J U L A I E D I S I 2 0 2 2 S A L A M A I D I L A D H A M U K A S U R A T 1 & 2 Kami di Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1443H dan jatuh pada tarikh 10 Julai 2022M. Semoga setiap ibadah Qurban yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT, InsyaAllah Aamiin. K O N V E N S Y E N K U M P U L A N I N O V A T I F D A N K R E A T I F M U K A S U R A T 3 P E L A N T I N D A K A N S T R A T E G I K U P N M M U K A S U R A T 4 - 6 B E N G K E L P E M U R N I A N M S 1 9 0 0 M U K A S U R A T 7
P R O G R A M I B A D A H Q U R B A N 1 4 4 3 H / 2 0 2 2 M , U P N M ( 1 3 / 0 7 / 2 0 2 2 ) M U K A S U R A T 2 J U L A I E D I S I 2 0 2 2 Staf di Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data turut terlibat dalam Program Ibadah Qurban Anjuran Pusat Islam, UPNM. Alhamdulillah, pada tahun ini seluruh warga BJKPD turut berkongsi menyertai satu bahagian Qurban. Sebanyak 9 ekor lembu haiwan ternakan untuk Qurban kali ini. Program Ibadah Qurban ini bermula seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
M U K A S U R A T 3 J U L A I E D I S I 2 0 2 2 BENGKELKONVENSYENKUMPULANINOVATIFDANKREATIF (KIK)PERINGKATUNIVERSITIAWAM TAHUN2022 19 Julai 2022, Bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin UPNM telah berlangsungnya Bengkel Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Tahun 2022. Bengkel ini disertai oleh tiga kumpulan daripada pelbagai fakulti/pusat/jabatan/bahagian (FPJB). Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data adalah urus setia bersama Pejabat Pendaftar yang terlibat bagi Konvensyen KIK kali ini. Antara yang terlibat ialah kumpulan daripada Fakulti Kejuruteraan (FKj), kumpulan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan kumpulan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTi).
M U K A S U R A T 4 J U L A I E D I S I 2 0 2 2 BENGKELPEMANTAUANDANKAJIANPELANTINDAKAN STRATEGIKUPNM 2021-2025 Pada 24 hingga 26 Julai 2022, Pejabat Penolong Naib Canselor Pengurusan Projek dan Pengurusan Strategi (PNC PPPS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantauan dan Kajian Pelan Tindakan Strategik UPNM bertempat di Hotel Copthrone, Cameron Highlands, Pahang. Program ini turut melibatkan Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data selaku urus setia bagi membantu Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pengurusan Strategi) mengendalikan Program Universiti ini. Program ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan secara tuntas dan sumbang saran daripada Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua FPJB bagi membincangkan kajian semula dan penetapan sasaran Pelan Tindakan Strategi UPNM 2021-2025 seiring dengan Pelan Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi 2021-2025.
Pelan Tindakan Strategi UPNM yang merangkumi 11 shift telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan pula membentangkan strategi setiap shift dengan mengemukakan inisiatif strategi dan pelan tindakan yang terarah dan berfokus. Shift 1 – Holistic, Entrepreneurial and Balanced Graduates Shift 2 – Talent Excellence Shift 3 – Nation of Lifelong Learners Shift 4 – Quality Technical and Vocational Education and Training (TVET) Graduates Shift 5 – Financial Sustainability Shift 6 – Empowered Governance Shift 7 – Innovation Ecosystem Shift 8 – Global Prominence Shift 9 – Global Online Learning Shift 10 – Transformed Higher Education Delivery Shift 11 – NDUM Focussed Shift M U K A S U R A T 5 J U L A I E D I S I 2 0 2 2
Bengkel selama tiga hari ini telah dibuka dengan rasminya oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM. Di dalam ucapannya, beliau menekan kepentingan hala tuju UPNM selari dengan matlamat dan objektif KPT agar UPNM berada di landasan yang betul dalam merealisasikan misi, visi dan aspirasi UPNM. Beliau turut bersetuju agar UPNM menyertai Universiti-universiti Awam (UA) lain dalam QS Ranking seawal tahun 2025. Beliau menjelaskan ia merupakan langkah dinamik ke arah mengembangkan status UPNM yang berlandaskan niche keselamatan dan pertahanan serta mendapat pengiktirafan di persada nasional dan antarabangsa. Bengkel ini secara keseluruhannya telah berjaya menunjukkan pencapaian semasa setiap shift yang dibentangkan di samping menambahbaik inisiatif strategi dan pelan tindakan. Turut hadir barisan Pengurusan Tertinggi UPNM dan Ketua-ketua FPJB UPNM. M U K A S U R A T 6 J U L A I E D I S I 2 0 2 2 BENGKELPEMANTAUANDANKAJIANPELANTINDAKAN STRATEGIKUPNM 2021-2025
-TAMAT- M U K A S U R A T 7 J U L A I E D I S I 2 0 2 2 BENGKELPERMUNIANDOKUMENSPKBERASASKAN SYARIAH(MS1900:2014) 28 Julai 2022 (Khamis), berlangsungnya Bengkel Pemurniaan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900:2014) di Bilik Mesyuarat Pusat Islam Bangunan Bestari UPNM. Bengkel ini dihadiri oleh wakil daripada Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan Pusat Islam. Turut hadir ialah Ketua Auditor Dalaman SPK MS 1900 , Dr. Nor Nazimi binti Mohd Mustaffa dan Pengarah BJKPD, Prof. Dr. Hj Hasan Al-Banna bin Mohamed.