sebenar akan datang. 08 September 2022, Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti-Universiti Awam (MPQ-UA) Bil. 03/2022 telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang isu-isu utama yang terkini berkaitan pengurusan kualiti yang dihadapi oleh semua Universiti Awam. Mesyuarat ini dihadiri oleh dua orang wakil daripada UPNM iaitu Prof. Dr. Hj. Hasan Al-Banna bin Mohamed selaku Pengarah, BJKPD dan turut hadir Prof. Madya Ts. Rozita binti Husain selaku Pengarah, PPA. 1


2 E-BULETIN UPNM EDISI SEPTEMBER 2023 MESYUARAT PROSEDUR SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015, AKADEMIK LATIHAN KETENTERAAN (12/09/2022) 12 September 2022. Mesyuarat Prosedur Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara), PNC PPPS bersama wakil Akademik Latihan Ketenteraan (ALK). Mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengemas kini dokumen Prosedur ALK. Perkongsian dan penerangan dari Auditor yang telah mengaudit pihak ALK tempoh hari bagi menjelaskan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan oleh pihak ALK.


3 E-BULETIN UPNM EDISI SEPTEMBER 2023 KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT UNIVERSITI TAHUN 2022 (20/09/2022) 20 September 2022. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Awam Tahun 2022 telah diadakan secara dalam talian. Sebanyak dua Kumpulan dari UPNM telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tahniah buat kumpulan daripada Pusat Kesihatan UPNM mendapat Anugerah EMAS dan Fakulti Kejuruteraan mendapat Anugerah PERAK.


4 E-BULETIN UPNM EDISI SEPTEMBER 2023 BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 (22/09/2022) 22 September 2022. Bengkel Semakan Dokumen SPK MS ISO 9001:2015 telah diadakan bagi mengemaskini semua Prosedur di FPJB. Semakan dokumen prosedur disemak oleh Auditor Dalaman, UPNM. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik dari semua FPJB terlibat.


5 E-BULETIN UPNM EDISI SEPTEMBER 2023 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 02/2022 (30/09/2022) 30 September 2022. Mesyuarat MKSP Bil. 02/2022 telah dipengerusikan oleh Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor dan telah dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi serta pegawai yang terlibat dalam membincangkan tentang isuisu utama sistem pengurusan kualiti di UPNM. Tujuan mesyuarat diadakan bagi persediaan menghadapi Audit Pengawasan 3 (Surveillance Visit – SV3) SPK MS ISO 9001:2015 oleh pihak LRQA yang akan diadakan pada 31 Oktober 2022.


Click to View FlipBook Version